Monday, 11 February 2019

Caving @ Gua Tempurung

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selepas hampir setahun, kita sambung lagi dengan entry jalan-jalan Perak. Kali ni cerita pasal masuk ke Gua Tempurung.

Caving di Gua Tempurung



Ada apa dengan Gua Tempurung?


Kalau korang nak tahu, Gua Tempurung adalah gua terbesar di Semenanjung Malaysia. Mengikut kata guide yang bawa kami masuk gua tempoh hari, umur Gua Tempurung ni dianggarkan kira-kira 250 juta tahun. Gua Tempurung ialah gua batu kapur, yang mempunyai pelbagai saiz stalaktit dan stalagmit.

Apa yang bestnya masuk gua?


Saya rasa ramai yang dah pernah masuk gua. Jalan atas platform, sambil guide terangkan pasal stalaktit dan stalagmit. Saya dah beberapa kali jugalah masuk gua ni. Pertama kali masuk gua di UK dulu. Sejuk sangat gua tu. Nama gua apa saya pun tak ingat dah. Pernah juga masuk gua di Halong Bay Vietnam.

Gua pertama yang saya masuk di Malaysia ialah gua-gua di Mulu National Park. Tapi waktu tu masa terhad. Jadi sempat masuk gua untuk sightseeing je. Tak sempat nak ber'caving'.

Masa di Mulu tu pertama kali saya dengar pasal 'caving' ni. Saya nampak sekumpulan orang keluar dari sungai dalam gua. Rasa macam.... wahh coolnyaaa.

Nak pergi Mulu jauh sangat kan. Kali ni dapat peluang caving di Gua Tempurung. Dari kecik pernah lalu tepi gua ni, sebab kampung saya kat Perak. Tak pernah masuk je. Akhirnya minggu lepas masuk jugak.

Macam mana nak ke Gua Tempurung?


Gua Tempurung

Senang je. Dari KL dalam 2 jam lebih je. Ikut highway utara selatan, menuju ke Ipoh. Keluar di exit Gopeng. Kat simpang masuk jalan lama tu belok kiri ye. Ada signboard. Kalau pakai waze boleh cari Jalan Gua Tempurung.

Jalan je sampai ke hujung Jalan Gua Tempurung. Ada nampak bangunan kayu. Kat situ ada kedai jual makanan, tandas dan tempat shower yang bersih.

Harga dan pakej masuk gua


Kalau nak masuk gua, ada pelbagai tahap. Level 1 dan level 2 untuk pelancong santai. Dry package. Masuk tengok-tengok gua jalan atas platform yang berlampu. Santai je. Cuma part naik tangga la penat sikit. In total naik turun tu ada 600 anak tangga kot kalau tak silap.

Level 3 dan 4 untuk orang yang lebih 'adventurous'. Wet package. Korang akan masuk ke bahagian gua yang takde lampu. Gelap gelita. Masuk sungai dalam gua. Sekejap panjat, sekejap gelongsor turun. Nak join trip yang ni diwajibkan pakai kasut atau sandal yang ada good grip ye. Jangan jadi macam saya. Pakai sandal takde grip. Asyik nak tergelincir je. Pakai kasut tak nak, sebab tak nak kasut basah. Pakai sandal pulak nak tergolek. Haha. Padan muka :p

Harga bergantung pada pakej. Boleh tengok gambar ni. Price valid as of February 2018.

Harga masuk Gua Tempurung

Untuk dry package saya tengok diorang masuk sendiri je. Tak perlu tunggu cukup korum. Tak payah bawa torch light. Sebab memang jalan cerah.

Untuk pakej level 3 dan 4, diorang cuma akan jalan kalau cukup 8 orang sebenarnya. Tapi masa kami pergi tu weekday, hari Selasa. Kami berdua je. Mula-mula adik yang jual kaunter tu suruh tunggu kejap, ada group lain berempat. Kami kena join diorang, ikut trip mana yang diorang nak join sebab diorang lagi ramai. Kami asalnya nak masuk level 3 je. Sebab dah penat, dan takde proper equipement. Tapi group 4 orang tu nak level 4, jadi kami pun ikut je la.

Tapi sebenarnya ada sampai 7 level. Kalau korang rasa korang ni memang adventurous habis, boleh la ikut level 7 tu. Hehe.

Gua Tempurung Level 4


Start masuk gua dalam jam 11am, last trip of the day untuk level 4. Kalau level 3 last trip pukul 12pm. Level 4 ni, masa perjalanan dia dalam 3 jam. Tapi bergantung jugak pada group korang. Dapat yang suka selfie balik2 nak bergambar, jawabnya lama la dalam gua tu.

Trip dimulakan dengan lawatan ke setiap platform berserta penerangan dari encik guide. Dia terangkan sejarah Gua Tempurung dan cave formation yang kami jumpa. Dia terangkan juga jenis-jenis batu kat dalam gua.

Basically, gua ni terdiri daripada batu kapur, yang merupakan kalsium karbonat. Bahan yang sama korang boleh jumpa dekat cengkerang siput, udang atau ketam. Batu kapur ni ada banyak 'form'. With the right condition, dia boleh bertukar jadi batu marmar. Batu kapur ni juga mudah terhakis. Hujan biasanya sedikit berasid. So, hujan yang menimpa gunung boleh lalu di celah rekahan dan melarutkan batu kapur. Seterusnya menitis perlahan-lahan untuk membentuk stalaktit dan stalagmit. Lama-lama, diorang boleh bercantum membentuk tiang batu kapur.

Stalaktit, stalagmit & tiang batu kapur

Ada 10 platform semuanya. Yang paling jauh orang biasa lalu sampai ke Top of The World, stalagmit paling tinggi di gua tu. Dijangka ambil masa berjuta-juta tahun untuk terbentuk. Lepas dari platform tu, kita mula lalu kat area yang malap2. Pastu dia akan bawa kita keluar dari platform paling hujung, dan bermulalah adventure kita.

Torchlight on.

Kami dibawa naik dan turun bukit. Sekali sekala guide kasi kami rehat. Ada sekali ni, dia suruh kami off torchlight, untuk dia tunjuk betapa gelapnya gua tu sebenarnya. Gelap gelita. Not a single speck of light! So pastikan korang ada torchlight ya. Dan untuk selamat, sila bawa bateri extra.

Saya pun tak pasti sebenarnya berapa jauh dan berapa lama kami jalan. Masuk sungai keluar sungai. Best juga. Akhirnya nampak cahaya. Kami dibawa keluar di pintu gua at the other end. Masuk pintu timur, keluar pintu barat.

Pintu gua belah barat. Akhirnya ada cahaya!

Dia pun kasi kami rehat lama-lama sikit. Sempat juga lah saya ambil gambar, video bagai. Nak berendam dalam sungai pun boleh. Tapi air dia cetek. Dapat main air gitu-gitu je.

Lepas rehat, perjalanan disambung. Saya baca dalam blog orang lain, dia kata kat perjalanan balik lepas rehat lagi dahsyat daripada perjalanan pergi tadi. Tapi masa saya pergi tu saya rasa perjalanan balik ni la yang syok. Asyik lalu sungai je. Ada part ya kena meniarap sebab lalu kawasan gua yang rendah. Eh syok betul! Tapi masa ni saya kena gigit torchlight dalam mulut, sebab tangan digunakan untuk meniarap dalam air. Lol. Saya ada bawa torchlight yang sangkut kat kepala tu, tapi weak battery pulak. Terpaksa la meniarap sambil gigit torchlight :p

Underground river. Cantik <3

Kami masuk gua dalam 11am. Keluar dalam 3pm. Dekat 4 jam jugalah. Sebab banyak sembang dan bergambar. Masa dah nak keluar tu guide kami kasi kami main sendiri kat sungai dalam gua tu. Dia suruh bukak kasut. Eh bestnya pulak pijak batu sungai yang dah jadi marmar tu. Sejuk, tapi takde la licin sangat.

Tips


1. Pakai kasut/sandal yang sesuai.
Benda yang saya paling menyesal ialah tak pakai kasut/sandal yang sesuai. Trip ni pun sebenarnya ad hoc. Saja teringin nak try pergi sebab Lost World of Tambun tutup hari Selasa. So memang not well prepared. So kepada korang yang nak pergi, pilih kasut yang sesuai ye. Guide kitorang pakai kasut getah yang beli kat kedai DIY tu. Tak sampai RM 10 pun dia cakap. Tapi jangan lupa juga bawa stokin. Sorang team mate kitorang dari Taiwan tu kaki dia dapat blister. Dia terpaksa bungkus kaki dengan plastik.

Contoh tapak sandal yang tak bagus untuk aktiviti caving =_=

2. Bawa torchlight yang sesuai

Kalau ada yang jenis letak kat kepala tu kira bagus lah. Tapi kalau takde, bawa yang kecik harga RM2.50 tu pun ok. Pastikan torchlight tu cukup cerah. Better kalau ada tali yang boleh sangkut kat pergelangan tangan. Bateri bawa ekstra. Tak payah kot bawak torchlight yang besar gabak tu. Nanti susah nak pegang. Kalau takde torchlight, kat luar gua ada jual. Harga RM5 kot rasanya. Tapi tak sure sangat.

3. Gua tu takde pacat

Lol. Ni lah antara persoalan yang bermain di fikiran saya before masuk gua. Takut jugak, dah la gelap, asyik masuk sungai, kalau ada pacat pun tak nampak. Alhamdulillah, saya takde jumpa sekor pacat pun. Guide pun bagitahu memang takde pacat dalam gua tu.

4. Gua tu ada haiwan berbisa macam kala jengking dan ular

Haa. Takde pacat tapi masih lagi bahaya. Ular tedung pun ada ok. Tapi guide cakap biasanya ular ni muncul bila cuaca hujan & panas bergilir-gilir. Kala jengking kami ada nampak, tapi kecik je.

So dengan ini, sila lah check dulu batu yang korang nak pegang semasa memanjat. Saya sebenarnya kadang-kadang terlupa. Ya lah kan, tengah penat. Berpaut je la kat mana-mana yang sempat. Tapi bahaya sebenarnya. Just keep this in mind ya. Nak protection lebih sikit boleh pakai glove.

5. Jangan pakai baju putih/jarang

Korang masuk air tau. Baju basah melekat kat badan. Untuk wanita, jangan pulak pakai tshirt putih.

6. Lebih baik datang group besar

Untuk trip caving diorang tak nak bawak kalau 2 org je. Sila lah cari geng ye. Nak selamat cari 8 orang. Kalau ada big group, baru diorang sudi bawa level 5, 6 atau 7. Hehe. Lagipun saya rasa kan, kalau group kita kecik mungkin haiwan liar pun lebih berani nak datang dekat kita. So, menakutkan sikit la kot... macam saya dulu, trekking awal pagi kat Ranau, kami berempat je, ada rezeki jumpa ular tedung. Gila scary =_=

7. Bawa waterproof bag/casing

Kalau nak ambil gambar, bawa lah waterproof casing untuk kamera. Beg pun bawa yang waterproof, kalau ada. Kami takde, so kunci kereta kami tinggalkan dengan staf kat kaunter bayaran tu. Beg pun penting untuk simpan air. Dahaga tau, berjalan dekat 4 jam. Tapi hati-hati, jangan buang atau terbuang sampah dalam gua tu pulak.


OK lah. Itu je kot dulu. Semoga entry ni bermanfaat. :)

7 comments:

  1. Post kamu penuh dengan info dan peringatan yang penting. Saya merancang nak pergi pada bulan Julai. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  2. seronoknya travel. saya cikgu sekolah jd utk melancong sangat terhad.perlu tunggu cuti sekolah. saya merancang nak ke Da lat vietnam bulan 12

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ha'a, limited time untuk travel kan... sebab kena tunggu cuti sekolah. Saya ada kawan cuti sekolah so, memang memahami keadaan tu. Huhu

      Delete
  3. Terima kasih di atas info. Memang tengah nak masukkan tempat ni dalam itinerary.

    ReplyDelete