Sunday 27 September 2015

Pengalaman posting Sabah: Part 2. Pros & Cons

Assalamualaikum & Salam sejahtera!

OK, sambung balik ceritakan pengalaman posting Sabah.

Jangan risau kalau dapat Sabah. Jangan panik, rilek dulu bah. Setiap tempat posting tu mesti ada pros & cons tersendiri kann. ;)

Pro no 1: seafood galore!

Saturday 26 September 2015

Pengalaman dapat posting Sabah

Assalamualaikum @ Salam sejahtera

Rasanya sekarang ni makin ramai orang yang dapat posting kat Sabah. Hihi. Memang tak dapat dinafikan lah, kat sini memang kurang kakitangan, especially untuk jawatan2 penting di bidang kesihatan dan pendidikan.

First view of Sabah! Ngee masa tu tengah berdebar2 sgt2!!

Hihi kali ni nak cerita sikit pengalaman saya masa dapat posting dulu.


Monday 21 September 2015

Jalan-jalan Poring: Hot Springs, Air terjun Kipungit dan Rafflesia!

Assalamualaikum & salam sejahtera

Dah lama tak tulis pasal Sabah. Baru-baru ni ada pergi Kundasang & Ranau lagi, buat kali ke berapa ntah. Hehe. Tapi Alhamdulillah, setiap kali pergi area sana mesti dapat pergi tempat yang baru. Hihi.
Kali ni, saya & hubby pergi Poring Hot Spring dan air terjun Kipungit.

Air tejun Kipungit

Sunday 20 September 2015

Ber-adventure di Bali: Diving (Tulamben)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

OK kali ni nak sambung cakap pasal Bali, dan fokus pada Tulamben. Hihi. Dulu masa pergi Bali, saya sempat pergi diving di dua kawasan je: Tulamben & Nusa Penida. Hari ni fokus pada Tulamben dulu ye.

Kalau cakap pasal Tulamben, biasanya orang pergi sana untuk satu benda: ship wreck!

USAT Liberty, Tulamben

Saturday 19 September 2015

Introducing: Pulau Mantanani

Assalamualaikum & salam sejahtera

Rasanya tak ramai yang pernah dengar pasal Pulau Mantanani. Sabah ni memang terlebih banyak pulau yang jadi tempat pelancongan. Pulau Mantanani antara salah satu yang boleh kata terkenal juga lah, terutamanya di kalangan pelancong dari negara China. Btw sebenarnya gambar banner saya kat atas tu gambar dari Pulau Mantanani lah. Hihi.

Pulau Mantanani

Pulau Mantanani terletak di pantai barat Sabah. Jadi, senang jugalah mahu pergi sana dari Kota Kinabalu. Sebenarnya pulau ni tempat asal husband saya. Hihi. Jadi banyak kali juga lah saya sudah pergi sana. Bukan sebagai pelancong, tapi untuk melawat mertua.. hihi.

Monday 14 September 2015

Ada apa dengan Kundasang

Assalamualaikum & salam sejahtera

Oh rasanya mesti ramai yang pernah dengar pasal Kinabalu Park kan? Kalau korang nak tahu, area ni lah yang pertama mendapat pengiktirafan UNESCO World Heritage Site di Malaysia.

Apa yang menarik kat sini? Rasanya yang paling terkenal mestilah Gunung Kinabalu.


Gunung Kinabalu

Sunday 6 September 2015

Diving @ Bali: Overview

Assalamualaikum @ Salam sejahtera :)

Diving. Feveret topik. Kih kih.

Underwater Ninja :p

Rasanya semua orang tahu kan.. Bali ni memang feymes dengan pelbagai jenis diving sites! Seluruh pulau Bali ni ada tempat diving, dari utara, ke timur ke selatan ke barat. Sudah lah Bali ni boleh tahan besarnya jugak.. So, kalau nak cover semua sendiri memang susah, so dulu saya ambil pakej Diving Safari.


Friday 4 September 2015

Tips budget travel di Eropah

Assalamualaikum

Kali ni nak share sikit pengalaman travel di UK dulu. Walaupun cuma bergelar student, saya dulu banyak melancong. Nak kata kaya tu, memang tak lah. Tapi alhamdulillah, dapat jugak jalan leih 10 negara masa kat sana dulu.

Caranya mudah saja: budget travel.

Gambar utk posing semata2. kih kih :p


Wednesday 2 September 2015

Ada Apa Dengan Cardiff

Salam wbt

Cardiff. Rasanya tempat ni takde lah femes meletup macam London, Manchester, Edinburgh, etc etc. Ramai orang yang pergi United Kingdom mesti nak pergi tempat-tempat ni dulu.

Tapi seperti yang korang tahu (ataupun korang mungkin tak tahu), UK ni terdiri dari 4 negeri: England, Scotland, Wales dan Northern Ireland. London ni kira ibu negara England lah (dan ibu negara UK jugak). Cardiff ialah ibu negara Wales. So kalau korang nak betul2 tengok UK, haruslah korang datang ke Cardiff ku tercinta ini... untuk tengok UK secara keseluruhan. Hehe.

Cardiff City Hall, spring

Apa la yang best sangat kat Cardiff? OK meh saya cerita sikit!