Assalamualaikum
& salam sejahtera~
Alhamdulillah
baru-baru ni impian untuk ke Maldives dah tercapai. Ramai yang ke sana untuk
berehat melihat air laut jernih membiru dan pantai pasir putih, atau pun duduk
di water bungalow di resort mewah.
![]() | |
|
Tapi target saya satu saja.
Whale
sharks!
![]() |
Whale shark! |
InsyaAllah
saya akan buat satu entry khas untuk haiwan special ini, tapi untuk entry kali
ni saya nak fokus pada rumusan tips2 yang saya dapat sepanjang pengalaman 8
hari 7 malam di sana.
Travel sendiri atau pakej?
Erm,
rata-rata saya tengok pakej ‘budget’ ke Maldives ni harga dalam RM 2,500 –
3,000 untuk pakej all-in (flight + ground transfer + trip) dalam 3 – 4 malam.
Ini harga untuk accommodation middle-range standard macam guest house, inn dan hotel 3
bintang ke bawah. Kalau duduk resort korang jumpa harga macam ni sila terus
cekau. Hehe.
Tapi, dengan travel sendiri, saya & husband boleh dapat bermalam sana 7 malam
dengan harga kurang RM2,500 per pax (dah termasuk flight AirAsia with 20kg
luggage check in + meals + pilih seat, feri, makan 3x sehari, excursions, dan
termasuklah pergi pulau di resort).
Cuma, kena
rajin research la. Hahaha. Kalau malas
ambik je la pakej tu. :p
Bila nak pergi?
Generally,
musim hujan start bulan Mei – Julai. Ogos weather dah start OK. Tapi nak bagus
better tunggu after November la. Actually kami diberitahu oleh local Maldivian
bahawasanya cuaca kat sana dah start tak menentu. Kadang-kadang April dah start
hujan. Julai tetiba cerah berminggu-minggu. Global warming sangat-sangatlah mempengaruhi
kepulauan Maldives...
![]() |
Awan gelap datang dan pergi dalam masa 15 minit je. Pastu cerah balik :) |
Tapi kalau hujan pun, takde la sepanjang hari hujan, insyaAllah. Kami dulu pun 1st day sampai cuaca tak berapa bagus. Hujan sekejap2 dan langit mendung. The next day tu dah OK dah. Tapi rupa2nya langit mendung pun syok jugak. Sebab tak panas. Maldives sangatlah panas OK!
Currency exchange
Saya rasa
ramai dah tahu kan. Maldives pakai Rufiyaa. Tapi US Dollar is widely
acceptable. Generally, diorang akan exchange 1 USD = 15 Rufiyaa. Tapi ada
sesetengah tempat yang akan ikut exchange rate yang betul-betul. 1 USD = 15.4
Rufiyaa. Untung la sikit. Hahaha.
![]() |
Introducing: duit Rufiyaa |
Korang
takkan dapat tukar duit Rufiyaa kat Malaysia. Saya tak jumpa lagi tempat yang
nak tukar Ringgit ke Rufiyaa. So, better beli duit USD. Lagipun sekarang rate MYR
: USD kan dah improve sikit. Kih kih. Saya dapat dalam 3.92 MYR = 1 USD (middle
April). OK la, dulu bulan Februari 4.2 MYR = 1 USD.
Masa saya
pergi tu, 1 Ringgit Malaysia = lebih kurang 3.1 Rufiyaa. Saya nampak rate ni
dekat Bank of Maldives punya currency exchange service di Male’ Airport. Punya
la excited nak tukar pakai duit RM. Rupa-rupanya diorang tak terima. Hahaha.
Diorang hanya accept beberapa major currency (eg: USD, British Pound, Swiss
Franc, Singapore Dollar). Diorang highlight warna kuning currency yang diorang
terima. So boleh lah korang tengok nanti ye.
Ada bloggers
yang suggest tak payah tukar duit Rufiyaa. Tapi, kalau korang travel sendiri
better tukar sikit. Sebab, kalau pakai USD dia akan round up semua harga benda.
Contoh: feri
dari aiport ke Male’ harga 10 Rufiyaa/pax. Kalau USD diorang charge 1 USD/pax
(which is 15 Rufiyaa/pax). So rugi la di situ.
Tapi kalau
di resort, semua benda pun diorang charge ikut USD. Haha. So kalau korang ni
antara orang kaya yang tinggal di resort semata-mata, takyah pedulikan lah duit
Rufiyaa tu.
Kat Male’
Aiport ada beberapa kaunter untuk currency exchange. Saya dulu naik flight
AirAsia sampai dekat kol 9pm, kaunter tu still bukak. Kalau korang takut duit
Rufiyaa tak habis, sila simpan resit. Nanti boleh tukar ke USD balik.
Budget untuk makanan
Pada asalnya
saya memang dah baca yang makanan kat Maldives ni mahal. Yang ni saya dapat
info dari pelbagai blog mat saleh yang saya baca. So saya dah plan nak bawak
megi banyak2. Serunding ke. Pastu beberapa hari sebelum bertolak saya terbaca
pulak satu blog Malaysian ni kata makanan sana murah dan sedap2. Dan akhirnya
saya decide untuk tak nak bawak makanan banyak-banyak...
Erm.
Saya
honestly tak jumpa tang mana makanan yang murah tu. Generally, memang semua
makanan kat Maldives mahal, sebab hampir semua makanan di import. Maldives
terdiri daripada kepulauan atoll. Atoll terhasil dari batu karang. Pasir je,
takde nutrient organik dan tanah subur yang diperlukan untuk tanam padi ke
gandum ke, jagung ke, buah-buahan ke. Kelapa banyak la.
![]() |
Typical Maldivian Breakfast. Tuna + coconut. Capati. |
So, cost of
living memang mahal. Makanan paling murah saya jumpa dalam 55 Rufiyaa untuk
nasi + lauk ayam sikit. Generally, saya spend dalam 180 – 200 Rufiyaa untuk
sekali makan lunch/dinner (harga untuk 2 orang).
Kalau
terconvert ikut rate 1 MYR = 3.1 Rufiyaa rasa macam mahal giler. RM 30 – RM 40
/pax. Padahal makan kedai biasa je kot. Minum pun air mineral je. Makan pulak nasi
goreng paling murah kat kedai tu.
Kalau nak
selamat, korang bajet la dalam 80 – 90 Rufiyaa/meal/person. Supaya nanti duit
cukup/berlebihan sikit. Duit extra boleh pakai beli souvenir :p
Tips saya untuk cari makanan murah sikit:
Jangan makan
kat tempat banyak tourist. Ada kedai yang mark up harga untuk tourist. Hampeh.
Yang lagi teruk, ada yang kat menu pun dia tak letak harga. Nampak sangat nak
mark up price. My advice: contohnya la
kan, kalau di Hulhumale jangan makan kat restoran yang menghadap laut.
![]() |
Peta Hulhumale. Kawasan bulat merah tu untuk korang cari kedai makan yang murah |
Macam kami dulu tinggal di Ripple Beach Inn, menghadap laut. Kami jalan pergi Nirolhu Magu, ada kawasan apartment untuk orang tempatan. Tak jauh pun jalan, dalam 3 minit je. Kami dapat makan nasi 2 pinggan (big portion) + ayam masak merah + kari daging + ikan bakar + fresh orange juice + air mineral = 147 Rufiyaa saja! Yeyy.
![]() |
Kedai makan di Nirolhu Magu. Tak tau nama kedai. Tapi depan dia camni la. |
Makan local
food, jangan pergi kedai western ke, Chinese food ke, Thai food ke, etc etc. I
learnt that the hard way. Sobs. Saya tetiba craving nak makan Chinese food,
masuk kedai Chinese food, pastu tengok2 menu dia, ada yang sepinggan lauk 300++
Rufiyaa. Mak hoii. Nak kata kedai mewah tak jugak. Air-cond pun diorang tak
bukak sampai la kitorang masuk kedai (sebab nak jimat elektrik). Stuffy giler
kot kedai tu. Nasi goreng berminyak. Tapi sup dia sedap, I like. Nama dia kalau
tak silap True Beijing Restaurant kot.
Jangan cari
restaurant, cari cafe. Kalau jumpa kedai take-away, lagi lah murah. Di Male’
ada satu kedai take away tak jauh dari Presidential Jetty. Fries portion dia
besar gile, harga dalam 30 Rufiyaa. Boleh kongsi 2 orang, gerenti kenyang.
Selain tu ada lasagna, spaghetti, sandwich, etc etc. Makanan barat style take
away yang murah. I like! (Owner dia pun memang Caucasian).
Kedai Take It Away, Male' City |
Pergi Pulau Mana?
Haaa ni
soalan yang saaangat penting. Maldives ada beribu-ribu pulau, spread over
beribu-ribu kilometer!
![]() |
Maldives Map Source: GraphicMaps.com |
Please take
note that lain pulau, lain specialty dia. Ada pulau sesuai untuk tengok whale
shark (South Ari Atoll). Baa Atoll terkenal dengan manta rays. Ada pulau mana
ntah (tak ingat nama, sori) dikenali sebagai fishing heaven. Kalau nak jumpa
ramai pelancong, pergi lah Maafushi. Antara banyak-banyak pulau,
Maafushi lah yang paling banyak guest house dan budget hotel. Terletak di Male’
Atoll jugak, jadi tak jauh lah dari ibu negara. So senang sikit la nak pergi.
Apa beza
atoll dengan pulau? Erm korang boleh Google sendiri. Basically atoll ni satu
kawasan yang ada banyak-banyak pulau. Pulau Male’, Pulau Hulhule Pulau
Hulhumale, Pulau Maafushi, adalah antara pulau yang terletak di Male’ Atoll.
Kalau korang
nak save budget, dan nak pergi Maldives just untuk tengok dolphins, turtles,
dan just nak dapatkan perasaan jejak kaki di bumi Maldives, pergi Maafushi
cukup la. Lebih dekat, naik feri 3 jam lebih je. Naik speed boat tak sampai
sejam. Hotel pun banyak, so boleh pilih yang paling good value for money dan
lebih tourist-friendly.
Kalau korang
ada target-target tertentu (eg: whale sharks) memang korang kena jugak pergi
South Ari Atoll. Kat sana korang boleh tengok whale sharks sepanjang tahun!
Takde musim-musim macam kat tempat lain. (kecuali Oslob la, but that’s a
different story). By the way, nak pergi ke South Ari Atoll kena naik feri 6 – 7
jam. Naik speedboat 2 jam, tapi mahal. Naik flight 30 minit je, tapi harga
meletup (lagi mahal daripada flight Kuala Lumpur – Male’). Tapi demi whale
sharks, saya tak kisah semua itu :p
![]() |
Public Ferry. Male - Mahibadoo - Maamigili |
Visa
Malaysians tak
payah visa untuk ke Maldives. Kita boleh dapat visa free untuk duduk sana 30
hari. Tapi, better kalau korang ada bukti bertulis tarikh flight keluar dari
Maldives dan jugak bukti penginapan kat sana. Oh ya, pastikan passport korang
expired dalam masa lebih 3 bulan.
Ada Pegawai
Imegresen yang cerewet sikit akan mintak korang tunjuk benda-benda ni semua.
Yang OK tu setakat korang cakap dia dah percaya dah. Jadi, to be safe, better
korang print out siap-siap tiket flight balik Malaysia dan jugak kupon/voucher
penginapan korang (eg: kalau book pakai Agoda, Airbnb, Booking.com etc)
Others
1. Electrical
plug sama macam Malaysia. Maldives dulu dijajah British jugak, sama je pin
plug. Tak payah bawak adaptor. Yayy!
2.
Teksi sepatutnya harga dalam 25 Rufiyaa – 30 Rufiyaa.
Kalau ada beg biasanya 30 Rufiyaa. Tapi kalau lewat malam sikit, maybe dia akan
caj 35 Rufiyaa (macam kitorang dulu...)
3.
Makanan insyaAllah halal je semua. Rakyat Maldives
100% muslim. Alkohol cuma didapati di resort mahal.
4. Jangan pakai bikini kat public beach. Boleh mandi pakai baju t-shirt je. Malaysian style. Haha.
5.
Jangan lupa bawak sunblock!
6.
Ubat. Seasickness meds, paracetamol, activated
charcoal, plaster, minyak angin cap kapak, etc etc.
OK lah tu je
dulu. Panjang dah entry ni. Sambung lain kali. Semoga bermanfaat. Tata!
*******Edited
Sambungan entry Maldives
Part 1: Itinerari & kos
Part 2: Aktiviti
Part 3: Mencari Whale Sharks
Part 4: Male, Hulhumale & Holiday Inn
Accomodation Review: Whale Shark Inn
*******Edited
Sambungan entry Maldives
Part 1: Itinerari & kos
Part 2: Aktiviti
Part 3: Mencari Whale Sharks
Part 4: Male, Hulhumale & Holiday Inn
Accomodation Review: Whale Shark Inn
Minta izin share dlm fb sy ye. Terima kasih.
ReplyDelete"harga meletup"tergelak baca..hahaha
ReplyDeleteErm.. memang mahal pun. Harga one way ticket flight 30 minit tu dah dekat RM500...
DeleteSalam macam mans boleh dapat fery malam?
ReplyDeleteSaya dulu minta owner guest house tempat saya tinggal tu untuk tolong uruskan. Staff dia akan pickup dari airport dan hantar ke jeti tempat naik feri malam.
DeleteAsslamualaikum,, saya nak tanya, overall Maldives ni best tak? sebab saya masih lagi cari tempat untuk bercuti bulan 7 ni.
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Saya suka Maldives sbb saya mmg minat pulau & laut. Ikut minat masing2 kot... Tapi kalau tak silap bulan 7 monsoon season utk sesetengah tpt di Maldives. Better check weather dulu.
DeleteSgt ok harga makanan tu.saya dh book flight tp belum book hotel.disebabkan pregnant n xlarat sgt nk naik feri smpi 3,4 jam saya terpaksa la cari hotel yg dekat dgn airport.xsgka hotel dia amazingly mahal.nak naik speedboat ke hotel tu dah 136usd sorang.xde transport lain.nak tanya kalau bawak rendang kering ke serunding ke boleh tak?
ReplyDeleteNo their food price is not cheap, at least not for asian countries standard. Blog mat saleh pun kata mahal. Saya mmg takde bawak makanan apa2 dari Malaysia sbb expect makanan sana murah. So sy x de buat research pasal undang2 berkaitan bawa masuk makanan.
DeleteTumpang tanya memang betul ke approximate 2000 boleh pergi dah dan macam mana nak book flight accomodation and ferry kat sana?
ReplyDeleteHa'a boleh dapat. Accomodation boleh book pakai mana2 website macam Agoda, booking.com . Kalau nak lagi murah boleh try AirAsia Go atau Expedia, so boleh book flight + accom, kadang2 ada extra discount. Flight dalam negara kat Maldives mahal, not recommended, sebab harga untuk non-locals berganda lagi mahal daripada local. Ferry kalau dari pulau airport ke capital city tak payah book, atau feri dari capital ke pulau dekat2 tak payah book. Terus ke jeti. Kalau nak pergi jauh2 boleh mintak tolong accommodation book kan.
DeleteWah..terima kasih bagi tips & info.
ReplyDeletehttp://ThePartTime.site/?ref=165
ke Maldives ga selalu mahal yaa ternyata. jadi pingin deh open trip ke Maldives bareng temen-temen
ReplyDeleteSaya nk pergi bulan 3 nie...kalau kita nak amik package utk island hoping kat sana mcm mana ya...
ReplyDeleteDepend pada pulau mana nak pergi. Boleh tanya pihak hotel. Pakej saya ambil dulu bukan island hopping, so tak sure pasal ni..
Deletesaya student uia, nak buat trip study ke maldive. boleh suggestkan mane mane travel agensi yg dipercayai?
ReplyDeleteSorry dik. Tak sure pasa travel agent. Saya pergi sana sendiri, book direct dengan accomodation.
DeleteNice entry, sangat informative especially part berkaitan dengan cuaca.
ReplyDeleteThanks. Tapi ni cuaca masa tahun 2016. Dengan era global warning yang menjadikan cuaca haywire ni... saya rasa bagus check dengan locals untuk maklumat musim hujan/panas terkini
DeleteSatu entry yang bermanfaat,terima kasih atas oerkongsian..cuma sedikit teguran,perkataan cib** tu kurang sesuai sikit rasanya..menyebut kemaluan wanita dalam blog ni membuatkan punilasan sis menjadi cacat sedikit..
ReplyDeleteWow. Okay, terima kasih banyak2 atas teguran tu. Sebenarnya saya tak tahu pun maksud perkataan tu. Ingatkan benda lain. Malunya ^^;; Dah tukar. Thanks again :)
Deletemaldives best time to go The best time to visit Maldives is from December to April when the weather is the most pleasant. This is also the busiest and most expensive time to travel
ReplyDeleteluxury resorts in maldives
ReplyDelete