Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Tiga tamadun ni, insyaAllah, kalau ada cuti banyak dan flight murah, saya nak pergi. Banyak sikit syaratnya. Hahaha. Sebab jauhhhh dan flight mahalll. Bayangkan flight je dah RM2000+, boleh bayar full-board pakej pergi China dah.
Tamadun Maya wujud dalam 2000 BC - 200 BC, di sekitar Mexico, Salvador, Guatemala, dan area2 situ. Diorang ni sangat sukakan anstronomi, dan banyak temple diorang dibina berdasarkan kedudukan bintang.
Inca terletak di Peru, Ecuador dan Chile, sekitar 1400-1500 AD. Bukan tamadun dunia yang tua, tapi hebat. Diorang yang bina Machu Pichu, salah satu wonder of the world.
Aztec ni pun dalam 1500 AD. Takde lah ancient sangat. Terletak sekitar Mexico dan Central America.
OK, ni bukan empayar lah. Tapi satu kawasan yang menjadi sebahagian daripada bucket list saya, beberapa negara Central Asia yang dahulunya merupakan tempat terdirinya tamadun Islam yang hebat. Contoh: Uzbekistan, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Tajikistan, etc2. Sebelum tu, area ni pernah menjadi sebahagian daripada jajahan tamadun dunia lain seperti Mesopotamia dan Parsi.
Apa significant nya dengan area ni? Kawasan ni menjadi tempat Laluan Sutera yang menghubungkan China di timur dengan kerajaan Islam di timur tengah. Ramai tokoh Islam terkenal berasal dari area ni, contohnya Imam Bukhari yang berasal dari Uzbekistan.
Kawasan ni dulu pernah diperintah oleh Soviet, jadi banyak negara kat area ni dah mengamalkan secularism. Sebab semasa zaman Soviet, agama diharamkan sama sekali, tak kira lah agama apa pun. Even sekarang pun, di sesetengah tempat, orang yang mengamalkan agama Islam sepenuhnya (eg: solat 5 waktu) dianggap macam extremist. Undang-undang ketat, dan pelancong kena lapor diri. Tapi ni cerita orang lah, saya sendiri pun tak pasti, sebab tak pernah pergi.
Target saya untuk area ni ialah Uzbekistan, Kazakhstan and Kyrgyzstan, sebab negara-negara ni tak memerlukan visa. Hee. Kalau korang nak cari driver, tour guide, dan maklumat, boleh pergi website IndyGuide. Asalnya saya nak pergi sana bulan April atau Jun. Dah buat itinerari, survey flight, etc. Tapi susahnya lah nak cari geng pergi area ni. Maka, terpaksa saya tangguhkan hasrat murni nak ke sana.
Selain daripada tamadun-tamadun yang saya sebut ni, ada banyak lagi tapak tamadun lain yang saya rasa perlu dilawati. Contoh: Tamadun Mesir, Rom, Yunani dan China. Alhamdulillah tempat-tempat ni saya dah pergi. Kalau berpeluang nak pergi lagi, sebab baru scratch the surface je.
Macam Empayar Rom dan Yunani, disebabkan diorang ni hebat, diorang dah jajah kawasan yang luas dan tinggalan diorang ada di merata-rata. Saya dah pergi Athens dan Rome, tapi banyak lagi bandar hebat yang diorang bangunkan yang terletak di luar Greek dan Itali. Contohnya: Ephesus di Turki, dan Palmyra di Syria. Ephesus sangat hebat dan besar, dengan tinggalan yang agak well-preserved, siap ada tandas dan perpustakaan Celcius. Palmyra pernah jadi angan-angan saya, tapi banyak tinggalan sejarah kat sana dah dimusnahkan masa perang saudara di Syria. Ada juga bangunan yang ISIS sengaja musnahkan sebab bertentangan dengan ajaran Islam, katanya.
Sebut pasal Syria, marilah kita doakan diorang kembali aman. Gara-gara sesetengah pihak tamak kuasa, yang jadi mangsa ialah rakyat dan bangunan bersejarah kat sana. Syria ni sebuah negara yang dah jadi tapak tamadun lama, dari zaman Mesopotamia. Tamadun di Syria beribu tahun lebih tua daripada tamadun di UK. Sejak dulu macam-macam kerajaan silih berganti naik dan jatuh, so bangunan bersejaran memang banyak. Saya baca kat internet, dah 200 lebih bangunan bersejarah kat sana dah musnah sejak perang bermula. Yang dah melarikan diri dan jadi refugee pun dah berjuta-juta. Yang mati tak payah cakap lah.
Baru-baru ni jugak banyak saya jumpa orang share gambar ni:
Bagi saya, sangatlah salah untuk compare kemusnahan dua bangunan ni. Notre-Dame musnah sebab kebakaran. Umayyad Mosque (atau Great Mosque of Aleppo) musnah sebab perang. Bukannya tak masuk berita, tapi masuh berita. Saya ingat lagi betapa frust nya bila saya baca pasal berita kemusnahan UNESCO sites di Syria ni, termasuk lah Umayyad Mosque dan Palmyra. Benda ni dah berlaku lama, dalam 5-6 tahun dah. Orang kita je yang ramai tak sedar.
Tapi bukan saja-saja nak "silently watch". Perang Syria ni complicated. Dah banyak negara campur tangan, tapi campur tangan dalam pihak yang berbeza. Ada sokong Assad, ada sokong rebel, ada sokong ISIS. Supply senjata api, bagi sokongan tentera. Akhirnya, perang jadi makin meleret. Is it a good idea to intervene? What should've the world done rather than "silently watch" (dan mendoakan diorang)? Secara jujurnya saya tak tahu meme ni nak suruh kita buat apa. Yang saya dapat fikirkan, cumalah menderma dan hantar bantuan kemanusiaan. Tapi kalau derma, of course lah kita akan utamakan derma untuk pelarian yang tak ada makanan dan rumah. Bagi saya kurang urgent derma untuk bina balik masjid ni, sedangkan kat sana masih lagi berperang dan masjid ni mungkin je akan terkena bom balik.
Notre-Dame dapat reaksi hebat di kalangan media dan orang ramai sebab ramai orang yang boleh relate dengan Notre-Dame. Mungkin sebab diorang beragama Kristian, sebab pernah pergi Paris, sebab di bandar diorang ada cathedral yang dibina berdasarkan architecture Notre-Dame, etc2.
Saya rasa ntah-ntah sebelum ni ramai orang tak tahu pun Umayyad Mosque ni wujud, tak tahu pun Umayyad Mosque kena bom masa perang Syria, sampai lah meme ni jadi viral. Walaupun saya tak suka meme ni, sebab seolah-olah nak 'play victim', saya rasa lega orang sedar bahawa perang Syria ni dah musnahkan kita punya world heritage.
Sempena hari Sabtu yang diiringi hujan renyai-renyai ni, saya terasa nak tulis blog. Haha. Saya tengah dalam fasa tak sabar-sabar nak jalan ni. InsyaAllah esok saya akan bertolak ke tempat yang merupakan lokasi salah satu tamadun tertua dunia. Tempat mana tu? Jeng jeng jeng. Nantikan entry seterusnya. Hint dalam gambar di bawah. Ngee.
Satu gate di tinggalan tamadun lama dunia Credit: Wikipedia |
Sebelum tu, saya nak cerita tempat-tempat yang menjadi 'bucket list' saya. Mana la tahu korang nak join ke. Boleh PM tepi. Hehe.
1. Tamadun Mesopotamia
Eh mesti korang pernah dengar kan. Ada dalam buku sejarah Tingkatan 4. Dikatakan Mesopotamia adalah tamadun pertama yang muncul dalam sejarah manusia. Mesopotamia maksudnya 'bandar di antara dua sungai', iaitu Sungai Tigris & Euphrates. Tamadum Mesopotamia wujud dalam 3000 - 700 BC. Waaaay before kelahiran Nabi Isa dan Nabi Muhammad.
Mesopotamia Credit: Wikipedia |
Antara bandar terkenal ialah Babylon, tempat letaknya Taman Tergantung yang legendary tu. Malangnya, lokasi Mesopotamia ni berada di tempat yang bergolak: Iraq dan Syria. Terutamanya Iraq la. Saya rasa banyak lokasi bersejarah dah musnah pun. Saya pernah berkawan dengan orang Iraq yang belajar di Malaysia, dan dengar cerita macam masih tak berapa selamat nak melancong ke sana. Terkejut dia bila saya kata teringin nak pergi Iraq. Nampaknya Iraq hanya angan-angan buat masa ni. Syria pun. Wuuu.
2. Tamadun Indus
Haa. Yang ni pun dalam buku sejarah Tingkatan 4. Lembah Indus terletak di kawasan yang sekarang ni ialah Pakistan dan India. Ingat lagi tak Mohenjo-daro dan Harappa? Dua lokasi ni terletak di Pakistan. Mohenjo-daro terletak di Sindh, berhampiran dengan Karachi, Harappa terletak di kawasan Punjab. Tamadun Indus wujud lebih kurang di antara 2600 - 1900 BC.
Mohenjo-daro, Pakistan |
Plan asalnya, saya nak ke Pakistan bulan 4 ni. Dah survey flight, dah cari ground package. Tapi terpaksa cancel. Waaaa. Semuanya gara-gara konflik India-Pakistan. Saya nak salahkan PM Modi, sebab dia suka ambil confrontational stance. Selagi dia jadi PM, saya tak nak pergi India lagi dah. Geram. Tapi India sangat cantik dan saya teringin sangat nak pergi lagi. Harap-harap dia kalah pilihanraya kali ni. Mohon aminkan.
Saya dah contact Embassy Malaysia di Islamabad, dan diorang kata elakkan pergi sana, sampai lah Wisma Putra kasi greenlight. Saya tahu ramai je yang pergi India dan Pakistan walaupun kerajaan sarankan untuk elak pergi sana. Tapi saya ni penjawat awam, tak berani nak pergi tanpa kebenaran. Takut nanti tak dapat naik pangkat. Haha.
Pakistan ni negara yang cantik tau. Saaangat cantik. Cuba google pasal Hunza Valley, Fairy Meadow, dan Karakoram Highway. Mengikut apa yang ditulis di multiple blogs, kat sana orang-orang dia sangat peramah dan welcoming. Saya berangan-angan nak tengok cherry blossom kat sana, tapi apakan daya. Keadaan politik tak mengizinkan. Sobs.
Fairy Meadow, Pakistan |
Tapi tak semua area Pakistan selamat. Tempat yang saya sebut kat atas tu okay. Tapi, ada sesetengah area pelancong tak dibenarkan lawat seperti atas faktor keselamatan macam Balochistan, dan Azad Kashmir. Kalau nak pergi jugak kena ada permit.
Selain Tamadun Indus Valley, di area Lahore dan Islamabad ada tinggalan Empayar Mughal. Saya teringin sangat nak pergi. Tapi tu lah. Semoga ada rezeki. Soon. Pakistan adalah impian yang mungkin boleh menjadi kenyataan dalam tahun ni atau tahun depan. InsyaAllah.
3. Tamadun Parsi
Tamadun Parsi adalah tamadun paling berkuasa pada zaman dia wujud dulu, iaitu di antara 500 - 300 BC. Empayar Parsi besar, dan meliputi kawasan dari Mesir di barat, beberapa kawasan di Greece di utara, seluruh kawasan Mesopotamia hinggalah ke Sungai Indus di timur.
Simbol terkenal di tinggalan Empayar Archaemeid |
Tamadun Parsi mula menjadi hebat semenjak Cyrus the Great, pengasas Empayar Archaemeid, dan terus berkembang dengan perluasan kuasa oleh keturunan dia, tapi dikalahkan oleh satu lagi legenda dunia: Alexander the Great dari Macedonia yang mengalahkan King Darius. Sekarang, tamadun Parsi bagi saya adalah sinonim dengan Iran.
Saya dah lama teringin nak pergi Iran. Tapi ramai orang terkejut dan tanya saya: Selamat ke?
Sebenarnya selamat, insyaAllah. Iran mana ada perang. Not like Iraq, Libya, Lebanon, etc. Cuma masalahnya Iran ni sekarang tengah kena embargo dengan US, so banyak sangat masalah kat sana, dari segi ekonomi dan kemudahan penggunaan internet dan kredit kad. Korang tahu tak, dulu masa AirAsia mula-mula buka route ke Iran, flight one way dalam RM200+ je! Gila murah. Tapi masa tu saya ajak takde sorang pun nak. Sobs. Sekarang AirAsia dah cancel route tu dah, tinggal Mahan Air je, dengan harga dekat RM1000 untuk one way. Haha.
Korang tahu tak sebenarnya Freddie Mercury tu asalnya orang Iran? Parents dia larikan diri dari Iran semasa revolusi Iran. Diorang ni beragama Zoroastrian, so kena persecuted. By the way, Zoroastrian ni bukan sembah api tau! Sebenarnya diorang ni pun berpegang pada prinsip monotheistic, yang percaya ada satu Tuhan saja yang menciptakan dunia ni.
4. Tamadun Maya, Inca & Aztec
Tiga tamadun ni, insyaAllah, kalau ada cuti banyak dan flight murah, saya nak pergi. Banyak sikit syaratnya. Hahaha. Sebab jauhhhh dan flight mahalll. Bayangkan flight je dah RM2000+, boleh bayar full-board pakej pergi China dah.
Tamadun Maya wujud dalam 2000 BC - 200 BC, di sekitar Mexico, Salvador, Guatemala, dan area2 situ. Diorang ni sangat sukakan anstronomi, dan banyak temple diorang dibina berdasarkan kedudukan bintang.
Inca terletak di Peru, Ecuador dan Chile, sekitar 1400-1500 AD. Bukan tamadun dunia yang tua, tapi hebat. Diorang yang bina Machu Pichu, salah satu wonder of the world.
Machu Pichu |
Aztec ni pun dalam 1500 AD. Takde lah ancient sangat. Terletak sekitar Mexico dan Central America.
5. The Stans - Silk Road route
OK, ni bukan empayar lah. Tapi satu kawasan yang menjadi sebahagian daripada bucket list saya, beberapa negara Central Asia yang dahulunya merupakan tempat terdirinya tamadun Islam yang hebat. Contoh: Uzbekistan, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Tajikistan, etc2. Sebelum tu, area ni pernah menjadi sebahagian daripada jajahan tamadun dunia lain seperti Mesopotamia dan Parsi.
Apa significant nya dengan area ni? Kawasan ni menjadi tempat Laluan Sutera yang menghubungkan China di timur dengan kerajaan Islam di timur tengah. Ramai tokoh Islam terkenal berasal dari area ni, contohnya Imam Bukhari yang berasal dari Uzbekistan.
Masjid di Bukhara, Uzbekistan Sumber: Wikipedia |
Kawasan ni dulu pernah diperintah oleh Soviet, jadi banyak negara kat area ni dah mengamalkan secularism. Sebab semasa zaman Soviet, agama diharamkan sama sekali, tak kira lah agama apa pun. Even sekarang pun, di sesetengah tempat, orang yang mengamalkan agama Islam sepenuhnya (eg: solat 5 waktu) dianggap macam extremist. Undang-undang ketat, dan pelancong kena lapor diri. Tapi ni cerita orang lah, saya sendiri pun tak pasti, sebab tak pernah pergi.
Target saya untuk area ni ialah Uzbekistan, Kazakhstan and Kyrgyzstan, sebab negara-negara ni tak memerlukan visa. Hee. Kalau korang nak cari driver, tour guide, dan maklumat, boleh pergi website IndyGuide. Asalnya saya nak pergi sana bulan April atau Jun. Dah buat itinerari, survey flight, etc. Tapi susahnya lah nak cari geng pergi area ni. Maka, terpaksa saya tangguhkan hasrat murni nak ke sana.
Selain daripada tamadun-tamadun yang saya sebut ni, ada banyak lagi tapak tamadun lain yang saya rasa perlu dilawati. Contoh: Tamadun Mesir, Rom, Yunani dan China. Alhamdulillah tempat-tempat ni saya dah pergi. Kalau berpeluang nak pergi lagi, sebab baru scratch the surface je.
Macam Empayar Rom dan Yunani, disebabkan diorang ni hebat, diorang dah jajah kawasan yang luas dan tinggalan diorang ada di merata-rata. Saya dah pergi Athens dan Rome, tapi banyak lagi bandar hebat yang diorang bangunkan yang terletak di luar Greek dan Itali. Contohnya: Ephesus di Turki, dan Palmyra di Syria. Ephesus sangat hebat dan besar, dengan tinggalan yang agak well-preserved, siap ada tandas dan perpustakaan Celcius. Palmyra pernah jadi angan-angan saya, tapi banyak tinggalan sejarah kat sana dah dimusnahkan masa perang saudara di Syria. Ada juga bangunan yang ISIS sengaja musnahkan sebab bertentangan dengan ajaran Islam, katanya.
Sebut pasal Syria, marilah kita doakan diorang kembali aman. Gara-gara sesetengah pihak tamak kuasa, yang jadi mangsa ialah rakyat dan bangunan bersejarah kat sana. Syria ni sebuah negara yang dah jadi tapak tamadun lama, dari zaman Mesopotamia. Tamadun di Syria beribu tahun lebih tua daripada tamadun di UK. Sejak dulu macam-macam kerajaan silih berganti naik dan jatuh, so bangunan bersejaran memang banyak. Saya baca kat internet, dah 200 lebih bangunan bersejarah kat sana dah musnah sejak perang bermula. Yang dah melarikan diri dan jadi refugee pun dah berjuta-juta. Yang mati tak payah cakap lah.
Baru-baru ni jugak banyak saya jumpa orang share gambar ni:
Bagi saya, sangatlah salah untuk compare kemusnahan dua bangunan ni. Notre-Dame musnah sebab kebakaran. Umayyad Mosque (atau Great Mosque of Aleppo) musnah sebab perang. Bukannya tak masuk berita, tapi masuh berita. Saya ingat lagi betapa frust nya bila saya baca pasal berita kemusnahan UNESCO sites di Syria ni, termasuk lah Umayyad Mosque dan Palmyra. Benda ni dah berlaku lama, dalam 5-6 tahun dah. Orang kita je yang ramai tak sedar.
Tapi bukan saja-saja nak "silently watch". Perang Syria ni complicated. Dah banyak negara campur tangan, tapi campur tangan dalam pihak yang berbeza. Ada sokong Assad, ada sokong rebel, ada sokong ISIS. Supply senjata api, bagi sokongan tentera. Akhirnya, perang jadi makin meleret. Is it a good idea to intervene? What should've the world done rather than "silently watch" (dan mendoakan diorang)? Secara jujurnya saya tak tahu meme ni nak suruh kita buat apa. Yang saya dapat fikirkan, cumalah menderma dan hantar bantuan kemanusiaan. Tapi kalau derma, of course lah kita akan utamakan derma untuk pelarian yang tak ada makanan dan rumah. Bagi saya kurang urgent derma untuk bina balik masjid ni, sedangkan kat sana masih lagi berperang dan masjid ni mungkin je akan terkena bom balik.
Notre-Dame dapat reaksi hebat di kalangan media dan orang ramai sebab ramai orang yang boleh relate dengan Notre-Dame. Mungkin sebab diorang beragama Kristian, sebab pernah pergi Paris, sebab di bandar diorang ada cathedral yang dibina berdasarkan architecture Notre-Dame, etc2.
Saya rasa ntah-ntah sebelum ni ramai orang tak tahu pun Umayyad Mosque ni wujud, tak tahu pun Umayyad Mosque kena bom masa perang Syria, sampai lah meme ni jadi viral. Walaupun saya tak suka meme ni, sebab seolah-olah nak 'play victim', saya rasa lega orang sedar bahawa perang Syria ni dah musnahkan kita punya world heritage.
Syria pun dah lama masuk bucket list saya. Saya dah berangan nak ke sana setahun sebelum 'Arab Spring' muncul, sejak zaman saya student. Frust sangat bila tiba-tiba negara timur tengah ni bergolak. Masa tu saya rasa mungkin ini benda yang bagus, diorang dapat jatuhkan rejim yang kejam, tapi hakikatnya banyak negara yang jadi makin teruk. Syria bukan saja kaya dengan kesan tamadun lama, tapi juga kaya dengan tinggalan para nabi dan rasul. Sedihnya apa yang berlaku di sana, muslim melawan muslim, tak sudah-sudah.
Semoga bumi Syria aman dan pemerintah kejam akan kalah secepat mungkin. Mohon aminkan beramai-ramai.
Sekian sahaja celoteh kali ini. Semoga bermanfaat.

No comments:
Post a Comment