Assalamualaikum & Salam sejahtera
Kashmir. Paradise on earth, kata orang. Cantik, dengan pemandangan Banjaran Himalaya dan snow-capped mountains.
First time saya sedar kecantikan Kashmir masa saya tengok cerita 3 Idiots. Lepas tu tengok Bhajrangi Bhaijaan. Tapi memang dari dulu ragu-ragu nak pergi sebab selalu orang kata Kashmir ni tak selamat.
Tapi lepas saya baca-baca balik, keselamatan Kashmir ni ibarat Sabah je la. Sebenarnya ada beberapa negara issue travel warning against visiting pantai timur Sabah. Macam tu juga lah Kashmir, ada area yang kurang selamat. Tapi kalau korang tak pegi area bahaya tu, insyaAllah okey saja. Di sini pun security saaangat ketat. So, don't worry, you are in good hands. :)
Kat Kashmir, ada beberapa tempat yang selalu orang lawat. Antaranya: Gulmarg (khas untuk pencinta winter sports), Srinagar (ibu negeri, airport terletak dekat Srinagar), Pahalgam dan Sonamarg. Kami tak lawat Pahalgam dan Sonamarg, sebab kalau winter ni lebih kurang saja pemandangannya. Salji putih. Kalau musim panas baru la best sikit, boleh naik kuda, tengok glasier, etc.
Tujuan utama saya ke Kashmir ialah untuk ski. Jadi saya stay 3 hari di Gulmarg dan 2 hari di Srinagar. Asalnya nak stay 1 malam di Pahalgam, tapi cancel plan. Heehe. Saya rasa malas nak duduk dalam kereta lama-lama, sebab perjalanan dari Gulmarg ke Pahalgam ambil masa dalam 5-6 jam juga kalau musim sejuk sebab salji tebal.
Trip di Kashmir saya ambil ground package dengan Himalayan Edges. Sebenarnya diorang ni specialise untuk ski dan winter sports, tapi boleh je diorang tolong arrange kan tour kat tempat lain.
Bos Himalayan Edges ialah Taj Irshad. Sangat penyabar, jujur dan baik hati. Disebabkan saya punya trip kali ni sangat baaanyak drama, saya bersyukur sangat-sangat dapat tour operator macam Taj. Flight delay. Beg hilang. Pastu saya siap tukar itinerari last minute. Tapi dia rilek je. Awesome sangat! Trip ski memang agak mahal, tapi kalau ambik dengan orang baik macam ni, it's worth every penny!
Flight Air India dari Delhi ke Srinagar. Sepatutnya bertolak 7.20am, tapi delay ke 10am atas faktor cuaca.
Kami sampai Srinagar International Airport dalam jam 11.30am. Dan... Wow. Pemandangan sebelum nak landing sangat cantik. Kapal terbang akan terbang atas gunung bersalji, dan ada part2 yang nampak puncak gunung muncul daripada awan putih. Subhanallah, cantik sangat.
Lepas dah landing... wow lagi. Banyak betul askar dengan senapang di tangan. Kat Delhi pun ada tapi kat Srinagar ni lagi banyak. Diorang tak benarkan ambil video dan gambar. Srinagar Airport berada di bawah kawalan millitary, so security dia lain macam sikit.
Sampai saja airport, terus chaotic. Hehe. Nak cari beg pun tak tahu nak tunggu kat mana, sebab tak jumpa board yang ada tulis lokasi untuk ambil baggage. Manusia sangat ramai, pastu dah dapat beg sebelum keluar tu kena isi borang lagi. Dia mintak passport & visa details, tanya nak tinggal mana, berapa hari, alamat tour operator, etc etc.
Lepas keluar airport, terus jumpa driver yang akan bawak kami ke Gulmarg. Perjalanan dari Srinagar ke Gulmarg ni boleh tahan lama lah, dalam 3 jam lebih jugak disebabkan traffic jam. Dah la sekarang jalan bersalji, jadi sangat licin. Kereta kami ada tergelincir beberapa kali. Scary ok! Tapi boleh je driver kitorang gelak bila kitorang jerit. Haha!
Sebelum sampai Gulmarg kami ada lalu pekan Srinagar. Kedai dia simple2 je. Pastu sampai ke Tangmarg yang sangat jam. Jalan di Tangmarg 2 lane je, pastu banyak betul kereta yang stuck dalam salji kat tepi jalan.
Lepas dari Tangmarg, jalan dia jadi berliku-liku dan bahaya. Banyak naik bukit, dan jalan lebih licin sebab salji memang tebal. Kat sini lah kereta kami tergelincir beberapa kali. Ngeee. Tapi masa kami terjerit-jerit dalam kereta tu, driver rilek je, siap gelak2 lagi. Hahaha. Dia dah biasa kot.
Lepas sampai Gulmarg... saya terpinga-pinga. Ingatkan ada lah juga kedai-kedai yang besar macam kat pekan Tangmarg. Rupa-rupanya dia ala-ala Kundasang. Hee. Ada market sikit, pastu beberapa kedai yang dibuat daripada kayu.
Kami stay di Hotel Hilltop. Cantik juga lah hotel ni. Kat lobi dia ada heater yang besar. Sesuai untuk lepak. Setiap bilik ada heater jenis blower tu, dah juga central heating. Ada air panas jugak. Tapi central heating dan air panas dia cuma beroperasi pada waktu-waktu tertentu. Lol.
Lepas settle di hotel, kami pergi ke ski shop Himalayan Edges. Kedai dia kecik je, masuk 4 orang terus crowded. Hee. Kat situ kami try ski boots dan jaket. Pastu dia bagi beberapa seluar water proof untuk pakai masa ski.
Beg kami tak sampai Delhi Airport. Sebenarnya hari pertama tu, masa saya dipenuhi dengan aktiviti cubaan mendapatkan beg kami balik. Kami punya winter clothing majoriti letak dalam check in luggage. Ye lah kan, siapa nak pakai jaket tebal-tebal tu dari Malaysia. Saya email sana sini. Mesej sana sini. Taj pun call sana sini untuk cari orang yang boleh dapatkan beg kami dari Delhi Airport. Sangat stressful. Nasib baik la Taj ni positif betul, kurang sikit perasaan despair tu. Huhu. Dia pinjamkan jaket dan gloves FOC. Terharu. Baik betul. Takde la menggigil dah.
Alhamdulillah beg kami tak hilang pun. Ada je kat Delhi Airport. Cuma for some reason, diorang tak masukkan dalam flight. Penuh ke? Wallahua'lam. Dia tahu kot, kami ni travel in one group. Dalam 5 beg kami, 3 beg tak sampai Delhi. Kalau kami stay di Delhi takpe lagi, suhu pun takde la di bawah paras beku. Tapi kami pergi ski resorts kot. Memang sadis.
Bangun pagi, stress balik. Beg dah kat Delhi Airport Terminal 3. Tapi orang yang Taj minta tolong bawa beg kami datang Srinagar tu kat Terminal 1 (domestik). Saya pun bagitahu lah ejen Malindo kat Delhi tu. Boleh pulak dia kata, dia tak dapat hantar beg tu sebab dia takde access untuk Terminal 1. Eh! Ta*k betul.
Saya bagitahu Taj. Lepas tu dia kena pulak mintak tolong kawan dia yang kerja sebagai pilot dengan airline Vistara. Alhamdulillah berjaya. Beg kami masuk dalam satu-satunya flight ke Srinagar dari Delhi pada hari tersebut. Lepas tu dapat lah ski dengan perasaan tenang.
Jadi ski lesson pun bermula. Saya paling tak tahan dengan ski boots. MasyaAllah ketat betul. Dah la keras, kaki sakit gile, sampai blister. Tapi tahan je la. Hahaha. Kami ada ski instructor one-to-one, yang sangat penyabar dengan karenah kami.
Nama ski instructor saya ialah Ahmed. Dia ni adik kepada Taj. Dia ski memang sangat hebat lah. Hmm kena ski berapa minggu la agaknya baru boleh sampai tahap dia.
Nak ski kena gigih. Tak boleh give up. Jatuh, bangun balik. Saya mostly jatuh sebab panic. Bila ada orang kat depan, saya jadi takut dan berusaha terlebih gigih untuk elak sebab takut tercederakan orang lain. Pastu hilang balance dan jatuh gedebuk. Haha.
Dekat ski slope beginner ni ada ski bar, untuk tarik orang naik bukit. Nak naik kena beratur. Budak kecik ada barisan khas. So kena gilir-gilir antara orang dewasa dan budak kecik. Ski ni beroperasi dari pagi sampai petang. Kalau tak silap 10am - 4pm. Waktu rehat di antara 1-2pm, so waktu ni kalau nak naik ski slope kena jalan.
Nak naik ski bar kena pastikan diri dah pandai handle ski. Kalau terjatuh masa ditarik ski bar, cepat-cepat go out of the way untuk elakkan orang belakang kita terlanggar kita.
Lepas habis main ski, ada berita baik menanti. Petang tu, beg kami sampai hotel. Syukur alhamdulillah. Rasa lega sangat.
Sambung belajar ski. Hari ni instructor saya suruh saya berdikari. Turun slope dia tak pegang dah. Tapi makin banyak disaster la kan, bila orang tak pimpin. Jatuh 4 kali, lol. Semuanya sebab nak elakkan daripada terlanggar orang.
Kali ni main separuh hari je. Lepas lunch break pukul 1pm, kami gerak ke gondola. Gondola di Gulmarg ada 2 fasa. Fasa pertama naik sampai ke kawasan yang ada kedai makan dan snow mobile. Fasa kedua naik ke puncak gunung. Malangnya cuaca buruk, so tak dapat naik gondola 2nd phase, sebab tutup. Pemandangan masyaAllah, sangat cantik. Putih di sana sini dengan pokok pain merata-rata.
Masa naik tu kami nampak rumah pengembala kambing. Diorang naik ke gunung masa musim panas, dan bawa turun ternakan ke bawah masa musim sejuk. Rumah diorang memang separuh tenggelam oleh salji masa ni. Tak mungkin ada sesiapa sanggup tinggal kat situ kan. Hehe.
Disebabkan cuaca tak bagus, kami tak nampak view apa-apa pun kat gunung tu. Lol. Memang takde rezeki. Kami makan tengahari kat gerai atas gunung. Nasi briyani kambing & ayam. Harga 300 rupee each. 1 portion boleh kongsi 2 orang. Pastu kami beli air mineral besar, harga 60 rupee, kongsi jugak.
Lepas makan, kami naik snow mobile. Harga tak tau berapa sebab dah masuk dalam pakej. Tapi smowmobile ni naik dengan orang lain, bukan dengan company tu. Masa naik tu, boleh pulak driver snowmobile tu stop tengah jalan mintak tips. Lol. Terasa macam kena ugut pulak hehe. Tapi nasib baik guide kitorang dah warning siap-siap, so kitorang dah sediakan 50 rupee untuk bagi tips.
Hari terakhir di Gulmarg. Ikut plan asal kami akan ke Pahalgam pulak. Tapi bila fikir balik jauhnya jarak perjalanan dari Gulmarg ke Pahalgam, kami ubah fikiran. Lagipun Pahalgam ni best masa spring atau summer, ada padang rumput hijau, sungai cantik. Kalau sekarang ni lebih kurang macam Gulmarg je la, putih mata memandang. Saya nak stay Gulmarg lagi, tapi yang lain nak duduk extra night di Srinagar. Terpaksa lah ikut majoriti.
Lepas bangun pagi, tengok langit.... MasyaAllah. Cantiknya langit biru! Dah berapa hari kat Gulmarg ni baru nampak matahari. Huaaa cantik sangat rasa macam nak nangis. Hahaha.
Rasa sedih sebab nak pergi tinggalkan Gulmarg dah. Saya mintak Taj untuk bawa kami naik gondola lagi. Tapi kena bayar asing lah, sebab naik 2 kali. Hehe. Tapi sangat worth it!
Langit biru, pemandangan cantik. Nampak gunung-ganang yang selama ni tersembunyi disebalik awan. Ramai sangat orang ski, terasa jeles pulak sebab dah nak meninggalkan Gulmarg yang cantik ni.
Tengahari, kami gerak ke Srinagar. On the way ke sana kami stop di dua kedai, satu jual dried fruits dan satu lagi jual kain & art craft. Tapi saya rasa kedai ni mahal. Saya beli safron 1g harga 300 rupee. Scarf jenis murah 800 rupee. Kain untuk saree/baju kurung 1800 rupee.
Dah sampai Srinagar, terus rasa rindu kat Gulmarg. Srinagar ialah bandar yang tak berapa terancang sangat. Jalan banyak rosak, jam teruk pulak tu.
Malam tu kami tinggal di Ennco Resorts. Sangat cantik, hotel baru. Tapi lokasi dalam Google dan Waze salah. Penat kami pusing-pusing cari jalan. Dalam hotel tu, kami berempat je tetamu yang ada! Hahaha. Pelik gileee. Tapi memang dapat utmost attention lah.
Di awal pagi, kami buat pertukaran itinerari lagi. Tiba-tiba decide nak bermalam kat houseboat. Semua orang Kashmir disapprove keputusan tu. Houseboat sejuk diorang bilang. Saya tanya driver kami tu, "Are we crazy?" Pastu dia pun sengih je. Lol. Paham-paham je la.
Agenda pertama hari ni ialah Shikara ride dekat Dal Lake. Snow turun, langit mendung, suhu sejuk. Disebabkan waktu tu ialah low season, kami je boat yang ada dan bot kami memang kena kepung dengan penjual. Dah la penjual tu semuanya desperate, so diorang tak dengar bila kitorang kata tak nak beli. Bad mood gila masa tu.
Lepas Shikara ride, kami pergi ke Botanical Garden, bersebelahan dengan Tulip Garden (yang cuma buka pada bulan April). Lepas tu kami pergi ke Shalimar Bagh garden. Entrance fee taman-taman ni murah je. 24 rupee/person.
Patutnya nak pergi ke Nishat garden pulak. Nishat Garden ni terletak dapat Dal Lake. Depan dia ada gerai makan. Kami beli nasi briyani ayam (small - 100 rupee, large - 120 rupee). Pastu makan kuih Kashmir - cheese dalam tepung kena goreng. Sedap jugak.
Tapi dah bosan pulak pergi garden waktu winter ni. Sebab takde bunga, ada salji je. Haha. So saya just stay di luar, ambil gambar depan Nishat garden. Kami request kat driver supaya bawa kami ke University of Kashmir rather than masuk ke taman tu. Lol. Tukar itinerari lagi.
Disebabkan dekat je dengan universiti, driver bawa kami melawat Hazratbal, sebuah Muslim shrine yang katanya ada menyimpan rambut Nabi Muhammad s.a.w. Kat sini ada tempat solat, dan terletak betul-betul tepi Tasik Dal, dengan Gunung Zaberwan sebagai backdrop. Sangat cantik, dengan suasana tenang. Saya spend dekat sejam sambil feeling2. Lol. Kat sini ada banyak burung, so bird watchers mesti suka.
Lepas pergi Hazratbal kami pun ke University of Kashmir. Lepas sembang-sembang sikit dengan pak guard kat gate, diorang pun kasi kami masuk. Sempat lah juga saya bergambar dekat bangunan fakulti Pharmaceutical Sciences. Haruslah bangunan dia buruk kan, padahal bangunan fakulti arts & language cantik je. Tak adil :p
Pastu kami bermalam di houseboat. Stress sebab banyak betul penjual datang bertandang. Malam tu saya makan ayam masala yang paling sedap sekali kat Kashmir. Houseboat punya heating system cuma pakai bukhara, pemanas tradisional yang menggunakan kayu api. Sekejap je kayu api habis terbakar. Syukur ada electric blanket.
But please take note. Dekat Srinagar masa winter selalu ada blackout disebabkan penggunaan elektrik melebihi bekalan yang ada. Maka kadang-kadang tu kena duduk dalam gelap. Biasanya 8pm akan mati dan elektrik hidup balik dalam 10pm. Pastu awal pagi 6-8am mungkin akan mati elektrik jugak. So, hargailah elektrik semasa masih ada. Tapi kalau korang pergi masa musim panas, masalah ni sepatutnya tak wujud.
Bangun pagi tengok luar bersalji. Tasik Dal separa beku. MasyaAllah sangat cantik. Pengalaman yang menarik, naik bot atas air yang separa beku. Tapi sejuk gileee. Ngee.
Lepas tu terus pergi airport Srinagar. Kat sini security check dekat luar bangunan utama. Nanti akan ada scammers yang datang tolong korang angkat beg, check in beg. Pastu dia mintak duit. Haha. Hampeh. Bagus korang ignore je orang macam ni.
Oh ya. Beberapa tahun lepas penumpang tak dibenarkan bawa beg dalam kabin. Beg tangan kecik je dibenarkan, bag pack tak boleh. Sebab tu kot AirAsia kasi baggage free 15kg untuk flight Delhi-Srinagar. Sekarang dah okay, boleh bawa masuk bag pack.
Dalam tempat menunggu airport sangat best. Ada banyak kedai, KFC pun ada. Harganya pun not bad lah. Sayang betul tak beli hari tu. Huhu.
Satu yang tak best airport ni ialah diorang takde sediakan real time info kat monitor untuk check gate mana dan pukul berapa. Monitor nya ada, tapi takde info. Kikiki. Pelik betul.
Flight kami delay. Lepas dapat terbang, kami pun meneruskan perjalanan ke Golden Triangle.
Stay tuned! :p

Gulmarg, Kashmir |

Day 1

Snow-capped mountains |

Traffic jam di Tangmarg. Stuck 30 mins juga di sini. =_= |
Lepas dari Tangmarg, jalan dia jadi berliku-liku dan bahaya. Banyak naik bukit, dan jalan lebih licin sebab salji memang tebal. Kat sini lah kereta kami tergelincir beberapa kali. Ngeee. Tapi masa kami terjerit-jerit dalam kereta tu, driver rilek je, siap gelak2 lagi. Hahaha. Dia dah biasa kot.
Lepas sampai Gulmarg... saya terpinga-pinga. Ingatkan ada lah juga kedai-kedai yang besar macam kat pekan Tangmarg. Rupa-rupanya dia ala-ala Kundasang. Hee. Ada market sikit, pastu beberapa kedai yang dibuat daripada kayu.
Kami stay di Hotel Hilltop. Cantik juga lah hotel ni. Kat lobi dia ada heater yang besar. Sesuai untuk lepak. Setiap bilik ada heater jenis blower tu, dah juga central heating. Ada air panas jugak. Tapi central heating dan air panas dia cuma beroperasi pada waktu-waktu tertentu. Lol.
Lepas settle di hotel, kami pergi ke ski shop Himalayan Edges. Kedai dia kecik je, masuk 4 orang terus crowded. Hee. Kat situ kami try ski boots dan jaket. Pastu dia bagi beberapa seluar water proof untuk pakai masa ski.
Himalayan Edges.I give them 5-star rating! :D |
Beg kami tak sampai Delhi Airport. Sebenarnya hari pertama tu, masa saya dipenuhi dengan aktiviti cubaan mendapatkan beg kami balik. Kami punya winter clothing majoriti letak dalam check in luggage. Ye lah kan, siapa nak pakai jaket tebal-tebal tu dari Malaysia. Saya email sana sini. Mesej sana sini. Taj pun call sana sini untuk cari orang yang boleh dapatkan beg kami dari Delhi Airport. Sangat stressful. Nasib baik la Taj ni positif betul, kurang sikit perasaan despair tu. Huhu. Dia pinjamkan jaket dan gloves FOC. Terharu. Baik betul. Takde la menggigil dah.
Alhamdulillah beg kami tak hilang pun. Ada je kat Delhi Airport. Cuma for some reason, diorang tak masukkan dalam flight. Penuh ke? Wallahua'lam. Dia tahu kot, kami ni travel in one group. Dalam 5 beg kami, 3 beg tak sampai Delhi. Kalau kami stay di Delhi takpe lagi, suhu pun takde la di bawah paras beku. Tapi kami pergi ski resorts kot. Memang sadis.
Day 2
Bangun pagi, stress balik. Beg dah kat Delhi Airport Terminal 3. Tapi orang yang Taj minta tolong bawa beg kami datang Srinagar tu kat Terminal 1 (domestik). Saya pun bagitahu lah ejen Malindo kat Delhi tu. Boleh pulak dia kata, dia tak dapat hantar beg tu sebab dia takde access untuk Terminal 1. Eh! Ta*k betul.
Saya bagitahu Taj. Lepas tu dia kena pulak mintak tolong kawan dia yang kerja sebagai pilot dengan airline Vistara. Alhamdulillah berjaya. Beg kami masuk dalam satu-satunya flight ke Srinagar dari Delhi pada hari tersebut. Lepas tu dapat lah ski dengan perasaan tenang.
Jadi ski lesson pun bermula. Saya paling tak tahan dengan ski boots. MasyaAllah ketat betul. Dah la keras, kaki sakit gile, sampai blister. Tapi tahan je la. Hahaha. Kami ada ski instructor one-to-one, yang sangat penyabar dengan karenah kami.
Saya dan cikgu ski saya |
Nama ski instructor saya ialah Ahmed. Dia ni adik kepada Taj. Dia ski memang sangat hebat lah. Hmm kena ski berapa minggu la agaknya baru boleh sampai tahap dia.
Nak ski kena gigih. Tak boleh give up. Jatuh, bangun balik. Saya mostly jatuh sebab panic. Bila ada orang kat depan, saya jadi takut dan berusaha terlebih gigih untuk elak sebab takut tercederakan orang lain. Pastu hilang balance dan jatuh gedebuk. Haha.
Dekat ski slope beginner ni ada ski bar, untuk tarik orang naik bukit. Nak naik kena beratur. Budak kecik ada barisan khas. So kena gilir-gilir antara orang dewasa dan budak kecik. Ski ni beroperasi dari pagi sampai petang. Kalau tak silap 10am - 4pm. Waktu rehat di antara 1-2pm, so waktu ni kalau nak naik ski slope kena jalan.
Nak naik ski bar kena pastikan diri dah pandai handle ski. Kalau terjatuh masa ditarik ski bar, cepat-cepat go out of the way untuk elakkan orang belakang kita terlanggar kita.
Lepas habis main ski, ada berita baik menanti. Petang tu, beg kami sampai hotel. Syukur alhamdulillah. Rasa lega sangat.
Day 3
Sambung belajar ski. Hari ni instructor saya suruh saya berdikari. Turun slope dia tak pegang dah. Tapi makin banyak disaster la kan, bila orang tak pimpin. Jatuh 4 kali, lol. Semuanya sebab nak elakkan daripada terlanggar orang.
Kali ni main separuh hari je. Lepas lunch break pukul 1pm, kami gerak ke gondola. Gondola di Gulmarg ada 2 fasa. Fasa pertama naik sampai ke kawasan yang ada kedai makan dan snow mobile. Fasa kedua naik ke puncak gunung. Malangnya cuaca buruk, so tak dapat naik gondola 2nd phase, sebab tutup. Pemandangan masyaAllah, sangat cantik. Putih di sana sini dengan pokok pain merata-rata.
Masa naik tu kami nampak rumah pengembala kambing. Diorang naik ke gunung masa musim panas, dan bawa turun ternakan ke bawah masa musim sejuk. Rumah diorang memang separuh tenggelam oleh salji masa ni. Tak mungkin ada sesiapa sanggup tinggal kat situ kan. Hehe.
Shepherds' house (Gambar masa hari ke-2 naik gondola) |
Disebabkan cuaca tak bagus, kami tak nampak view apa-apa pun kat gunung tu. Lol. Memang takde rezeki. Kami makan tengahari kat gerai atas gunung. Nasi briyani kambing & ayam. Harga 300 rupee each. 1 portion boleh kongsi 2 orang. Pastu kami beli air mineral besar, harga 60 rupee, kongsi jugak.
Lepas makan, kami naik snow mobile. Harga tak tau berapa sebab dah masuk dalam pakej. Tapi smowmobile ni naik dengan orang lain, bukan dengan company tu. Masa naik tu, boleh pulak driver snowmobile tu stop tengah jalan mintak tips. Lol. Terasa macam kena ugut pulak hehe. Tapi nasib baik guide kitorang dah warning siap-siap, so kitorang dah sediakan 50 rupee untuk bagi tips.
Naik snow mobile. Lagi berat daripada quad bike, susah nak pusing. |
Day 4
Hari terakhir di Gulmarg. Ikut plan asal kami akan ke Pahalgam pulak. Tapi bila fikir balik jauhnya jarak perjalanan dari Gulmarg ke Pahalgam, kami ubah fikiran. Lagipun Pahalgam ni best masa spring atau summer, ada padang rumput hijau, sungai cantik. Kalau sekarang ni lebih kurang macam Gulmarg je la, putih mata memandang. Saya nak stay Gulmarg lagi, tapi yang lain nak duduk extra night di Srinagar. Terpaksa lah ikut majoriti.
Lepas bangun pagi, tengok langit.... MasyaAllah. Cantiknya langit biru! Dah berapa hari kat Gulmarg ni baru nampak matahari. Huaaa cantik sangat rasa macam nak nangis. Hahaha.
Rasa sedih sebab nak pergi tinggalkan Gulmarg dah. Saya mintak Taj untuk bawa kami naik gondola lagi. Tapi kena bayar asing lah, sebab naik 2 kali. Hehe. Tapi sangat worth it!
Langit biru, pemandangan cantik. Nampak gunung-ganang yang selama ni tersembunyi disebalik awan. Ramai sangat orang ski, terasa jeles pulak sebab dah nak meninggalkan Gulmarg yang cantik ni.
Gulmarg Gondola 1st Phase |
Tengahari, kami gerak ke Srinagar. On the way ke sana kami stop di dua kedai, satu jual dried fruits dan satu lagi jual kain & art craft. Tapi saya rasa kedai ni mahal. Saya beli safron 1g harga 300 rupee. Scarf jenis murah 800 rupee. Kain untuk saree/baju kurung 1800 rupee.
Dah sampai Srinagar, terus rasa rindu kat Gulmarg. Srinagar ialah bandar yang tak berapa terancang sangat. Jalan banyak rosak, jam teruk pulak tu.
Malam tu kami tinggal di Ennco Resorts. Sangat cantik, hotel baru. Tapi lokasi dalam Google dan Waze salah. Penat kami pusing-pusing cari jalan. Dalam hotel tu, kami berempat je tetamu yang ada! Hahaha. Pelik gileee. Tapi memang dapat utmost attention lah.
Day 5
Di awal pagi, kami buat pertukaran itinerari lagi. Tiba-tiba decide nak bermalam kat houseboat. Semua orang Kashmir disapprove keputusan tu. Houseboat sejuk diorang bilang. Saya tanya driver kami tu, "Are we crazy?" Pastu dia pun sengih je. Lol. Paham-paham je la.
Agenda pertama hari ni ialah Shikara ride dekat Dal Lake. Snow turun, langit mendung, suhu sejuk. Disebabkan waktu tu ialah low season, kami je boat yang ada dan bot kami memang kena kepung dengan penjual. Dah la penjual tu semuanya desperate, so diorang tak dengar bila kitorang kata tak nak beli. Bad mood gila masa tu.
Lepas Shikara ride, kami pergi ke Botanical Garden, bersebelahan dengan Tulip Garden (yang cuma buka pada bulan April). Lepas tu kami pergi ke Shalimar Bagh garden. Entrance fee taman-taman ni murah je. 24 rupee/person.
Shalimar Bagh, mughal garden di Srinagar |
Patutnya nak pergi ke Nishat garden pulak. Nishat Garden ni terletak dapat Dal Lake. Depan dia ada gerai makan. Kami beli nasi briyani ayam (small - 100 rupee, large - 120 rupee). Pastu makan kuih Kashmir - cheese dalam tepung kena goreng. Sedap jugak.
Tapi dah bosan pulak pergi garden waktu winter ni. Sebab takde bunga, ada salji je. Haha. So saya just stay di luar, ambil gambar depan Nishat garden. Kami request kat driver supaya bawa kami ke University of Kashmir rather than masuk ke taman tu. Lol. Tukar itinerari lagi.
Disebabkan dekat je dengan universiti, driver bawa kami melawat Hazratbal, sebuah Muslim shrine yang katanya ada menyimpan rambut Nabi Muhammad s.a.w. Kat sini ada tempat solat, dan terletak betul-betul tepi Tasik Dal, dengan Gunung Zaberwan sebagai backdrop. Sangat cantik, dengan suasana tenang. Saya spend dekat sejam sambil feeling2. Lol. Kat sini ada banyak burung, so bird watchers mesti suka.
Pergunungan Zaberwan. Cantik. |
Lepas pergi Hazratbal kami pun ke University of Kashmir. Lepas sembang-sembang sikit dengan pak guard kat gate, diorang pun kasi kami masuk. Sempat lah juga saya bergambar dekat bangunan fakulti Pharmaceutical Sciences. Haruslah bangunan dia buruk kan, padahal bangunan fakulti arts & language cantik je. Tak adil :p
Pastu kami bermalam di houseboat. Stress sebab banyak betul penjual datang bertandang. Malam tu saya makan ayam masala yang paling sedap sekali kat Kashmir. Houseboat punya heating system cuma pakai bukhara, pemanas tradisional yang menggunakan kayu api. Sekejap je kayu api habis terbakar. Syukur ada electric blanket.
But please take note. Dekat Srinagar masa winter selalu ada blackout disebabkan penggunaan elektrik melebihi bekalan yang ada. Maka kadang-kadang tu kena duduk dalam gelap. Biasanya 8pm akan mati dan elektrik hidup balik dalam 10pm. Pastu awal pagi 6-8am mungkin akan mati elektrik jugak. So, hargailah elektrik semasa masih ada. Tapi kalau korang pergi masa musim panas, masalah ni sepatutnya tak wujud.
Day 6
Bangun pagi tengok luar bersalji. Tasik Dal separa beku. MasyaAllah sangat cantik. Pengalaman yang menarik, naik bot atas air yang separa beku. Tapi sejuk gileee. Ngee.
Partly-frozen Dal Lake |
Lepas tu terus pergi airport Srinagar. Kat sini security check dekat luar bangunan utama. Nanti akan ada scammers yang datang tolong korang angkat beg, check in beg. Pastu dia mintak duit. Haha. Hampeh. Bagus korang ignore je orang macam ni.
Oh ya. Beberapa tahun lepas penumpang tak dibenarkan bawa beg dalam kabin. Beg tangan kecik je dibenarkan, bag pack tak boleh. Sebab tu kot AirAsia kasi baggage free 15kg untuk flight Delhi-Srinagar. Sekarang dah okay, boleh bawa masuk bag pack.
Dalam tempat menunggu airport sangat best. Ada banyak kedai, KFC pun ada. Harganya pun not bad lah. Sayang betul tak beli hari tu. Huhu.
KFC di Airport Srinagar yang saya terkenang sampai sekarang. XD |
Satu yang tak best airport ni ialah diorang takde sediakan real time info kat monitor untuk check gate mana dan pukul berapa. Monitor nya ada, tapi takde info. Kikiki. Pelik betul.
Flight kami delay. Lepas dapat terbang, kami pun meneruskan perjalanan ke Golden Triangle.
Stay tuned! :p
No comments:
Post a Comment