Saturday, 9 February 2019

India Trip Part 2 - Golden Triangle

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kita sambung ya. Sementara tengah bersemangat ni. Hehe. Kalau sebut trip "Golden Triangle", ianya merujuk kepada 3 bandar utama di utara India yang selalu jadi tumpuan pelancong: Delhi, Agra dan Jaipur. Majoriti tarikan pelancong di area ni ialah bekas tinggalan empayar Mughal yang pernah berkuasa di India dulu.

Old Delhi - pemandangan dari atas menara Masjid Jama


Delhi ialah ibu negara India. Ada 3 UNESCO World Heritage Site di Delhi, iaitu Qutub Minar, Humayun's Tomb dan Red Fort (juga dikenali sebagai Lal Qila). Selain daripada tu, boleh juga melawat Lodhi Garden, Hauz Khas Village, Lotus Temple, Jama Masjid, India Gate dan sebagainya.

Agra terletak kira-kira 3 jam perjalanan dari Delhi, di wilayah Uttar Pradesh. Di sini lah terletaknya Taj Mahal, salah satu daripada 7 bangunan yang menjadi keajaiban dunia. Selain daripada tu, Agra juga terkenal dengan Agra Fort, Fatehpur Sikri dan Itmad-ud Daulah Tomb.

Jaipur merupakan ibu negari Rajasthan dan terletak kira-kira 5 jam perjalanan dari Delhi. Tarikan utama di sini ialah kubu-kubu yang wujud beratus tahun lamanya, dan yang paling cantik ialah Amber Fort. Selain tu, korang boleh melawat Jantar Mantar (tempat yang banyak alat cerapan astronomi), Hawa Mahal dan Water Palace.


Perjalanan saya di Golden Triangle terbahagi kepada dua bahagian: solo travel dan pakej. Saya jalan di Delhi sorang saja dan tak ada ambil pakej. Saya pergi ke Agra dan Jaipur bersama kakak dan adik saya, dan kami ambil pakej 3 hari 2 malam dengan Dar Travel. Harga pakej: 10,750 rupee, termasuk hotel, driver, tour guide, tol, cukai, breakfast dan tiket masuk Taj Mahal & Agra Fort.

Please take note, dekat India ni diorang memang banyak cukai ekstra untuk pelancong. Ada sesetengah pakej yang tak termasuk tol dan cukai perjalanan, jadi kena bayar pulak kat sana nanti. Jadi sebelum ambil pakej tu tanya dulu dekat agent ya.

Jaipur


First stop saya di Golden Triangle ialah Jaipur. Dari Delhi Airport, ada beberapa bas yang boleh bawa korang terus ke sana. Harga bergantung pada jenis bas, yang saya tengok dalam 200 - 500 rupee. Tapi kami naik kereta, so saya pun tak tahu lah setakat mana kualiti bas ni. Ngee.

Perjalanan dari Delhi ke Jaipur sangat lama. 5 jam lebih, sebab ada traffic jam. Kami sampai Jaipur dah malam dah, kebetulan kami lalu sebelah Amber Fort. Cantik! Ada banyak lampu. Rupa-rupanya masa malam ada Light and Sound Show. Saya sampai lewat sangat, tak sempat nak tengok.

Amber Fort di malam hari

Saya suka Jaipur. Jaipur ialah ibu negeri Rajasthan. Tempat ni kering, ada padang pasir. Sebenarnya kalau ikutkan plan asal saya nak ke Dhula Raoji, padang pasir berhampiran Jaipur, siap boleh naik unta tengok sunset. Tapi kami punya masa limited. Kalau sempat korang pergi lah. Kat Klook pun ada daytrip dari Jaipur ke padang pasir.

Di sini ada dua tempat UNESCO Heritage Sites: kubu-kubu atas bukit dan juga Jantar Mantar. Kubu-kubu atas bukit ada banyak, dan UNESCO iktiraf 6 kubu berbeza, tapi yang paling dekat dengan Jaipur ialah Amber Fort. Tarikan terkenal di sini ialah gajah, yang digunakan untuk bawa pelancong naik bukit untuk ke kubu. Tapi... saya rasa tak perlu lah join bisnes eksploit gajah ni.

Amber Fort di siang hari

Jantar Mantar ada banyak peralatan yang digunakan oleh ahli astronomi untuk tengok kedudukan bintang dan planet. Astronomi ialah sesuatu yang penting dalam budaya Hindu, sebab diorang percayakan astrologi. Dekat sana ada alat untuk tengok horoskop dan kedudukan bintang masa kita lahir, dan ini akan menentukan macam-macam termasuklah jodoh. Hee. Jam matahari terbesar di dunia pun boleh dijumpai di sini.

Jantar Mantar

Hawa Mahal atau Palace of Winds pun terkenal juga. Tapi saya tak masuk, lalu dari luar je. Jalan nak ke sana jam teruk. Tak tahan. Selain tu kami singgah untuk ambil gambar Water Palace. Tempat ni katanya ada 3 tingkat di bawah air! Dibina sebagai rumah persinggahan untuk summer holiday. Diorang bina istana tu dulu, pastu buat man-made lake sekitar istana.

Kalau korang nak, boleh juga masuk ke City Palace, tempat tinggal kerabat diraja Rajasthan sekarang. Maharaja sekarang ni masih muda, eligible bachelor gitu, baru di awal 20-an. Tapi tiket masuk dia lagi mahal daripada Jantar Mantar, so saya pun tak masuk. Tak ingat dah berapa.

Lepas jalan di Jaipur, kami gerak ke Agra. Perjalanan ambil masa dalam 5 jam. On the way tu berlaku eksiden kecil, ada lori langgar kereta kami. Haih. Drama sekejap. Syukur tak teruk, pastu driver lori mengaku salah dan bayar ganti rugi pada driver kami.

Agra


Nak ke Agra dari Delhi senang je. Day trip pun boleh. Ada banyak keretapi yang cover route Delhi - Agra. Antaranya yang paling terkenal di kalanagan pelancong ialah Gantiman Express - keretapi laju beraircond yang memang dibuat untuk pelancong yang mahukan comfort. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang keretapi di India, boleh rujuk website tripsavvy ni.

Agra ni bandar yang dah "lost its glory". Dulunya pernah jadi ibu negara satu empayar yang besar, tapi sekarang, kalau tak ada Taj Mahal saya rasa tak teringin pun pergi sana. Huhu. Ibu negeri Uttar Pradesh pun ialah Lucknow, dan bukan Agra.

Saya cuma sempat lawat dua tempat di Agra: Taj Mahal dan Agra Fort. So, mungkin jugalah saya sendiri tak berkesempatan untuk berkenalan lebih lanjut dengan bandar ni. Tak kenal maka tak cinta, kata orang. So memang tak sempat nak jatuh cinta.

First impression saya, bandar ni banyak traffic jam. Banyak asap. Sebab tu lah dulu Taj Mahal pernah hilang kecantikan dia disebabkan jeragat asap yang melekat pada batu marmar Taj Mahal. Saya suka penggunaan e-rickshaw di sini, sama macam di Jaipur. Di Delhi je saya tak jumpa e-rickshaw, banyak auto berasap.

Taj Mahal memang cantik. Tak ada istilah "indah khabar dari rupa" untuk monumen ni. Mungkin kalau korang pergi sana beberapa tahun lepas tak cantik sangat, sebab diorang masih tengah buat kerja-kerja restoration dan membaik pulih kecantikan Taj Mahal. Tapi sekarang kerja-kerja tu dah siap dan Taj Mahal dah cantik balik. Seriously. Cantik sangat.

Yang tak cantiknya ialah kesesakan nak masuk Taj Mahal. Lol. Omg line panjang betul. Tapi untunglah kita sebagai pelancong asing. Walaupun kena bayar harga kawkaw, tapi layanan pun special. Ada line khas untuk pelancong asing lelaki dan perempuan. Selain tu, korang akan dapat complimentary air mineral dan shoe covers. So tak payah susah-susah beli. Shoe cover diwajibkan pakai masa nak masuk ke dalam bangunan Taj Mahal.

Tapi ingat ya. Taj Mahal tutup hari Jumaat. Makanan TAK dibenarkan bawa masuk. Banyak saya nampak makanan yang kena confiscate kat pintu masuk. Kalau air kosong tak apa. Security kat sini sangat ketat. Memang diorang check satu-satu, beg pun kena scan, macam airport pulak.

Taj Mahal di hatiku
Ni nak bagi tips sikit. Sebagai pelancong, kita mesti akan jadi macam jakun gila lepas nampak Taj Mahal. Saya rasa beratus-ratus gambar Taj Mahal yang kami ambil, dari awal ke akhir. Lol. Tapi bagi saya ada 3 spot je yang perfect untuk ambil gambar:

1) Selepas lalu dari gate depan. Kat sini korang akan dapat ambil gambar Taj Mahal dari jauh sayup-sayup (lebih kurang 1km), dan boleh ambil gambar direct dari depan. Selepas ni most of the time korang akan ambil gambar Taj Mahal dari tepi sikit, sebab di tengah ada taman & kolam.

2) Di kawasan yang ada "Lady Diana's Chair". Katanya tempat Lady D pernah duduk masa dia pergi Taj Mahal. Tapi beratur panjang gila nak tunggu giliran bergambar kat situ. Saya tak sanggup. Saya pergi dulu hari Ahad, so ramai gila orang. Maybe kalau tak ramai sangat boleh try spot ni.

3) Kerusi last yang korang jumpa sebelum sampai ke Taj Mahal. Kerusi ada banyak, tapi yang last ni sangat dekat dengan Taj Mahal, so nampak besar je bangunan tu kat belakang. Worth it la nak tunggu giliran untuk kerusi ni.

Lepas dari Taj Mahal saya ke Agra Fort. Lepas pergi Taj Mahal, terasa macam tempat ni tak gah pun. Lol. Tapi bila fikir-fikir balik, kalau nak dibandingkan dengan A Famosa, betapa hebatnya lah Agra Fort ni.

Agra Fort dan lautan manusia

Di Agra Fort ada satu bilik yang Maharaja Aurangzeb pernah guna untuk kurung bapak dia, Shah Jahan. (P/s: Aurangzeb ni anak Shah Jahan dengan Mumtaz Mahal. Kalau korang tak tahu siapa Shah Jahan dan Mumtaz Mahal, sila lah Google sebelum ke Agra. Sedih sangat kalau tak tahu. Hehe) Aurangzeb rampas kuasa daripada bapak dia sebab dia rasa bapak dia ni taksub sangat dengan mak dia. Bila tour guide kami cerita kisah ni, terlintas kat kepala saya: "Eh, derhaka punya anak, kurung bapak sendiri." Pastu bila tengok tempat kurungan tu, saya fikir: "Laa. Kurungan la sangat."

Hee. Nak tahu kenapa saya fikir macam tu korang pergi la sendiri tengok tempat kurungan Shah Jahan tu ye.

Lepas dari Agra Fort, kami bergegas ke Delhi. Flight adik dan kakak saya malam tu. Saya pula dihantar ke Moustache Hostel Delhi untuk meneruskan perjalanan saya secara solo-molo. Eheh.

Delhi: Accomodation


Delhi. Ibu negara India. Mula-mula rasa takut nak datang sini. Ye lah, macam-macam cerita. Dengan kisah rogolnya. Dengan sentimen anti-muslim yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak. Sebagai muslim female solo traveller, memang ada sedikit rasa risau lah.

Sebab tu saya research laamaaaa sangat untuk pilih accomodation di Delhi. Orang di accomodation kita lah yang akan jaga kita kat sana. Diorang lah tempat mengadu dan penunjuk arah. Lepas baca banyak review, saya narrow down pilihan saya kepada tiga tempat ni:

1) Bloomrooms @ New Delhi Railway Station. Asalnya saya plan nak pergi & balik Agra naik train, sebab tu saya pilih hotel ni. Terletak di Pahalganj, kawasan yang memang terkenal dengan pelancong backpackers. Diorang ada single bedroom, dan memang nampak moden hotel ni. Tapi tu lah. Terletak di Pahalganj. Area ni terletak dekat dengan Old Delhi, so area tu serabut sikit. Saya rasa tak syok sebagai female solo traveller nak duduk kat area macam ni.

2) GoStop Hostel Delhi. GoStop ialah hostel chain yang terkenal di India. Diorang ada banyak cawangan, dan asalnya saya book untuk duduk di GoStops Agra sebelum tukar plan ambil pakej. Lokasi pun bagus, dekat dengan metro station. Tapi satu benda yang menyebabkan saya put-off: diorang ada bela anjing dan kucing dalam hostel. Walaupun sangat kiut dan teringin nak main dengan anjing & kucing diorang, risau la pulak kalau kena jilat dengan anjing. Lol. Tak pasal-pasal kena sertu.

3) Moustache Hostel Delhi. Moustache Hostel pun ialah hostel chain yang terkenal. Tapi lokasi hostel diorang ni jauh sikit dari metro station. Dalam 800 m. Penat la jugak. Tapi okay je, jalan 15 minit. Kalau malas naik lah auto atau grab, baru 39 - 50 rupee. Tapi, lokasi neighbourhood hostel ni best! Terletak di New Friends Colony, kawasan perumahan orang kaya di selatan Delhi. Dekat je dengan Humayun's Tomb, Lotus Temple dan Qutub Minar. Ramai orang islam, so ada banyak kedai halal. KFC pun halal. Ini kawasan perumahan orang kaya, ada gated street dan terasa selamat. Staff pun 24 hours standby kat hostel. Lagipun hostel diorang ni diubahsuai daripada villa mewah 3 tingkat yang ada rooftop. Awesome sangat!

So, lepas fikir berjam-jam, saya decide untuk ambil Moustache Hostel. Dan memang tu ialah pilihan tepat! Saya akan recommend hostel ni pada mana-mana backpackers yang nak ke Delhi.

Katil saya untuk 3 malam. Comfy!

Hostel ni ada 6 katil untuk bilik female-only dormitory, lengkap dengan en-suite bathroom yang ada bath tub. Setiap katil ada langsir (warna langsir dan dinding adalah pink untuk female dorm hehe). Setiap katil ada kipas, universal power plug (kita boleh pakai tanpa adapter) dan meja kecik sendiri. Air cond pun ada (untuk musim panas). Bawah katil ada ruangan untuk letak beg, tapi tak disediakan mangga. Saya ada bawa mangga sendiri untuk lock. Cadar dan selimut dah disediakan, dan katil dia memang selesa. Saya punya deep sleep kat sini 4 jam, rekod paling tinggi sejak saya beli Mii Band 3. Lagi tinggi daripada deep sleep kat rumah sendiri. Hahaha.

Staff kat sana sangat peramah dan helpful. Backpackers pun biasanya sangat peramah, dan rajin bersembang pasal travel. Lepas letak barang dalam bilik hostel saya lepak naik rooftop, dan dapat kawan baru immediately. Sembang sampai ke malam.

Rooftop Moustache Hostel. Tempat lepak setiap pagi.


Hostel ni ada dapur, ada free chai dan kopi, dan ruang tamu dia ada tv besar yang lengkap dengan Netflix. Hari-hari kami tengok filem Bollywood kat sini. Malam-malam ada diorang buat bonfire, diorang dok lepak sambil minum (beer) dan main gitar. Walaupun saya tak minum, ada lah juga diorang ajak lepak sekali, tapi saya join sekejap je. Sejuk, tak tahan!  By the way, kalau korang tak suka duduk dorm, ada juga bilik double, tapi mahal sikit lah.

Delhi: Itinerari


Saya buat itinerari travel di Delhi berdasarkan beberapa guide "48 hours in Delhi" yang saya jumpa di internet. Saya mix and match travel guides ni dan buat itinerari sendiri untuk 3 hari.

Day 1

1st stop saya ke Qutub Minar. Naik metro dari Sukhdev Vihar (magenta line) ke Hauz Khas dan tukar ke yellow line untuk ke stesen Kutab Minar, dalam 1km dari Qutub Minar. Dari stesen metro saya naik auto (20 rupee). Tapi driver tu (nama dia Sanni) bagitahu siap-siap, dia akan bawa ke kedai jual kain. Lol. Dia kata auto tu bukan dia punya, dia cuma kerja dengan orang lain. Memang kat auto tu saya nampak ada sticker berasaskan tiga agama: Hindu, Sikh dan Islam. Hehe. Saya iyakan je lah, sebab kebetulan masa tu memang nak cari baju sebab baju tak cukup. Tapi kalau tak nak, boleh je jalan, takde la jauh sangat pun. Kalau naik UberPool, baru 40 rupee.

Qutub Minar Complex

Area Qutub Minar sangat cantik. Serius. Tempat ni ada aura hebat. Tak tau nak cakap macam mana, tapi bagi saya, inilah tempat no. 1 yang wajib dilawati di Delhi. Memang kalau ikut travel guide, takde satu pun yang suruh skip Qutub Minar. Wajib masuk.

Qutub Minar ialah menara setinggi 73 m, yang orang tak pasti pun sebenarnya apa fungsi dia. Dibina sejak tahun 1192. Hampir 300 tahun sebelum kerajaan Melayu Melaka wujud. Ada yang kata ni ialah minaret untuk bilal azan. Tapi tak mungkin sebab tinggi sangat, suara bilal pun tak dengar nanti. Ada yang kata menara ni dibina untuk meraikan kejayaan mengalahkan kerajaan Hindu yang asalnya ada di sini. Di sekeliling dia ada banyak bangunan lain yang dibina oleh pelbagai pemimpin Mughal, dan juga beberapa tinggalan Hindu yang dah wujud sejak kurun ke-5.

Lepas tu saya ke Mehrauli Archeological Park. Tak jauh pun dari Qutub Minar, tapi masa nak jalan ke sana, terserempak dengan Sanni. Dia offer untuk tumpangkan saya dalam auto dia, free of charge. Lol. Saya pun naik je la. Tapi boleh pulak dia turunkan saya kat seberang jalan. Omg scary gile nak cross jalan 4 lane kot! Tapi saya tengok orang tempatan steady je lintas, siap bawak kayu atas kepala. Saya pun redah je la. Alhamdulillah survive.

Mehrauli Archeological Park ni free je nak masuk. Kawasan ni luas gila, 200 ekar. Tapi bukan semua bahagian dibuka untuk orang awam. Di sini saya jumpa satu masjid usang yang ada budak-budak tengah mengaji, jumpa makam raja dulu-dulu, bekas istana, dan macam-macam runtuhan yang saya pun tak pasti benda apa. Ada kawasan luas yang ada budak-budak tengah main kriket dan orang tengah lepak-lepak berpiknik. Cool gila, picnic di kalangan runtuhan bangunan beratus tahun dulu. Free pulak tu. Untunglah orang Delhi.

Budak-budak mengaji di masjid lama, Mehrauli Archeological Park

Lepas tu saya balik ke metro station, jalan kaki. Lepas sampai metro station jumpa lagi Sanni. Dia ni memang peramah. Siap suruh saya add dia kat Facebook. Lol. Layan je la. Dari stesen Kutab Minar saya pergi ke Hauz Khas balik, tapi kali ni saya keluar station sebab nak ke Hauz Khas Village. Saya malas dah nak jalan, so saya naik auto dengan harga 50 rupee.

Hauz Khas Village ni area yang hip & trendy katanya, especially famous dikalangan orang muda. Terutamanya yang nak berdating. Lol. Seriously, ni tempat dating. Ada cafe hipster, kedai untuk fashionista, dan tempat ambil gambar instaworthy.

Di sini ada tasik, di kelilingi oleh kesan tinggalan kubu yang dibina oleh kerajaan Mughal. Free je. Ada Deer Park jugak, tapi saya tak nampak pun rusanya. Maybe kena masuk dan bayar kot, tapi saya tak jumpa entrance dia. Tempat di besar! Penat jalan.

Hauz Khas Village

Lepas puas berjalan, saya pun balik ke metro station. Tapi saya naik kat station lain di Magenta Line: R.K. Puram. Exit yang saya ambil ni pun lagi dekat, so naik auto bayar 20 rupee je (selepas bargain).

Day 2

Selepas biasakan diri saya dengan kesibukan New Delhi, saya decide untuk menempuh Old Delhi pulak. Di sini ada Jama Masjid, Red Fort, Gurudwara Sis Ganj Sahib (kuil sikh) dan juga Chandni Chowk, kawasan shopping ala-ala macam Petaling Street, tapi jauh lebih besar. Dari pagi sampai ke tengahari saya pusing area ni.

Old Delhi ni berbeza betul kalau nak bandingkan dengan Delhi moden. Kalau ikutkan, area Old Delhi lah kawasan yang pernah menjadi ibu negara kerajaan Mughal semasa pemerintahan Shah Jahan dan anak dia, Aurangzeb. Sebab tu banyak bangunan lama kat sini. Tapi tempat ni macam dah dilupakan oleh kerajaan India. Tak dibangunkan dan tak dijaga. Sebab tu la dia jadi serabut semacam.

Jama Masid, Gate no. 2

1st stop saya ialah Jama Masjid. Naik metro dari Sukhdev Vihar (magenta line) ke Kalkaji Mandir, tukar ke violet line dan turun di stesen Jama Masjid. Keluar dari stesen, terus nampak masjid tu. Jalan nak ke masjid dipenuhi pasar jual baju. Cantik-cantik baju punjabi kat sini. Rambang mata. Haha.

Nak masuk Jama Masjid kena buka kasut ye. Kalau tinggalkan kasut kat luar akan ada orang jaga, tapi kena bayar 50 rupee. Kalau taknak spend duit boleh bawak beg untuk simpan kasut. Tapi nanti kena angkut ke hulu ke hilir. Tinggalkan je la kat luar. Anggap korang bersedekah. 3 ringgit je pun.

Kalau tak tutup aurat ada jubah disediakan. Nak masuk free, tapi kena bayar camera fee 300 rupee. Chett. Dalam masjid ada menara tinggi dan sangat syok untuk ambil gambar. Nak naik bayar 200 rupee ye. Masa nak naik tu ada sorang mamat ni tunggu kat depan pintu minaret. Saya ingatkan dia staf kat masjid tu, yang bertugas untuk bawa pelancong. Dia tunjuk kad yang dia ni ialah official guide konon. Siap tolong ambil gambar bagai.

Sekali dia mintak bayaran. Chett. Mula-mula dia mintak 2,000 rupee. Saya nak kasi 100 rupee je. Eh jangan haraplah saya nak bayar mahal-mahal. Lepas gaduh-gaduh ngan dia ada sorang pakcik kat masjid tu tolong saya. Mamat guide tu degil, tak nak terima 100 rupee, dia jalan je. Haa. Lagi la saya happy. Tapi lepas tu dia patah balik, mintak 200 rupee. Fine, saya kasi la 200 rupee, as long as I can get rid of him.

So total kos lawat tempat ni 800 rupee. Overbudget. Haih.

Lepas keluar masjid saya lapar. So saya cari Karim, restoran terkenal yang katanya diasaskan oleh tukang masak istana dari zaman Mughal. Ada beberapa cawangan di Delhi, tapi restoran yang pertama sekali ditubuhkan terletak di area sebelah Jama Masjid. Tempat ni susah sikit nak cari, sebab kena masuk lorong kecik. Kalau sesat tanya je orang.

Pintu depan Restoran Karim

Saya makan sheesh kebab je, nak jimat. Dah overbudget kan. Tapi wow. Sedap! Saya baca di TripAdvisor ada yang kata tempat ni overrated, sebab ada je restoran lain di Delhi yang sama sedap tapi lagi murah - tapi dia tak pulak mention nama restoran tu. So nak memudahkan diri kita dan pastikan kita dapat makanan sedap, pergi je la Karim. Ramai yang recommend, even pelancong lain yang saya jumpa di hostel pun recommend juga. Harga takde la mahal sangat. Sheesh kebab tak sampai 70 rupee pun.

Lepas tu saya ke Red Fort (violet line, nama stesen: Lal Qila). Tapi malangnya Red Fort tutup pulak sejak 26 Januari, selepas sambutan Republic Day. Diorang ada buat pesta ala-ala macam Jom Heboh tu di perkarangan Red Fort. Tapi event ni dianjurkan oleh Tourism Department, ada booth dari wilayah di seluruh India. So korang boleh la beli macam-macam specialty item dari wilayah lain macam Himachal Pradesh, Nagaland, even Kashmir pun ada. Ada juga pentas besar dengan pertunjukan kebudayaan. Menarik juga lah.

Pentas besar depan Red Fort

Next, saya ke Chandni Chowk. Seberang jalan je dari Red Fort. Saya cari baju untuk dibuat souvenir. Kat area ni baju sangat murah! Saya beli baju kemeja lengan panjang, kain cotton berkualiti, baru 350 rupee! Bukan jenis bundle tu tau. Siap ada dalam packaging cantik yang dia letak jarum peniti tu. Chadni Chowk sangat besar, dan setiap area jual benda berbeza. Contohnya, kalau korang jalan di area baju, memang ada baju je lah sepanjang-panjang deretan kedai tu. So senang nak compare harga.

Saya naik metro di stesen Chandni Chowk (yellow line) untuk ke stesen Jorbagh (yellow line). Turun sini untuk ke Lodhi Garden - taman feveret saya di Delhi. Di Lodhi Garden ada pelbagai tinggalan dari Dinasti Lodhi. Sangat sesuai ke sini masa waktu petang atau awal pagi, sebab lighting matahari kuning-oren menjadikan monumen kat sini sangat cantik. Ada tasik, itik, pelbagai burung, dan juga tupai yang terlebih friendly (sebab dia nak minta makanan). Haha.

Lodhi Garden

Dari Lodhi Garden saya jalan ke Khan Market, area shopping yang ada beberapa branded shops. Dalam 10 minutes walk. Lepas tu saya naik metro di stesen Khan Market (violet line), tukar di Kalkanji Mandir untuk ke magenta line dan sampai ke Sukhdev Vihar untuk balik hostel.

Day 3

Pada hari terakhir, saya explore Humayun's Tomb. Mula-mula ingat nak skip je tempat ni, sebab ada website yang suggest untuk skip kalau kita dah lawat Taj Mahal dan kesuntukan masa. Syukurlah saya tak skip. Best rupanya tempat ni.

Humayun's Tomb

Humayun's Tomb ialah makam kepada Maharaja Humayun, ayah kepada Maharaja Akbar. Kalau ikut kisah yang saya baca di muzium, Humayun ni maharaja yang sangat baik dan trusting. Isteri dan anak dia (Maharaja Akbar) sangat sayang dia dan arahkan pembinaan makan ni. Makam Humayun ni lah yan menjadi asas kepada pembinaan Taj Mahal.

Walaupun tak secantik Taj Mahal, di tempat ni tersingkap banyak kisah suka duka kerajaan Mughal. Pembinaan Humayun's Tomb menjadi tanda kenaikan kuasa Mughal semasa pemeritahan Akbar. Di sini lah juga tempat kerabat diraja Mughal berlindung semasa British serang diorang, dan di sini lah diorang ditangkap dan terpaksa menyerah kalah. Lepas tu putera-putera keturunan Mughal dibunuh dek British.

Seberang jalan daripada Humayun's Tomb adalah kawasan yang dipanggil Nizamuddin. Kawasan ni ramai orang Islam, dan terdapat makan seorang ahli sufi terkenal, bernama Hazrat Nizamuddin. Saya ingat nak lawat makam dia, sebab macam sangat terkenal je, tapi tak jumpa pintu masuk! Lol. Puas saya pusing, last-last saya give up je.

Pastu saya panggil uber untuk ke Lotus Temple. Mak oii jem betul jalan nak ke Lotus Temple dari Nizamuddin. Ada la dalam 40 minit terbuang masa. 10 minit tunggu uber sampai, 30 minit untuk ke Lotus Temple. Menyesal tak naik metro je. Huhu.

Lotus Temple

Lotus Temple ni... erm. Indah khabar dari rupa. Kononnya architectural wonder. Tapi saya tak nampak sangat lah ke'gah'an bangunan ni. Ye lah kan, lepas dah 5 hari pusing tengok Mughal monuments yang begitu gah, Lotus Temple ni macam... pale in comparison. Tapi menarik lah juga. Lotus Temple ni bukan kuil Hindu atau Sikh tau. Tapi temple ni untuk penganut agama Baha'i.

Apakah itu Baha'i? Haa ni menarik. Boleh Google sendiri. Tapi secara amnya, Baha'i ni ialah agama terbuka yang menggalakkan perpaduan dikalangan pelbagai agama dan tuhan agama lain. Nampak macam dia mix and match various religion dalam dia punya ajaran. Kalau ikutkan, pengasas Baha'i ni ialah muslim syiah berasal dari Iran. Keturunan Nabi Muhammad lagi, katanya lah. Tapi dia mengaku dia ni prophet (nabi), dan membawa ajaran baru iaitu Baha'i.

Baha'i memang bersikap terbuka kepada semua agama. Sesiapa pun boleh masuk ke Lotus Temple untuk join diorang punya ritual meditasi. Saya pun tak tahu macam mana rupanya meditasi diorang ni. Saya ingat nak masuk, tapi mak oii, ramai sangat orang. Malas pulak nak beratur. P/s: Lotus Temple buka setiap hari kecuali Isnin.

Kos Tiket Masuk


Di Delhi banyak juga tinggalan kubu yang masih relatively well-preserved, dan percuma! Tapi kebanyakan tempat yang terkenal dan diiktiraf sebagai UNESCO site mestilah berbayar. Dan harga untuk pelancong memang jaaauuhh lebih mahal daripada orang tempatan. Cekik darah. Haha.

Harga tiket untuk lawat tempat bersejarah (harga semasa pada Januari 2019):


  • Qutub Minar: 600 rupee
  • Humayun's Tomb: 600 rupee
  • Red Fort: 600 rupee
  • Taj Mahal: 1,100 rupee
  • Amber Fort: 500 rupee (Student: 100 rupee)
  • Jantar Mantar: 200 rupee (Student: 100 rupee)
  • Jama Masjid: free. Bayar 300 rupee untuk bawa masuk kamera (termasuk phone camera). Bayar 200 rupee untuk naik menara masjid.


(P/s: Masa saya pergi tu, RM 1 = 17 rupee)

Ini je yang saya tahu sebab saya ada pergi. Tempat lain saya tak tahu. Boleh try Google sendiri ye. Hehe.

Walaupun harga tiket lagi mahal, kita sebagai warga asing ada kaunter khas. Nak beli tiket pun ada kaunter khas, nak masuk monumen pun ada kaunter khas. So kita dapat cepat sikit la, sebab nak beratur beli tiket dengan orang tempatan tu mahu la membazir 30 minit. Dalam banyak-banyak tempat yang saya pergi, di Humayun's Tomb saja barisan foreigner lagi panjang daripada local. Haha.

Kaunter khas untuk pelancong di Qutub Minar
Kalau korang tengok kat sign merah di atas ni, perasan tak harga bayaran cashless (eg: cashless apps, kad kredit) lagi murah daripada cash. Pelik betul. Kalau cashless 550 rupee, kalau cash 600 rupee. So kalau nak bayar cashless dipersilakan. Saya dulu banyak cash, takut pulak kalau pakai kad kredit nanti ada surcharge apa-apa. So bayar je la cash walaupun rugi 50 rupee (dalam 3 ringgit).


Kesimpulannya, India ni best. Saya banyak dengar berita buruk pasal India, tapi saya rasa tu tak semuanya betul. Negara ni dah wujud lama, dengan pelbagai tamadun yang naik dan jatuh. Jadi untuk pencinta sejarah, memang must-visit. Dan dengan adanya tempat macam Kashmir, pencinta alam sekitar pun akan jatuh cinta. ;)

Saya suka Delhi. Walaupun mungkin ada isu keselamatan untuk solo female travellers (elakkan jalan sorang-sorang waktu malam), biasanya yang buat masalah ni orang takde education di bahagian-bahagian miskin. Orang muda moden biasanya akan welcome dan tolong kita. Alhamdulillah saya takde encounter apa-apa masalah. Dia punya metro service pun tip-top, probably better than our own LRT dan definitely better than komuter. Uber pun belambak, dan selamat digunakan di siang hari. Pastikan korang download sebelum ke India ye.

Okey tu saja perkongsian kali ni. Semoga bermanfaat. :)

No comments:

Post a Comment