Monday 11 May 2020

Sejarah Tamadun Islam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sekarang saya tengah baca buku tentang sejarah. Kat Netflix pulak tengah tengok cerita Ertugrul. Jadi mood sejarah datang kembali. Hehe. Kali ni nak cakap pasal sejarah tamadun Islam.


Sejarah Tamadun Islam: Part 1


Dalam buku teks sejarah kita dulu, ada sebut pasal Khulafa Ar-Rasyidin, Umayyah, Abbasiyyah dan juga Uthmaniyyah. Ini adalah kerajaan yang memegang title 'khalifah' dalam Islam, dan diiktiraf oleh kebanyakan masyarakat Islam 'sunni' di seluruh dunia.

Selain daripada tu, ada beberapa lagi pemerintahan terkenal seperti Fatimiyyah (diorang hebat, tapi tak berapa terkenal di Malaysia sebab diorang ialah Syiah), Safawiyyah (kerajaan Syiah di Iran), Mamluk dan Seljuk (kesultanan Turki yang muncul sebelum Uthmaniyyah berkuasa), Timuriyyah (kerajaan Islam Mongol) dan Mughal (yang menguasai India dan Pakistan sebelum British datang).

Saya nak cerita sedikit sebanyak pasal sejarang diorang, dan kat mana korang boleh pergi kalau nak tengok tinggalan kerajaan yang satu masa dulu, sangat hebat dan berkuasa.

Khulafa Ar-Rasyidin (632 - 661 M)


Ini ialah kerajaan yang diketuai oleh empat khalifah terawal dalam Islam: Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Diorang dilantik mengikut sistem Syura, dimana pemerintah seterusnya adalah mengikut undian majoriti. Tapi dalam sistem Syura, bukanlah semua orang boleh memilih ketua macam demokrasi ni. Anggap lah macam Syura ni ialah persidangan Dewan Rakyat, mesyuarat diantara ketua-ketua. Ketua-ketua ni yang akan bersidang dan menentukan khalifah seterusnya.

Semasa zaman Khulafa Ar-Rasyidin, ibu negara kerajaan Islam asalnya adalah di Madinah (tapi lepas tu Saidina Ali tukar capital ke Kufa, Iraq). Islam berkembang dari Semenanjung Tanah Arab ke kawasan sekitar seperti Syria, Iraq, dan Mesir. Jerusalem juga dikuasai semasa zaman Saidina Umar, dan Masjid Al-Aqsa yang asal dibina semasa zaman Saidina Umar. Selain perkembangan kuasa, ada dua perkembangan penting berlaku semasa Khulafa Ar-Rasyidin: kalendar Hijrah (zaman Saidina Umar) dan juga pembukuan al-Quran (zaman Saidina Uthman).

Masjid Al-Aqsa, Jerusalem
Sumber: Wikipedia

Zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin hanya bertahan lebih kurang 30 tahun. Bila kerajaan makin berkembang luas, of course, makin banyak instability. Banyak kepala, banyak juga lah pe'elnya. Saidina Uthman dibunuh oleh pemberontak dari Mesir. Selepas tu, perang saudara melanda orang Islam, dan Saidina Ali oleh golongan Khawarij yang asalnya merupakan penyokong beliau. Dan dengan ini, tamatlah era Khulafa Ar-Rasyidin.

Kat mana nak tengok tinggalan sejarah Khulafa Ar-Rasyidin? Mostly, kat Madinah, dan mana-mana muzium di sekitar negara yang mewarisi Tamadun Islam (eg: Turki, Mesir). Kalau korang nak tengok kubu yang pernah dibina oleh Khulafa Ar-Rasyidin, setahu saya memang takde dah. Sama ada dah musnah atau pun dah diambil alih oleh kerajaan Islam seterusnya.

Kerajaan Umayyah (661 - 750 M)


Kerajaan Umayyah adalah 'pemenang' dalam konflik perang saudara Islam semasa zaman Saidina Ali. Saya ada tulis secara panjang lebar tentang konflik tersebut dan macam mana diorang dapat kuasa dekat post ini: Sejarah Perpecahan Umat Islam.

Khalifah pertama kerajaan Umayyah ialah Muawiyah I, dari Bani Umayyah, hence the name. Orang Arab ni banyak kabilah dia. Saidina Uthman dan Muawiyah dari Bani Umayyah. Nabi Muhammad s.a.w, dan Saidina Ali dari Bani Hasyim.

Dengan wujudnya Kerajaan Umayyah, sistem kuasa bertukar kepada monarki, so khalifah seterusnya semuanya adalah dari keturunan Bani Umayyah. Muawiyah juga menukarkan ibu kota kerajaan Islam dari Kufa ke Damascus di Syria.

Semasa zaman kerajaan Umayyah, kawasan jajahan Islam berkembang sampai ke area Pakistan dan ke Sepanyol di Eropah. Antara panglima Islam yang terkenal ketika ni ialah Tariq bin Ziyad, yang meluaskan kuasa ke Sepanyol sekitar 711 M.

Wilayah Kerajaan Umayyah (hijau)
Sumber: The Patriots

Selepas zaman Khalifah Umar Abdul Aziz (717-720 M), perebutan kuasa di kalangan keluarga Umayyah menjadi makin teruk. Khalifah Umar Abdul Aziz sangat dipuji oleh ahli sejarah Islam sebab pemerintahan beliau yang adil. Malangnya, beliau memerintah 3 tahun saja, dah dibunuh dalam rampasan kuasa.

Akhirnya kerajaan Umayyah dijatuhkan oleh gerakan 'ahlul Bait' yang diasaskan oleh keluarga Abbasiyyah, yang merupakan keturunan pakcik Rasulullah, Abbas. Ahli keluarga Umayyah lelaki semuanya dibunuh, kecuali Abdul Rahman I yang melarikan diri ke Andalusia Sepanyol, dan mendirikan kerajaan Umayyah II di Cordoba.

Kat mana nak tengok tinggalan sejarah Kerajaan Umayyah? Syria, Jordan dan Palestin. Masjid Al-Aqsa (expanded) dan Dome of Rock di Jerusalem dibina semasa pemerintahan Khalifah Abdul Malik. Tapi struktur sekarang ni bukan lah yang original. Perang, gempa bumi, etc, menyebabkan kerosakan dan dibina semula oleh pemerintah seterusnya.

Dome of Rock, Jerusalem
Sumber: Wikipedia

Masjid Aleppo dan Masjid Umayyah, adalah antara dua masjid paling terkenal di Syria, yang dibina sejak zaman Umayyah. Tapi dengan perang saudara yang meletus di Syria, Masjid Aleppo musnah, dan gambar kemusnahan ni viral satu dunia. Sedih tak sempat pergi Syria. Patutnya dulu pusing tengok tinggalan sejarah Islam dulu sebelum pusing tengok Eropah T_T

Masjid Aleppo yang musnah
Sumber: Wikipedia

Dekat Jordan ada banyak istana tinggalan zaman Umayyah, antaranya ialah Qasr Kharana. Tapi ada yang kata Qasr Kharana dibina lagi awal semasa pemerintahan Sassaniyah. Wallahu'alam. (p/s: Sassanid empire ialah kerajaan Parsi sebelum Islam, memerintah dari tahun 224 - 651 M. Di Iran, Sassanid memang sangat femes).

Qasr Kharana, Jordan
Sumber: Wikipedia

Kerajaan Abbasiyyah (750 - 1258 M)


Pertukaran kuasa antara Umayyah ke Abbasiyyah memang 'bloody' sangat. Tak cukup dengan pembunuhan ahli keluarga Umayyah, saya ada baca kubur Umayyah pun dikacau dan mayat dibakar. Islam lawan Islam. Sedih kan.

Wilayah Kerajaan Abbasiyyah
Sumber: The Patriots

Di zaman Abbasiyyah, ibu negara ditukar lagi, kali ni ke Baghdad, Iraq. Dari segi keluasan wilayah jajahan, Abbasiyyah tak setanding Umayyah. Tapi Zaman Abbasiyyah ialah zaman ilmu berkembang.

Ilmu hadis, ilmu sains, dan kelahiran 4 mazhab (Hanafi, Maliki, Hanbali & Shafie) berlaku samasa zaman Abbasiyyah. Khalifah Harun Ar-Rashid (786 - 789 M) menubuhkan Baitul Hikmah - Grand Library of Baghdad. Hasil penulisan ilmuan Greek dikumpulkan dan diterjemahkan di sini. Ada ahli sejarah yang kata, kalau bukan sebab kerajaan Abbasiyyah, habis hilanglah ilmu dari tamadun Greek, dan Renaissance di Eropah takkan berlaku. Hebat kan.

Tapi, selepas pemerintahan Khalifah al-Mutawakkil (861 M), kerajaan Abbasiyyah makin lemah. Wilayah autonomi mucul satu demi satu, dan wilayah Abbasiyyah ditakluk oleh kerajaan Islam yang lain (eg: Kerajaan Parsi Bani Buwayh dan Turki Seljuk). Pada tahun 1258, Baghdad jatuh ke tangan Mongol di bawah pimpinan Hulagu Khan. Diorang ni memang ganas. Penduduk dibunuh dengan kejam, bangunan dimusnahkan, buku dibakar.

Keturunan Bani Abbasiyyah melarikan diri ke Mesir dan diberikan title 'khalifah', tapi hanya pada nama sahaja, dan berada di bawah penguasaan Kerajaan Turki Mamluk dan Seljuk. 'Khalifah' Abbasiyyah di Mesir yang bermula sejak 1261 berakhir dengan penaklukan oleh Kerajaan Turki Uthmaniyyah pada tahun 1517.

Kat mana nak tengok tinggalan sejarah Kerajaan Abbasiyyah? Hmm, mostly tinggalan Abbsaiyyah kat Iraq. Contohnya Great Mosque of Samarra, dan juga Madrasah Mustansiriya di Baghdad.

Great Mosque of Smarra
Source: Wikipedia

Madrasah Mustansiriya, Baghdad
Source: Wikipedia

Kerajaan Abbasiyyah memang tak berapa besar, mostly tinggalan pun di Iraq. But then, tinggalan dari zaman Umayyah sebenarnya ada yang dibesarkan dan di restrore semula masa zaman Abbasiyyah. Tapi, jangan harap lah nak pergi lawat dengan keadaan Iraq yang sekarang ni. Huu. InsyaAllah, kalau Iraq dah aman dan stabil satu hari nanti, ada lah peluang tengok. Tinggalan Mesopotamia pun kat situ jugak, so memang dalam bucket list ni.

Kerajaan Umayyah II di Cordoba (756 - 1031 M)


Okay tadi saya mention pasal Abdul Rahman 1 yang melarikan diri ke Cordoba. Di sana, terbinalah satu lagi kerajaan Islam, Kerajaan Umayyah II di Andalusia. Tapi, beliau menggunakan gelaran 'Amir' dan bukan khalifah (untuk mengelakkan 'clash' dengan khalifah Abbasiyyah). Dalam Islam patutnya boleh ada satu je khalifah, yang bertanggungjawab ke atas umat Islam seluruh dunia.

Pada zaman tu, Umayyah II adalah satu-satunya kerajaan Islam di Eropah. Peluasan kuasa bukan priortiti untuk kerajaan Umayyah II, tapi lebih fokus untuk menguatkan ekonomi. Diorang berbisness bukan saja dengan negara Islam, tapi juga dengan negara Kristian Eropah.

Dari segi architecture, Kerajaan Umayyah II lah yang paling win (pada padangan saya la). Kesan tinggalan diorang di Sepanyol gah sampai sekarang, terutamanya Alhambra di Granada dan juga La Mezquita di Cordoba. La Mezquita (a.k.a Masjid Cordoba) dah jadi gereja, dan masih digunakan sampai sekarang. Selain tu, ada kota lama bernama Medina Az-Zahra di Cordoba. Tapi kota ni dah dimusnahkan semasa perang dengan puak Berber dari Afrika utara.

Macam mana Umayyah II jatuh?

Semasa perebuatan kuasa di antara kerabat Amir di sana, ada insan kurang bijak yang cuba mendapatkan pertolongan daripada kerajaan Kristian Sepanyol demi menaiki takhta. Standard la kan kisah macam ni. Dalam sejarah Tanah Melayu pun belambak kes macam ni. Minta pertolongan Inggeris, diorang letak puppet diorang sebagai Sultan, dan akhirnya Sultan tak ada kuasa. Semasa hujung kurun ke-15, kerajaan Umayyah II dah berpecah kepada kawasan-kawasan kecil. 

Sebenarnya waktu tu kuasa Eropah lemah sebab asyik bergaduh sesama sendiri. Tapi, kerajaan Kristian Sepanyol pula makin kuat dengan perkahwinan King Ferdinand of Aragon dan Queen Isabella of Castille yang menyatukan kuasa Sepanyol dan menghasilkan empayar baru yang kuat. Diorang mengalahkan kerajaan Islam di Andalusia satu persatu, dan the last one standing was Granada. Kalau korang pernah pergi Granada, korang boleh nampak betapa strategiknya lokasi bandar ni dari segi pertahanan. Kota Alhambra dibina di atas bukit, dan mendapat natural protection daripada bentuk muka bumi kat sana. 

Tapi pada tahun 1492, Granada jatuh ke tangan power couple ni. Dengan ini, Reconquista berakhir dengan kemenangan di pihak kerajaan Kristian Sepanyol dan berakhirlah kerajaan Islam di sana. Di bawah naungan King Ferdinand dan Queen Isabella, Sepanyol memasuki zaman kemegahan: Christopher Columbus memulakan pelayaran untuk menegelilingi dunia dan meluaskan kawasan jajahan Sepanyol, disamping membawa kekayaan dari 'New World' di Amerika Selatan (dan menjalankan pembunuhan penduduk tempatan. Seriously bloody betul diorang punya peluasan kuasa ni).

Alhmbra, Granada


Bagi saya, Alhambra adalah antara monumen paling best yang saya lawat di Eropah. Kalau nak bandingkan dengan Eiffel Tower ke, Menara Pisa ke, atau mana-mana castle yang belambak kat UK tu, memang ibarat langit dengan bumi. Alhambra ialah kubu/istana dengan ukiran cantik memuji Allah, dengan taman-taman indah, dan berlatar belakang kan Sierra Nevada. Dia ada satu aura yang menjadikan kita kagum dan sebak. Tak tahu nak cakap camna. Try pergi sana, nanti korang faham kot.

Kesimpulan

Islam satu masa dahulu adalah kuasa utama dunia. Kilafah Islam menjadi hebat bukan sahaja sebab keteguhan iman, tapi juga dengan adanya strategis yang pandai mencatur langkah. Nabi Muhammad s.a.w sendiri dipandang sebagai strategis hebat di mata orientalis barat.

Sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., bangsa Arab hanyalah sebagai proksi dalam percaturan kuasa Rom (Byzantine) dan Parsi (Sassanid). Lepas tu, Arab menjadi kuasa ketiga yang mampu mengancam Rom dan Parsi. Arab berjaya menjatuhkan Parsi pada tahun 651 dan menjadi kuasa utama di timur tengah.

Kawasan timur tengah pada masa itu bersatu di bawah penguasaan Khilafah Umayyah. Dengan perpaduan dan kestabilan ni, diorang mampu bersaing dengan kuasa Eropah dan menguasai Andalusia untuk ratusan tahun.

Malangnya selepas 200 tahun kewafatan Rasulullah s.a.w, kejatuhan Umayyah dan Abbasiyyah, menamatkan penguasaan orang Arab. (Saya sebut 200 tahun sebab walaupun Abasiyyah jatuh secara official pada 1258, sebenarnya pada tahun 800-an kuasa Abbasiyyah dah mula berkurang selepas perpecahan kerajaan). Antara puncanya ialah pemimpin yang lemah dan pecah belah di kalangan ummah. Kembali ke zaman gaduh-gaduh macam zaman jahilliyah.

Saya ada terbaca satu quote tentang conversation Imam Hanbali dengan studentnya.

"Wahai Imam, mana yang patut dipilih; pemimpin yang kuat atau banyak dosa, atau pemimpin yang lemah tapi soleh?" 

Jawab Imam Hanbali, "Pilihlah yang kuat meski pun banyak dosa. Kerana kekuatannya memperkuatkan umat, sedangkan dosanya untuk dirinya sendiri. Pemimpin yang soleh tapi lemah, kesolehannya untuk diri sendiri, sedangkan kelemahannya dapat membahayakan dan melemahkan umat." 

Orait tu je dulu setakat ni. Walaupun ending post ni sedih, tapi ada banyak lagi kerajaan belum sebut. Kerajaan yang saya tulis kat sini semuanya kerajaan Islam yang muncul di kalangan bangsa Arab. Lepas kejatuhan kerajaan Islam Arab ni, naik pula kerajaan Islam Turki seperti Mamluk, Seljuk dan Uthmaniyyah. Daripada puak nomad, berubah kepada empayar Islam terbesar sejak Kerajaan Umayyah, merangkumi benua Asia, Afrika dan Eropah. InsyaAllah kalau rajin muncullah pula post pasal kesultanan Turki ni. Eheh.

Sekian. Selamat berpuasa & meniti 10 hari terakhir Ramadan. Semoga bermanfaat~

Disclaimer: Segala maklumat dalam ni hanya berdasarkan ilmu saya yang cetek. Mohon maaf sekiranya ada kesilapan fakta.

No comments:

Post a Comment