Monday 8 June 2020

Menangkap ketam di Grand Lexis

Assalamualaikum & Salam sejahtera

PM dah announce PKPP. Dah boleh rentas negeri. Sekarang kan kempen untuk cuti-cuti Malaysia. So saya nak share pengalaman pergi tangkap ketam kat Grand Lexis, tahun lepas. Dah lama sangat tertangguh post ni.

3D2N di Grand Lexis Port Dickson



Saya ni bukan orang berada. Ini pertama kali saya jejak kaki dalam hotel atas air yang ada private pool. Ngee. Selama ni kalau pergi laut mana mampu nak duduk kat hotel mewah atas air. Tapi masa saya book tu Grand Lexis PD ni harganya agak mampu-milik lah. Nanti saya story pasal harga.

Lexis group of hotels ada banyak cawangan kat Malaysia. Kat KL ada kat Penang pun ada. Kalau di PD sahaja ada Lexis, Grand Lexis dan juga Lexis Hibiscus. Apparently ada Lexis Ultima Private Villa pulak kat PD Nanti. Kalau di PD, Lexis paling murah, Lexis Hibiscus paling mahal. So hierarki macam ni la: Lexis < Grand Lexis < Lexis Hibiscus. Dari segi lokasi, Grand Lexis dan Lexis ni terletak sebelah-sebelah je. Lexis Hibiscus ni jauh sikit. Tapi kalau dari udara, nampak cantik:

Source: https://www.lexis.my/hotels-resorts
Lexis hibiscus, aerial view
Source: https://www.lexis.my/hotels-resorts

Grand Lexis, Port Dickson


Grand Lexis ada banyak jenis bilik. Keistimewaan dia ialah, kebanyakan bilik diorang ni ada private pool! Dan banyak jenis bilik yang private pool dia tertutup (ada dinding, tapi takde bumbung), so sesuai sangat untuk wanita muslimah bermandi-manda. Tapi ada juga bilik yang pool dia menghadap villa orang lain, jadi kena pakai tudung lah.

Bilik yang saya dapat ialah Executive Pool Villa. Ini villa jenis pertengahan (dari segi harga). Kalau nak mahal lagi, ambil Premium Pool Villa < Grand Pool Villa < Sky Pool Villa. Ini semua jenis yang atas laut. Lokasi agak jauh dari lobby, tapi boleh naik buggy free je. Semuanya ada 2 katil king size, jadi boleh muat sehingga 4 orang. Kalau ambik Grand Pool Villa siap ada sofa, bilik pun lagi besar, nak sumbat lagi ramai pun boleh. Kami tinggal berenam; 4 dewasa, 2 kanak-kanak.

Contoh bilik
Source: https://www.lexis.my


Ni contoh bilik dia. Memang besar. Katil pun king-sized, so satu katil boleh la muat 2 dewasa 1 kanak-kanak, cuma sempit sikit la. Tak dapat nak letak gambar bilik yang diambil sendiri sebab sampai bilik je terus letak barang dan nampak semak, segan nak share. Hehe. Tapi bilik yang saya dapat tu kat tengah bilik ada cermin boleh tengok air dekat bawah, masuk bilik je terus budak-budak berkerumun kat situ. Tapi air kat Port Dickson ni takde la jernih mana. Mostly nampak hijau je. Kadang-kadang muncul lah ketam dan ikan.



Kalau nak murah sikit, ambil Garden Pool Villa atau Garden Wing Deluxe Suite. Tapi yang ni bukan villa atas air lah, dan terletak dekat-dekat area lobi. Tapi private pool tetap ada. Nak makan senang, nak ke kereta pun senang.

Grand Lexis dari udara
Source: https://www.lexis.my

Nak paling best kena dapatkan villa yang paling hujung supaya dapat lebih privacy (rujuk gambar kat atas). Setiap villa ada private pool, dan di kawasan private pool ni ada satu bukaan, so orang luar boleh nampak kalau sebelah villa kita ada villa lain. Kalau di villa paling hujung, bukaan ni menghala ke arah open sea. Boleh tengok sunset, boleh tangkap ketam kat sini, dan orang lain pun tak nampak sebab paling hujung.

Private pool menghadap open sea

Tangkap Ketam


Kat internet saya jumpa banyak betul post pasal orang pergi ke Lexis dan tangkap ketam. Memancing pun ada. Kalau tengok senarai aktiviti yang pihak hotel sediakan, memang ada fishing & crabbing. Kalau banyak duit, boleh sewa bot untuk pergi deep sea fishing terus. Hee.

Kalau macam kami ni, nak jimat. So, kami bawa joran dan perangkap ketam dari rumah. Kami letak isi & kulit ayam mentah sebagai umpan. Lepas tu campak masuk dalam air. Check setiap 1-2 jam ke. Jangan tinggal lama sangat. Mula-mula tu kami tinggalkan semalaman. Bila angkat tak ada sekor pun ketam. Mungkin kalau ada pun dia dah jumpa cara keluar balik sebab lama sangat. Haha.

Ketam hasil tangkapan

Hari terakhir sebelum balik tu kami letak sekejap, dalam 1-2 jam, baru dapat ketam. Ada try memancing jugak, tapi sekor pun tak dapat. Maybe sebab tak ada umpan yang sesuai. 

Tapi kami dapat ni bukan ketam bunga. Haha. Mula-mula tu was-was boleh makan ke tak ni? Toksik ke tak? Ada juga yang risau takut tak halal. Ada yang kata ketam bunga dikira satu alam, tapi ketam batu hidup dua alam, atas dasar ketam batu boleh hidup lama atas darat. 

Halal ke Ketam ni?


Bukan bidang saya nak kupas isu fiqah. Tapi saya berpegang pada ayat ni:

أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ

Maksudnya: “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut (air), dan makanannya.”

(Surah Al-Maidah: 96)


وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ

Maksudnya“Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”

(Surah al-A’raf157)


So... mengikut pemahaman saya, apa-apa dalam air, asalkan tak memudaratkan, dikira halal. 

Tapi perkara ni banyak khilaf. Pendapat Mazhab Hanafi kata sotong, ketam, kerang semua tak boleh dimakan. Ada pendapat kata belut tak boleh dimakan. Ada pendapat kata penyu boleh dimakan, ada yang kata tak boleh. Ada orang kata penyu tak halal dimakan, tapi telur penyu boleh dimakan (ni pendapat pelik la, bagi saya). 

Yang penting, sebagai seorang Islam, korang kena faham hujah-hujah yang membolehkan atau tak membolehkan sesuatu hukum tu. Dalam Sunnah wal Jamaah ada 4 mazhab, dan secara officialnya Malaysia ikut Mazhab Shafie. Imam Shafie tak benarkan kita taqlid. 

Taqlid tu maksudnya, kita ikut sesuatu hukum tanpa mengetahui apakah dalil atau hujah yang digunakan untuk memutuskan hukum tu. Contohnya, kalau korang kata kita boleh makan ketam, kena faham ayat Quran atau hadis mana yang kata kita boleh makan ketam tu? Apakah hujah yang dipakai untuk mendapat hukum yang dibuat? Bukan setakat evidence-based medicine sahaja yang kita pegang, dalam Islam pun kena berpandukan evidence-base.

Ikut pengetahuan saya lah, tak ada hadis yang sebut secara jelas larangan memakan haiwan dua alam. Tapi ada satu hadis Rasulullah s.a.w larang untuk membunuh katak untuk digunakan sebagai ubat:

Dari Abdur Rahman ibnu Uthman menerangkan,

“Dihadapan Rasulullah S.A.W seorang tabib memperagakan semacam ubat dan dia menyebutkan tentang hal katak yang dimasukkan ke dalam ubat itu. Rasulullah S.A.W. melarang kita membunuh katak itu.”
—Hadith Riwayat Ahmad, Abu Daud dan An-Nasa’i
Ada ulama yang mengqiyaskan hadis ini dengan mengatakan katak ialah haiwan dua alam, so haiwan dua alam tak boleh dimakan. Ulama juga berpendapat, ayat al-Quran jelas menyebut bangkai haiwan dalam air sahaja halal. So, hidupan dua alam ni tak termasuk la.

Tapi, adakah ketam haiwan dua alam? Ketam ialah haiwan akuatik. Diorang bernafas pakai insang. Insang ni kena sentiasa lembap, kalau kering diorang tak boleh dapat oksigen dan akan mati. Ketam tak ada paru-paru, so macam mana pun kena duduk dekat-dekat dengan air. Diorang bukan macam katak yang ada paru-paru dan boleh bernafas melalui kulit. Ada ketam boleh hidup 1-2 jam je kat darat. Ada yang boleh hidup seminggu. Tapi camna pun, diorang perlukan air. Diorang cari makan pun dalam air.

P/s: Tapi coconut crab lain pulak. Diorang ni memang hidup di darat, siap makan kelapa lagi. Kalau diorang direndam dalam air, diorang boleh mati. So.... saya tak pasti nak kata diorang ni halal dimakan ke tak. Sebab kalau dah hidup di darat, kena sembelih dulu baru halal di makan. Tapi camna nak sembelih ketam? Ngee. Untuk kes coconut crub, sila tanya ustaz ye. Saya tak tahu.

But anyway. Ikut pemahaman saya, ketam laut yang dalam gambar saya ambik ni, boleh dimakan. Tak kira lah ketam tu kaki dia ada sirip ke tak. Ketam hakikatnya ialah haiwan dalam air, dia ada insang, dan kebanyakan masa duduk dalam air pun. Diorang lepak kat atas batu tu sekejap je. So, based on Surah al-Maidah ayat 96, saya menganggap ketam laut ni halal.

Sila buat judgement sendiri berdasarkan pemahaman dan tafsiran masing-masing. Pemahaman saya ni mungkin salah, wallahu'alam.

Hati-hati dengan Ketam Beracun!


Cuma saya risau tentang toxicity. Sila faham bahawa bukan semua haiwan dalam air ni selamat dimakan. Ada yang makan benda-benda beracun macam timun laut beracun, so diorang simpan bahan toksik dalam badan. Saya was-was juga dengan ketam merah yang ada black tip dekat penyepit tu, tapi ada kawan saya Chinese kata diorang biasa makan ketam tu. Alhamdulillah kami makan semua ketam ni okay je, tak sakit pun. Dah selamat dihadam dan dinyahtinja. Hehe :p

Contoh spesis ketam beracun yang ada kat area perairan Malaysia ialah mosaic reef crab. Ni gambar dia:

Mosaic reef crab
Source: http://museum.wa.gov.au/explore/blogs/andrew-hosie/creature-feature-toxic-crabs

Harga Grand Lexis


Saya book melalui Booking.com. Harga untuk 2 malam, termasuk breakfast dan cukai ialah RM1153. Takde la murah mana kan. Lol. Tapi kalau bahagi empat, kira okay la. Dalam RM145 sorang untuk satu malam. Sekali-sekala je, tak boleh buat selalu :p

Sejak PKP ni Lexis ada buat banyak promo. Rajin-rajin la jenguk website diorang. Yang saya nampak promo ialah untuk Garden Pool Villa baru RM350/night. Not bad la. Abang saya dah beli dah. Kalau nak check boleh pergi link ni: https://stg.lexishibiscuspd.com/home/lexis-grand-pd/ Tapi sila tengok dia punya T&C sebab kadang-kadang ada syarat kena pakai waktu weekdays la, block tarikh school holidays la, etc. 

Haha tiba-tiba tolong promote Lexis pulak. Kalau berbayar takpe jugak. Lol. Well. Takpe, sebab service dia bagus, kita promote. 


Okay selamat bercuti. Boleh la reward diri sendiri sebab dah berkurung lama dalam rumah. Hee. Tapi jangan lupakan penjarakan sosial. COVID-19 masih ada di kalangan kita. Jaga kesihatan.

Kbai. Semoga bermanfaat~



No comments:

Post a Comment