Saturday 2 May 2020

Philippines Trip Part 2 - Cebu, Visayas

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ini bahagian 3 dan terakhir tentang Philippines trip. Kali ni nak ceritakan pengalaman saya di Cebu, di kepulauan Visayas. Di zaman COVID-19 tak boleh keluar macam ni... mari lah kita mengimbau kenangan manis semasa travel. Lol.

Kawasan Falls


Visayas terletak di bahagian tengah Filipina, di kawasan yang ada baaanyaak pulau. Boleh rujuk peta Filipina yang saya letak dalam post bahagian pertama ni. Antara pulau utama di sini ialah Cebu. Sebuah pulau yang sangat cantik dan pelbagai.

Cebu


Cebu ni merujuk kepada dua benda: Pulau Cebu dan bandar Cebu. Bandar Cebu terletak di Pulau Cebu, dengan gelaran "Queen Capital of the South", adalah bekas ibu negara Filipina. Di sinilah tempat Sepanyol mula menapak di Filipina. Di sinilah tempat bermulanya penyebaran Kristian di Asia Tenggara.

Cebu, Queen City of the South

Saya spend dalam 5 hari kat Cebu. Tapi honestly tak cukup sebenarnya. Cebu terbahagi secara kasar kepada bahagian utara dan selatan, dan untuk pergi ke dua kawasan ni pun ada dua terminal bas berbeza. Tapi untuk trip kali ni, saya cuma jalan ke bahagian selatan Cebu.

Utara Cebu terkenal dengan Pulau Malapascua, satu tempat yang sangat femes dikalangan penyelam tegar. Sebab? Pulau Malapascua adalah satu-satunya tempat yang dikatakan orang boleh berjumpa dengan thresher shark sepanjang tahun, sejenis ikan jerung yang sangat rare. Sebelum ni hampir-hampir dah nak join dive trip pergi sana, tapi tak berkesempatan pulak. Maybe next time.

Selatan Cebu

Nak ke selatan Cebu kena naik bas di South Cebu Terminal. Biasanya orang recommend untuk naik bas Ceres Liner warna kuning. Ada banyak bas dalam sehari, dengan harga yang berpatutan. Tapi please take note bas diorang ni jenis yang berhenti-henti. So kalau korang bukan nak ke destinasi terakhir, make sure inform driver bas siap-siap supaya korang tahu nak turun kat mana. Lagipun harga tiket bergantung kepada jarak dan destinasi. Bas Ceres Liner yang saya naik ada aircond, so memang selesa. Tapi apparently ada bas yang takde aircond pun. Pandai-pandai lah korang pilih bas ye.

Bas kuning Ceres Liner
Source: http://www.phbus.com/ceres-bus/

So apa yang menarik di Selatan Cebu ni?

1) Kawasan Fall, tempat untuk aktiviti canyoneering
2) Oslob, snorkeling dengan whale shark
3) Moalboal, tengok sardine run
4) Pescador Island, tempat menyelam
5) Osmena Peak, gunung dengan pemandangan cantik untuk sunset dan sunrise

Main air kat Kawasan Falls

Tapi saya tak sempat (dan juga malas) nak pergi Osmena Peak dan Oslob. Haha. Saya memang suka whale shark. Memang teringin sangat nak pergi tengok kat Oslob. Tapi, ada 3 benda yang saya tak suka pasal Oslob.

1: Overpriced. Harga untuk berenang 30 minit dengan whale shark dalam RM100 lebih.

2: Unethical & exploitation. Diorang bagi makan dekat whale shark supaya datang situ hari-hari dan tak pergi tempat lain dah. Padahal whale shark sejenis haiwan migratory. So perbuatan diorang ni melanggar tabiat semulajadi whale shark.

3. Whale shark tak dijaga dengan baik. Walaupun katanya perbuatan diorang ni memberi sumber pendapatan kepada nelayan dan akhirnya menjaga ekosistem laut, hakikatnya ni ialah cara nak mendapatkan duit banyak dari pelancong. Kawan saya cerita terlalu ramai pelancong kat sana, crowded, sampai fin pelancong tersepak whale shark. Sebab terlalu ramai, ada pelancong degil boleh pegang whale shark sebab susah nak control ramai sangat orang.

Terpulang pada korang nak tengok whale shark kat situ ke tak. Saya dah pernah tengok whale shark dekat Maldives. So, saya tak kempunan sangat la nak tengok dekat Oslob ni. Tapi untuk orang yang tak pernah tengok, mungkin berbaloi jugak? Yang penting jangan langgar peraturan dan respect private space whale shark kat sana.

Osmena Peak pula ialah gunung yang boleh didaki untuk tengok sunrise dan sunset yang cantik. Kalau tak silap Osmena Peak ialah gunung tertinggi di Cebu, 1013 meter above sea level. Takde la tinggi mana kan. Lagipun lepas dah sakit lutut trekking kat Batad, tak rasa nak naik bukit tinggi lagi dah. Lol.

Day 1: Manila - Cebu


Kami naik flight AirAsia. Perjalanan kami ke Manila delay 3 jam lebih. Horrible experience. Terminal 4 Manila Airport sangat kecik dan overcrowded. (P/s: take note tau. Domestic flight naik di Terminal 4. Jangan salah terminal, nanti nangis. Traffic jam kat Philippines ni dahsyat, kalau salah pergi terminal, say bye bye to your flight. Hehe). Nak beratur untuk drop luggage ambik masa 2 jam lebih. Dah masuk ke airside, tempat duduk penuh. Flight lain pun ada delay jugak, so ramai orang stranded. End up saya duduk atas lantai je.

Keserabutan di Terminal 4, NAIA

Masa kami tunggu tu, AirAsia ada provide makanan pada orang yang stranded sebab flight delay. Mula-mula tu dapat pastry. Tapi tak pasti la halal ke tak, sebab jenis yang ada krim, so risau kalau ada emulsifier yang tak halal. Saya pun tak berani makan. Lepas tu diorang bagi nasi lauk ayam pulak. Ayam tu tak halal, dan diorang tak bother pun nak prepare option halal atau pun vegetarian. Damn annoying. At least prepare la jugak option ikan. Kurang prihatin AirAsia Zest ni.

Akhirnya malam tu flight kami pun berlepas ke Cebu. Sampai di Cebu dah pukul 9 lebih. Nak jalan-jalan pun tak sempat. Kami tinggal di RedDoorz plus @ Jones Avenue. Hotel lokasi strategik, dekat dengan stesen bas, Colon Street, Fort San Pedro, Plaza Independencia. Masa tu dekat-dekat nak Krismas, area Plaza Independencia ada banyak lampu cantik. Tapi kami tak tengok pun. Sampai hotel dah pukul 10 lebih, so terus tidur je. Esoknya kami nak kena gerak awal untuk ke Kawasan Falls.

Day 2: Canyoneering at Kawasan Falls


Kawasan Falls

Untuk pergi canyoneering, korang boleh ambil pakej dari Cebu, atau dari area berhampiran Kawasan Falls, seperti Moalboal. Takpun nak lagi murah, naik sendiri bas dari Cebu South Terminal dan berhenti berhampiran dengan starting point untuk ke Kawasan Falls.

Tapi... dah tua-tua ni terasa malas gila nak mengangkut beg berat sendiri dan berjalan jauh ke starting point tu. Takut akan start lambat sangat. Sebab makin lambat start, makin ramai orang. Kalau sampai lewat tengahari diorang tak terima dah orang.

So saya ambik pakej dengan Mcrich Canyoneering melalui Klook. Beli masa ada promo 11.11, so ada diskaun sikit. RM 291/pax. Harga termasuk private pickup dari Cebu City ke tempat canyoneering, sewaan kasut, helmet & lifejacket, kos naik habal-habal ke starting point, private guide, zipline, lunch, dan transport balik ke Cebu City. Tapi kami minta diorang drop kami kat hotel di Moalboal (pun boleh juga, sebab private tour kan). Harga mahal sikit sebab private tour, dan kami berdua saja. Kalau ramai mesti jimat banyak.

Pada jam 4.30am, driver datang pick up. Boleh minta dia stop dekat mana-mana kedai untuk beli breakfast. Kami stop di 7-Eleven. Perjalanan dalam 2 jam lebih. Ada sedikit traffic jam kat Cebu City, tapi tak teruk sangat la.

Sampai kat starting point, kami tukar baju, pakai lifejacket, helmet, dan try kasut. Kasut selesa dan ada good grip adalah SANGAT penting. Batu sungai ni licin, dan korang kena jalan banyak, dekat 4 jam. Kalau kasut tak best, mesti akan sengsara.

Dari tempat parking ke starting point kena naik habal-habal (ie: motosikal) kampung style. Kami 2 orang jadi pembonceng satu motosikal kecik. Haha. Dekat starting point, diorang akan bagi safety briefing. Diorang pesan bila lompat tu silang tangan dekat dada, kaki kena lurus dan kalau tak suka air masuk hidung, sila lah tutup hidung dengan ketatnya. Kaki lurus ni penting supaya korang tak masuk air dalam posisi duduk - nanti bontot sakit. Haha. Kalau kaki lurus kurang sakit. Sebaik-baiknya nak buat aktiviti ni kena pandai berenang. Kalau tak, korang akan gerak lambat dan melambatkan orang lain dalam group. Kesian pulak orang lain kan. So, kalau tak pandai berenang tapi nak canyoneering, ambil lah private guide yang boleh heret korang dalam air dan jaga korang sepanjang masa.

Lepas tu dari briefing area, korang kena jalan dalam 1km, atau lebih kurang 40 minit untuk ke tepi sungai di mana korang boleh buat lompatan pertama. Disebabkan saya malas jalan, saya ajak kawan saya naik zipline untuk merentasi jarak 1 km ni dalam masa 1 minit je. Hehe. Kalau korang bayar kat sana, harga dia dalam RM40++. Saya ambil sekali dengan pakej.

Flying to the starting point

It was a *very* good way to spend RM40. Hehe. Dah la save masa, save energy, seronok pulak tu. Berbanding dekat Pulau Sapi, Kota Kinabalu naik zipline pendek pun dah RM30, pastu tak sampai kat mana-mana destinasi yang bermakna pun. Huhu.

Lepas zipline tu, naik bukit dan turun bukit sikit, dan korang akan sampai ke tempat lompatan pertama. First spot ni licin, sebab tapak kasut penuh dengan tanah liat yang melekat. So hati-hati bila nak lompat. Takut tergelincir masuk air. Serius licin gila.

Lompatan pertama ni dalam 4-7 meter, kalau tak silap. Pastikan korang lompat ke arah yang betul, sebab batu tu terkeluar sikit dalam air, takut landing atas tu nanti sakit. Kalau takut, boleh lompat dari batu yang kecik sikit, dalam 2 meter je. Lompatan pertama wajib, semua orang kena lompat. Tapi lepas ni, semuanya optional. Tapi kalau tak lompat, buat apa pergi canyoneering in the first place?? <-- ayat provokasi supaya korang lompat hehe :p

Selepas lompatan pertama tu, korang kena berenang, berjalan, memanjat, dan menggelonsor dari satu air terjun ke air terjun yang lain. Lepas sampai kat air terjun, lompat. Syok gila. Antara aktiviti terbaik yang saya pernah buat. Hehe.

Air sungai jernih, diapit oleh cerun batu tinggi. Cantik <3

Kebanyakan lompatan cuma di antara 2-7 meter saja. Ada satu tempat tu korang boleh buat drama sepak menyepak kalau boring lompat macam biasa. Ada tempat tu boleh gelongsor head-first. Macam-macam boleh buat, yang penting sporting. Hehe.

Tapi dah sampai kat hujung-hujung tu, korang ada option untuk buat 2 lompatan epic. Satu tu 10 meter, lompat dari platform. Tapi kena lari dulu baru lompat, sebab kalau tak lompat cukup jauh, takut terjatuh atas akar-akar kayu kat bawah.

Spot terjun 10 meter. Ada berani? Heh
Lompatan 10 meter ke air biru

Lompatan terakhir dekat Kawasan Fall 2nd level, satu 12 meter, satu lagi 14 meter. Saya pilih yang 12 meter, sebab yang 14 meter tu kena lompat jauh sikit, kat bawah ada akar kayu. Ada orang pernah cedera tau jatuh atas akar kayu. Saya berani lompat walaupun 14 meter, tapi saya tak yakin saya boleh lompat jauh untuk elakkan akar kayu. Kalau 12 meter tu senang, kita hanya langkah je, sebab bawah tu terus air dalam. Tapi kalau korang memang jaguh lompat jauh, try la 14 meter! Baru la syok :)

Ni lompatan terakhir, kat Kawasan Falls, Level 2. Saya kat bawah tu. Yang tengah lompat tu dia buat 14 meter.

Lepas dah habis lompatan semua, ada satu tempat ni korang boleh bergayut dekat tali dan kemudian lompat dalam air. Kena bayar 20 peso kalau tak silap, tapi untuk kami dah termasuk dalam pakej. Lepas bayar tu, boleh lompat seberapa banyak kali yang korang nak. Unlimited gitu. Tapi malangnya orang ramai, kena beratur panjang. Malas pulak nak lompat banyak kali. Saya lompat 2 kali je.

Orait lepas tu, dah boleh start bergerak balik ke tempat starting point tadi. Kena jalan dalam 15-20 minit juga lah. Ada juga kedai yang menjual cenderamata dengan harga yang not so bad, dan banyak variety. Boleh ambil masa untuk survey sikit-sikit. Bagi saya fridge magnet kat situ lagi cantik daripada dekat area Panagsama Beach.

Perjalanan balik ke base. Dalam 30 minit, tapi pemandangan cantik, so takpe

Oh ya. Nak bagitahu maklumat penting. Sepanjang 4 jam saya kat sana, tak ada sekali pun saya nampak pacat. Biasanya kat Malaysia ni ada sungai je mesti ada pacat. Kat sana takdeee! Dah la air jernih membiru. MasyaAllah, cantik sangat.

Lepas habis tukar baju, makan dan ambil gambar tepi pantai (area starting point company tu kat tepi laut), diorang akan bawa korang balik ke hotel. Malam tu kami akan stay di Panagsama Beach, so kami minta diorang hantar ke sana je.

Kat Panagsama Beach, kami tinggal di Savedra Beach Bungalows. Terletak betul-betul tepi laut, dan ada private balcony yang sangat sesuai untuk jadi spot melepak tengok sunset. Masyuk sangat lepak dekat balkoni sambil tengok sunset. Malam-malam tengok langit berbintang. Harga hotel mahal sikit la, obviously. Tapi recommended!

Sunset dari balkoni bilik saya. Cun kan!

Day 3: Sardine Run


Sebenarnya, Panagsama Beach ni takde la cantik sangat. Pantai berbatu, dan pantai dia sempit je. Orang datang jauh-jauh ke Panagsama Beach bukan untuk tengok pantai tapi untuk tengok sardine run. Cuma 20 meter je dari pantai, akan ada satu drop off dan kedalaman laut menjunam terus ke 20 - 30 meter. Di sini, beribu-ribu ikan sardin suka melepak sepanjang hari. Berenang dengan ribuan ikan sardin ni sangat epic!

Disebabkan hari semalam sangat penat, pagi tu guling-guling atas katil lama sakit. Pukul 8 lebih baru keluar, ingatkan nak pergi diving. Malangnya tak sempat, sebab divers akan start gerak naik bot 8.30am (kalau tak silap). So tak cukup masa nak daftar dan set up equipment. Kalau nak pergi shore dive je boleh la, tapi macam tak syok je. Setakat nak tengok sardine run, snorkeling pun boleh.

So, saya spend masa sikit survey pelbagai dive center dekat situ. Tapi yang paling murah ialah Amigos Dive Center, terletak betul-betul depan Savedra Beach Bungalows. 1400 peso/dive, dah termasuk equipment & boat dive. Kalau ambil 3 dive ada diskaun sikit. Tapi saya ambil 2 dive je.

Lepas balik hotel, saya bersiap sedia untuk pergi snorkeling. By that time, Panagsama Beach dah penuh dengan pelancong. Siap ada pelancong China naik 2-3 biji bot. Crowded sangat. Kalau tak pandai berenang, boleh hire guide untuk bawa dan jaga kita. Harga 400 peso, termasuk personal guide + mask + snorkel + life jacket.

Saya memang ada bawak snorkel dan mask sendiri. So, saya pergi snorkeling sendiri. Kalau pergi masa air pasang, jauh sikit nak berenang ke drop off. Masa saya pergi tu dah nak tengahari, air tengah pasang. So jauh juga lah nak berenang, penat sikit. Dah la ramai orang.

Tapi, once dah sampai dekat drop off. Fuhh! Banyak gila ikan sardin! Masa ni rasa macam sangat kagum. Subhanallah. Ikan-ikan ni pulak elok je berenang dekat dengan kita. Kalau korang duduk diam sikit diorang start la datang dekat. Kalau pandai skin dive lagi best.

Beribu-ribu ikan sardin <3

Saya tak ingat berapa lama saya kat situ. Lama-lama start rasa penat dan sedikit sea sick, sebab asyik terayun-ayun oleh ombak. So saya pun balik dan tidur. Kroh krohh.

Petang tu, kami jalan-jalan pusing Panagsama Beach. Tak ada apa sangat yang menarik. Kami try makan kat luar, ada satu kedai yang di recommend oleh TripZilla untuk muslim yang mencari halal food. Ven'z Kitchen. Sebab dekat menu diorang ada vegetarian option. TAPI, please take note kedai diorang pun ada jual daging, termasuklah pork. Eat there at your own discretion.

Menu kat Ven'z Kitchen. Harga memang mahal sikit. Saya beli eggplant Sisig.

Day 4: Diving at Pescador Island


Okay sampai lah masanya untuk menunaikan salah satu bucket list: Diving in the Philippines! Dive sites di Filipina ni memang legendary di kalangan para penyelam. Tapi tu la, legendary dive sites sebenarnya bukan la dekat Moalboal, tapi di Malapascua, Tubbataha, dan Coron. Malangnya tempat-tempat tu tak dapat nak masuk itinerary. Saya travel dengan non-diver, so kena lah consider dia jugak. Takpe la, next time insyaAllah.

Sebelum pergi diving, pagi tu saya pergi snorkeling dulu, untuk tengok sardine run lagi. Saya baca dekat internet, kalau pergi awal pagi lebih aman. Pelancong belum sampai, dan kadang-kadang boleh jumpa thresher shark! Saya pun berdoalah agar dipanjangkan jodoh dengan shark. Tapi tak kesampaian. Huhu. Yang bestnya, masa tu air tengah surut. Saya berenang sekejap je dah sampai kat drop off. Ada dalam 2-3 orang je yang tengah snorkeling and skin dive time tu. Best!

Anyway. Kat Moalboal ada banyak jugak dive site. Plane wreck pun ada! Tapi malangnya, masa tu saya tak berpeluang ke sana. Staff tu kata kalau takde pelancong lain dan tinggal staff je boleh la diorang pergi ke plane wreck. Tapi hari saya nak dive tu ada pelancong lain, dari Sepanyol dan Singapore. Biasanya kalau ada pelancong akan bawa ke Pescador Island, sebab itu yang main attraction nya.

Pescador Island

Pescador Island pun cantik. Kat sana ada rock formation yang sangat fotogenik. Corals pun masih sihat wal'afiat. 1st dive ialah Pescador Cathedral. 2nd dive pergi ke Tongo Point. Dekat Tongo Point kami tengok electric clam, menarik juga lah.

Reef wall di Pescador Island

Kalau nak, boleh juga ambil snorkeling trip ke Pescador Island. Tapi sebenarnya pulau ni tak ada pantai, cuma ada rocky cliff je. So tak boleh la nak santai-santai kat tepi pantai. Pastikan korang memang betul-betul nak snorkeling/diving je, baru lah pergi ke Pescador Island. Kalau tak, mesti akan mati kutu. Haha. Kitorang surface interval pun dekat atas bot je.

Untuk lunch/dinner hari tu, kami makan di gerai bernama "Makan". Harga murah sikit berbanding Ven'z Kitchen, sebab lokasi yang lebih 'humble' (ie: gerai style). Saya makan sotong sekor besar gabak dengan mango smoothie. Sedapp!

Menu paling sedap saya makan kat Panagsama Beach

Petang tu, saya menikmati sunset terakhir di Moalboal, sebab esoknya nak balik Cebu City dah. Malam tu pun kami lepak lama sikit kat balkoni, tengok bintang.

Day 5: Moalboal to Cebu City


Checkout pukul 12pm. Pagi tu, saya bangun awal, dan dapat pemandangan sunrise dengan pelangi ni.

Pelangi & pantai. Awesome <3

Sebelum gerak, kami sempat pergi massage parlour dulu. Ahaks. Ambil full body massage dengan aloe vera, 1 jam 400 peso. Lepas kemas barang, kami pun gerak ke pekan Moalboal untuk menacari bas. Naik tricycle harga 120 peso dari hotel ke pekan, dia hantar direct ke bus station. Lepas tu naik bas Ceres Liner ke Cebu South Terminal, harga tiket 156 peso.

Bas memang selesa dan ada air cond. Masa di Moalboal penumpang belum ramai, so boleh conquer dua seat 1 orang. Area kaki agak luas, dan boleh recline seat, so saya tidur dengan lenanya. Yang tak bestnya, bas ni berhenti banyak kali sepanjang perjalanan. So ambil masa dekat 4 jam nak sampai Cebu City. Dah la jam, hujan lebat, dan ada banjir. Uhuk uhuk.

Sampai di Cebu City, alhamdulillah hujan pun reda. Sempat kami berjalan kaki ke hotel. Kali ni kami tinggal di Express Inn Cebu Osmena. Sebenarnya bangunan hotel ni sama sebijik dengan RedDoorz Plus @ Jones Avenue, cuma managment berbeza. Tapi kaunter check in sama je. Cuma stay kali ni mahal sikit sebab kami ambil sekali dengan breakfast.

Tapi malangnya, bilik pertama yang kami check-in dekat situ bocor teruk! Lepas kami check-in hujan lebat turun semula, dan air mula menitik-nitik dalam bilik. Baru je nak landing atas katil. Sigh. So kami pun ditukarkan ke bilik lain (yang harga lebih mahal).

Bilik kami yang bocor~

Malam tu, kami jalan ke Colon Street. Dengar kata ada night market. Saya pun belum beli souvenir so walaupun penat dan hujan, saya bertekad jugak nak jalan. Mula-mula ingat nak makan kat luar. Tapi malangnya... kedai halal tutup. Waa! Jauh kami berjalan. Dalam internet kata bukak sampai malam, bila kami sampai rupanya dah tutup. Hampes.

So dengan perasaan kecewa, kami berjalan balik ke hotel. Nak singgah night market, belum bukak lagi. Last-last order kat GrabFood je. Haha. Lagi senang kan. Kenapa la tak buat awal-awal je. =_=

Lepas dah kenyang, kami keluar balik, gigih nak pergi night market kat Colon Street. Tapi night market ni sangat mengecewakan. Tak banyak souvenir pun. Dah la tak berapa cantik. Saya nak cari t-shirt, tapi tak jumpa yang berkenan. Key chain banyak la kat situ. Fridge magnet ada beberapa jenis. Night market kat situ lebih kepada pasar malam biasa untuk orang tempatan. Jual baju, barang elektronik ciplak, etc.

Pasar Malam Jalan Colon

Lepas dah malam sikit, dalam pukul 8pm ke atas, tempat ni lagi meriah. Orang jual makanan tepi jalan pun banyak. Sebenarnya banyak je option makanan yang lagi murah. Menyesal pulak order banyak sangat kat GrabFood haha.

Actually kan, kalau saya pergi sana lagi, saya akan makan dekat food court shopping mall je. Korang pergi dekat Metro Department Store ni. Kat tingkat atas sekali, ada food court dengan pelbagai pilihan makanan. Banyak pilihan menarik. Kebersihan pun lebih terjaga. Terliur sis tengok. Rasa macam nak order semua tapi kapasiti perut limited. Haha.

Metro Department Store

Day 6: Cebu City


Ah tiba lah hari terakhir di Cebu. Kali ni kami jalan-jalan pusing Cebu City. Awal kami gerak, 7am dah keluar, sebab taknak panas. Sebelum tu kami breakfast kat rooftop hotel dengan view yang awesome!

Rooftop view
Kami start dengan berjalan ke Magellan's Cross dan gereja Basilica de Santo Nino. Kedua-dua tempat ni free je nak masuk. Ferdinand Magellan adalah penjajah Spanish yang pertama menjejakkan kaki di Filipina, dan penyebaran Kristian bermula di Cebu. Dari sini lah diorang mula berlawan dengan local tribes dan menyebarkan Kristian. Basilica de Santo Nino pula dikatakan adalah gereja tertua di Filipina, dibina pada tahun 1565.

Lepas tu kami ke Fort San Pedro, salah satu kubu yang dibina oleh penjajah Sepanyol di Filipina. Dan ini juga ialah tempat feveret saya di Cebu City! Fort San Pedro dikelilingi oleh Plaza Independencia, satu taman yang penuh dengan hiasan lampu. Mesti cantik kalau pergi sini waktu malam.

Plaza Independencia

Fort San Pedro asalnya dibina pada tahun 1565, tapi struktur berbatu yang ada sekarang dibina pada tahun 1700-an. Bayaran masuk: 30 peso. Yang bestnya dekat sini ada tour guide free yang terdiri daripada student volunteers. Banyak benda dapat belajar kalau ada guide ni :)

Fort San Pedro

Fort San Pedro kecil kalau nak dibandingkan dengan Fort Santiago. Tapi suasana kat sini best, tenang. Rasa macam nak lepak kat situ lama-lama sikit. Diorang banyak ambil batu karang untuk bina kubu ni. Kalau korang perhatikan dinding dan lantai kubu ni, boleh nampak jelas tekstur coral.

Asalnya kubu ni kayu je, tapi ditukarkan kepada struktur batu pada tahun 1700-an sebagai pertahanan untuk melawan 'lanun' dari selatan. Teka siapa? Haha.

Meriam lawan lanun :p

Yup, jawapannya ialah 'lanun' Kesultanan Sulu. Tak tahu lah zaman tu dah memang ada lanun macam Abu Sayyaf ke, atau diorang dipanggil lanun just sebab diorang tengah bermusuhan time tu. Dari dulu lagi, Sepanyol dan Kesultanan Sulu selalu berperang. Yalah kan, penjajah Eropah datang dengan prinsip 3G: Gold, Glory, God. Disamping nak meluaskan kuasa, mestilah nak sebarkan Kristian ke Mindanao jugak kan.

Dekat Fort Santiago juga ada art gallery. Kat sana ada pameran hasil lukisan seorang pelukis Cebu bernama Emmanuel F Panares, yang menceritakan tentang sejarah Cebu. Lukisan Panares kat sini menunjukkan gambaran kisah-kisah yang terjadi selepas Ferdinand Magellan tiba di Cebu, dan juga orang-orang uang terlibat.

Gambar yang paling menarik perhatian saya ialah "Enrique de Malacca". Cuba korang tengok.

Enrique de Malacca

Kenapa Malacca? Dia orang Melaka ke? Sebenarnya dulu masa dekat Muizium Maritim Melaka, saya pernah baca kisah seorang dari Melaka yang travel dengan Magellan. Cuma masa di muzium kat Melaka, dia dipanggil "Panglima Awang". Dia dimabil menjadi anak kapal Magellan dan travel bersama-sama Magellan balik ke Sepanyol, dan beberapa tahun selepas tu keluar semula dari Sepanyol merentasi Lautan Atlantik dan Pasifik sebelum tiba ke Filipina.

Hebatnya Enrique ni, dia adalah antara candidate yang diiktiraf ahli sejarah sebagai orang pertama yang circumnavigate mengelilingi Bumi! Kenapa dia yang dapat nama, dan bukan Magellan? Sebabnya, Magellan dibunuh di Mactan, Cebu. So, technically, Magellan belum sempat buat satu pusingan sebab dia belum sempat cover perjalanan dari Cebu ke Semenanjung Tanah Melayu.

Enrique pulak survive perlawanan dengan orang Cebu. Dan katanya, dia dah balik ke Melaka lepas Magellan dibunuh. So, pada pemahaman saya, dia ni orang Melayu la, orang Melaka. Tapi guide kami kata pulak, Enrique ni sebenarnya orang Cebu, tapi Magellan jumpa dia kat Melaka. Tapi ada juga yang kata sebenarnya kampung halaman dia kat Indonesia. Hehe. Wallahu'alam. Kalau dah jadi orang hebat ni, memang ramai yang nak claim.

Lepas pusing Fort San Pedro, saya pergi shopping kejap, lepas tu balik ke hotel dan check-out. Tapi flight kami petang. Ingatkan nak pergi shopping mall terbesar kat Cebu, Ayala Center Cebu. Tapi jauh dari hotel. Risau pulak kalau traffic jam teruk tak sempat reach airport on time. Nak sightseeing jalan kaki tak larat, panas lit lit.

So, kami decide untuk tinggal luggage di hotel pergi ke Museo Sugbo. Asalnya nak naik Grab, tapi hampeh, Grab asyik cancel request. Maybe sebab jam teruk kot. Terpaksa jalan kaki di bawah matahari terik.

Saya jalan berpandukan Google map. Hampeh dia bawak kitorang lalu dekat kawasan setinggan. Scary~ Saya berjalan dengan penuh tawadhu' sambil mengelakkan eye contact. Haha. Selain takut, rasa kesian jugak tengok rumah diorang. Wuu. Tapi diorang baik je, tak kacau kitorang pun.

Museo Sugbo

Lepas berpeluh basah dan kepanasan, kami pun sampai di Museo Sugbo. Tapi tutup! Warghhhh. Rasa macam nak mengamuk jadi Hulk. Muzium ditutup sebab staff muzium buat sambutan Krismas. =_=

Saya pun ambil plan B dan berjalan ke Casa Gorordo. It was a great choice. Muzium Casa Gorordo cantik, ada aircond dan ada guide student volunteer macam di Fort San Pedro. Bayaran masuk 70 peso.

Casa Gorordo

Casa Gorordo adalah rumah yang pernah dimiliki oleh keluarga Juan Gorordo, bishop dari Cebu yang pertama. Rumah ni mula dibina pada tahun 1800-an. Rumah ni istimewa sebab architecture dia adalah campuran pengaruh Filipina + Sepanyol + China.

Dekat sini, kita boleh belajar banyak tentang "Mestizo". Mestizo merujuk kepada keturunan kacukan antara orang Filipino dengan orang luar seperti Sepanyol dan Cina. Mestizo di Filipina memang asimilasi kaw-kaw. Sebabnya, masa zaman dulu, kalau ada orang dari China yang nak stay dekat Filipina, diorang kena convert ke Kristian. Surname pun kena tukar kepada nama style tempatan. Dapat spot nama yang familiar tak kat gambar ni?

Guide kami yang semangat bagi penerangan
Kalau korang squint tengok, boleh nampak nama Duterte, surname Presiden Filipina sekarang. Guide kami kata Duterte ialah keturunan Mestizo.

Rumah ni memang menarik. Ada ruang khas untuk tetamu, ruang untuk keluarga, ruang untuk wanita bergosip. Haha. Rumah kayu, tapi hiasan ala-ala Cina dan Sepanyol. Ada satu bilik kat sini, dikatakan disumpah. Perempuan single yang masuk bilik tu nanti jadi old maid, tak dapat kahwin konon. Hahahah. Owner bilik tu dulu tak kahwin sampai ke tua, katanya.

Ruang makan yang kelass

Lepas pusing Casa Gorordo, kami singgah di Heritage of Cebu Monument dan Metro Department Store. Saja lepak kat food court kejap, makan ais krim dan beli sotong goreng tepung. Lepas tu kami naik grab ke airport. Jam teruk masyaAllah. Sabar je la.

Cebu Airport sangat cantik! Airport ni baru siap, design pun menarik. Ada tainted glass, dengan dome structure diperbuat daripada kayu/bambu. Surau pun ada. Awesome la.

Cebu International Airport

Orait itu je kisah Filipina saya. Kesimpulannya, Filipina ni memang best. Kalau tiket murah, nak pergi lagi. Kalau tiket mahal tak nak pergi dah. Hahahaha.

Kbai~ Semoga bermanfaat.


No comments:

Post a Comment