Assalamualaikum dan salam sejahtera
So apa kaitan semua ni dengan syiah?
Ada sesetengah orang di Malaysia ada yang menganggap Syiah ni bukan muslim pun. Sebelum pergi Iran, ada yang tanya "Halal ke makanan kat sana?" Sebab risau sembelihan orang Syiah ni tak halal.
Wow. Saya kagum dengan pertanyaan tu. Saya rasa ramai dah sedia maklum sembelihan Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) dalam Islam dianggap halal. Sebab tu kalau di overseas, kat tempat yang takde muslim, daging kosher kita boleh makan.
So, dengan rasa annoyed saya tanya, "Kenapa, orang Syiah ni lagi teruk dari orang Yahudi ke?" Orang Syiah pun ucap syahadah tau. Diorang percayakan Allah dan Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasul, tapi orang Yahudi hanya percayakan Tuhan itu satu dan menolak Rasulullah s.a.w. Kalau lah kita boleh makan sembelihan diorang, kenapa sembelihan orang Syiah nak dipersoalkan. Pelik bin ajaib. Lol.
Orang syiah sewenang-wenangnya bunuh puah Sunnah? Merepek. Ye la, semasa perang dulu, memang terjadi benda macam tu. Tapi tu perang. Bayangkan Aisyah dengan Ali pun pernah berperang. Tapi lepas tu diorang berbaik balik.
Kat Iran pun ada golongan Sunnah tau. Kalaulah diorang habis dibunuh, macam mana diorang boleh wujud kat sana? Tour guide saya cakap, kat sana kalau nak bezakan masjid orang Sunnah dengan Syiah, tengok berapa menara masjid tu ada. Kalau ada dua menara, itu masjid Syiah. Kalau ada satu menara itu masjid Sunnah.
Saya solat dalam masjid Syiah okay je, tak kena halau pun. Ahli group kami azan dalam masjid Syiah, tak kena marah pun. P/s: Azan orang Syiah lain sikit. Selepas "Asyhaduanna Muhammadan Rasulullah" ada tambah ayat "Asyhaduanna Ali Waliyullah" (Maksudnya: aku bersaksi Ali adalah wali Allah). Bila muazzin kami skip ayat pasal Ali ni, saya nampak ada orang kat sana berbisik-bisik dan terdengar perkataan "Sunni" tapi takdelah diorang stop dah marah kami. Yang bencikan golongan Sunnah tu hanya orang yang taksub je. Most other people tak kisah pun Sunnah ke Syiah, pada diorang muslim tetap muslim. Adakah kita nak menjadi golongan yang taksub?
OK panjang dah membebel. Saya nak stop kat sini. Macam semangat pulak promote Syiah. Diulangi ye: Saya berfahaman Sunnah, bukan Syiah. Tapi saya nak semua orang faham, yang Syiah ni bukan kafir. Diorang pun muslim macam kita. Akidah diorang secara generalnya, adalah intact, walaupun tak dinafikan ada pecahan yang berfahaman pelik-pelik.
OK. Merujuk kepada entry sebelum ni, saya ada mention yang saya nak tulis pasal "The First Fitna". Entry kali ni diinspirasi dari trip Iran bulan lepas. Saya nak ceritakan tentang permulaan Syiah. Saya letak tajuk Entry kali ni: Perpecahan Umat Islam. Sebab, perpecahan di antara puak Sunnah dan Syiah bagi saya adalah perpecahan terbesar dalam Islam sejak kewafatan Rasulullah s.a.w.
Masjid Nabawi. Kubah hijau menandakan tempat terletaknya makam Rasulullah s.a.w. |
Siapa Pewaris Rasulullah s.a.w?
Selepas Rasulullah s.a.w wafat, pembesar Arab mula berbincang tentang siapakah yang paling layak untuk mewarisi pucuk pimpinan baginda. Sekumpulan pembesar Arab telah berbincang, dan bersetuju bahawa Saidina Abu Bakar akan menjadi Khalifah untuk umat Islam.
Namun, puak yang menyokong Saidina Ali mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah menyebut beberapa kali bahawa Saidina Ali yang akan mewarisi baginda. Jadi diorang tak berpuas hati dengan lantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah. Tapi Saidina Ali chill je, beliau tak nak gaduh-gaduh. So, beliau tetap menyokong keputusan untuk melantik Saidina Abu Bakar sebagai khalifah. Selepas Saidina Abu Bakar wafat, beliau digantikan oleh Saidina Umar dan kemudian Saidina Uthman. Saidina Ali okay saja, setuju dengan lantikan diorang. Kemudian...
The First Fitna
Saidina Uthman dibunuh. Waktu tu, perpecahan di kalangan umat Islam makin parah, dan berlaku rebellion dari Mesir. Diorang lah yang menyerang dan membunuh Saidina Uthman.
Dalam keadaan kucar-kacir itulah Saidina Ali dilantik sebagai khalifah keempat. Kebanyakan orang setuju, kecuali beberapa pihak seperti Muawiyah.
Saya rasa korang tahu kan, orang Arab Quraisy ni banyak kabilah, yang wujud berdasarkan keturunan keluarga masing-masing. Saidina Uthman dan Muawiyah berasal dari Bani Umayyah. Rasulullah s.a.w dan Saidina Ali berketurunan dari Bani Hasyim. Boleh tengok family tree kat bawah ni. Dalam gambar ni takde tunjuk, tapi Saidina Ali kan anak kepada Abu Talib, yang merupakan adik beradik kepada Abdullah (bapa Rasulullah s.a.w.). So diorang merupakan sepupu dan kedua-duanya merupakan Bani Hashim.
So, selepas pembunuhan Saidina Uthman, of course lah Muwaiyah marah. Diorang ni, kalau ada ahli kabilah diorang dibunuh, mesti nak balas dendam punya. It's a matter of family honor. Muawiyyah memang tak suka Saidina Ali; sudahlah dah dilantik jadi khalifah, taknak pulak serang balas pada pihak yang membunuh Saidina Uthman. Ramai juga tak puas hati dan mahu membalas dendam, termasuklah Aisyah, isteri Rasulullah s.a.w.

Family Tree Bani Umayyah dan hubungan diorang dengan Bani Hashim Sumber: Wikipedia |
So, selepas pembunuhan Saidina Uthman, of course lah Muwaiyah marah. Diorang ni, kalau ada ahli kabilah diorang dibunuh, mesti nak balas dendam punya. It's a matter of family honor. Muawiyyah memang tak suka Saidina Ali; sudahlah dah dilantik jadi khalifah, taknak pulak serang balas pada pihak yang membunuh Saidina Uthman. Ramai juga tak puas hati dan mahu membalas dendam, termasuklah Aisyah, isteri Rasulullah s.a.w.
Semasa awal pemerintahan Saidina Ali, korang tahu tak, tentera Ali pernah berperang dengan tentera yang diketuai oleh Aisyah. Beribu orang Islam meninggal. Puncanya, pihak Aisyah mahu menyerang dan menghukum pihak rebellion yang membunuh Saidina Uthman. Tapi Saidina Ali tak mahu, beliau rasa masa tu tak sesuai. Tapi akhirnya pihak Aisyah kalah, dan memohon maaf. Perang ni dinamakan Perang Unta.
Selepas tu, ada lagi satu perang penting: Perang Siffin. Perang ni berlaku antara tentera Saidina Ali dan Muawiyyah. Tapi punca perang ni bukan semata-mata mahukan balas dendam, tapi dah melibatkan faktor politik. Penyokong Saidina Ali kebanyakannya berasal dari Iraq, dan penyokong Muawiyah dari Syria. Penyokong kedua-dua pihak ni mengaharapkan yang ibu negara kerajaan Islam baru akan dibina di tempat diorang. Kalau dah jadi ibu negara, mestilah tempat diorang akan jadi lebih membangun dan kaya.
Saya rasa tentera Ali memang kuat. Semasa Perang Siffin, Muawiyah dah takut dan tentera dia letak Quran pada diorang punya senjata. Diorang pun berhenti berlawan dan Saidina Ali pun setuju untuk berbincang. Maka kedua-dua pihak menghantar wakil masing-masing sebagai perunding.
Dalam perbincangan, pihak Muawiyah telah menggunakan tipu helah. Kisahnya lebih kurang begini: Masa tu, Saidina Ali dan Muawiyah kedua-duanya menggelar diri mereka khalifah. Tapi, sepatutnya hanya ada satu khalifah je dikalangan umat Islam untuk mengelakkan perpecahan. Perunding dari pihak Muawaiyah mencadangkan supaya kedua-dua khalifah melucutkan title "khalifah" masing-masing dan membiarkan umat Islam yang undi untuk memilih siapakah khalifah yang diorang mahukan.
So perunding pihak Saidina Ali pun setuju, dan denounce title khalifah Saidina Ali. Sepatutnya Muawiyah buat benda yang sama. Tapi boleh pulak dia kata, since Saidina Ali dah berundur diri dan membuang title khalifah dia sendiri, maka Muawiyah adalah khalifah umat Islam yang sah. Hmm. Ada sedikit kekejian di pihak Muawiyah, dan kurang bijak di pihak perunding Saidina Ali.
Pihak Saidina Ali of course lah tak berpuas hati, dan menganggap lantikan itu tidak sah. Main tipu kan. Mana boleh. Maka, tak selesai pun lah masalah diorang ni.

Saidina Ali yang bersikap non-confrontational pula makin hilang kredibiliti di kalangan pengikut beliau. Satu puak yang dipanggil Khawarij, yang asalnya adalah penyokong tegar Saidina Ali, berpaling tadah dan meninggalkan Saidina Ali. Kemudiannya, mereka menghantar orang untuk membunuh Saidina Ali semasa beliau sedang solat di Kufa.
Peta menunjukka lokasi Kufa |
Hasan, anak kepada Saidina Ali (ie: cucu Rasulullah s.a.w.) dilantik sebagai khalifah oleh penyokong Saidina Ali. Namun, beliau mementingkan keamanan. Hasan membuat keputusan untuk membuat perjanjian damai dengan Muawiyah, dan mengiktiraf Muawiyah sebagai khalifah, tapi dengan syarat-syarat tertentu, di antaranya ialah Muawiyah tak boleh memilih pengganti dia sendiri (ie: pengganti mesti dipilih berdasarkan undian majoriti). Malangnya, Hasan dibunuh.
Muawiyah pun memerintah sampai lah dia meninggal, dan sebelum tu dia telah melantik anaknya, Yazid, menjadi khalifah. Disebabkan ini melanggar perjanjian damai antara Muawiyah dan Hasan, Husin (adik kepada Hasan, ie: seorang lagi cucu Rasulullah s.a.w.) rasa tak puas hati. Ketika itu beliau menerima surat dari penduduk Kufa yang mengatakan mereka akan menyokong Husin untuk melawan Yazid. Husin dan ahli keluarganya berangkat ke Kufa.
Malangnya, Husin dan keluarganya diserang dalam perjalanan ke Kufa oleh tentera Yazid. Penduduk Kufa yang katanya mahu bagi sokongan tu pun tak muncul. Husin dibunuh dan dipancung di Karbala.
Maka, dengan ini tiadalah sudah "ancaman" utama dari keturunan Rasulullah s.a.w dan Saidina Ali. Yazid memerintah Kerajan Umayyah, satu kerajaan monarki dengan ibu negaranya di Syria, dan pucuk pemerintahan kekal di dalam keluarga Bani Umayyah.
Disebabkan cara Kerajaan Umayyah dapat kuasa ni memang questionable, sebenarnya pihak resistance sentiasa ada sepanjang pemerintahan diorang. Keturunan Rasulullah s.a.w hanya ada melalui Saidina Ali, so memang ramai lah pengikut keturunan Saidina Ali. Berkali-kali khalifah kerajaan Umayyah cuba nak menghapuskan diorang, sebab risau diorang akan ambil alih kuasa.
Akhirnya yang menggulingkan diorang ialah Kerajaan Abbasiyah dengan gerakan yang diterajui oleh "Ahlul Bait". Diorang ni bukan direct kerturunan Rasulullah s.a.w, tapi diorang ni keturunan Bani Hashim melalui Abbas, bapa saudara Rasulullah s.a.w. Nanti lain kali kita cerita kisah ni pulak, insyaAllah (kalau datang kerajinan hihi).

Fatimah Masumeh Shrine Kisah keturunan Saidina Ali yang dibunuh gara-gara politik |
Akhirnya yang menggulingkan diorang ialah Kerajaan Abbasiyah dengan gerakan yang diterajui oleh "Ahlul Bait". Diorang ni bukan direct kerturunan Rasulullah s.a.w, tapi diorang ni keturunan Bani Hashim melalui Abbas, bapa saudara Rasulullah s.a.w. Nanti lain kali kita cerita kisah ni pulak, insyaAllah (kalau datang kerajinan hihi).
Syiah
So apa kaitan semua ni dengan syiah?
Penyokong tegar Saidina Ali, Hasan dan Husin adalah pengasas kepada aliran syiah. Asalnya, perpecahan hanyalah dari segi politik, iaitu menyokong pemimpin yang berbeza. Takde kaitan pun dengan akidah atau ibadah.
Kenapa dari segi ibadah, golongan sunnah dan syiah sekarang banyak betul bezanya?
Antara sebabnya ialah, golongan syiah menolak hadis yang disampaikan melalui Saidina Abu Bakar, Umar dan Uthman. Pada mereka, Rasulullah s.a.w telah secara jelas melantik Saidina Ali sebagai pewaris. Jadi mereka menganggap Saidina Abu Bakar, Umar dan Uthman merupakan perampas kuasa, dan tidak layak meriwayatkan hadis. Padahal banyak hadis berkaitan ibadah disampaikan oleh ketiga-tiga khalifah ini. Disebabkan itulah banyak perbezaan dari segi cara kita melakukan ibadah.
Tak banyak hadis yang diorang boleh gunakan sebagai panduan, so banyak hal-hal ibadah diorang diputuskan oleh Imam-imam yang semuanya merupakan keturunan Saidina Ali. Pada mereka, Imam mereka ini semuanya adalah maksum. Diorang boleh tentukan hukum berkenaan ibadah atas interpretasi diri mereka sendiri, tanpa berpandukan hadis.
Imam pertama golongan syiah ialah Saidina Ali, Imam kedua ialah Hasan, Imam ketiga ialah Husin, dan imam keempat dan seterusnya ialah keturunan kepada Husin (diwariskan dari ayah kepada anak).
Dalam syiah pun ada banyak mazhab. Perpecahan berlaku apabila sesetengah pihak menyokong si abang sebagai Imam seterusnya instead of si adik, contohnya.
Perpecahan "mazhab" dalam Syiah Sumber: Wikipedia |
Majoriti syiah, termasuklah di Iran, mempercayai imam dua belas, dan dipanggil dalam bahasa Inggeris sebagai "Twelvers". Dalam kepercayaan diorang, imam ke-12, bernama Mahdi, merupakan al-Mahdi yang akan menolong umat Islam melawan Dajjal. Tapi dia dipercayai telah ghaib, dan akan muncul semula di akhir zaman nanti. Tour guide saya di Iran kata dia merupakan keturunan Mahdi, as apparent from her surname.
Ini berbeza daripada kepercayaan kita. Kita percaya Imam Mahdi akan lahir dikalangan keturunan Rasulullah s.a.w pada akhir zaman. Yang akan muncul semula setelah ghaib nanti ialah Nabi Isa a.s.
Berbalik kepada perpecahan dalam Syiah. Selain Twelvers, ada beberapa lagi cabang Syiah seperti: Ismaili, Zaydiyah, Qarmatians, Alawiyyah dan juga Druze. Cuma... Druze ni, saya tak pasti akidah nya macam mana. Druze combine Islam dan falsafah dari pemikir Greek/Rom, so theologi diorang ni lain sikit. Tapi saya tak berani nak kata diorang ni bukan Islam. Iman seseorang tu Allah saja yang betul-betul tahu. Qarmatians pulak, combine Islam dengan unsur-unsur Zoroastrianism. Alawiyyah pun pelik, pada diorang arak tu tak haram. Boleh kata diorang ni sekular sikit kot. Contoh Alwiyyah yang terkenal ialah rejim Assad di Syria, yang sekarang ni dapat tentangan hebat daripada golongan Sunnah di Syria.
Qarmatians ni jahat. Pada kurun ke-10, diorang pernah menyerang Makkah dan membunuh orang Islam yang sedang menunaikan haji. Bayangkan diorang boleh masuk Masjidil Haram, bunuh orang Islam di kawasan tawaf tu. Lepastu diorang ambil Hajarul Aswad, dan bawa lari. Karavan orang Islam yang dalam perjalanan ke Makkah pun diorang serang. Berpuluh ribu orang Islam mati di tangan diorang. Sebabnya, diorang kata ibadah haji dan umrah ialah ajaran berunsurkan amalan jahiliyah masyarakat Quraisy Makkah, bukan daripada ajaran Islam sebenar. Bertahun-tahun juga lah ibadah haji & umrah terganggu disebabkan diorang.
Banyak sebenarnya perpecahan dalam Islam. Biasalah, manusia ni macam-macam kepala, ada macam-macam pendapat. Perpecahan bukan sahaja wujud di antara Sunnah dah Syiah, tapi juga dalam Syiah itu sendiri, dan dalam golongan Sunnah itu sendiri. Kalau dalam Syiah ada ajaran yang kita kategorikan sebagai ajaran sesat, dalam ajaran Sunnah sendiri ada pihak terpesong yang kita anggap sesat.
Adakah orang Islam ni suka bergaduh? Hmm. Tak juga. Mana-mana ajaran agama pun, ada kisah perpecahan diorang. Kalau Kristian, diorang ada Katolik, Ortodoks dan Protestan. Dan kalau baca sejarah, dah beratus-ratus tahun dah diorang pun pernah bergaduh sesama diroang.
Yang jadi masalahnya ialah, bila perbezaan agama ni diguna pakai oleh pihak yang tamak kuasa untuk dijadikan "rallying point" dengan tujuan mengumpul penyokong dan menjadikan diorang punya agenda politik seolah-olah perjuangan berteraskan agama. Senang nak tarik pengikut pakai agama, sebab diorang boleh gunakan "syurga" sebagai ganjaran. Tak perlu bagi harta kekayaan di dunia. Kalau mati pun, mati syahid katanya.
Hmm. Berperang sesama Islam, adakah ganjarannya mati syahid? Wallahu'alam.
Zaman sekarang ni, ramailah pihak yang mengatakan agama ni buruk, menyebabkan pergaduhan. Padahal pada hakikatnya, manusia ni memang suka bergaduh. Perang Dunia, bergaduh sebab apa, agama ke? Bukan. Tapi sebab ideologi. Sebab kuasa. Sebab wilayah jajahan. Sosialis vs demokrasi. Komunisme vs kapitalisme.
Kesimpulan Saya

Dalam Perang Dunia Pertama, Kerajaan Uthmaniyyah yang join pihak Jerman, Austria, etc berlawan dengan orang Arab yang bersekongkol dengan UK, Perancis, Russia, etc. Daripada perang ni, wilayah Islam yang sebelum ni di bawah kawalan Uthmaniyyah jatuh ke tangan UK dan Perancis. Garisan Sykes-Picot dihasilkan, dan menjadi punca ketidak stabilan Timur Tengah sehingga sekarang. Jerusalem yang berada di bawah kerajaan Islam selama beratus tahun jatuh ke tangan UK, yang bersekongkol dengan pihak Zionis. Dan kemudian... wujudlah Israel. Islam lawan Islam, yang untung siapa?
Perbezaan fahaman dalam Islam ni dah muncul dalam masa kurun pertama selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Perpecahan dan perbezaan politik pula dah bermula sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. wafat. Sedih kan. Tapi pada masa yang sama, bagi saya ini menunjukkan betapa hebatnya kepimpinan Rasulullah s.a.w yang mampu menyatukan puak Arab yang dah memang terkenal dengan sikap suka bergaduh. Malangnya penyatuan tu tak kekal.
Perbezaan fahaman dalam Islam ni dah muncul dalam masa kurun pertama selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Perpecahan dan perbezaan politik pula dah bermula sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. wafat. Sedih kan. Tapi pada masa yang sama, bagi saya ini menunjukkan betapa hebatnya kepimpinan Rasulullah s.a.w yang mampu menyatukan puak Arab yang dah memang terkenal dengan sikap suka bergaduh. Malangnya penyatuan tu tak kekal.
Ada sesetengah orang di Malaysia ada yang menganggap Syiah ni bukan muslim pun. Sebelum pergi Iran, ada yang tanya "Halal ke makanan kat sana?" Sebab risau sembelihan orang Syiah ni tak halal.
Wow. Saya kagum dengan pertanyaan tu. Saya rasa ramai dah sedia maklum sembelihan Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) dalam Islam dianggap halal. Sebab tu kalau di overseas, kat tempat yang takde muslim, daging kosher kita boleh makan.
So, dengan rasa annoyed saya tanya, "Kenapa, orang Syiah ni lagi teruk dari orang Yahudi ke?" Orang Syiah pun ucap syahadah tau. Diorang percayakan Allah dan Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasul, tapi orang Yahudi hanya percayakan Tuhan itu satu dan menolak Rasulullah s.a.w. Kalau lah kita boleh makan sembelihan diorang, kenapa sembelihan orang Syiah nak dipersoalkan. Pelik bin ajaib. Lol.
Orang syiah sewenang-wenangnya bunuh puah Sunnah? Merepek. Ye la, semasa perang dulu, memang terjadi benda macam tu. Tapi tu perang. Bayangkan Aisyah dengan Ali pun pernah berperang. Tapi lepas tu diorang berbaik balik.
Kat Iran pun ada golongan Sunnah tau. Kalaulah diorang habis dibunuh, macam mana diorang boleh wujud kat sana? Tour guide saya cakap, kat sana kalau nak bezakan masjid orang Sunnah dengan Syiah, tengok berapa menara masjid tu ada. Kalau ada dua menara, itu masjid Syiah. Kalau ada satu menara itu masjid Sunnah.
Masjid Juma'ah, Yazd. Salah satu tempat kami solat. |
Saya solat dalam masjid Syiah okay je, tak kena halau pun. Ahli group kami azan dalam masjid Syiah, tak kena marah pun. P/s: Azan orang Syiah lain sikit. Selepas "Asyhaduanna Muhammadan Rasulullah" ada tambah ayat "Asyhaduanna Ali Waliyullah" (Maksudnya: aku bersaksi Ali adalah wali Allah). Bila muazzin kami skip ayat pasal Ali ni, saya nampak ada orang kat sana berbisik-bisik dan terdengar perkataan "Sunni" tapi takdelah diorang stop dah marah kami. Yang bencikan golongan Sunnah tu hanya orang yang taksub je. Most other people tak kisah pun Sunnah ke Syiah, pada diorang muslim tetap muslim. Adakah kita nak menjadi golongan yang taksub?
OK panjang dah membebel. Saya nak stop kat sini. Macam semangat pulak promote Syiah. Diulangi ye: Saya berfahaman Sunnah, bukan Syiah. Tapi saya nak semua orang faham, yang Syiah ni bukan kafir. Diorang pun muslim macam kita. Akidah diorang secara generalnya, adalah intact, walaupun tak dinafikan ada pecahan yang berfahaman pelik-pelik.
Tambahan: Naratif sejarah Syiah dan Sunnah berbeza sebab menggunakan periwayatan yang berbeza. Saya cuba untuk elakkan kisah-kisah yang extreme, dan ambil jalan tengah. Bagi saya, ada pihak yang baik dan jahat di kedua-dua pihak. Ada pendapat yang kata naratif mainstream dalam buku sejarah adalah tak tepat, tapi saya sebagai orang biasa, cuma quote apa yang ada dalam buku sejarah. Kalau nak nilai satu-satu periwayat kisah-kisah yang disampaikan, bukan bidang ilmu saya, lagi-lagi lah untuk kisah yang berlaku 1300 tahun dulu. Tujuan saya tulis post ini ialah nak tunjukkan yang perpecahan dalam umat Islam berlaku sebab politik & kuasa, yang akhirnya merugikan orang Islam sendiri. Syiah ke, Sunnah ke, jangan taksub sangat.
Akhir kata, let's celebrate differences. Kita manusia memang pelbagai. Yang penting iman kita, hati kita, niat kita.
Ingatlah dua ayat ni:
"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." (Surah al-Hujuraat: ayat 10)
"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Sekian. Selamat berpuasa. Semoga bermanfaat.
Disclaimer: Segala maklumat dalam ni hanya berdasarkan ilmu saya yang cetek. Mohon maaf sekiranya ada kesilapan fakta.

TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN, SANGAT SANGAT MEMBANTU SAYA UTK FAHAM DGN MUDAH DAH CEPAT
ReplyDeleteAssalam, mohon rujuk pendapat ulama hadith seperti Dr Maza, Dr Solah Al Kholidi, Dr Rozaimi dan Maulana Asri regarding Tarikh Islam. Dikhuatiri penulisan saudari byk dicampuri pendustaan riwayat Syiah.
ReplyDeleteTerima kasih atas teguran. Naratif yang saya tulis tentang peristiwa tahkim dan pembunuhan Saidina Husin adalah apa yang saya belajar dari kisah yang diceritakan kepada saya dan buku sejarah yang saya baca. Pandangan ulama yang encik sebut ni pertama kali saya dengar. Mungkin peristiwa tahkim ni memang ada beberapa versi, bergantung pada kisah tu diceritakan dari pihak mana. Sejarah memang ada banyak bias. Tapi saya sukar nak exclude penglibatan Yazid dalam pembunuhan Husin, sebab motifnya saya rasa agak jelas. Wallahu'alam. Saya akan banyakkan membaca lagi, insyaAllah.
Deletehttps://aburedza.wordpress.com/2010/03/18/menjaga-ketulenan-sejarah-islam/
ReplyDeletehttps://soaljawab.wordpress.com/2007/06/10/pembunuh-sayyidina-husain-5/
ReplyDeleteapa kelebihan buku ini ?
ReplyDeleteapa kekurangan dari isi kandungan menurut akak