Assalamualaikum & salam sejahtera
Jawapan untuk persoalan dari blog post yang lepas: Iran! Alhamdulillah. Selesai dah perjalanan di negara Asia Tengah yang penuh kontroversi ni.
Tour guide kami bawa ke kedai jual barang kulit. Harga not bad jugalah. Saya beli kasut kulit harga USD 30. Dompet kecik harga USD 10. Tali pinggang harga USD 5. Malangnya... saya tak terfikir nak save location kedai tu. Huhuuu.
Orait itu sahaja buat masa ni. Kalau saya teringat apa-apa lagi nanti saya update ye. Semoga bermanfaat. Salam Ramadan :)
Jawapan untuk persoalan dari blog post yang lepas: Iran! Alhamdulillah. Selesai dah perjalanan di negara Asia Tengah yang penuh kontroversi ni.
Iran's beautiful tile work |
Iran ialah sebuah negara yang terletak di Asia Tengah, bersempadan dengan Turkmenistan, Armenia dan Azerbaijan di utara, Turki dan Iraq di sebelah barat, serta Afghanistan dan Pakistan di sebelah timur.
Kalau saya, bila orang sebut Iran, dua benda akan masuk dulu dalam kepala saya: Empayar Parsi dan Syiah. Lepas tu saya akan terus terfikir pasal US embargo.
Disebabkan US dan syiah, ramai orang fikir yang Iran ni bahaya untuk puak Sunnah, tengah perang, so tak elok lah pergi. Orang tanya saya, "Ada apa kat Iran?" "Buat apa pergi Iran?" "Bukan diorang tengah perang ke?" Banyak sangat persepsi negatif tentang negara ni.
Sadly, they were mistaken.
"Ada apa kat Iran?"
Rasa macam nak roll eyes bila dapat soalan ni. Ada macam-macam. Iran adalah tempat kelahiran salah satu empayar terbesar dan tertua di dunia. Empayar Archaemenid, iaitu empayar Parsi pertama yang wujud di antara 550 - 330 BC. Sebelum masihi tau. 2500 tahun dahulu. So empayar ni lagi tua dari Empayar Rom dan Greek. Tapi Tamadun Mesir Purba lagi tua lah ye.
Tinggalan Empayar Archaemenid boleh dijumpai di wilayah Shiraz. Kebanyakan istana diorang dah musnah dah, selepas dikalahkan oleh tentera Alexander dari Macedonia. Kalau kita, biasanya kita panggil dia Alexander the Great, tapi orang Iran tak kan gunakan gelaran "the great" untuk Alexander. Bagi diorang Alexander ni musuh yang telah musnahkan tamadun bersejarah diorang. Sebab bila Alexander datang, tentera dia musnahkan istana kerajaan diorang dan rampas emas & harta kekayaan empayar Parsi.
Tinggalan Empayar Archaemenid |
Yang diorang panggil "the great" ialah Cyrus, pengasas Empayar Archaemenid. Diorang anggap Cyrus the Great ni macam bapa diorang. Setiap kali birthday dia pada 7 September, ramai yang akan datang melawat Pasargadae, tempat terletaknya istana dan bandar yang diasaskan oleh Cyrus dan juga tempat perkuburan beliau.
"Buat apa pergi Iran?"
Macam-macam boleh buat. Lawat tempat bersejarah tamadun Parsi. Lawat masjid yang cantik-cantik. Tengok padang pasir. Belajar tentang puak Syiah, satu puak yang sering dipandang serong di Malaysia. Ada yang kata takut nak solat kat masjid Syiah, takut kena bunuh dengan diorang, kata diorang solat menghadap Karbala (instead of Makkah).
The fact is, diorang pun Islam. Ya, memang diorang taksub kat Saidina Ali. Tapi pada saya, taksub diorang tu bersebab. Saidina Ali, Hasan dan Husin were treated very unfairly oleh Muawiyah dan Yazid. Cucu kesayangan Rasulullah sendiri dibunuh (sorang kena racun, sorang kena bunuh dalam perang dan dipancung) disebabkan politik dan kuasa. Ikut yang saya baca, imam Syiah yang mula-mula ni sebenarnya dipandang tinggi oleh ulama Sunnah juga. Cuma mungkin makin lama makin menyimpang kot. Huhu. Sejak mula berpecah di antara Sunnah dan Syiah, sejak tu lah perpecahan besar umat Islam bermula. Sad but true.
Tanah dari Karbala - perkakas solat yang wajib ada di masjid Syiah |
Pada saya, kita sebagai orang Islam perlu kenal dengan puak Syiah juga. Saya dari dulu dah ada kawan Syiah masa kat UK dulu. Jadi saya tak ada pandangan negatif sangat dengan diorang. Tapi saya tahu ramai orang Malaysia ni anggap Syiah macam bukan Islam pun. Sila pergi ke Iran dan ubah pandangan tersebut.
"Bukan diorang tengah perang ke?"
Errr. TAK. Tang mana diorang tengah perang, haa? Yang kena serang dengan US dulu tu Iraq, jiran kepada Iran. Sebab ada Saddam Hussain. Lepas tu datang ISIS buat kecoh. Tapi tu Iraq, ye. Iran okay, mostly selamat je.
Cuma. Saya ada baca yang US dan Israel tengah consider nak serang Iran. Saya harap takdelah diorang serang. Diorang ni bangang betul. Sampai sekarang dok tuduh Iran ada senjata nuklear. US dah datang, buat inspection, tak jumpa pun bukti yang Iran ada senjata nuklear, tapi tak puas hati jugak. Rasa macam nak sepak je. Harap-harap tak kan sampai ke tahap perang. Amiin. Diorang ni satu demi satu negara Islam kuat diorang nak hancurkan.
Visa
Rakyat Malaysia tak perlu visa untuk ke Iran kalau kita pergi 15 hari dan ke bawah. Yahuu! Tapi rakyat Brunei kena bayar 30 euro.
Matawang
OK yang ni complicated sikit. Diorang pakai Iranian Riyal, satu currency yang tak berapa laku di luar negara Iran, semuanya disebabkan US embargo. Kat Malaysia pun saya rasa korang takkan jumpa money exchange untuk dapatkan duit Riyal diorang.
Iranian Riyal Credit: http://www.dinarsite.com/IranRial/iran-rial.aspx |
So, sila lah tukar ke duit US Dollar (preferably) atau Euro. Kebanyakan kedai di Shiraz & Isfahan bazar terima dua matawang ni. Cuma ada jugalah sesetengah tempat yang hanya terima Iranian Riyal, especially kedai di Tehran.
Rate yang saya dapat dulu, 1 USD = 100,000 riyal, dan 1 Euro = 110,000 riyal.
Satu lagi nak bagitahu. Kat Iran, walaupun currency formal ialah Iranian Riyal, kat kedai kadang-kadang diorang pakai "Toman". Toman ni, korang cuma perlu buang satu "0" kat hujung. So, 100,000 riyal = 10,000 toman. Nak mudah, diorang akan sebut "10 toman" je. Tapi maksudnya 10,000 toman tau. Bukan 10 toman. Hahaha. Saya tak pernah jumpa duit 10 toman pun. Nilai tu kecik sangat.
Power Plug
Internet Censorship
Okay, ni problem besar kat Iran, tapi diorang ni tak sedahsyat China la.
Boleh pakai: Google, Whatsapp, Instagram
Tak boleh pakai: Facebook, Youtube, Blogger, Playstore, dan sesetengah website
Kalau China dulu, WhatsApp dan Google pun tak boleh pakai. Horror sungguh.
Cuaca & Iklim
Iran ialah negara 4 musim. Saya datang ke Iran semasa musim bunga, alhamdulillah. Walaupun Iran ialah negara padang pasir, banyak bandar di Iran merupakan oasis, dengan Persian garden yang cantik. So musim bunga memang masa terbaik untuk lawat Iran. Tapi musim bunga ialah peak season ye. Semua tempat ramai orang. Bleh.
Musim bunga ♡ |
Suhu semasa musim bunga sekitar 17-24 darjah Celsius semasa siang, dah jatuh ke 7-10 darjah Celsius pada malam hari. Suhu dia ekstrim sikit, sebab dekat dengan padang pasir.
Suhu masa musim panas tinggi, dalam 40 darjah Celcius. Jangan lah datang masa musim panas ye. Kecuali kalau korang memang suka panas.
Itinerari
Day 1: Sampai Tehran. Dari Tehran International Airport, kami ke airport lain untuk naik flight ke Shiraz. Perjalanan antara 2 airport ni agak panjang, dalam sejam lebih (termasuk traffic jam). Sampai di Shiraz, kami lawat Tomb of Hafez dan Shah e Cheragh Holy Shrine.
Day 2: Lawat sekitar Shiraz lagi. Nasir-al-Mulk Mosque @ Pink Mosque (For Insta-worthy photo site), Eram Garden, Karim Khan Citadel, Vakil Mosque, Vakil Bazaar dan Quran Gate.
Day 3: Gerak dari Shiraz ke Yazd. On the way, singgah di Persepolis, Necropolis dan Pasargadae. Sampai di Yazd, tengok persembahan sukan tradisional Iran, Zurkhane.
Day 4: Lawat sekitar Yazd. Amir Chakmaq Complex, Dolatabad Garden, Zoroastrian Fire Temple, Yazd Friday Mosque. Gerak dari Yazd ke Isfahan. On the way, singgah Narin Castle.
A city built of mud, as seen from Narin Castle |
Day 5: Khajoo Bridge, Sio Se Pol Bridge, Chehel Sotoun Palace, Nagsh-e Jahan Square (ada Imam Mosque, Aali Qapoo Palace, Sheikh Lotf Allah Mosque dan Bazaar).
Day 6: Gerak dari Isfahan ke Tehran. On the way singgah di Kashan untuk melawat Fin Garden. Kemudian singgah di Qom untuk melawat Shrine of Fatimah Masoumeh.
Day 7: Naik Gunung Tochal, half-way naik bas lepas tu kena pakai gondola. Panjang betul gondola diorang ni. Kat puncak gunung ni bersalji, siap boleh main ski lagi. Lepas tu pergi ke Tajrish Bazaar dan Nature Bridge.
Kos
Untuk Iran trip kali ni saya ambil pakej, sebab plan last minute. Asalnya nak ke Pakistan. Tiba-tiba diorang bergaduh dengan India, tukar plan ke Central Asia (Uzbekistan, Kazakhstan dan Kyrgyzstan), tapi tak dapat cukupkan korum (untuk sewa driver). So saya pun decide untuk ambil pakej saja. Cuti dah cop, kalau tak pakai rugi. Hehe. Lagipun spring memang musim terbaik untuk jalan-jalan.
Harga: RM4699, all-inclusive. Pergi dengan Al-Ilmi. Dah masuk accomodation, flight international & domestic, transport, insurans dan makan. Kalau jalan sendiri lagi murah kot. Tapi tak berani nak jalan Iran sendiri kalau tak plan betul-betul.
Insurans
Masa masuk Iran nanti, imigresen akan minta bukti kita ada ambil insurans. Insurans travel di Iran hanya boleh dibeli di Iran. So, sila lah beli awal-awal.
Shopping
Standard harga fridge magnet dalam 100,000 iranian riyal. Ada yang mahal sikit, sebab design cantik.
Kalau nak beli saffron, hati-hati. Ada saffron palsu tau. Saffron pun ada banyak gred. Saya beli di kedai mahal sikit, dengan tour guide. Ada 5 jenis, harga per gram: USD 3, 5, 7, 9 dan 10. Dulu kat Kashmir saya pernah tertipu, jadi takut nak beli kat luar.
Saya beli rose oil jugak, harga sebotol USD 17. Gila mahal. Tapi saja nak beli jugak, kena peer pressure. Hahaha.
T-shirt paling murah saya jumpa di Shiraz, harga USD 4. Design lawa pulak tu. Tapi saya tak beli. Menyesal gila. Sebab kat tempat lain design tak secantik tu, harga pun mahal sikit. Haih. Kempunan tak beli t-shirt langsung sebab teringat t-shirt kat Shiraz. Lol.
Iran pun jual banyak beg kecik-kecik. Harga USD 1. Ada juga beg dibuat dari kain yang ditenun, tapi saya tak minat.
Jaket di Iran agak cantik. Saya beli 1 jaket yang reversible, satu side plain satu side ada hand-printed pattern. Harga € 35 atau USD 40. Kalau korang suka design mozaik pun banyak, tapi saya kurang minat.
Scarf di Iran cantik dan murah-murah! Huaa heaven sangat tengok scarf. Paling murah saya dapat 250,000 iranian riyal. Tapi standard 300,000 hingga 350,000 riyal. Paling mahal saya beli 650,000 riyal, jenis yang besar dan kain berkualiti sikit.
Tour guide kami bawa ke kedai jual barang kulit. Harga not bad jugalah. Saya beli kasut kulit harga USD 30. Dompet kecik harga USD 10. Tali pinggang harga USD 5. Malangnya... saya tak terfikir nak save location kedai tu. Huhuuu.
Orait itu sahaja buat masa ni. Kalau saya teringat apa-apa lagi nanti saya update ye. Semoga bermanfaat. Salam Ramadan :)
Hi cik, boleh saya tanya tentang insurand tu cik beli di mana dan bagaimana ye? Masa kat imigresen kaunter beli terus ke atau sebelum sampai kaunter kena beli dah?
ReplyDeleteSaya dulu agen tolong belikan. Dari Malaysia dah dapat insurance policy. Sebab di imegresen tu diorang nak tengok policy tu dah.
DeleteSis. Nak tanya,sana memang credit card kita tak laku ye? Dan kalau bawak atm card kita pun memang tak boleh guna la ye?
ReplyDeleteKalau tak silap hari tu ada kedai jual karpet harga ribu riban yang accept credit card. Tapi kebanyakan kedai lain memang tak terima. Memang better prepare cash kalau nak selamat..
DeleteHiiii, penulisan yg menarik:)
ReplyDeleteMknn kt iran plak cmne ye? Is it tasteful or bad?
Ermm. Makanan Iran okay juga lah, not bad. Banyak daging style kebab tu, nasi diorang suka letak saffron, wangi. Waktu breakfast ada pelbagai jenis cheese. Tapi saya yang tekak Malaysia ni hujung2 tu memang terasa boring n start rindu makanan Malaysia. lol
Deleteالسلام عليكم .. saya nk ke iran bulan 12 ni backpacker sorang2.. saya nk tau psl hotel , rate, dan harga?
ReplyDeleteSorry saya tak tahu. As mentioned above, saya ambik pakej, sebab trip ni last minute, tak sempat langsung nak research ^^;
DeleteHi. Best x pergi dengan Al Ilmi? Dari segi Pengurusan Masa dan tour leader cmne OK x?
DeleteHi. Tour leader sporting dan rajin tolong ambilkan gambar. Time management pun okay. Bagi saya apa yang menentukan trip tu best ke tak ialah orang2 yang join trip tu. Pada saya trip Iran hari tu sangat best. Seasoned traveller je nak pergi negara kontroversi macam Iran ni, so memang diorang best dan masing2 pun kaki travel :)
DeleteSalam. Insuran dari malaysia tiada untuk ke iran bagaimana
ReplyDelete