Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Cyrus the Great, yang merupakan pengasas Empayar Archaemenid merupakan penganut agama Zoroastrian. Tapi, Cyrus mengamalkan satu polisi yang jarang dibuat oleh penjajah lain, iaitu dia tak memaksa rakyat tempat yang dia dah tawan untuk menganut agama dia. Selepas menawan sesuatu tempat tu, dia biarkan rakyat tempat tu teruskan dengan agama kepercayaan masing-masing. Mungkin sebab tu ke Zoroastrian ni tak tersebar luas macam agama monetheistic yang lain? Hmm.
Islam telah sampai di Parsi semasa Sassanid Era (224-651 AD). Saidina Umar telah mengalahkan tentera kerajaan Sassanid dan Parsi telah diserap ke dalam kerajaan Islam. Selepas berakhirnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, Parsi diperintah oleh Kerajaan Umayyah, dan selepas itu Kerajaan Abbasiyah.
Salam Ramadan. Sekejap je dah nak seminggu kita puasa kan. Cukup tak amalan kita setakat ni? Jom kita tepuk dada tanya iman ye. Hehe.
OK. Berbalik kepada tajuk asal. Saya nak ceritakan tempat-tempat bersejarah yang saya lawati di Iran, dan sedikit sebanyak tentang sejarah Iran yang telah diceritakan oleh tour guide kami yang hebat, dan juga ilmu yang saya dapat dari bacaan saya sendiri.
Naqsh e Jahan Square, Isfahan, Iran |
Saya tak tahulah korang berminat ke tak. Lol. Tapi saya takut kalau tak tulis nanti saya lupa, sayang je. Lagipun kalau nak ke Iran, mungkin bagus jugak korang baca sinopsis sejarah Iran ni supaya korang tahu significance tempat-tempat yang korang pergi tu.
Era Pra-Islamik
Sebelum kedatangan Islam, agama utama di Parsi ialah Zoroastrian. Zoroastrian ialah agama monotheistic, sama seperti Islam, Kristian dan Yahudi. Maksudnya, mengikut kepercayaan diorang, Tuhan ada satu sahaja. Nama Tuhan diorang ialah Ahura Mazda. Zoroastrian diasaskan oleh Zarathustra. Agama ni menekankan kepentingan elemen semulajadi macam api, air, angin dan tanah.
Cyrus the Great, yang merupakan pengasas Empayar Archaemenid merupakan penganut agama Zoroastrian. Tapi, Cyrus mengamalkan satu polisi yang jarang dibuat oleh penjajah lain, iaitu dia tak memaksa rakyat tempat yang dia dah tawan untuk menganut agama dia. Selepas menawan sesuatu tempat tu, dia biarkan rakyat tempat tu teruskan dengan agama kepercayaan masing-masing. Mungkin sebab tu ke Zoroastrian ni tak tersebar luas macam agama monetheistic yang lain? Hmm.
Faravahar, simbol Zoroastrian |
Anggapan yang mengatakan diorang menyembah api adalah SALAH. Api ialah satu elemen yang dianggap suci dalam agama diorang, so bila diorang nak sembahyang kat temple tu memang ada api. Tapi tak bermaksud yang diorang sembah api. Dulu kawan non-muslim saya pernah tanya saya kenapa orang Islam sembah kotak hitam (ie: Kaabah). Lol. Begitulah juga kita salah anggap diorang sembah api.
Berbalik kepada Cyrus the Great. Cyrus telah menyatukan kerajaan-kerajaan kecil sekitar Parsi dan mula menawan kerajaan-kerajaan sekeliling, termasuklah Babylon di Mesopotamia. Ada yang mengatakan disebabkan orang Babylon suka dengan Cyrus yang baik hati, dan bencikan pemerintah diorang yang zalim, orang Babylon sendiri buka pintu gate bandar diorang untuk memberi peluang Cyrus masuk tanpa perlu lawan pun. Cerita ni saya baca dari artikel National Geographic.
Cyrus the Great mengasaskan bandar Pasargadae, terletak di wilayah Shiraz. Kubur dia pun ada di sini. Saya tak dapat nak explore Pasargadae betul-betul, sebab masa kami suntuk. Kami cuma tengok dia punya tomb je lepas tu kena chow.
Makam Cyrus the Great, Pasargadae, Shiraz |
Yang kami lawat lama sikit ialah Persepolis, ceremonial capital yang dibina semasa zaman Darius I. Persepolis dibina untuk sambutan kerajaan, seperti tahun baru. So tempat ni memang banyak ukiran, dengan bangunan yang kelihatan gah. Built to impress, gitu. Semasa perayaan, orang dari pelbagai kerajaan di bawah jajahan Archaemenid akan pergi ke sana dengan membawa pelbagai hadiah untuk raja diorang. Sebab tu lah pintu masuk Persepolis di panggil Gate of Nations. Menurut tour guide kami, Persepolis telah dibina tanpa menggunakan hamba. Setiap pekerja yang terlibat dalam pembinaan dibayar gaji, dan melibatkan tenaga kerja perempuan untuk design bahagian seperti dapur.
Gate of Nations, Persepolis, Shiraz |
Persepolis telah musnah di tangan Alexander the Great dari Macedonia. Segala harta kekayaan dari Persepolis di rampas. Alexander dan Darius III dari Parsi merupakan archenemy, dan dengan kekalahan Darius III, berakhirlah penguasaan Empayar Archaemenid, dan digantikan dengan Empayar Greek.
Kubur raja-raja penting dari Empayar Archaemenid boleh dijumpai di Necropolis. Kubur diorang dibuat di dalam lereng gunung, lain sikit daripada kubur Cyrus the Great. Setiap satu pintu dekat simbol "cross" tu adalah makam untuk seorang raja. Kubur Darius I pun kat sini juga.
Kubur Raja-Raja di Necropolis |
Era Post-Islamik
Islam telah sampai di Parsi semasa Sassanid Era (224-651 AD). Saidina Umar telah mengalahkan tentera kerajaan Sassanid dan Parsi telah diserap ke dalam kerajaan Islam. Selepas berakhirnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, Parsi diperintah oleh Kerajaan Umayyah, dan selepas itu Kerajaan Abbasiyah.
Seperti yang kita tahu, Kerajaan Abbasiyah musnah ditangan Mongol pada kurun ke-13. Mengikut sejarah, tentera Mongol bukan sahaja membunuh, tapi diorang juga telah menghapuskan perpustakaan, madrasah, dan membakar buku serta membunuh ilmuwan. Ada yang mengatakan, begitu banyak buku dibuang ke dalam Sungai Tigris sehingga habis hitam air sungai tu. Tak sure kenapa kejam sampai ke tahap itu, but there you go. Hilanglah ilmu yang dikumpul beratus-ratus tahun. A huge loss to humankind.
Saya pernah terbaca ada sejarawan dari Eropah sendiri mengatakan banyak ilmu yang telah hilang dengan jatuhnya Kerajaan Abbasiyah. Ilmu dari zaman Empayar Greek dan Rom telah diwarisi oleh Empayah Islam seperti Umayyah dan Abbasiyah, sebab masa tu Eropah masih dalam Dark Age. Apa-apa yang selamat, diwarisi pula oleh ilmuan dari Eropah dengan kebangkitan Era Renaissance.
Dengan kedatangan Mongol di Parsi, bermulalah satu era baru bernama Ilkhanate (1256 - 1335 AD). Seperti yang kita tahu, orang Mongol asalnya beragama Buddha. So, semasa perang, memang banyak masjid yang dimusnahkan dan digantikan dengan Buddhist temple. Diorang ni ganas satu macam, ada sejarawan yang kata 90% rakyat Parsi dibunuh, dan memang habis bangunan lama yang dibina masa zaman Umayyah dan Abasiyyah dimusnahkan, termasuklah sistem pengairan yang membantu perkembangan bandar dan pertumbuhan agrikultur.
Tapi, syukurlah at some point, pemerintah Mongol mula menerima Islam. Selepas Mongol berkuasa, diorang mula membawa pengaruh dari segi seni dan lukisan, dan selepas zaman ni, kalau korang tengok lukisan mural di istana atau dalam buku, banyak yang ada pengaruh ala-ala lukisan China.
Gaya lukisan dengan pengaruh Mongol |
Parsi kembali diperintah oleh pemerintah bangsa Parsi semasa Dinasti Safavid (1501 - 1736 AD). Shah Abbas I menjadikan Syiah sebagai agama rasmi kerajaan, dan mula mengukuhkan kekuasaan dengan menjadikan Syiah sebagai "rallying point" untuk pengikut beliau dan disinilah Syiah mula menjadi penting di Parsi. Kerajaan Safavid berbeza daripada kerajaan Fatimid di Mesir, yang juga merupakan Syiah, tapi menggunakan ajaran Ismaili. Di Iran, kebanyakannya menganut ajaran Imam 12, atau Twelvers.
Dinasti Zand (1751 - 1794) adalah salah satu dinasti yang pendek di Iran, tapi pemerintah dia sangat terkenal dan disanjung oleh orang Iran. Karim Khan telah mengisytiharkan Shiraz sebagai ibu negara Kerajaan Zand (atau disebut Zandiye oleh orang Iran). Karim Khan dikatakan sebagai raja yang sangat baik, dan sedia mendengar keluhan rakyat. Malangnya, tempoh pemerintahan dia tak lama dan diganti oleh Dinasti Qajar.
Karim Khan Citadel, Shiraz |
Dinasti Qajar (1785 - 1925 AD) diasaskan oleh Agha Mohamad Khan dari puak Qajar. Agha Mohammad Khan merupakan seorang eunuch. Dia pernah ditangkap oleh pemerintah Dinasti Afshar dan kena castrate. Sebab tu la dia ni menyimpan dendam kesumat dan berusaha menjatuhkan kerajaan Afshar dan juga Zandiye. Selepas dia dibunuh, dia digantikan oleh anak buah dia.
Dari segi architecture, Dinasti Qajar telah menyumbang kepada penggunaan mozaik berwarna warni dan telah memperkenalkan warna pink. Masjid atau apa-apa binaan semasa Dinasti Safavid kebanyakannya menggunakan tiles yang berwarna biru dan kuning dalam pelbagai variasi. Binaan semasa Dinasti Qajar lebih berwarna-warni sebab dah campur pelbagai warna baru termasuklah pink. Dinasti Qajar juga memperkenalkan penggunaan "orosi", atau stained glass yang sangat cantik seperti yang dijumpai di Nasir-ul-Mulk Mosque (a.k.a Pink Mosque) di Shiraz.
Kubah biru dan kuning, Masjid Shah, Isfahan - Safavid Architecture |
Orosi glass windows, Pink Mosque, Shiraz - Qajar Architecture |
Dinasti Qajar jatuh selepas Perang Dunia I, disebabkan oleh kudeta yang diketuai oleh Reza Khan pada tahun 1920-an. Dia memerintah sebagai Reza Shah Pahlavi, dan kemudiannya dikalahkan oleh gabungan tentera England dan Soviet, dan dipaksa untuk mewariskan takhta kepada anaknya, Muhammad Reza Pahlavi, yang menerajui kerajaan pro-US dan pro-UK.
Semasa pemerintahan Pahlavi, diorang cuba untuk memodenkan Iran. Nama Parsi ditukar ke Iran semasa pemerintahan diorang (Iran bermaksud Land of Aryan), dan pada masa yang sama dia cuba untuk kurangkan kuasa keluarga elit dengan mengambil tanah milik diorang untuk kegunaan rakyat. Banyak juga lah benda bagus yang dia cuba buat, tapi silapnya Muhammad Reza Pahlavi juga mahu mengurangkan pengaruh Islam. Dia dikatakan menggalakkan rakyat berpakaian Western style, tak pakai tudung, dan mahu menggantikan kalendar hijrah dengan kalendar baru yang menjadikan tarikh kenaikan takhta Cyrus the Great sebagai hari pertama untuk tahun kalendar yang baru.
Akhirnya, pada 1979, berlakukah revolusi yang menjatuhkan Muhammad Reza Pahlavi dan dengan ini berakhirlah sistem monarki di Iran. Ayatollah Khomeini mengambil alih kuasa dan menamakan semula Iran sebagai "Islamic Republic of Iran" dan menjadi Supreme Leader.
As you expect, kerajaan berasaskan Islam memang susah nak diterima oleh US. Lagi-lagilah bila kerajaan ini menggantikan kerajaan yang dahulunya lebih sekular dan pro-US. Semalam saya baca di The Economist, kapal perang US makin menghampiri Persian Gulf, dan diorang bercakap tentang kemungkinan bermulanya perang di antara US dan Iran. Israel pulak memang dah lama berura-ura nak serang Iran. Mana taknya, Iran satu-satunya negara Islam di Middle East yang (mungkin) ada senjata nuklear. Mestilah Israel tak sedap badan kan. =_=
Apa-apa pun, semoga perang dapat dielakkan.
Pilgrimage Site Syiah di Iran
Seperti yang saya sebut tadi, pengaruh Syiah di Iran mula menjadi kuat semasa Dinasti Safavid. Sebelum kedatangan Mongol, of course lah majoriti rakyat merupakan pengikut Sunnah sebab Iran semasa tu dikuasai oleh Kerajaan Umayyah dan Abbasiyah. Selepas datangnya Mongol, pemerintah (yang merupakan puak Sunnah) majoritinya dibunuh. So membuka pintu terhadap kebangkitan Syiah pula.
Iran secara amnya ialah negara dengan pengaruh Islam yang kuat. Tapi tak juga semua tempat pun rakyatnya religious. Di ibu negara, Tehran, korang akan nampak ramai je orang yang pakai baju moden-moden macam kat barat jugak.
Tapi Iran ada beberapa bandar yang extra-religious, dan bandar-bandar ni biasanya mempunyai "shrine" yang didedikasikan untuk tokoh Syiah terkenal. Contohnya Mashhad dan Qom.
Mashhad adalah tempat letaknya makam Imam Reza @ Ali al-Ridha, imam ke-8 diantara Imam 12 yang dipercayai oleh orang Iran. Inilah satu-satunya makam imam 12 yang terdapat di Iran, sebab kebanyakan makam imam lain terletak di Iraq, tempat kelahiran Syiah.
Mengikut kepercayaan Syiah, Ali al-Ridha dibunuh oleh Khalifah Al-Ma'mun dari Kerajaan Abbasiyah atas faktor politik. Khalifah Al-Ma'mun risau dengan kebangkitan Syiah yang mengancam pemerintahan beliau, so Ali al-Ridha dihantar ke Iran dan kemudian kena racun. Semua Imam Syiah adalah keturunan direct Rasulullah s.a.w (melalui cucu baginda Husin), so as you can expect, diorang ni kuat pengaruhnya. Saya tak dapat nak melawat makam Ali al-Ridha, sebab Mashhad ni jauh sangat. Saya cuma melawat makam adik beradik beliau di Shiraz dan Qom.
Di Shiraz, saya melawat Shah E Cheragh Shrine, yang merupakan makam Ahmad dan Muhammad, Ali al-Ridha punya adik beradik. Shah E Cheragh dalam bahasa Parsi bermaksud "King of Light". Diorang melarikan diri ke Shiraz kerana diburu dek Kerajaan Abbasiyah.
Suasana dalam Shah e Cheragh Shrine. Cantik baq hang! |
Di Qom, pula, saya melawat Fatimah Masumeh Shrine, yang merupakah makam Fatimah, juga adik beradik Ali al-Ridha. Fatimah juga dikatakan telah diserang dan diracun oleh pengikut Kerajaan Abbasiyah dalam perjalanan untuk melawat Ali al-Ridha yang dihantar ke Iran. Selepas jatuh sakit, Fatimah meminta supaya beliau dibawa ke Qom, dan meninggal di sana.
Kubah emas, Fatimah Masumeh Shrine, Qom |
Saya melawat ke tempat-tempat ni bukan lah sebab saya ni berfahaman Syiah ye. Please. Cuma, dah memang ada dalam itinerari. Mula-mula dalam hati saya fikir, ish, buat apa pergi ke pilgrimage site orang Syiah. Tapi lepas dah pergi, terasa menarik pulak tempat tu. Orang kat sana pun baik, menyambut kitorang dengan tangan terbuka walaupun kita ni kan berfahaman Sunnah. Di Fatimah Masumeh Shrine contohnya, ada perkhidmatan wheelchair dan penolak wheelchair percuma, ada sekolah, perkhidmatan kaunseling keluarga percuma, dan macam-macam perkhidmatan kebajikan. Dan diorang sangat religious, setiap orang yang nak pergi sana kena pakai "chador", kain yang menutup dari kepala sampai ke kaki. Jubah abaya tak diterima, mesti jugak pakai chador.
Yaayy. Pakai chador (a.k.a cadar) hehe :p |
Di sana, saya suka dengar versi sejarah yang diorang ceritakan. Kisah sejarah sentiasa bias, bergantung kepada pihak mana yang menceritakan sejarah tu. Dan saya rasa memang menarik untuk belajar sejarah tentang Syiah dan keadaan-keadaan yang menyebabkan Islam berpecah. Pada saya, perpecahan ni mostly hanya berpunca daripada politik dan kuasa.
InsyaAllah next entry saya nak tulis panjang lebar pasal sejarah Islam selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, dan kejadian yang dipanggil "The First Fitna".
OK lah, itu saja. Roger and out. Salam Ramadan :)
Disclaimer: Segala maklumat dalam ni hanya berdasarkan ilmu saya yang cetek. Mohon maaf sekiranya ada kesilapan fakta.
No comments:
Post a Comment