Kali ni ke Hong Kong pula. Dah lama terfikir nak pergi sana, mainly sebab nak pergi Disneyland. Tapi rupa-rupanya, lepas pergi sana my favourite part of Hong Kong bukanlah Disneyland. Nak tahu apa? Jeng jeng jeng. Sila baca post ini dan seterusnya :p
|
Itinerari
Trip kali pendek je. 4 hari 3 malam. Pergi Sabtu balik Selasa. Target utama saya ialah Disneyland. Tapi lepas baca macam-macam website, baru tahu rupa-rupanya ada satu lagi theme park terkenal di Hong Kong iaitu Ocean Park. Terasa macam nak pergi pulak. Maka trip kali ni memang fokus pada theme park saja, 2 full day di sana saya spend di theme park. Bukan fokus pada history mahu pun nature.
Day 1
Flight ke Hong Kong 8.40am, sampai sana 12.40pm. Naik Airport express ke Hong Kong city, perjalanan 35 minit je. Laju kan. Kami naik shuttle bus percuma untuk penumpang Airport Express untuk ke area Causeway Bay. Kami check in kat Hong Kong Hostel (atau nama lain dia Hong Kong Inn) di Causeway Bay. Lepas tu makan lunch di Wai Kee, restoran halal yang terletak di pasar area Wan Chai, dalam 700 meter dari hostel.
Petang pergi lepak di Tsim Sha Tsui, jalan-jalan di Avenue of Stars. Jumpa tapak tangan Jet Li, Aaron Kwok dan Jacky Chan. Hehe. Lepas tu naik feri ulang alik dari HK Island ke Kowloon. Malam pukul 8pm tengok Symphony of Lights yang hambar. Serius hambar. Tak payah tengok pun takpe. (Rasa menyesal sebab gigih tunggu. Bagus pergi Victoria Peak terus). Malam tu kami dinner di Hung's Chinese Restaurant, Chungkin Mansion.
'Pegang tangan' Mr Jet Li. My childhood crush. Ahakss :p |
Hong Kong Skyline at night. Pemandangan dari atas feri. Cantik! |
Day 2
Sehari suntuk di Ocean Park (10am - 7pm). Nanti insyaAllah akan ada entry khas pasal ni ye. Lunch di Ocean Cafe, dalam Ocean Park. Dinner kat Islamic Canteen di tingkat 5 Majis Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Center, Wan Chai.
Day 3
Sehari suntuk di Disneyland (10am - 9pm). Lunch di Explorers' Club. Dinner di Tahitian Terrace. Dua-dua restoran ni di Disneyland.
Update 21/7/2019: Entry Disneyland dah siap. Boleh klik sini :)
Day 4
Check out hostel sebelum keluar, dan tinggalkan luggage di hostel. 10am, naik bas no. 15 ke Victoria Peak. Jalan-jalan di puncak, tengok pemandangan. Turun dalam jam 12.30pm.
Pemandangan dari Victoria Peak, mendung =_= |
Pergi ke Ladies Market, Mong Kok. Shopping souvenir: fridge magnet, t-shirt, dan shopping bag.
Lunch di Islamic Canteen lagi (sebab nak makan dim sum). Balik hostel, ambil beg dan terus ke airport menggunakan Airport express. Solat jamak ta'khir di quiet room di HK Airport terminal 2, berhampiran kaunter N. Flight ke KL 6.15pm.
Overall, my favourite park of Hong Kong ialah Ocean Park! Kawan saya pun setuju, Ocean Park lagi best daripada Disneyland. Sangat berbaloi, dan saya rasa wajib pergi ke sana. Malaysia takde theme park macam Ocean Park. Huhu. Kalau korang ada masa terhad sangat-sangat, dan tak sempat pergi mana-mana, saya rasa korang perlu naik ke Victoria Peak, untuk experience pemandangan Hong Kong skyline disamping melihat flora dan fauna. Sebaik-baiknya, cuba untuk stay kat sana dari petang sampai ke malam.
Kos
Flight AirAsia lebih kurang RM612 (return) termasuk beg 20kg kongsi 3 orang. Ni harga tak murah. Tersalah timing beli flight. Haihh.
Accomodation (Hong Kong Inn, book pakai Agoda): RM665.47 untuk triple room, 3 malam. Harga seorang dalam RM222.
Kebanyakan benda saya booking pakai Klook. Convenient. Benda-benda yang saya beli dari Klook:
1) Simcard = RM27
2) Airport express & unlimited MTR travel card = RM87 (diskaun 50%)
3) Tiket masuk Disneyland + meal voucher = RM268.20 + RM66.60 (diskaun 10%)
4) Tiket masuk Ocean Park = RM192.60 (diskaun 10%)
*Kebetulan masa tu tengah Klook birthday sale. Ada extra diskaun 10% dan travel card pulak diskaun 50%. Syukur alhamdulillah.
Travel Pass - airport transfer & unlimited MTR |
Harga bas ke Victoria Peak (one way): HK$10.30 (about RM5.50)
One-way tram ticket: HK$2.60 (about RM1.40)
Kos makan pelbagai, bergantung pada kedai mana korang pergi. Kalau makan nasi itik baru HK$40. Kalau makan dim sum satu set ada 3 tu dalam HK$17. Masa saya makan di Disneyland, satu meal lebih kurang HK$140-150 (set sekali air). Air mineral mahal gila, satu botol dalam HK$8. So, pilih lah accomodation yang ada provide water dispenser supaya korang boleh topup banyak air setiap hari.
Masuk makan, beli souvenir, entrance ticket, transportation, etc2... kos saya di sana tak sampai RM2,000. Nak lagi murah boleh, jangan masuk Disneyland atau Ocean Park. Kat situ je dah save RM500 lebih. Haha.
Makanan Halal
Ni antara persoalan pertama orang muslim bila nak travel. Syukur lah di Hong Kong saaaaangat ramai orang Indonesia dan Pakistan, so makanan halal ada merata-rata. Series, ramai sangat orang Indonesia. Hari Ahad pagi, bertebaran diorang di area Causeway Bay, maybe sebab off day kot. Nisbah Indonesian dengan local dan jadi macam 1:1. Haha!
Saya peminat chinese food. Maka, expectation saya terhadap taraf kesedapan makanan di Hong Kong sangat tinggi. Malangnya... expectation saya tak tercapai. Makanan kantonis ni tak banyak beza pun dengan makanan kat kedai muslim cina di Malaysia ni. Ada kedai kat Malaysia pun lagi sedap. Haha! So, saya rasa maybe tak perlu pun nak food hunt sangat kat sana. Kalau nak jimat kos makan je apa yang ada.
Ini kedai-kedai yang saya ada pergi dan rating yang saya bagi:
1. Wai Kee (4.2/5)
Restoran Wai Kee |
Menu & harga |
Restoran halal yang ada jual nasi itik. Bagi saya, antara banyak-banyak makanan halal di Hong Kong yang saya beli, ni la yang paling memorable. Sedap jugalah. Cuma takde sup, rasa macam tak lengkap. Lol. Tapi jangan ambil portion plate lah, banyak sangat nasi. Ambil bowl pun cukup. Saya sebenarnya teringin sangat-sangat nak makan noodle, niat di hati nak ke sini lagi. Tapi tak sempat pulak. Banyak sangat kedai makan untuk dicuba. Lol.Take note, kedai ni hanya buka dari 11am hingga 6pm ya.
Wai Kee terletak di area Wan Chai, tingkat 2 bangunan pasar. (p/s: kat pasar tu ada jual buah-buah, termasuk ceri! Tapi jangan beli dari stall tepi jalan, sila naik ke tingkat 2, harga lebih murah). Memang nampak semak sikit, nama pun pasar. Nak ke sini sama ada naik MTR dan turun di Causeway Bay (exit A), atau naik tram dan turun di Canal Road West.
Pintu masuk ke area food court di mana terletaknya Wai Kee |
Nasi itik yang terkenal tu <3 |
2. Hung's Chinese Restaurant (3.4/5)
Hung's Chinese Restaurant, Chungkin Mansion |
Saya baca kat mana ntah, owner kedai ni orang cina Malaysia. Tak tahu lah betul ke tak, tapi saya rasa pelayan yang layan kami tu macam faham bahasa melayu je. Kami order nasi goreng seafood, dengan lauk daging black pepper (recommended by the waitress). Macam biasa je lah, okay juga, takde nak kata excellent sangat. Tapi portion besar, boleh kongsi 2 orang. Harga mahal sikit berbanding kedai lain. Yang bagusnya, dia buka sampai 10pm. So lepas tengok Symphony of Lights, jalan-jalan shopping, masih sempat untuk beli makanan di kedai ni.
3. Islamic Canteen (3.7/5)
Menu Islamic Canteen |
Kedai ni bagus, buka sampai malam. Opening hours 10am - 9pm. Saya punya expectation untuk restoran ni sangat tinggi lepas baca bermacam-macam pujian kat internet. Rupanya, takde lah sedap mana pun. OK je lah. Tapi disebabkan layanan staff kat sana yang pada pendapat saya agak rude, maka saya jatuhkan lagi rating kedai ni. Huhu.
Kedai ni ada jual dim sum, tapi hanya available waktu tengahari, sampai 3pm. Tapi kalau korang datang pukul 1pm, ada possibility je dim sum sedap dah habis. Itulah nasib kami ketika di sana. Dim sum ayam udang yang sedap-sedap tu semua dah habis.
Pertama kali makan di sana waktu dinner, kami order nasi putih dengan lauk ayam sweet sour dan stir-fried fish fillet with ginger & spring onion. Ayam sweet sour sedap lah, standard sweet sour. Ikan tu, pada saya terlalu banyak MSG, lepas makan tu memang rasa haus dan lidah saya terasa pedih. Tak mampu pun nak habiskan ikan tu.
Lepas tu saya pergi lagi pada hari terakhir sebab nak makan dim sum. Tapi kecewa, hanya dapat order 2 jenis dim sum (shanghai style chicken dim sum dengan beef dim sum), dan prawn wantan (yang tawar hambar dan tak rasa apa-apa tanpa sos). Selain tu kami order juga nasi goreng dengan ayam dan juga mi sup dengan wantan. Nasi goreng ok lah juga. Tapi mi tu... sup dia tawar tanpa rasa. Diorang letak BANYAK GILA daun coriander/parsley dan itu lah satu-satunya perasa untuk sup tu. Sebagai someone yang benci parsley & coriander, saya rasa nak muntah... tak mampu makan pun. Hehe... over kan. Tapi saya memang tak suka herba dengan rasa yang kuat macam ni.
Anyway, kalau nak ke Islamic Canteen naik tram, sila turun di stesen Tonnochy Road dan ikut step ni:
Step 1. Lintas ke arah kedai Jollibee
Step 3: Naik tangga tu dan korang akan nampak 7-Eleven di seberang jalan. Jalan ke arah 7-Eleven, dan jalan straight.
Step 4: Jalan sampai hujung, dan pusing kiri. Lepas jalan sikit je korang akan nampak bangunan ni. Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Center. Masuk dalam dan naik ke tingkat 5 ya.
By the way, sebenarnya nak ke Wai Kee tak jauh pun dari sini. Dalam 200m kalau tak silap. Cuma, kalau Wai Kee stesen tram yang terdekat menurut pakcik Google ialah Canal Road West. Tapi saya dulu jalan kaki je dari Wai Kee.
4. Cafe Ocean (4/5)
Cafe Ocean, Ocean Park |
Salah satu restoran halal di Ocean Park. Please wait to be served at the entrance, jangan menonong masuk macam kitorang nanti takde orang layan. Lol. Ada view cantik kalau duduk side menghadap laut, tapi memang asyik penuh lah. Harga pun boleh tahan. Hee. Tapi rasa makanan dia okay, sedap jugalah. Saya order nasi dengan udang sweet sour. Kakak saya order nasi goreng dan nephew saya order nasi ayam hainan. Saya rasa udang sweet sour saya paling sedap. Lol. Nasi ayam dia pun okay, tapi nasi goreng tak berapa best. Harga satu meal dalam range HK$120 - 140.
The menu! |
Nasi goreng, nasi ayam dan sweet & sour prawn |
5. Explorers' Club (4/5)
Salah satu restoran halal di Disneyland. Restoran yang crowded gila, tapi pilihan makanan dia menarik. Ada Korean, Japanese, dan South East Asian option. Saya of course lah ambik Japanese option: Salmon bento. Kakak saya ambil nasi goreng (asyik kena ambik nasi goreng atau nasi ayam sebab ada nephew yang memilih makan hehe). Kat sana ada option untuk tambah a bowl of soup with noodle glass pada harga HK$20. Saya pun ambil lah, sebab tengah lapar... takut tak cukup makanan 2 set tu. Rupa-rupanya, tak berbaloi langsung! Sup nya kosong, rasa bland, noodle glass dia ada la beberapa helai. Hehe. Sedih mengenangkan harga dia RM10 lebih.
Salmon bento with nasi kepala Mickey :p |
6. Tahitian Terrace (4/5)
Satu lagi restoran halal di Diseneyland. Makanan kat sini mostly south Asian dan south east Asia style. Ada laksa, nasi lemak dan nasi goreng. Harga overall lagi murah daripada Explorer's Club. Kami dulu try dia punya nasi goreng. Portion besar lah jugak, kongsi bertiga je sebab masih agak kenyang.
Selain daripada kedai-kedai ni, ada banyak lagi kedai halal di Hong Kong.
Contohnya, Ma's Restaurant. Saya baca di internet kat sini ada makanan style Xinjiang selain daripada cantonese food. Antara menu yang orang selalu sebut ialah Beef Ghoulash. Katanya sedap lah. Tapi saya tak sempat singgah sini sebab lokasi memang agak jauh daripada area accomodation yang saya stay dan jauh daripada tourist atrractions.
Satu lagi yang femes di area Causeway Bay ialah Warung Malang, yang jual makanan Indonesia. Kalau korang type "halal restaurant near Causeway Bay" pada Google map, akan keluar banyak kedai-kedai halal yang jual kebab, briyani, Indonesian food, dan fast food macam burger dan fish n chip.
So, jangan risau. Korang takkan kebulur di Hong Kong. :D
Tempat tinggal
Nak stay kat mana? Tsim Sha Tsui (TST)? Causeway Bay? Central? Wan Chai? Mong Kok?
Tsim Sha Tsui
Pros: Accomodation murah banyak, especially di Chungkin Mansion. Di situ pun ada banyak pilihan makanan halal. Dekat dengan Avenue of Stars, Kowloon Mosque. Dekat dengan MTR Tsim Sha Tsui.
Cons: Banyak saya baca kes scammer accomodation di Chungkin Mansion
Causeway Bay
Pros: Banyak hotel mahal, tapi terselit juga accomodation murah macam Hong Kong Inn/Hostel. Kedai makan halal yang femes within walking distance. Dekat dengan MTR Causeway Bay dan beberapa tram station.
Cons: Walaupun kedai makan dekat, masih jugalah kena jalan dalam 15 minit, sedangakan di Chungkin Mansion tu perlu naik lif je. Haha.
Asal-asalnya saya nak stay di Tsim Sha Tsui. Tempat ni ada baaaanyaaak accomodation murah terutamanya di Chungkin Mansion. Di Chungkin Mansion sendiri ada banyak kedai makanan halal. Bestnya. Tapi Allah nak lindungi kami. Hati tak sedap pilih TST. Huhu.
Masa saya di Hong Kong, ada tunjuk perasaan kat area Mong Kok dan Tsim Sha Tsui. Syukurlah masa tu diorang tak libatkan area Causeway Bay. Kadang-kadang bila ada tunjuk perasaan MTR tak kan stop di stesen MTR terdekat dengan area tunjuk perasaan tu. Susah pulak nak balik hotel.
Wan Chai dan Central, saya rasa okay juga. Wan Chai ada beberapa option untuk budget accomodation tapi di Central mostly hotel mahal je ya. Mong Kok saya tak minat sangat, sebab setahu saya ada 1 je restoran halal area sana, tu pun kena naik MTR. So saya takde research area tu.
Hong Kong Inn
Selepas pilih punya pilih, akhirnya saya decide untuk tinggal di Hong Kong Inn, booking pakai Agoda. Sebenarnya Hong Kong Inn dan Hong Kong Hostel ni sama je. Disebabkan kami pergi bertiga, option agak limited sebab nombor ganjil kan. Tak banyak yang sediakan bilik bertiga. Di Hong Kong Inn ni kami diberi bilik yang ada katil double dan single. Betul-betul terletak di tingkat yang sama dengan reception dan dapur hostel, so sangat mudah untuk makan dan berurusan.
Hong Kong Inn terletak di Patterson Building, Blok A, tingkat 3. Tapi menurut review di internet, ada je orang yang dihantar ke bangunan sebelah sebab bilik di Blok A dah penuh. Dari segi saiz, memang kecik. Hartanah di Hong Kong sangat lah mahal, jadi jangan lah berangan nak dapatkan bilik besar walaupun bayar lebih RM200 semalam. Yang penting, lokasi strategik.
Hong Kong Inn ada sediakan air minuman (sejuk dan panas) di dapur diorang. Sangatlah berharga sebab air mineral kat Hong Kong mahal gila. Paling murah saya jumpa HK$7 untuk sebotol 500ml. Di Arena of Stars harga HK$8. Granted, memang saya banyak jalan kat area pelancong je. Tapi takkan lah nak melencong jauh just untuk beli air.... dah la air ni berat. Maka amatlah penting untuk dapatkan accomodation yang ada sediakan free-flow air macam ni.
Kat sini juga ada kitchen, so ada microwave dan fridge. Kalau beli makanan banyak, boleh simpan untuk makan pagi esoknya. Jimat.
Selain tu, tempat ni juga ada sediakan service simpankan luggage. Saya punya flight petang. So saya check out pagi, jalan-jalan, dan balik ke hostel petang untuk ambil beg dan terus ke airport. Overall, saya recommend hostel ni.
Pengangkutan Am
Train di airport. Ada gambar kartun komik Hong Kong <3 |
Public transport kat Hong Kong fantastic sangat. Ada MTR (sejenis train) yang sangat meluas dan laju. Bas banyak. Ada tram lagi (atau juga dikenali sebagai "Ding ding"). Ada Airport Express yang laju, pada harga yang jauh lebih murah daripada kita punya KLIA Express. Feri pun ada.
Semua public transport yang saya sebut ni boleh di access menggunakan Octopus card. Ala-ala macam Touch n go card kita la. Just topup dulu, dan tap je untuk pakai. Minimum topup ialah HK$50. Tapi kalau tak habis boleh dapatkan refund masa pulangkan kad.
Macam mana cara pakai Octopus card masa naik public transport? Cari orange panel untuk sentuh kad korang (alat sensor tu empat segi tepat, warna oren). Masa naik MTR dan feri benda ni akan ada di gate sebelum masuk stesen MTR atau sebelum naik feri. Kalau naik bas korang kena tap semasa naik bas, benda ni ada sebelah driver bas. Kalau naik tram lain sikit, korang kena tap sebelum turun, sebab pintu naik tram di bahagian belakang dan pintu turun di bahagian depan sebelah driver.
Disebabkan Klook ada buat sale, saya ambil travel card dari Klook, yang membolehkan saya pakai untuk return trip airport - Hong Kong city, dan juga unlimited MTR travel selama 72 jam. Just nice untuk trip 4 hari 3 malam. Masa tu harga RM87 je, harga asal RM174. Cuma perlu topup HK$50 supaya boleh pakai untuk bas, tram dan feri. Dengan harga RM87, saya boleh pakai MTR ke mana-mana, dan lepas pulangkan kad ni pada hari terakhir, diorang pulangkan HK$50 (deposit untuk kad) + baki topup kad yang korang tak pakai. So effectively, harga kad tu dalam RM60 lebih je.
Semasa saya di Hong Kong, mostly saya travel pakai MTR je. Untuk senang, boleh pakai apps "MTR Mobile". Apps ni ada map untuk semua MTR stesen, dan kalau korang malas nak fikir untuk naik train mana dan di platform berapa, guna apps ni je (tapi function ni perlukan data internet).
Please take note jugak yang tram hanya ada di bahagian utara pulau Hong Kong. Kowloon takde tram ye. Tram hanya ada satu line, tapi dia bercabang dua di hujung berdekatan dengan Causeway Bay. Pastikan korang tak naik tram yang salah ye (macam kami dulu). Haha.
Tram Line |
Tips-tips lain
1. Transport ke Victoria Peak
Kebanyakan orang lain kalau pergi Hong Kong mesti akan naik tram ke Victoria Peak, dan tiket tram ni ada dijual di Klook dengan sangat laku. Malangnya, masa saya pergi tu, tram tengah under renovation. Huaa. Maka kita naik lah bas.
Ada 2 jenis bas untuk ke Victoria Peak.
i) Bas nombor 15. Harga untuk one-way: Adult: HK$10.30. Child: HK$5.20. Ini bas biasa, banyak berhenti. Perjalanan ambil masa dalam 40 minit kot nak sampai atas. Victoria Peak ialah stesen terakhir. Perlanan bas ni bermula dari stesen bas utama berhampiran MTR Central. Boleh juga naik dari MTR Admiralty. Saya personally dulu naik dari area Wan Chai.
ii) Bas nombor X15. Ini ialah bas khas yang diwujudkan sebab tram tengah under renovation. Harga untuk one-way: Adult: HK$12.40. Child: $6.20. Boleh naik dari area MTR Central atau MTR Admiralty. Keistimewaan bas ni ialah dia akan gerak direct ke Victoria Peak dan tak stop banyak kali, so lagi cepat la. Cuma, pada pengalaman saya masa ke sana dulu, bas nombor 15 lebih frequent daeripada X15.
Bas no. X15 |
Nak senang ambik je bas mana yang muncul dulu. Sebab akhirnya final stop diorang sama je. Dua2 pergi ke MTR Admiralty dan Central. Tapi kalau nak stop area Wan Chai better naik bas no.15. Dalam bas ada satu skrin yang tulis next stop, dan ada announcement juga. No worries.
Dua-dua bas ni jenis double decker, so kalau nak view cantik, duduk lah kat tingkat atas. Nak lagi syok, duduk depan sekali. Tapi kena pastikan korang adalah manusia pertama yang naik bas tu, baru berpeluang. Sebab semua orang pun mesti lah nak duduk depan sekali kan.
Bas ini akan stop di stesen yang sama. Nanti lepas dah turun bas tu, keluar dari bus terminal, pusing kanan, berjalan ke arah naik bukit. Korang akan nampak Peak Terrace 428 yang tinggi tu. Kat situ ada beberapa restoran, termasuklah restoran yang ada nama Gordon Ramsay.
2. Nak buat apa di Victoria Peak
Personally saya tak minat untuk masuk tempat berbayar kalau ada option percuma. Masa saya ke sana, the first thing saya buat ialah masuk ke dalam replika tram hijau yang dah dijadikan macam satu mini tourist information office. Di situ ada staf yang friendly dan korang boleh dapat cadangan aktiviti daripada diorang ni.
Antara cadangan diorang ialah:
i) Berjalan mengelilingi Victoria Peak melalui circle walk trail. Yang ni saya minat. Trail dia teduh dan banyak pokok, so kalau pergi sana masa musim panas pun tak apa. Sambil jalan boleh tengok Victoria Harbour, rama-rama dan bunga. Sangat suka pemandangan ni. Satu side nature, satu side lagi man-made marvel gitu.
Hutan pokok dan hutan konkrit |
Menurut guide tersebut, kita perlukan 50 minit untuk buat satu pusingan. Saya jalan dengan kakak dan nephew saya, dan diorang berhenti tak sampai 1/4 daripada pusingan. Saya teruskan sampai view point je, lepas tu patah balik. Rasa takut juga lah ronda sorang-sorang. Huhu. Takut ada orang jahat. Monyet ke, haiwan pelik2 ke, saya tak nampak la.
Cara nak ke sana ialah: dari stesen bas jalan ke arah Lugard Road sign board. Lepas nampak sign board Lugard Road, korang akan jumpa 2 jalan. 1 jalan besar naik ke atas bukit, dan 1 jalan kecil menuju ke jalan mendatar. Sila ikut jalan mendatar tu. Jalan ke atas bukit menuju ke arah Victoria Peak Garden.
Ikut anak panah merah tu ye (ie: jalan yang pakcik baju merah tu jalan) |
Sila pilih jalan kanan walaupun ada sign no entry |
ii) Victoria Peak Garden. Chinese-style garden yang nampak macam cantik dalam gambar. Saya tak tahu sebab tak pergi. Dah tu... nak pergi pun kena naik bukit. Masa tu dah last day kat Hong Kong, kaki pun dah sakit. Tak larat dah nak jalan naik bukit. Lol.
iii) Sky Terrace 428. Nak masuk kena bayar. Kalau beli peak tram ticket dari Klook biasanya akan bundle dengan harga untuk ke viewpoint dia. Saya tak naik pun dulu... malas (nak bayar).
Sky Terrace 428 |
iv) Madame Tussaud. Ada iklan dekat skrin besar. Tapi menurut iklan tu, kebanyakan patung yang ada ialah artis k-pop yang saya tak minat. Ada juga pelakon Bollywood, tapi saya tak kenal sebab diorang muda-muda. Dan yang saya paling tak tahan, ada patung Modi (PM India). Erm. Bukan peminat. Maka memanglah saya tak masuk. Huhu.
v) Lion Pavilion. Kalau korang memang sangat tak larat jalan, atau just malas (hehe), korang boleh dapatkan gambar pemandangan Victoria Harbour yang decent dari tempat ni. Untuk ke sana, korang jalan ke arah restoran Gordon Ramsay tu, tapi jangan stop. Jalan je straight sampai korang nampak satu binaan Chinese style.
Lion Pavilion, Victoria Peak |
3. Visa
Walaupun Hong Kong ialah sebahagian daripada China, tapi kita tak perlukan visa untuk ke Hong Kong kalau setakat melancong sekejap.
4. Plug elektrik
Negara bekas jajahan British. Maka, plug diorang sama je dengan Malaysia. Tak perlu bawa adaptor.
5. Musim dan Iklim
Hong Kong ialah negara 4 musim sebenarnya. Saya ke sana bulan Julai, maka mestilah musim panas (Hong Kong terletak di hemisfera utara). Suhu panas nya macam Malaysia lah. Tapi kalau setakat panas je tahan lagi, yang sedihnya ada hujan jugak. Hari-hari hujan. Syukur lah tak lebat sangat.
Untuk pengetahuan anda, musim panas juga adalah musim berlakunya taufan. Secara amnya, orang akan avoid bulan Julai dan Ogos. Nak sejuk, pergi bulan Disember, Januari. Sejuk pun takde lah tahap beku, tapi okay la, macam dalam aircond sejuk gitu. Tapi musim sejuk siang pun pendek sikit la.
6. Internet di Hong Kong
Kalau travel sendiri, internet sangat penting. Saya consider beberapa option untuk pastikan ada internet sentiasa: roaming, sim card HK atau beli portable wifi.
Roaming yang murah ialah Digi (prepaid). RM25 untuk 3 hari. Tapi, masa saya nak ke HK saya baru sedar simcard Digi saya dah expired, sebab lama tak topup. Haha. Malas pulak nak beli simcard baru.
Simcard Hong Kong boleh beli kat Klook. Harga RM27 je. Kalau korang ada code, dapat la jimat lagi. Ada option 3G unlimited dan 4G tapi limited data (5GB kalau tak silap). Tapi pakai 4H3M je pun. Cukup sangat data tu. Takkan nak pakai 3G kot. :p
Portable wifi sesuai kalau korang travel dalam 1 group dan takkan berpecah. Tapi harga ikut sewaan hari dan disebabkan kami berdua je, tak untung sangat pun. So kami decide ambik simcard Hong Kong je.
P/s: Kalau pergi ke Ocean Park, ada wifi free sepanjang hari.
7. Disneyland atau Ocean Park?
Kalau korang ada masa untuk pergi ke satu theme park saja, saya punya cadangan ialah untuk ke Ocean Park. Sebab? Lagi banyak variety, ride lagi best dan thrill, ada banyak animal showcase menarik termasuklah pertunjukan dolphin dan harga tiket masuk pun lagi murah. Details akan saya bagi dalam post akan datang insyaAllah.
8. Orang Hong Kong rude?
Ada kawan saya pesan yang orang di HK ni agak rude. Contoh yang dia bagi ialah: bila nak order makanan di kedai makan, diorang tak suka orang yang order lambat dan melambatkan kerja diorang. Nanti diorang akan marah-marah. Kawan saya tu chinese, so dia faham lah kot kan apa yang dimarahi oleh pelayan kedai tu. Dia kata cara cakap diorang tu macam rude sikit, tapi bukan sebab diorang tak suka kita. Just that dekat sana, their life pace is very fast. Setiap benda nak laju.
Saya ada kena macam tu di Islamic Canteen. Laju sangat pelayan tu cakap, tak faham pun apa yang dia nak sampaikan. Rupa-rupanya dia nak kata kedai dia dah nak tutup, so suruh order cepat-cepat. Haha. Memang asyik rushing kita je. Annoyed juga lah. Tapi faham la yang diorang tu nak balik, so kami pun try la untuk makan cepat-cepat. Masa tenghari nak order dimsum pun dia cakap laju-laju, tak faham apa, rupa-rupanya dia nak kata dimsum yang saya order tu dah sold out. Haha. Boleh tak cakap slow-slow sikit, makcik?
Overall, saya tak rasa la diorang ni rude. Cuma diorang ni nak cepat. Semua nak cepat. Lol. Sila jalan cepat-cepat ye. Jangan blok diorang jalan. Kalau naik escalator dan tak nak jalan di escalator, sila stay di belah kanan.
Okay lah. Itu saja setakat ni. InsyaAllah akan sambung dengan entry khas untuk Ocean Park dan Disenyland. Semoga bermanfaat.
Update 21/7/2019: Entry Disneyland dah siap. Boleh klik sini :)
No comments:
Post a Comment