Kali ni nak share sikit pengalaman travel di UK dulu. Walaupun cuma bergelar student, saya dulu banyak melancong. Nak kata kaya tu, memang tak lah. Tapi alhamdulillah, dapat jugak jalan leih 10 negara masa kat sana dulu.
Caranya mudah saja: budget travel.
Gambar utk posing semata2. kih kih :p |
1. Dapatkan flight murah
Rasanya ramai yang dah tahu kan, Tony Fernandez dapat idea budget flight ni dari Eropah. Dulu beliau pun belajar kat UK jugak, so beliau memang familiar dah dengan konsep flight murah kat sana.
Antara yang saya selalu guna dulu:
Antara semua2 tu saya memang paling suka Ryanair lah. Selalu jugak diorang ada promotion. Kadang2 tak de plan pun nak pergi negara tu, tapi sebab ada flight promotion saya pun pergi lah. Haha! Dulu masa 1st year uni, sebelum balik Malaysia cuti musim panas kawan ajak pergi Sweden sebab Ryanair ada ticket murah. Harga GBP 0, tapi lepas masuk tax bagai, ada la dalam GBP30+ kitorang spend utk flight pergi balik dari London. Murah kan?
2. Beli Railpass untuk keretapi
Service keretapi kat kebanyakan negara Eropah yang saya pernah pergi memang tip top. Kalau saya di UK dulu, memang naik keretapi saya punya 1st choice untuk travel, Naik bas untuk ke airport je, sebab malas tukar stesen bawak beg berat. Hehe.
Kalau korang student kat sana, wajiblah korang apply Student Railcard. Dapat diskaun 1/3 untuk tiket. Banyak korang boleh jimat. Contoh, kalau tiket tu harga GBP 18, boleh dapat GBP 12 je. Dalam 30% diskaun.
3. Bawalah student card
Sangat banyak attraction di Eropah yang bagi diskaun pada student. So, jangan lah sekali-kali tinggalkan student card korang. Nanti menyesal tak sudah... Banyak jugak diskaun, ada yang dalam 20% - 50% off.
Cuma.. kebanyakan tempat offer diskaun hanya untuk student dari European Union (EU). Tapi kalau Malaysian yang belajar di universiti di Eropah, pun eligible untuk dapat diskaun, insyaAllah :)
Cuma.. kebanyakan tempat offer diskaun hanya untuk student dari European Union (EU). Tapi kalau Malaysian yang belajar di universiti di Eropah, pun eligible untuk dapat diskaun, insyaAllah :)
4. Untuk bas, naiklah Megabus
Saya dulu tak minat sangat naik bas, tapi kalau tiket train dah mahal, kadang2 saya naik jugak bas. Kalau nak murah, dapatkan tiket Megabus. Harga paling murah, korang boleh dapat GBP 1. Makin ramai orang beli tiket makin mahal lah. Standard lah tu kan. So, kalau korang dah ada plan untuk pergi mana2, bagus lah korang book in advance supaya dapat tiket bas GBP 1. hehe
Satu lagi yang syoknya, korang boleh book tak payah letak nama. Kalau flight, railcard, perlu book ikut nama orang tu terus, jadi tiket tu tak transferable. So, kalau naik Megabus katakan lah korang tak jadi nak pergi jalan, korang bagi jela tiket tu kat orang lain. Kalau dah beli yang GBP 1 tu, biarkan burn pun tak kisah sangat sebab terlalu murah.. haha
5. Jimatkan kos makan
Secara jujurnya, di Eropah sangat2 lah untung kalau korang masak sendiri. Bayangkan ya, dulu masa saya di UK, saya boleh beli ayam sekor yang sederhana saiz dengan harga GBP 2. Beras basmati pulak... GBP 1 atau GBP 2 untuk sekilo beras basmati. Kalau tak nak masak pun, dulu di Iceland (nama kedai jual frozen food di UK) harga frozen pizza GBP 1 jugak.
So dulu, masa saya travel, saya suka jimatkan duit dengan kurangkan makan di luar. Saya cari hostel yang ada dapur, atau pun at least yang ada provide cerek elektrik (supaya boleh masak megi. haahhaa). Ataupun, kalau tak dapat masak pun beli lah roti dan tuna untuk buat sandwich. Hehe.
Cuma, jangan lah terlalu berjimat sampai tak mencuba langsung makanan tempatan. Nanti rugi pulak. Dan korang akan muak pulak makan megi/sandwich hari2. Pandai2 lah korang manage. Mungkin dalam sehari satu kali saja makan di luar, atau sekali dalam dua hari makan lah benda berkhasiat di restoran tempatan.
Kalau di Eropah, memang banyak kedai halal, especially kedai jual kebab. Harga murah, portion pun banyak.
Kalau di Eropah, memang banyak kedai halal, especially kedai jual kebab. Harga murah, portion pun banyak.
6. Duduk di hostel, bukan di hotel
Pernah dengar tak youth hostel? Sila lah google. Jimat sangat2 kalau korang sudi tinggal di hostel. Saya dulu selalunya cari di Hostelworld. Harga boleh dapat RM50 /night. Tapi nak cari tu berhati2 jugak lah.
Kena tengok lokasi, review orang lain, tengok betul2 jenis bilik. Ada bilik yang takde bathroom sendiri, kena share. Ada yang share bathroom laki n perempuan. Ada yang satu bilik dorm campur lelaki n perempuan. So, sila lah baca betul2 sebelum beli. Nak senang, korang travel ramai2 sikit, so nanti boleh conquer satu dorm terus.
Saya dulu pernah duduk dorm campur dengan lelaki di Switzerland. Tak pasal2 kena tidur pakai tudung. Pernah jugak duduk di hoetal yang bathroom campur lelaki & perempuan. Ada yang perempuan saja, tapi orang putih selamba badak jalan telanjang bulat. Culture shock sejekap.. hehe o.O (tapi lama2 dah terbiasa tengok dah =_=;;)
OK tu je kot kali ni. InsyaAllah nanti ada apa2 saya update lagi ye. Till next time! :D
No comments:
Post a Comment