Assalamualaikum &
salam sejahtera
Dah lama tak tulis
pasal Sabah. Baru-baru ni ada pergi Kundasang & Ranau lagi, buat kali ke
berapa ntah. Hehe. Tapi Alhamdulillah, setiap kali pergi area sana mesti dapat
pergi tempat yang baru. Hihi.
Kali ni, saya &
hubby pergi Poring Hot Spring dan air terjun Kipungit.
Air tejun Kipungit |
View atas jambatan otw ke hotsprings area. Rasanya ni Sungai Kipungit. kot. Hehe. |
Poring Hot Spring ni
saya rasa memang dah terkenal dari dulu. Ranau ni memang terletak di area yang tectonic plate dia agak aktif. Sebab tu la ada gunung tinggi, ada gempa bumi, dan juga ada natural hotpsrings.
Poring Hot Springs. Mungkin kat dalam gambar tak nampak tapi sebenarnya air tu berasap o.O |
Orang selalu datang sini ingat hotspring je. Tapi sebenarnya ada banyak benda kat sana korang boleh
buat selain berendam dalam air panas. Contoh:
Ada Canopy Walkway,
taman rama-rama, taman orkid, taman botanikal dan boleh pergi trekking. Da yang
berbayar, ada yang free. Korang boleh tengok harga kat bawah. (price valid as
of 13/9/2015).
Personally, saya tak
minat sangat tengok rama-rama dengan bunga nih. Tapi saya minat trekking. Saya
minat canopy walkway. Tapi canopy walkway saya dah pernah pergi dulu masa
jalan-jalan dengan parents saya. Nak masuk kena bayar RM3 (harga dewasa untuk
warganegara).
Canopy walkway. This was 2++ years ago. Hehe |
Tapi, kali ni saya
pergi trekking. Sebenarnya biasanya orang trekking untuk pergi airterjun
Langanan. Tapi punya la jauh. Dalam 2 jam one way. Tak sanggup nak jalan
jauh-jauh. Dulu kawan saya pergi kena pacat lagi. Hehe.
So, saya pergi air
terjun yang paling dekat je. Air terjun Kipungit. Dalam 20 minit je jalan dari
area hot spring. Tak sempat nak berpeluh pun. (statement bajet) Haha.
Kalau korang takde
guide pun, korang tak payah risau. Ada banyak signboard. Kalau sesat jugak tak
tahulah. Hehe.
Apa yang menariknya,
air terjun ni ada ikan-ikan yang macam dekat fish spa tu. Jenis yang suka
‘bersihkan’ kaki orang. Hehe. Syok betul kasi diorang gigit-gigit kaki. Geli!
Free & natural fish spa at Kipungit Waterfall. Hehe |
Husband saya letak
kaki terus diorang datang. Laku betul kaki dia. Kalau saya letak kaki sebelah
kaki husband saya memang tak laku kaki saya. Untuk sedapkan hati, saya cakap
kaki dia banyak kuman. Sebab tu ikan ni suka. Hehe :p
Apasal ek diorang ni
pandai memilih kaki? Dan diorang suka bahagian tumit yang banyak kematu tu..
hehe. Banyak kulit mati kot?
Niat asal nak pergi
Kampung Luanti untuk pergi natural fish spa kat sana, tapi memandangkan kat air
terjun Kipungit pun dapat, tak jadi lah nak pergi Luanti. Hehe.
Us @ Kipungit Waterfall |
Air dia pulak, jernih
sangat2! Sayangnya masa jalan kat sana saya tak salin baju pulak. Wuuu. Malas
nak basahkan seluar jeans ni. Maka rendam kaki & berpicnic je la. Wuuu.
Saya ada bawak banyak
makanan. Hihi. So kitorang dapat lah berpicnic kat atas batu tepi sungai. Masa
mula-mula tu, kitorang je yang ada kat sana. Tapi dalam pukul 11am ramai pulak
orang datang. Terus kitorang blah. Takde privacy dah.
Kalau korang rajin,
boleh la teruskan perjalanan, ada Gua Kelawar jugak, dalam 300m lagi. Tapi
husband saya ni malas betul. So kitorang pun patah balik & sambung lepak
kat hot spring.
Kat sana ada open
bath, ada yg closed bath. Yang bertutup tu kena bayar lah. Saya berendam dekat
luar je, sebab nak free. Hehe. Tapi kena tunggu lama sikit la untuk air tu
penuh dalam tub. Waaaa.
Kalau nak, boleh jugak
pergi slide pool. Tak tahu lah syok ke tak, tapi kalau dah kena bayar tu,
mungkin la lebih best kan?
Kalau taknak air panas ada jugak air sejuk. Boleh pergi Rock Pool. Ada dua kolam, satu dalam, satu cetek je untuk budak-budak.
Rock Pool |
Dekat area kampung Poring, korang boleh cari bunga Rafflesia. Ada orang pernah bagitahu saya Rafflesia ni sebenarnya lebih mudah cari di kawasan yang tak berapa sejuk. So, kalau korang pergi Poring, watch out dengan kain rentang yang buat iklan untuk tengok Rafflesia.
Biasanya korang boleh nampak kain rentang ni dekat tepi jalan je. Kain rentang jenis yang buatan sendiri je, bukan banner cantik bagai. Bunga Rafflesia biasanya ada di kawasan rumah orang kampung, so sila la jalan ke dalam sikit. Bersedia untuk pijak tanah berlecak, hehe.
Bunga Rafflesia ni bunga liar sebenarnya, bukan lah diorang tanam. Bunga ni memang akan tumbuh atas tanah, sebenarnya diorang ni sejenis tumbuhan parasit. Bunga ni ambil masa berbulan-bulan nak berkembang, tapi lepas berkembang tahan beberapa hari je, tak sampai seminggu.
Rafflesia. A few days old. Dah nak layu dah... |
Biasanya nak tengok dekat kampung ni memang kena bayar. Dalam RM5 - RM10 kalau tak silap. Sebenarnya takde la worth it sangat pun. Tapi niat je la dalam hati untuk tolong orang2 kampung dapat pendapatan sampingan. Hihi.
OK tu je dulu kali ni.
Lain kali sambung lagi insyaAllah. Bye!
No comments:
Post a Comment