Sunday, 27 September 2015

Pengalaman posting Sabah: Part 2. Pros & Cons

Assalamualaikum & Salam sejahtera!

OK, sambung balik ceritakan pengalaman posting Sabah.

Jangan risau kalau dapat Sabah. Jangan panik, rilek dulu bah. Setiap tempat posting tu mesti ada pros & cons tersendiri kann. ;)

Pro no 1: seafood galore!



Kat bawah ni saya akan senaraikan prs & cons/nasihat/tips tentang Sabah. Ni semua pendapat saya sendiri ye. Tak semestinya tepat dan sesuai untuk semua... hehe.

Sabah: The Pros


1. Sabah mempunyai coastline terpanjang di Malaysia.


Saya memang suka laut. Tak tahu la kenapa suka, tapi memang sangat suka. Saya suka duduk tepi pantai, suka tengok air laut biru. Saya rasa tenang je tengok laut. Saya memang jarang la mabuk laut, so saya pun suka naik bot jugak... Suka duduk di bahagian depan bot dan terasa angin kat muka. Hihi.

Saya pun berpeluang belajar diving kat Sabah lah. Kota Kinabalu ada banyak betul company yang offer diving lesson. So boleh dapat pada harga yang lebih murah berbanding dengan semenanjung. Dan dijadikan cerita, saya jumpa pulak husband saya masa tengah ambil lesen diving. Kira memang jodoh saya kat sini lah kot ^^;;

Pulau kat sini memang banyak yang cantik2. Antara tempat diving paling cantik di dunia pun ada di Sabah (Pulau Sipadan). Pantai pasir putih belambak2. :)

Kalau dah banyak laut tu, mesti lah seafood pun banyak. So, boleh kata sejak saya datang Sabah ni, memang puas hati lah saya makan seafood. Benda2 yang saya tak pernah terfikir dapat makan sebab kalau kat KL harga super mahal (eg: lobster, abalone, siput laut yg  jenis besar2 tu, sea urchin, giant clam), akhirnya dapat jugak saya cuba. :D

2. Elaun kerajaan menjadikan korang terasa kaya sikit kat Sabah/Sarawak


Hehe. Ni pun antara faktor yang penting kan untuk orang terima Sabah. Elaun yang korang boleh dapat:


  • Bayaran Insentif Wilayah: actually mende ni ganti Elaun Sara Hidup. Tapi rate dia lebih tinggi, ikut peratus gaji pokok. Macam saya sekarang saya dapat 17.5% daripada gaji pokok. So korang untung lebih la :)
  • Elaun Perumahan Wilayah: mende ni pulak ganti Imbuhan Tetap Perumahan. Tapi rate dia pun lebih tinggi. Macam saya, gred U41, dapat RM830. Tapi kalau kerja di Kota Kinabalu atau Sandakan, dapat rate yang lebih tinggi. So saya kira rugi sikit la ^^;;
  • Elaun Gangguan: elaun ni dapat sekali saja, dibayar berdasarkan gaji hakiki. Tapi macam saya dulu, saya dapat separuh dulu masa saya baru sampai, dan akan dapat lagi separuh lepas saya dah dapat posting ke wilayah asal balik.
  • Tambang Mengunjungi Wilayah Asal: setiap tahun korang akan dapat flight ticket untuk balik ke wilayah asal. Government akan sponsor jugak untuk husband/wife dan anak2
  • Tambang Ehsan: ini tambang untuk balik wilayah asal in case kalau ada saudara terdekat meninggal/sakit tenat. Saudara terdekat tu macam ibu/bapa/dan mertua. Nenek tak dapat... T_T
  • Tambang mengiringi jenazah: untuk keluarga korang, in case kalau korang meninggal kat sini ^^;;
So lepas kira-kira, untuk pekerjaan dan gred yang sama, gaji saya labih kurang RM1000 lebih tinggi dari kawan di semenanjung. Hihi. Tapi korang kena tahu ya, maksud wilayah asal merujuk kepada wilayah asal mak atau ayah korang. 

So, macam kawan saya ni, mak ayah orang semenanjung lah. Tapi dah bertahun2 kerja di Sabah. Kawan saya pun lahir di Sabah. Tapi, dia pun layak jugak dapat elaun2 ni semua. Sebab wilayah asal dia dikira semenanjung, ikut tempat asal parents.

Ada kawan saya ni pulak... ayah dia asal Indonesia. Mak dia asal Sarawak. Dia lahir di KL dan membesar di KL. So, dia macam ada isu sikit pasal elaun ni. Last2 saya pun tak sure dia setelkan macam mana... huhu.

3. Banyak tempat pelancongan


Pulau Sapi, Kota Kinabalu

Korang bayangkan la. Naik bot 15 minit je korang dah boleh tengok view macam ni dari Kota Kinabalu. So, kalau korang nak larikan diri dari hiruk pikuk kota, korang tak perlu pergi jauh. Dulu kat KL nak pergi pantai Bagan Lalang pun jenuh nak menempuh jam...

Tak suka pantai sebab panas dan taknak sunburn? Sila lah pergi ke Kundasang. Dalam 1.5 jam je driving dari Kota Kinabalu. 

My pikachu @ Desa Dairy Farm, Kundasang. Nmpk mcm kat New Zealand pun ada :p
Tak cukup thrill? Nak adrenaline rush? Haa.. pergi lah masuk hutan nun. Rafting kat Sungai Padas pun syok...

Local train from Beaufort to Padas
Kat mana lagi korang nak dapat pengalaman naik ATAS keretapi kalau kat semenanjung? Biasa nampak mende ni dalam movie Hindustan je. Hehe.

4. Orang Sabah generally sangat baik


Diorang berbilang bangsa tapi tak racist. Dan secara amnya diorang memang sangat baik. Banyak kali la orang sini tolong saya masa mula2 datang sini. Tapi korang kena ingat jugak la, orang jahat ada di mana2. So jangan la terlebih percaya sampai jadi mangsa pulak.. Huhu.

Saya suka juga tengok sikap toleransi orang Islam dan Kristian kat sini, mainly di kalangan orang Dusun lah. Orang Dusun kebanyakannya Kristian, tapi sangat2 ramai juga yang beragama Islam. Kalau yang Kristian tu, sangat peka dengan keperluan yang Islam.

Contoh. Saya ada jumpa sorang makcik ni, dia Kristian. Anak dia kahwin dengan muslim, so cucu dia Islam jugak. Cucu dia tinggal dengan dia, umur dalam belasan tahun, tengah sekolah menengah (Parents budak tu macam dah takde/kerja tempat lain). Masa bulan puasa, makcik ni akan sediakan sahur untuk cucu dia, dan siap makan sama2 lagi dengan cucu dia awal2 pagi tu.

Kat Sabah takde isu gereja tak boleh dibina di tempat orang Islam ke, isu bergaduh Islam-Kristian ke, isu perkauman ke, etc etc. Benda2 merepek macam ni tak wujud kat Sabah. Huhuu... 

5. Peluang untuk luaskan pengalaman dan lapangkan minda


Pada saya lah, tinggal di Sabah selama dekat 3 tahun ni telah membuka mata saya. Betapa bezanya hidup kita. Kadang2 kesian jugak, mengenangkan kebanyakan hasil duit dari petroleum Sabah/Sarawak ni akhirnya pergi ke semenanjung.

Tahap pembangunan di sini lain boleh kata macam ketinggalam 5-10 tahun dari semenanjung, especially kalau compare dengan bahagian pantai barat semenanjung lah. Kat sini jalan penuh dengan traffic light, simpang, dan roundabout yang menyebabkan traffic jam. Flyover setahu saya ada 2 je kat KK ni. Haha.

Tahap kemiskinan kat Sabah kalau tak silap adalah yang tertinggi di Malaysia. Salahnya, daripada pemimpin yang korup jugak. Mungkin juga daripada mentaliti sesetengah orang yang belum matang, dan tak mahu berusaha untuk tinggalkan comfort zone untuk cari kehidupan baru. Dan juga masalah dari segi bentuk muka bumi yang banyak kawasan terpencil dan susah untuk dimajukan.

Sabah negeri yang ke 2 terbesar di Malaysia. Memang banyak jugak orang Islam kat sini. Tapi, pungutan zakat memang sangat sikit kalau nak dibandingkan dengan Selangor. Sabah juga antara negeri yang paling cepat perkembangan Islam (ie: ramai muallaf).

So, saya suka galakkan orang untuk bayar zakat pada Pusat Zakat Sabah. Walaupun korang tinggal kat semenanjung, actually boleh untuk berzakat kat sini. Serius, di sini sangat2 ramai orang yang perlukan bantuan. Nak kasi zakat pun senang, pakai online je, maybank2u pun boleh. Korang pilih je la untuk bayar pada Pusat Zakat Sabah :)

Sejak datang sini juga, saya dapat peluang lawat kampung2 pedalaman melalui program Medical Camp... Sambil buat pameran Kenali Ubat Anda. Hehe. Boleh tengok la kehidupan orang kampung sini. 

Medical Camp @ Kg Baru-Baru, section farmasi. Belakang tu tengah kasi baju kat orang kampung

Lepas Medical Camp di Kg Baru-Baru, kami dipelawa makan ketam fresh! Banyak gile. Sedap pulak tuh. Syok betul. Hehe. 

Saya rasa patient kat Sabah ni bagus2. Dulu di HKL pernah sekali je ada patient di wad kasi saya coklat. Tp banyak kali pernah kena maki hamun dengan patient yang bengong sebab tak faham sistem. Di Sabah ni banyak kali dapat buah-buahan dari patient. Pernah jugak saya dapat telur ayam kampung dan belacan buatan sendiri. Hehe. Jangan harap lah korang dapat belacan dari patient kat HKL tuu.

The Cons

Hehe ni saya malas cakap banyak lah. 

First of all, jauh dari family. 


Kadang2 tu memang datang jugak rasa homesick. Especially time tengah gaduh dengan husband. Kui kui. Rasa macam nak balik KL sangat2 :p Baru2 ni, nenek saya meninggal dunia. Tapi, government tak support duit flight untuk nenek meninggal. Pakai je la duit sendiri. Kalau flight AirAsia last minit nak balik KL, dalam RM 600-700 jugak la harganya untuk pergi balik. Kalau tengah peak season, habis la dekat RM1k melayang...

Secondly, perbezaan culture. 


Aaa... yang ni mungkin ada yang tak kisah pun. Bahasa ada lain sikit. Sini memang banyak kaum jugak, so korang kena tahu lah culture diorang macam mana. Ada benda yang korang kena hati2 supaya tak tersinggungkan orang lain. 

Contoh la kan... saya perhatikan ada sesetengah orang sini sangat percayakan kepercayaan nenek moyang turun temurun. Macam kisah pelancong bogel di Gunung Kinabalu tu. Gunung Kinabalu dianggap tempat yang suci oleh orang Dusun. Nak baca kisah panjang lebar, boleh la baca post saya yang dulu pasal gempa bumi di Ranau Jun lalu. 

Satu lagi, masih ramai yang amalkan ilmu2 pelik dan percayakan bomoh. Hihi. Saya sebagai orang Islam memang tolak habis2 benda macam ni. Saya ingat lagi, dulu2 sebelum saya datang sini ada orang pesan, kat Sabah ni kena hati2. Jangan terlalu jahat, jangan terlalu baik jugak, takut ada yang meluat dan kena buatan orang. Gitu... 

Yang kelakar tu, ada sekali ni, saya tanya patient warfarin saya, kenapa muka dia ada lebam. Dia cakap kat saya, itu orang halus yang buat, kena masa dia pergi ke sungai. Atukoii ^^;; Ramai jugak yang masih degil mahu jugak minum ubat herba apa ntah yang bomoh kasi walaupun makan warfarin. Balik2 INR naik turun. Haihh...

Yang ketiga. Susah nak beli rumah atau tanah kat sini. 


Setahu saya, kalau korang nak beli rumah, walaupun korang ni berbangsa Melayu, korang kena beli yang non-bumi lot. Nak beli tanah pun susah, sebab tak semua jenis tanah korang boleh beli. 

Yang keempat.  Sentimen yang tak syiok.


Ermm... ni isu sensitif sikit. Saya perasan di Sabah ada sedikit sentimen anti-semenanjung. Tak semua lah yang ada perasaan macam ni. Tapi memang wujud lah. Mainly sebab orang semenanjung banyak eksploit hasil bumi Sabah sedangkan penduduk sini terkapai2. 

Yang kelima. Masalah pendatang tanpa izin yang berleluasa. 


Kat sini diorang dipanggil PTI. Kebanyakan yang saya jumpa orang Suluk. Bukan semua PTI tak bagus. Ada je yang baik2 dan datang sini nak cari rezeki yang halal.

Masalahnya wujud juga lah orang2 yang berfikiran macam 'Sultan Sulu' Jamalul Kiram. Ada orang Suluk yang rasa Sabah ni diorang yang punya. Adoii la. Seperti yang korang tahu, banyak dah berlaku masalah kidnapping di pantai timur Sabah. Menyampah betul...  

Kat area Tawau, Semporna memang banyak orang Suluk dari Philippines. Actually nenek moyang husband saya pun orang Philippines la, tapi dah lama menetap di Sabah, sejak sebelum zaman merdeka lagi. Tapi dia bukan bangsa Suluk, dia bangsa Ubian + Bugis. Erm, nenek dia ada tanah kat Pulau Mataking, sebab dulu2 nenek moyang diorang tinggal kat sana. Cool rite? Hehe.

Anyway, back to the story. Masalah penculikan ni memang troublesome. Sampai sekarang pun masih ada tempat yang dikenakan perintah berkurung. So, kalau korang dapat posting tempat2 macam tu... kesian juga lah...

Conclusion

Setiap tempat tu ada kelebihan dan kekurangan masing2. Bagi saya, setiap tempat tu akan mengajar kita ilmu dan pengalaman baru. 

Dulu, masa saya pindah ke Pulau Pinang, saya dikelilingi oleh orang Cina yang tahap English diorang sangat superb. Dari sana lah English saya improve banyak sehingga saya balik2 dapat anugerah best student untuk subjek English masa sekolah menengah, lepas balik ke KL. Bukan nak berlagak, just nak bagitahu pengalaman.

After rain. there's a rainbow.
"Verily, with the hardship, there is ease" Surah Al-insyirah ayat 5&6


Sabah pun banyak mengajar saya pengalaman baru. Kalau korang tanya, saya menyesal tak pilih Sabah, memang saya tak menyesal pun. Banyak yang saya belajar kat sini. Tapi camna pun mestilah saya rindukan rumah jugak. Hehe.

"The world is a book, and those who do not travel only read one page."

Kepada orang KL/Lembah Klang yang lahir di sana, membesar di sana, dan bekerja di sana... marilah menimba pengalaman di tempat orang. Then barulah korang akan dapat luaskan penagalaman dan lapangkan minda. :)



14 comments:

  1. Tq izzati.. rasa lega sikit bila baca posting awak.. kemungkinan en suami saya kena tukar ke KK. Tapi circular tak keluar lagi..kut2 la ada berlaku keajaiban ke..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi :) Hehe doakan je yang terbaik. Kadang2 kita pun susah nak agak mana sebenarnya tempat yang sesuai untuk kita. So rather than doa untuk dapat spesifik tempat mana2, doakan je supaya dapat tempat yang terbaik. (an advice that I need to follow myself) Hihi ^^;;

      Delete
  2. izzati, saya telah pernah rasa duduk di Sabah selama 2 tahun (2013-2015)..betul yg u ckp mmg ada homesick dok jauh dr family. Tp saya pun suka sabah. Skrg tgh dilema nk kembali bertugas atau tidak ke Kota Kinabalu sabah alasan mengikut suami sbb sekarang sy posting di putrajaya. Apa komen u?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi maaf saya baru terperasan ada komen di sini. Erm, susah nak cakap, sbb masing2 lain situasi. Tapi kalau saya, tak mahu berjauhan jugak dengan suami ^^;; Tapi u mcm baru sangat balik kan, kalau nak mintak sana balik takut nanti in the future problem lg. Huhu. Hmm tapi, kalau family sihat semua, mungkin saya akan lebih inclined untuk ke Sabah... Apa2 pun, banyakkan istikharah, doakan dapat yg terbaik. Sbb kadang2 kita tak tahu apa yg baik untuk kita.. ^^

      Delete
  3. Mari Bercuti Ke Sabah.... 2017

    Assalamualaikum Tuan Puan...
    Bercuti la ke Sabah....!!
    Kami bersedia mempermudahkan segala urusan percutian anda di sini...

    Antara Kelebihan kami:

    Kereta sewa pandu yang murah, baru dan berkeadaan baik..
    a) Nissan Urvan RM230 sehari
    b) Toyota Innova RM200 sehari
    c) Toyota Avanza RM160
    d) Nissan Grand Livina RM170
    e) Proton Exora RM150
    f) Produa Alza RM140
    g) Toyota Vios RM160
    h) Proton Saga Flx RM120
    i) Produa Myvi RM120
    j) Produa Viva RM100
    k) Proton Waja RM120
    l) Proton Preve RM150
    m) Viva 660 RM70

    * Harga di atas adalah minimum sewa
    untuk 3 hari ke atas...
    * Penghantaran kereta percuma ke
    Airport dan tempat penginapan.
    * Harga leb8h rendah utk sewa secara.
    kontrak bulanan


    Antara kelebihan yang anda dapat apabila memilih kereta sewa kami adalah :

    1. Pilihan Homestay dan Hotel dengan harga
    istimewa daripada kami bermula harga
    RM68 dan ke atas di Kota Kinabalu dan
    kundasang...

    2. Homestay Condominium Marina Court di pusat bandar Kota Kinabalu hanya pada harga Rm250 semalam!!!

    3. Pemandu Pelancong..
    Sekiranya anda ingin perlukan pemandu sepanjang percutian kami menyediakan pemandu berpengalaman dan mahir dengan tempat2 percutian menarik di Sabah... upah bagi pemandu kami adalah RM100 untuk 12 jam sehari...

    4. Harga istimewa ke Pulau Manukan , Sapi atau Memutik..
    Sekiranya anda memilih perkhidmatan kami, kami akan memberikan anda harga istimewa RM20.00 sahaja seorang utk tambang bot dan Percuma SET SNORKLING & life jacket ( harga utk 1 pulau sahaja).. harga tak termasuk jetty fee, island fee...

    5. Harga istimewa untuk melihat Proboscis Monkey dan Fireflies... Klias Beaufort..
    Harga RM45.00 adalah termasuk tambang menaiki bot, Hi Tea dan Makan malam...

    Hubungi kami
    0163751978
    Boleh Call atau Whatsapp


    ReplyDelete
  4. D sabah memang byk pendatang, trutama dari indonesia dan philipine.... Bangsa bugis dan suluk laa. Bugis banyak d tawau. Tu laa saya mau pindah kk. Mau tukar bahasa percakapan bah. Hihihi

    ReplyDelete
  5. Hello sis, nak tanya tentang proses tinggal kat Sabah? Sebab kawan dari semenanjung nak tinggal kat Sabah so proses dia macam mana? Nak working permit ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ada permit untuk stay lama di Sabah, boleh dapatkan cop di imigresen.

      Delete
  6. Salam Kak nk tanya, kalau camne respon akak yakin kan family utk kerja jauh dkt sabah, mesti banyak tentang kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam wbt. Parents saya tak happy mula2 tu, tapi diorang benarkan je. Lagipun saya dah biasa berdikari sebab belajar pun jauh kat UK. Kalau dah dapat offer kerja kat sana nak buat macam mana kan. Saya yang menurut perintah. Haha

      Delete
  7. Salam kak, sy dapat kol dari KKM dpt posting di sabah bulan 12 ni, sy masih berberat hati susulan kes covid semakin meninggkat naik, tapi sy jg tidak terkesan dn sahut cabaran menjawat jawatan KKM ni, tapi saya ingin minta sedikit pengalaman kak dari segi persediaan kewangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam wbt dik. Waktu saya dulu, memang banyak juga kena keluar belanja sendiri. Saya pergi bulan 12, tiket flight sangat mahal, sebab tak jauh dari Krismas, one-way flight RM900+ masa tu. Nak hantar kereta ke Sabah pun pakai duit sendiri, RM1000+. Sebab kami dulu tak diberitahu dapat kawasan mana, nak cari rumah pun tak dapat, so kena duduk hotel beberapa hari, melayang lagi beratus2. Masuk rumah sewa perlu bayar deposit dan beli peralatan baru, pun belanja ribu2. Kereta pun sampai lambat, dekat seminggu saya sewa kereta. Memang susah juga masa mula-mula tu. Tapi banyak juga yang kita boleh claim balik (eg: flight, transport ke tempat kerja untuk lapor diri, hotel untuk 3 hari kalau tak silap). Kalau ada kawan kat sana, cuba tanya kalau diorang boleh tumpangkan dulu ke, nanti ringan sikit beban kewangan. Dapat posting area mana?

      Delete
    2. Salam,
      Saya baru dapat tahu posting ke hospital labuan. Awak tahu tak dekat sana ada kuaters ke atau memang kita kena cari rumah sewa. Lagi 1 saya kan baru dapat kerja kerajaan ni, kos flight transport dan bawa kereta boleh claim ke? Risaunya Ya Allah dengan ada baby 3 bulan lagi. Minta pendapat penulis

      Delete
    3. Wsalam wbt. Sorry tak pasti la pulak ada kuaters ke tak. Ada org kata kalau first time masuk kerja tak boleh claim kos perpindahan... Tapi saya pun tak pasti 100% sebab saya dulu arahan pertukaran, so memang dapat claim.. Soalan tu perlu tanya kepada orang yang kerja di bahagian sumber atau kewangan kot.. Sori ya ^^;;

      Delete