Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Percaya tak kalau saya kata saya belum pernah pergi Tioman? Saya dah diving lama, dari tahun 2013. Memang orang tahu saya ni hantu pulau. Tapi bila saya kata tak pernah pergi Tioman, diorang terkejut. Hahahaha.
Pulau Tioman yang damai |
Tioman, pulau pelancongan terkenal yang terletak di perairan laut Pahang, berhampiran dengan sempadan Johor. Pulau Tioman besar, merupakan pulau bebas cukai, dengan perkampungan yang dah established. So, dekat sini ada elektrik 24 jam. Haa. Awesome kan. Selalunya pulau yang saya pergi ni elektrik pakai generator sendiri, kadang-kadang air tawar pun tak ada. So dekat Tioman ni kira mewah la. Heheh.
Mungkin sebab tu saya rasa Tioman ni mungkin tak lawa sangat kot. Ada banyak kampung. Manusia dah duduk situ lama, so saya ada persepsi mesti laut dia dah tak pristine.
Eh tapi tak la. Dive site yang saya pergi cantikkk. Tak ada masalah coral bleaching pun. Ikan pun belambak. Bak kata diorang, rasa nak tepis-tepis je ikan tu sebab banyak sangat, kacau orang nak bergambar. Lol.
Bagaimana nak ke Tioman?
Tioman ni banyak kampung. So ramai sikit la orang ulang-alik dari pulau ke darat. Korang boleh pakai feri je. Speedboat pun ada, tapi tak tahu berapa harganya. Masalahnya feri Tioman ni tak reliable. Macam-macam cerita dah saya dengar. Sekali kena kat diri sendiri, rasa cam nak mengamuk.
Kalau nak ke sana, korang boleh naik feri dari jeti di Mersing ataupun Tanjung Gemok. Setahu saya ada dua company: Bluewater dan Cataferry. Saya pilih Bluewater sebab murah. RM35 one way. Cataferry masa saya tengok tu harga dia pelbagai. Feri weekdays ada promo RM5 je. Kalau weekend yang peak tu sampai RM90 one way (saya pergi weekend merdeka).
Website Bluewater ferry |
Dari segi timing, ada banyak jugak actually. Normally ada 3 feri sehari kalau weekend, tapi masa weekend merdeka tu ada lagi banyak sebab banyak permintaan. Tapi jadual feri yang banyak-banyak ni tak muncul pulak dekat website. Maybe kena call direct kot? Kalau weekdays, saya tengok ada 1 feri je sehari dalam website. Kalau Cataferry tu ada hari yang tak ada feri. Tapi saya rasa sebenarnya ada, maybe kena call company direct untuk confirmkan.
Apa masalahnya dengan feri Tioman? Ada orang pernah cerita kat saya, feri diorang delay sampai 3 jam. Kena duduk macam tunggul kat jeti. Pastu jadi macam tu beberapa kali sampai dia rasa taknak pergi Tioman dah. Huhu.
Katanya feri ni nak gerak kena ikut air pasang surut. Kalau air surut, tak boleh la naik feri. So bukan salah syarikat feri tu. Begitulah kisah yang diberikan sebagai penerangan.
Dalam kes saya dulu, saya ambil feri 6am dari Mersing. Saya nak kena masuk pulau awal sebab Freediving course nak start pagi tu la sepatutnya. Ikut peraturan, 1 jam sebelum feri gerak dah nak kena pergi ke kaunter tiket di Mersing Harbour Center. So dengan gigihnya kami bangun pukul 4.30am, bersiap-siap dan check out hotel pukul 5am.
Bila sampai kat kaunter tiket, diorang bagitau feri kitorang nak naik tu rosak. Hahahah. Kena naik feri seterusnya pukul 9am. Panik kejap. Lepas bincang-bincang, kami decide nak beli tiket baru dengan Cataferry sebab diorang ada feri pukul 7am.
Tapi staf Bluewater tu tak bagi refund! Bila fikir balik rasa marah gila, tapi masa tu baru bangun tidur, tak teringat nak marah. Hehe. So saya bagitau la saya kena masuk pulau awal jugak, ada course start pagi tu. Pastu diorang bagi option untuk naik dari Tg Gemok, pukul 7am. Drive dari Mersing ke Tg Gemok dalam 30 minit, so kami pun ambil je la option tu. Untuk feri balik dari Tioman, diorang tukarkan feri lain yang sampai ke Tg Gemok jugak.
Tapi dari segi undang-undang, boleh ke dia refuse untuk bagi refund sedangkan dia yang salah? Hmm.
Anyway, kami pun drive ke Tg Gemok dan sampai dalam 6.15am. Parking kat area jeti dalam pagar RM12 sehari, kalau parking kat luar RM10 sehari. Feri on time. Dalam 6.40am camtu dah boleh start naik feri. Untuk perjalanan Tg Gemok ke Tioman, diorang ada bagi tiket dengan fixed seating siap-siap. Sila ambil boarding pass dan juga beli Marine park fee RM5 (rate untuk warganegara Malaysia) sebelum naik feri. Area jeti tu ada toilet yang bersih dan juga surau. So no worries, kalau feri awal pagi pun dapat solat dulu kat jeti Tg Gemok.
Matahari terbit di jeti Tg Gemok |
Tioman ada banyak kampung. So pastikan masa beli tiket feri tu korang dah tahu siap-siap korang akan ke kampung mana satu. Dari jeti nak ke Tioman area tu dalam 2 jam je actually. Tapi, disebabkan feri kena berhenti dekat kampung-kampung ni satu per satu, boleh jadi nanti perjalanan korang ambil masa dalam 2.5-3 jam kalau stop korang hujung-hujung sangat. Sama jugak bila nak balik ke mainland. Diorang akan stop satu-satu kampung, so walaupun feri korang katanya pukul 8am, maybe 8.30am baru feri tu sampai kat jeti korang.
Feri dari Tioman ke Kg Gemok tak ada fixed seating. Duduk la mana korang nak. So siapa yang datang dari stop mula-mula tu untung la sikit, dapat cop tempat duduk yang best. Hahah.
Kampung Tekek
Saya dulu tinggal di Kg Tekek. Cara sebut "Te" macam "e" macam emak. Bagi saya tempat ni memang okay. Ada jeti yang proper, ada klinik kesihatan, ada bangunan pejabat kerajaan, airport Berjaya, banyak kedai makan dan pentas yang orang boleh buat event.
Pemandangan dari jeti Kg Tekek |
Saya tinggal di Blue Bubbles Scuba, sebab instructor saya recommend duduk kat situ, dekat dengan tempat kitorang nak freedive nanti. Dari segi harga, saya bayar camni:
- Pakej katil + makan 3 kali sehari: RM95/night
- Kalau tempat tinggal sahaja: RM50/night
- Boat dive: RM90/dive
- Shore dive: RM50/dive
- Equipment rental: RM60/day
- Pickup pergi balik ke jeti: RM10
Dive Site
![]() |
Wreck, flag, diver and fish |
Underwater treadmill |
Apa nak buat kat darat?
Pusat Taman Laut Tioman |
View dari tingkat 2 |
Laluan ke kampung sebelah |
Sunset Corner |
Family cafe |
Selain tu, jangan lupa tengok sunset! Sunset kat Tioman awal sikit tau, sebab belah timur. Masa saya kat sana dulu, kebetulan tengah full moon juga. Disebabkan Kg Tekek menghadap barat, saya dapat tengok matahari terbenam & bulan terbenam masa waktu subuh. Subhanallah cantik sangat!
Sunset Merdeka day di Tioman |
Bulan terbenam (guna GoPro Night Mode so nampak cerah je langit) |
Terima kasih untuk perkongsian. Memang ada plan nak ke tioman dan tengah mencari info untuk ke sana. Kebetulan awak update. Thanks!
ReplyDeleteWelcome & enjoy! Tapi hati2 dengan covid ye :)
Delete