Thursday 20 August 2020

Perlis Indera Kayangan

Assalamualaikum & Salam sejahtera~


Kali ni kita jalan ke Perlis Indera Kayangan, negeri paling comey di Malaysia (dari segi saiz). Kecil je Perlis ni, trip 3 hari 2 malam pun okay dah. Kalau gigih pusing sehari setengah pun dah okey. Hehe.

Okay so sementara semuanya masih segar-bugar di minda, saya nak ceritakan sedikit sebanyak tentang negeri utara ni.

Perlis & sawah padi berpisah tiada


Sejarah


Kita start dengan sejarah. Perlis ni dulunya adalah sebahagian daripada kerajaan Kedah. Kesian sikit kat Kedah sebab terletak terlalu dekat dengan kerajaan Siam yang kuat dan suka menakluk. Di bawah jajahan Siam, Perlis dijadikan satu wilayah khas yang diperintah oleh gabenor. Tapi pada tahun berapa ntah (saya tak ingat), Siam telah menaikkan taraf Perlis kepada negeri, dan menamakan pemerintahnya sebagai "Raja". Dengan syarat, Raja Perlis ketika tu perlu membayar bunga emas kepada Siam.

Kerabat diraja Perlis berketurunan Arab, dengan gelaran "Syed" sebab ada susur galur daripada keturunan Rasulullah s.a.w. Keturunan Raja Perlis pun memang berketurunan kerabat diraja Kedah, tapi di sebelah mak. Anak perempuan Sultan Dhiauddin (Kedah) telah berkahwin dengan seorang Arab dan anak diorang menjadi Raja Perlis yang pertama. Ibu negara Perlis ialah Kangar, dan Arau sebagai bandar diraja. 

Itinerari


Hari 1


Perjalanan dari Perak ke Perlis ambil masa dalam 3 jam lebih. Kami tinggal di Noor Boutique Hotel. Okay la jugak, selesa dan harga berpatutan. Kalau tak silap dalam RM70-80 semalam untuk bilik bertiga. Lokasi hotel ni di Kuala Perlis. Lepas check in hotel, kami terus jalan-jalan area Kuala Perlis. 

Peta Perlis kat dinding hotel

Hari pertama kat Perlis ni disaster sikit. Hahah. Niat nak lunch di Laksa Kak Su, tapi tutup sebab diorang masih cuti raya. Lepas tu ingat nak pergi Muzium Kota Kayang tapi rupanya tutup hari Isnin. Nak pergi Hutan Lipur Bukit Kubu tapi Google Map bawak masuk ikut jalan sempit gilaaa lalu tengah-tengah sawah. Saya naik kereta Honda Accord kakak yang baru beli, so rasa tak sesuai la jalan camni. Kalau Myvi saya okay lagi. Saya try jalan kaki tapi nampak monyet, takut, so masuk kereta balik. Lol

Ada kawan hantar GPS coordinate untuk lokasi bergambar kat tepi sawah ada tulis "Paddyfeel". Try la Google, nampak cantik ja orang post dekat Facebook. Tapi ntah kenapa Google Map bawak ikut jalan mati mana ntah pastu tak jumpa pun tempat tu. Aduii. Last-last bergambar kat sawah padi temi rumah orang ja. Hahah. 

Pastu pergi pulak ke Masjid Terapung Al Hussain. And guess what... masjid tu pun tutup! Adui la... Tapi sis panjat pagar sikit untuk ambik gambar di perkarangan masjid. Ooops. Panjat sikit jeee. Tapi air pun tengah surut, tak terapung pun masjidnya. Haha.

Masjid Terapung Perlis


Saya pun pergi melepak ambik angin dekat dataran depan Ocean Glow (yang juga sedang ditutup). Lepas tu makan seafood dinner dekat medan selera tepi laut. Makan ikan kerapu sweet sour, sotong butter, kerang bakar, udang besar dan sayur campur dan ayam kicap untuk 5 orang RM 114. Kalau kat KL jangan harap laaa nak dapat harga camni.

Seafood galore~


Malam tu, saya jalan-jalan Perlis dengan kawan lama orang Perlis. Pusing tengok Kangar's night life gitu. Hahaha. Antara tempat dilawati ialah Hospital Tuanku Fauziah (biasalah orang kesihatan) dan juga Jambatan Tuanku Syed Putra. Haa jambatan ni orang Perlis ja tau. Jambatan untuk laluan pejalan kaki je, tapi memang tiggi betul. Pemandangan dari atas ni cantik! Kalau lah saya orang Perlis, saya akan ke jambatan ni nak cari komet Neowise. Sunset kat sini pun mesti cantik.

Pemandangan dari atas jambatan 


Hari 2


Kami mulakan hari ke-2 dengan buffet breakfast RM10 di Hotel Putra Brasmana. 10 ringgit je untuk buffet hotel, mana nak cari, kalau bukan di Perlis. Kami makan sampai kenyang! Ada mihun sup, nasi kandar, pulut ikan masin, kuih-muih, dan juga makanan standard omputeh macam omelette, cereal, dan roti. Tapi lain hari lain lah menunya. Masa kawan saya pergi dulu ada nasi lemak.

Lepas perut kenyang dan hati gembira, kami pergi ke Taman Ular. Harga RM6 untuk dewasa. Sebenarnya tujuan asal pergi sana sebab nak tengok bunga matahari. Tapi malangnya, bukan musimnya. Baru tanam semula bunga matahari. Katanya bulan Oktober nanti baru dia berkembang. Dan kalau berkembang pun, tahan 2 minggu je ye tuan-puan... So siapa kempunan nak bergambar dengan bunga matahari boleh la plan trip Perlis bulan Oktober. Share-share la sikit gambar sunflower tu nanti ye... :p

Selain ular, ada pelbagai haiwan lagi kat sini. Macam iguana, kura-kura, rusa, burung unta, arnab dan kucing yang saaaangat banyak. Saya personally tak minat the idea of melawat haiwan dalam sangkar... so... saya takde la minat sangat tempat ni. Tapi anak buah excited nak tengok ular kan, pergi je la. Saya pun asalnya berharapan nak tengok bunga matahari, tapi memang takde rezeki. Wuu.

Biasanya tengok ular kat zoo tidur je kan. Ular ni berjaga dan agresif. Dia tengok je pergerakan kita. Menarik.

Lepas pergi Taman Ular, kami ke Taman Anggur. Tapi, jeng jeng jeng... bukan musim anggur berbuah. Kah kah. Nampak daun anggur je banyak. Ada la jumpa segugus anggur kecik yang belum masak. Selain anggur, ada pokok dragon fruit. Kalau korang nak datang masa anggur berbuah, try datang bulan Disember ye.

Okay la dah frust hajat tak sampai untuk kali yang kesekiannya, kami pun meneruskan perjalanan ke Gua Kelam, gua batu kapur yang sangat masyhur. Itupun risau juga, sebab kawan saya bagitahu weekend sebelum tu diorang terpaksa tutup Gua Kelam sebab hujan lebat menyebabkan air sungai naik. Kalau Gua Kelam pun tak boleh masuk alangkah sedihnyaaa. 

Lepas kami sampai, alhamdulillah, boleh masuk. Nak masuk RM2 je sorang, dan RM1 untuk kereta. Ada harga khas untuk student, warga emas, tapi tak ingat dah berapa. Di luar pintu Gua Kelam ada sungai siap dengan gelongsor air. Pergh. Syoknya kalau boleh mandi. Tapi air sungai tu tak berapa nak jernih. Tak pasti sebab baru lepas hujan ataupun memang air dia gitu.

Pintu depan Gua Kelam

Lama juga saya stay dekat Gua Kelam. Dalam tu ada platform, dengan sungai mengalir di bawah platform. So kira macam jalan-jalan dalam taman je la. Bukan la masuk gua gelap macam orang pergi caving tu.

Dalam gua tu ada beberapa formasi stalaktit dan stalagmit yang cantik. Ada juga jumpa beberapa ekor kelawar dalam gua tu, tapi tak banyak la, so tahi kelawar pun tak banyak. Sampai ke hujung pintu lagi satu, ada 'secret garden' dengan sungai. Jalan lagi ke hujung ada tapak perkhemahan dan kalau ikut peta, hujung lagi ada taman rusa. Tapi saya tak jalan sampai ke sana sebab masa tu ada bunyi anjing menyalak dan ada terbaca dalam blog orang lain yang rusanya takde pun. So malas nak effort sangat. Lagipun saya pergi tu masa weekdays, orang tak ramai. Takut jalan sorang-sorang. Gua Kelam banyak cerita hantu. Hehe.

Laluan sekitar Gua Kelam (belah belakang)

Lepas puas pusing area Gua Kelam, kami meneruskan misi ke Padang Besar untuk shopping. Dari yang saya nampak hari tu, ada dua bangunan besar untuk shopping. Berhampiran kawasan parking ada Arked Padang Besar, bangunan besar bertingkat dengan pelbagai barang jualan macam pakaian, beg, kasut dan souvenir. 

Kalau zaman sebelum COVID-19, Arked Padang Besar ni yang lebih meriah. Ramai penjual kat sini dari Siam, sekarang diorang tak dapat masuk dan banyak kedai yang ditutup. So sekarang ni, kedai di seberang jalan tempat parking tu yang lagi meriah dan banyak kedai dibuka. Kat sini ada jual banyak benda jugak. Ada pakaian, toto dan cadar, barangan dapur, makanan dan souvenir termasuklah fridge magnet dan key chain dari Thailand.

Arked Padang Besar. Masih banyak yang tutup.

Di luar kedai ada beberapa gerai makanan. Tapi, pada pendapat saya... tak best pun. Kedai lain saya tak pasti la, tapi kedai yang saya pergi tu tak sedap mana la. Nampak macam ramai orang, so ingatkan sedap sangat la. Rupanya tak sedap mana sangat pun. Dah la tunggu lama. Portion kecikkk. Tak kenyang pun. Reject!!

Best ke shopping kat Padang Besar?

Err. Secara jujurnya, takde apa sangat pun. Design blouse diorang tak menarik sangat pun. Harga takde la nak kata murah sangat pun. Saya beli 1 blouse harga RM38. Macam beli kat kedai area Aeon Big Wangsa Maju je. Tapi sebab dah sampai kan... saya pun beli jugak la. Hahaha. Maybe sebab sekarang ni kan nilai matawang Thai Baht dah naik berbanding RM. So... harga barang pun jadi mahal la.

Yang saya berminat ialah baju batik Indonesia. Lol. Bukan barang Siam pun. Tapi dah cantik kan... lama saya spend masa kat kedai dia, sampai pergi 2 kali. Kain dia lembut, sesuai buat baju kurung. Kain pelikat RM10, kain batik RM12. Baju kurung dah siap jahit RM48. Seluar palazzo batik RM20. Not bad kan?

Hari 3


Sempena hari terakhir di Perlis, kami lebih gigih untuk mendapatkan feeling sawah padi. So kami pun ambik keputusan untuk breakfast di Warung Tepi Sawah yang dah viral.

Warung Tepi Sawah


Tempat ni terletak di tepi jalan, di area Wang Ulu, dalam 15 minit kot dari Kuala Perlis. As the name suggests, warung ni terletak tepi sawah berlatar belakangkan gunung. Memang syok untuk ambik gambar. Ada 2 tingkat, so kalau nak view cantik sikit boleh naik atas. Ada beberapa dangau @ pondok kalau nak feeling sawah lebih sikit.

Buaian paling fotogenik kat Perlis. Heheh

Makanan dekat sini style kampung. Ada peknga, ubi rebus, pulut ikan masin dan sebagainya. Kalau tak minat, menu sarapan standard warga Malaysia macam nasi lemak, soto, roti canai pun ada. Nak lagi up, boleh order kuey teow kerang. Heh.

Lepas perut kenyang, kami pergi ke Muzium Kota Kayang yang terletak berhampiran dengan pekan Kuala Perlis. Muzium Kota Kayang dibuka dari 9am-5pm, Selasa sampai Ahad. Isnin tutup ye. Nak masuk percuma sahaja.

Dalam Muzium. Ada tempat boleh bergambar, ada tempat tak boleh ye.

Muzium ni best sebab terletak di setting yang cantik, berlatar belakangkan gunung. Di kawasan sekitar muzium ada gua, telaga diraja, dan juga kubur raja zaman dulu. Sebelum Arau diangkat menjadi bandar diraja Perlis, area Kota Kayang ni pernah menjadi tapak istana semasa zaman pemerintahan Sultan Kedah. Malangnya, berlaku perebutan kuasa. Gaduh punya gaduh, last-last Kota Kayang musnah dan raja & penduduk sekitar berpindah ke tempat lain.

Telaga diraja yang jernih tapi nampak sangat dalam.

Lepas lawat Kota Kayang, kami balik ke hotel untuk check-out. Lepas tu pusing-pusing area jalan tepi pantai cari belacan untuk dijadikan cenderamata dan mencari spot 'Paddyfeel' yang saya tak jumpa masa hari pertama. Kali ni berjaya jumpa! Tapi malangnya tak cantik seperti yang dijumpai dalam internet. Kecewa. Hahah. 

Paddyfeel yang tak diselaputi jerami

Sebelum meninggalkan Perlis, kami makan tengahari di Laksa Kak Su. Okay la, agak sedap. Harga pun berpatutan (RM5.50 kalau tak silap). Saya tak kenyang makan laksa je, so ada order keropok lekor (RM5) yang digoreng rangup. Masyuk!


Dengan ini berakhirlah trip kami ke Perlis. Masa kami kat sana Perlis baru mula dilanda COVID-19 kluster Sivagangga. Ayah saya dah tak senang hati dah. Hahah. Tapi masa tu kes bertumpu di area Kuala Sanglang. Kami memang tak ada stop langsung kat situ sebab takut. Sebenarnya sebelum KKM umumkan kes 1 kat Perlis tu saya dah dapat inside info dari kawan yang kerja kat HTF dari hari pertama saya kat sana. So, memang kami tak berani la nak singgah area Perlis yang bersempadan dengan Kedah tu.

Alhamdulillah buat masa ni tak ada simptom. Dah habis tempoh 14 hari pun. Harap-harap kekal sebegitu. Berhati-hati ya kalau nak travel. Jangan lupa bawa mask. Rajin-rajin guna hand sanitiser. Elakkan duduk lama di tempat sesak dan tertutup. Jangan lupa download MySejahtera app.

Okay tu saja kali ni. Semoga bermanfaat~!


No comments:

Post a Comment