Friday 2 October 2020

PADI Freediver Course

 Assalamualaikum & salam sejahtera

Adakah anda.... Suka air? Skill berenang excellent? Stamina kuat? Tak mudah putus asa? Kalau korang ada ciri-ciri ni, korang boleh la try untuk join Freediving course.

Freedive: Dunia bawah laut yang aman



Freediving course ni apa? Belajar menyelam secara percuma ke? Hehe. Bukan. Freediving ni ialah menyelam tanpa bantuan scuba gear/alat pernafasan, masuk air hanya dengan satu nafas dan kita tahan nafas selama yang boleh dan pergi sedalam yang mampu. 

Selain freediving, kadang-kadang orang panggil apnea dive. Kenapa "apnea"? Dalam bidang perubatan, apnea ni merujuk kepada keadaan orang yang tak bernafas. Sebab kita tak bernafas sambil menyelam, so kita panggil la "apnea".

5 tahun dulu, saya tak terfikir langsung nak join freediving. Rasa macam tak layak. Just kagum tengok diorang. Sebenarnya sampai sekarang memang tak layak pun. Hahahah. Tapi boleh la. Dalam masa 3 hari belajar ni memang ada improvement. Cuma tak mampu nak jadi hebat lagi. Tapi itu kita kena practise slow-slow.

10 tahun dulu pun saya tak terfikir nak jadi scuba diver. Tapi sekarang ni saya tak dapat bayangkan perasaan kalau tak dive setahun. Fuh. Mesti sengsara. Rasa seronok je masuk air, tengok 'kawan-kawan' dalam air. Heheh.

Kenapa dah scuba diving nak cuba freediving pulak? Saya tak tahu apa punca orang lain terjebak dengan freediving. Kalau saya, teringin nak masuk air secara bebas. Freediving tak payah angkat tangki berat. Boleh terjun je terus, tak payah nak susah-susah angkut BCD, regulator dan air tank. Lagipun, kalau scuba diving pakai regulator biasa nanti ada bubble keluar bila kita hembus nafas. Ada hidupan laut (eg: shark) yang pemalu dan tak suka bubble. Nanti dia lari. 

How deep will you go?

Freediving ialah competitive sport. Orang berlumba-lumba nak pecahkan rekod dunia, pergi makin dalam, atau berenang paling jauh. Paling dalam orang pernah pergi ialah 214 m. Bayangkan, ambik nafas dalam-dalam, pastu masuk air sampai 214 m. Meter tau. Rekod ni dipegang oleh Herbert Nitsch tahun 2007. Belum dipecahkan lagi setakat ni. Masa mula-mula baca pasal ni, ada terfikir, diorang salah type ke apa ni? Hahahh. 

But anyway. Undeniably, freediving ada bahaya nya. Tapi kalau buat properly, it is safe. Kena tahu limit diri sendiri. Jangan paksa diri melampau-lampau. Paksa sikit-sikit takpe. Hehe. Because it can be dangerous, pastikan korang dah properly trained kalau nak cuba freediving okay?


Freediving Courses

PADI yang terkenal di serata dunia

Nak belajar dengan siapa? Ada banyak option sebenarnya. AIDA. PADI. SSI. Molchanovs. Apnea Total. Ada lagi yang lain kot. NAUI pun ada kalau tak silap. Macam scuba diving la, ada banyak pilihan. Kalau saya, yang penting ambil certification yang dah established dan buat dengan instructor yang baik. 

Dulu saya pernah hampir-hampir nak buat dengan AIDA masa pergi Philippines. Tapi sebelum nak join tu diorang bagi soalan kesihatan, dan saya of course la kena declare masalah jantung saya kan. Pastu saya teragak-agak. Pergi negara orang. Tiba-tiba blackout dalam laut tak ke naya. So saya decide tak nak buat course kat overseas. 

Pastu saya start survey courses kat Malaysia. Mostly harga course agak mahal, lebih RM1000. Lagi mahal dari bayaran scuba Open Water saya dulu. Pastu terjumpa sorang freelance PADI instructor post iklan Freediving course dekat group Facebook BBM. Saya contact dia. Nampak macam friendly & sangat approachable. So saya terus berusaha untuk cari geng dan book course dengan dia.

Harga? Saya bayar RM750 untuk PADI Freediver course kat Tioman. Tapi harga ni tak termasuk accomodation la. Kalau nak jimat sikit boleh buat kat tasik Bandar Saujana Putra, RM650 je. Tak payah bayar accomodation atau travel jauh-jauh. Tapi.... tasik beb. Saya fikir pasal visibility je dah rasa takut. Hahah. Tapi ni harga promo lepas PKP hari tu. Harga sekarang mahal sikit la, tapi saya tak pasti berapa. Most likely above RM1000 la, sebab tu memang harga standard.


PADI Freediver Courses


PADI ada offer 3 level untuk orang yang nak belajar recreational freediving. 

1. PADI Freediver. Level paling basic - 16 m depth. 
2. Advanced Freediver. Intermediate level - 24 m depth.
3. Master Freediver. Ni untuk expert - 40 m depth.

Ada satu level lagi bawah daripada PADI Freediver, iaitu Basic Freediver. Basic Freediver buat dekat confined water (eg: kolam). 

Boleh ke nak switch dari satu certification body to another? Boleh je. Tapi sila tanya dulu instructor korang ye sebelum nak proceed tu. Kadang-kadang ada sedikit perbezaan di antara requirement.

Kalau zaman saya ambil lesen PADI scuba open water dulu kami dapat buku. Kali ni belajar secara online je, pakai e-learning. Nak pakai website boleh, nak download apps pun boleh.

PADI Learning punya interface



Maklumat Penting


Freediving ialah sukan yang berisiko. Masalah paling common ialah blackout dalam air. Sebab tu, siapa nak freedive WAJIB ada partner a.k.a buddy. Jangan freedive sorang-sorang. Sehebat-hebat freediver pun, ada yang blackout jugak tau.

Blackout berpunca apabila badan kita dah kurang oksigen (O2). Kalau dalam freediving, blackout selalu berlaku pada kedalaman kurang 10 m, atau the last third of the ascent. Pada kedalaman ni, berlaku perubahan fisiologi paling besar. Lung volume kurang sampai separuh. So, partial pressure O2 (pO2) pun berubah sekali ganda. Bila kita naik lepas diving, badan kita masa tu dah sikit oksigen dah. Bila tiba-tiba lung volume expand sekali ganda, pO2 akan jatuh separuh. So, bekalan O2 kurang dan sebab tu lah orang boleh blackout. 

Sebagai freediver, kita akan train badan kita untuk tahan kadar karbon dioksida (CO2) yang tinggi dalam badan. Sebabnya, perasaan 'tak cukup nafas' yang menyebabkan kita nak sangat inhale lepas tahan nafas sebenarnya berpunca daripada CO2 yang makin tinggi dalam badan. Bukan sebab O2 tak cukup. 

Biasanya, kalau kita paksa diri dan tahan nafas lama, kita boleh rasa contraction kat area perut kita. Terasa nak sangat bernafas masa waktu ni, padahal O2 masih ada dalam 70% lagi belum pakai waktu ni. So, kalau kita dapat train badan kita supaya bertahan dengan CO2 yang makin tinggi dalam badan, kita boleh tahan nafas lama sikit la dalam air. Tapi padahnya kalau terlebih tahan nafas, O2 makin kurang sampai blackout lah pulak.

So, sangat-sangat penting untuk kita belajar had badan kita masing-masing.

Persediaan sebelum Freediving Course


Sebenarnya kan, kalau nak dapat lulus course dengan cemerlang, korang kena pastikan korang boleh duck dive dengan cermerlang dan tak ada masalah untuk equalise. Kalau dua ni okay, insyaAllah takde hal, lulus punya. 

Saya dulu silap. Setakat tengok-tengok video. Baca e-learning PADI. Ingatkan cukup dah. Tapi nak duck dive tak dapat. Serius tak paham apa masalah diri sendiri. Bila orang explain tu, saya rasa macam dah faham, tapi still buat mistake yang sama. Dalam kepala saya, saya rasa saya dah buat betul dah. Haha. Ketegaq. Lepas orang ambik video dantengok diri sendiri punya dive, baru la saya paham. Huduh betul rupanya teknik aku. Hehe.

Tips: Kalau nak improve, take some time untuk practise duck dive dekat kolam yang dalam. Minta orang lain ambilkan video. Pastu tengok video tu dan belajar daripada skil korang yang buruk tu hahahah. Maybe orang yang athletic tak ada masalah kot. Tapi saya ni memang tak berbakat, jenis yang hand-eye coordination pun tak berapa nak betul. Hehe. 

Tips: Try untuk berlatih tahan nafas sendiri. Tapi kena buat dalam keadaan yang selamat (eg: sambil baring atas katil). Sebab ada je orang yang terlalu memaksa diri sampai jadi blackout kat darat. Dia buat sambil duduk, pastu tiba-tiba jatuh terlentang. Makin practice, makin lama kita dapat tahan, sebab kita lebih tolerant pada CO2 level yang meninggi. Begitu lah badan kita Tuhan jadikan.

Untuk tutorial lanjut, cuba tengok video ni. Saya suka video daripada Adam Freediver.




Tips: Belajar teknik equalisation Frenzel maneuver. Sebagai seorang scuba diver, saya sebenarnya dah terbiasa pakai teknik Vasalva. Kalau teknik equalisation Vasalva, kita paksa udara dari paru-paru untuk naik ke nasal cavity dan telinga untuk equalise kan tekanan. Tapi bila kita freedive, udara paru-paru amatlah berharga dan perlu dijimat sebanyak yang boleh. Lagipun kita selalu freedive upside down, paru-paru atas kepala, so susah sikit udara tu nak gerak pergi telinga. Sebab tu teknik Frenzel dikatakan lebih bagus (dan gentle) dan mudah digunakan especially bila dah makin dalam. 

Tips: Pastikan korang fit! Nak freedive ni bukan macam scuba. Kalau scuba tu santai je. Boleh bergantung sepenuhnya pada BCD dan regulator kita. Nak naik, inflate BCD, nak tenggelam, deflate BCD. Kalau freedive ni, nak tenggelam, kena kick betul-betul supaya turun bawah. Kalau finning technique cap ayam macam saya ni, jawabnya tak turun-turunlah, kena pakai weight berat baru turun. So pastikan korang fit supaya stamina tinggi dan mudah je nak gerak ke mana-mana.


Apakah requirement untuk lulus PADI Freedive course?


1) Static apnea: tahan nafas sekurang-kurangnya 1 minit 30 saat. Static apnea ni maksudnya kita duduk diam je, muka masuk air, pastu tahan nafas selama yang boleh.

2) Dynamic apnea: kena berenang dalam air sekurang-kurangnya 30 meter (kalau tak silap la). Basically kena masuk air, tahan nafas, pastu berenang horizontally sejauh yang boleh.

Dynamic apnea dalam kolam

3) Constant weight freediving: tahan nafas, duck dive, dan berenang sekurang-kurangnya ke kedalaman 10 meter. 

4) Belajar prosedur freedive dengan buddy. Disebabkan shallow-water blackout ialah masalah utama dalam freediving, setiap orang perlu amalkan habit untuk menyelam bersama-sama dengan buddy kita semasa dia dah nak naik ke surface. Bukan freedive sebelah-menyebelah sepanjang masa tau. Tapi masa dia dah nak naik je. The rule of thumb is, kita teman dia masa dia dah berada di kedalaman 5 meter, ataupun the last 1/3 of the ascent. So let's say dia dive 15 meter, masa dia start nak naik tu, kita cepat-cepat masuk air, dan berenang sebelah dia untuk 5 meter yang terakhir sampai dia naik permukaan air. Gitu.

5) Belajar cara nak selamatkan kawan yang dah blackout. Blow, tap, talk. Itulah dia punya prinsip. Kalau masa nak naik surface tu tetiba dia pengsan, kita kena la bawak dia naik ke permukaan air. Pegang kepala dia dalam posisi menghadap depan. JANGAN dongakkan kepala dia, sebab takut dia akan tertelan air. Pegang mask dia elok-elok supaya air tak masuk dalam mask & masuk hidung, pastu berenang ke atas. Kat surface, kita blow, tap, talk. Kalau dia tak bangun jugak, kena bawak dia ke tempat selamat. Kalau tak bernafas kena buat CPR. Sebab tu kena fit. Kalau kawan pengsan pastu kita nak bawak dia pergi pantai pun tak larat, alamat dua-dua pun boleh lemas. Ngee. 


Scuba diving vs Freediving


Mana best? Heheh. Dua-dua best. Scuba boleh menyelam lama. Freediving boleh menyelam dengan bebas. Sebenarnya saya benci betul mengangkut tangki. Badan saya kecik, tangki tu separuh saiz badan saya. Penat la nak angkut. Dalam air takpe... tapi bila kat darat... adoii. Tapi nak freediving ni kena tenang. Kalau tak tenang memang tak boleh duduk lama dalam air. Dan saya bukanlah seorang yang tenang. Hahahaha.

Freedive vs Scuba

Disebabkan limitation kesihatan yang saya ada, saya lagi konfiden untuk scuba diving sebenarnya. Tapi freedive ni menarik, dia macam soul searching gitu. Dalam air tu, bila tak ada bunyi scuba gear, sunyi sepi... best. Asalkan visibility okay la. Kalau gelap tak nampak benda saya takut. Hehe.

Kalau nak try freediving boleh cuba contact sifu Taufiq. Best belajar dengan dia sebab dia chill je. Penyabar dan banyak bagi tips. Tak rasa nervous. Kalau cikgu yang garang-garang ni saya tak suka. Hehe. Alhamdulillah setakat ni saya belum jumpa cikgu diving garang. Dengar cerita orang lain ada la.

Orait tu je. Semoga bermanfaat. :)



No comments:

Post a Comment