Sunday 12 July 2020

Penyu Bertelur di Pulau Tenggol

Assalamualaikum & Salam Sejahtera~

Merujuk kepada perkara di atas, kali ni saya pergi Pulau Tenggol lagi sekali. Pergi dengan company sama, Discovery Divers. Tujuan utama ialah nak menyelam dan mencari jodoh dengan abang besar (ie: whale shark) tapi berjodoh pulak dengan akak penyu bertelur. Lagi best!

Kisah penyu bertelur :)


Pulau Tenggol sebenarnya memang tempat kegemaran penyu untuk datang bertelur. Last time saya ke sana tahun lepas (post dekat sini), ada satu batch telur penyu baru menetas. Comel sangat tengok diorang berenang-renang dalam air. Alhamdulillah minggu lepas berpeluang tengok penyu bertelur. Excitednya!

Jenis-Jenis Penyu & Musim Penyu Bertelur


Tempoh masa penyu bertelur adalah berbeza mengikut jenis penyu. Secara amnya, penyu akan bertelur di antara Mac hingga September. Ikut pembacaan saya, kat Malaysia ni ada 4 jenis penyu:

1. Penyu Belimbing (Leatherback turtle)

Penyu belimbing
Source: wikipedia

Ini adalah spesis penyu terancam, dan merupakan spesis penyu terbesar di dunia, boleh membesar sehingga 2 meter. Makanan utama diorang ialah obor-obor. Cengkerang diorang lembut, dan berbentuk macam belimbing. Diorang bertelur di antara Mac - Ogos, dan antara tempat utama penyu belimbing datang bertelur di Malaysia ialah di Rantau Abang, Terengganu.

2. Penyu Agar (Green turtle)

Penyu agar
Source: wikipedia

Penyu agar dikatakan boleh dijumpai di Terengganu, Sabah, Sarawak, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang, dengan saiz sehingga lebih 1 meter. Diorang suka makan rumpai laut. Musim bertelur adalah dari April - September. Mengikut otai di Tenggol, penyu bertelur yang saya nampak tu ialah penyu agar.

3. Penyu Karah/Sisik (Hawksbill turtle)

Penyu sisik
Source: wikipedia


Penyu sisik ni kecik lagi, dengan saiz antara 70 - 90 cm. Kulit dia nampak macam bersisik-sisik, dan selalu dijumpai di terumbu karang sebab diorang makan coral lembut. Musim bertelur diorang ialah antara Mac - Jun, dan boleh dijumpai di Terengganu, Pahang, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.

4. Penyu Lipas (Olive Ridley turtle)

Penyu lipas yang dijumpai mati :(
Source: wikipedia

Penyu lipas ialah penyu terkecil yang dijumpai di Malaysia, saiz antara 60 - 65 cm. Diorang makan obor-obor, udang, ketam, siput. Musim bertelur antara Mac - Jun dan boleh dijumpai di Pulau Pinang, Terengganu dan Pahang. Sekarang makin kurang jumpa penyu lipas bertelur di Malaysia, dan makin diancam kepupusan.

P/s: Walaupun dah tengok gambar-gambar ni, saya rasa kalau jumpa diorang dalam air saya still tak pandai bezakan jenis-jenis penyu (kecuali penyu belimbing). Hehe.

Kisah Penyu Bertelur


Sunset petang Ahad penuh bersejarah

Kejadian berlaku pada hari Ahad, sekitar 7.30pm. Masa tu kami tengah tengok sunset, bergambar pelbagai style. Tiba-tiba dengar bunyi orang menjerit. Lol. Diorang terkejut bila ada penyu besar gabak datang menghampiri diorang.

"Penyu, penyu!"

Saya dengan excitednya terus berlari ke arah penyu tu tanpa fikir panjang. Heheh. Jarang nampak penyu besar kat darat. Anak penyu baru menetas pernah la nampak. Tapi staff kat sana warning, jangan datang dekat sangat, tengok dari jauh je. 

Tengah jakun-jakun ambik gambar penyu tu (dari jauh), tiba-tiba muncul lagi seekor penyu! Dia baru muncul kat gigi air. Tapi penyu no.2 ni pemalu sikit, bila dia nampak kami kat pantai terus dia patah balik masuk laut.

Saya duduk dalam 10 minit usha penyu no.1 tadi. Slow je dia merangkak naik ke pantai kering. Masa tu air tengah surut, so jauh sikit dia kena jalan ke kawasan pantai yang takkan ditenggelami air semasa air pasang.

Penyu no.1 gigih berjalan

Diorang kata, pergi dinner dulu. Apparently lepas penyu naik ke darat, diorang akan spend masa dalam 4 jam pusing-pusing pantai mencari spot bertelur yang sesuai. Mula-mula tu risau jugak la takut terlepas penyu bertelur. Tapi apa yang diorang cakap tu betul rupanya. 

Dalam pukul 9 lebih, penyu tu masih berjalan-jalan. Sekejap korek lubang, lepas tu jalan lagi pergi spot lain. Penyu no.2 pun naik balik lepas langit dah gelap. 2 ekor penyu pusing pantai malam tu. Fuhh. Seronok.

Diorang pesan kat saya, jangan datang dekat penyu dua ekor tu. Biarkan diorang pusing mencari spot bertelur dengan aman. Kalau orang kacau, takut diorang tak jadi bertelur. Lampu jangan pasang, nak ambil gambar pastikan tak ada flash. Nanti lepas penyu dah start bertelur, baru datang dekat.

Tapi biasalah, bila tengok pertama kali ni, manusia jadi jakun sikit. Ada yang jalan-jalan dok menjenguk penyu tu. So, akhirnya penyu no.2 merajuk dan pergi ke laut tanpa bertelur. Tinggallah penyu no.1 jalan-jalan mandi pasir dekat pantai.

Penyu no.2 merajuk pulang ke laut

Dalam pukul 11.30pm ke 12am, barulah penyu no.1 mula bertelur. Diorang pesan, jangan datang dari depan. Datang dari belakang, lampu pun suluh kat belakang penyu je untuk ambil gambar dia bertelur. Jangan suluh muka dia.

Penyu no.1 selamat bertelur

Lama jugak la dia bertelur. Ada 150+ telur! Fuhh. Staff kat sana terus ambil telur penyu untuk tanam kat tempat lain. Sekarang ni musim penyu bertelur kan, masa siang tu kami ada nampak biawak tengah berlegar-legar. Cari telur penyu kot. So telur-telur penyu yang sebelum ni memang diorang ambil, dan tanam balik di kawasan yang diletakkan dawai supaya biawak tak boleh kacau. 

Telur penyu. Ada 150+ biji

Lagipun diorang kata penyu ni kadang-kadang akan bertelur di spot yang sama. So bila penyu baru datang dan tindih telur lama, telur lama boleh rosak. Sebab tu diorang akan pindahkan telur penyu ke tempat lain, untuk elakkan pertindihan.

Lepas bertelur, dia kambus balik lubang tu. Pastu jalan-jalan main pasir. Pastu baru pergi laut semula. Lama lah proses ni. Dah dekat pukul 1am pun dia main-main kat pantai lagi. Mula-mula ingatkan nak tunggu dia balik laut, tapi ngantuk. 

The next morning, saya bangun awal. Bila merayau kat pantai, nampak ada kesan kaki penyu extra yang saya tak jumpa semalam. Huh. Ada penyu lain ke? Rupa-rupanya malam tu penyu no.2 naik pantai balik. Cubaan ke-3 la ni. 
 
Kesan penyu. Kalau korang nampak ni. Jeng jeng. Maybe ada penyu datang mendarat

Lama dia merayau, jauh ke dalam kawasan chalet. Lawak pulak saya tengok dia. Masa saya jalan-jalan pantai lepas subuh, dalam 7 am, nampak si no.2 ni tengah merayau-rayau depan chalet yang kami duduk. Area tu tanah keras, tak sesuai langsung la nak bertelur, penyu oii.

Penyu no.2 merayau sampai area chalet ^^;;

Last-last penyu no.2 ni pulang ke laut tanpa bertelur. Saya rasa dia ni pemalu dan anxiety terlebih sikit. Tak suka bertelur bila ada manusia. Saya harap hari Isnin malam tu dia dapat bertelur dengan amannya selepas pelancong dah balik ke tanah besar.

Orait itu saja kisah penyu bertelur. Kita cakap pasal diving sikit.

Menyelam di Tenggol, Part 2


Alhamdulillah, cuaca kali ni jauh lebih cantik berbanding masa saya pergi tahun lepas. Waktu tu dah la tengah musim jerebu. Masa masuk pulau pun, air laut agak tenang, takde la dibasahi ombak macam dulu. Masa saya diving di Tokong Timur pun, ombak tak berapa kuat, cuma ada tempat yang current kuat sikit.

Dive Site no.1: Amazing Grace

Amazing Grace. Excellent visibility!

Sini ialah dive site yang tenang untuk menyelam santai-santai. Che Wan bawa kami dive kat sini sebab dalam group kami diving ni ada yang dah tak diving 5 tahun. Lol. Langit cerah, visibility pun excellent! Ikan pun banyak, meriah sangat. Dan saya terjumpa black tip reef shark yang agak besar. Tapi baru nak on GoPro dia dah lari dah, tak sempat ambik gambar.

Dive site no.2: Tokong Timur

Che Wan tahu saya ni kemaruk sangat nak tengok whale shark, so kami dibawa ke Tokong Timur. Sebab kat situlah ada orang nampak whale shark baru-baru ni. Malangnya tak ada whale shark pun. Tapi masa dalam air ada sekumpulan ikan bat fish yang asyik mengikut group kami. Suka! Bat fish ni kurus dan sirip dia besar, bila dia berenang nampak graceful sangat. Kat sini saya jumpa lagi beberapa ekor black tip reef shark yang sederhana, tapi semua pun takut orang, diorang lari dengan lajunya.

Batfish @ Tokong Timur

Lepas balik pulau, kitorang dengar ada student open water nampak whale shark dekat reef tepi pulau je, di area Teluk Nakhoda/Rajawali! Huaaa!! Tapi diorang takde kamera so takde bukti. Heh.

Dive site no.3: Tokong Timur

Esok pagi, berbekalkan semangat nak mencari whale shark lagi, kami pergi sekali lagi ke Tokong Timur. Aduh tapi masa ni current dalam air kuat sikit. Penat. Sambil dihanyut air saya nampak sekor spotted stingray. Ada jumpa sekumpulan clown fish yang sangat ramai. Biasanya ada dalam 3-4 ekor je, yang ni ada dekat 10 ekor kot. Comelll! Lepas tu sebelum naik jumpa black tip reef shark kecik, maybe baru remaja. Heheh.

Blacktip dari jauh. Pemalu diorang ni.


Dive site no.4: The Edge

Crown of thorns, pemusnah coral

Tempat ni saya tak pernah pergi. Visibility tak cantik sangat masa tu, but not bad la. Tapi kat sana seronok mencari macro. Ada wall tinggi dengan pelbagai jenis nudibranch. Ya Allah tapi saya terjumpa triggerfish yang agak besar. Huaaa. Fobia dengan diorang ni. 

Dive site no.5: Teluk Nakhoda

Kat sini sebenarnya ada rock formation yang sangat cantik. Tapi malangnya masa saya dive tu visibility memang out. Aduh. Tapi dengan visibility yang agak rendah pun, boleh nampak batu-batu cantik kat sini. Saya teringat Redang pulak, dulu ada satu dive site dengan rock formation jugak. Sambil menyelam tu saya asyik usha ke arah laut dalam, dengan harapan nampak la whale shark muncul from out of the blue. Tapi takde. Sobs.

Stone fish, master of camouflage. Jangan pegang nanti merana :p


Hmm dengan ini habislah peluang nak bertemu dengan si abang besar. Ada orang panggil dia Lucy. Heheh. Tak pasti mana datangnya nama tu. Tapi takpe la. Dah pernah tengok pun, bukannya tak pernah. Hehe.

Satu yang best dekat Tenggol ni, kat pantai dia ada baby black tip reef shark. Kat gigi-gigi air memang ada banyak anak ikan, kalau berdiri tepi pantai nampak hitam gelap je diorang ni. So tempat ni jadi feeding ground la untuk anak-anak jerung. Last time nampak ikan jerung main dekat tepi pantai masa dekat Maldives dulu, so rasa macam specialnya Tenggol ada resident baby shark jugak. Hehe.

Shark suka makan masa awal pagi dan senja. So masa ni, bila korang duduk tepi pantai boleh nampak diorang melompat-lompat dari dalam air. Awesome kan.

Selain menyelam nak buat apa lagi kat Tenggol?


Chillax. Duduk tepi pantai, baca buku dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Snorkelling. Maybe even freediving? Saya ada nampak sekumpulan freedivers. Syoknya. Terus teringin nak freedive balik. Dulu niat freedive terkubur di Moalboal, sebab risau dengan tahap kesihatan.

Malam-malam boleh berfotografi. Masa kami pergi tu hampir-hampir nak full moon, so langit terang. Bintang tak nampak banyak sangat, tapi memang cantik. Dulu masa pergi first time musim jerebu, kali ni alhamdulillah langit clear, tak hujan. Sunset sangat cantik, masyaAllah <3

Night scene, with GoPro Hero 8

Orait tu je dulu kali ni. Tengah consider nak pergi sana lagi bulan 10 sebelum diving season habis. Yalah, kalau ikutkan memang Tenggol tempat diving terdekat dengan KL. Naik kereta ke Dungun baru dalam 3-4 jam. Tapi kita tengok pada keadaan cuaca dan poket dulu ye. Heheh.

Kbai. Till next time~


No comments:

Post a Comment