Saturday 27 June 2020

Jalan-jalan Cari Makan: Ipoh

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Alhamdulillah sekarang keadaan dah bertambah baik, kita boleh mula melancong dalam negara. So, minggu lepas, saya & geng pergi buat trip jalan-jalan cari makan di Ipoh. 

Ipoh dan kopi berpisah tiada


Total perjalanan 3H2M, 1 malam di Ipoh, 1 malam di Lenggong. Untuk post kali ni saya akan fokus pada trip makan-makan di Ipoh. 

Hari 1


Kami gerak dari KL dalam pukul 9am. Jalan clear alhamdulillah, takde jam. Cuma ada area yang traffic slow sikit, sebab ada lori besar. Gerak awal pagi dengan harapan nak start jalan-jalan cari makan seawal boleh. Breakfast pun makan buah je sebab tak nak perut kenyang sangat. Konon nak simpan untuk makanan kat Ipoh. Hahah.

Nasi bamboo Sungai Klah, Sungkai

On the way dari KL ke Ipoh, kami ingat nak singgah di Nasi Bamboo Sungkai. Tempat ni sangat terkenal. Lokasi restoran sangat dekat dengan plaza tol Sungkai, jadi memang senang orang nak singgah. Biasanya orang ramai sangat sampai parking penuh, sampai ke tepi jalan.

Menu istimewa kat sini ialah nasi yang dikukus dalam buluh, dan dibalut dengan daun lirik. Aroma nasi memang wangi. Ditambah pula dengan lauk pauk style kampung. Sedap. 

Gambar hiasan: Nasi bamboo
Source: Facebook Nasi Bamboo Sg Klah


Ada masak lemak, gulai, daging salai, ayam kampung, sambal belacan, dan macam-macam lagi. Pilihan memang sangat banyak, tapi memang beratur panjang. Kalau datang ramai, boleh buat strategi divide & conquer sebab kaunter jualan daging kambing salai, lauk pauk dan minuman berbeza. Beratur, pilih menu, dan terus bayar. Nasi bamboo kalau nak tambah boleh order pada pekerja dengan troli yang bergerak dari meja ke meja. 

Sebenarnya hari tu masa kami singgah kedai masih tutup. Aduyai. Tak pasti dia tutup sebab apa: sama ada susah nak buat penjarakan sosial (sebab biasanya sini memang SANGAT ramai orang) atau sebab hari Jumaat. Kalau ikut operating hours kat internet, kedai ni buka 10.30 am hingga 6.00 pm. Saya pernah makan kat sini dua kali, dan memang kalau boleh nak pergi lagi. Sedap!

Markah saya untuk kedai ni: 8/10. (Makanan sedap, tapi turun markah sikit sebab tak cukup kipas, sambil makan sambil berpeluh. Haha. Rasanya dengan harga makanan yang dijual tu dah boleh buat bangunan proper dengan air-cond. Hee)

Restoran Majeedia

Restoran mamak yang menjual nasi kandar. Okay jugak, sedap. Saya sebenarnya kurang minat makanan kari, tapi ikut majoriti, so join je. Alhamdulillah tak menyesal. Haha. Bila dah campur pelbagai jenis kari atas nasi, memang padu.

Nasi kandar yang sedap~

Harga pun sangat berpatutan. Kami makan tiga orang, dua orang lauk ayam, sorang lauk kambing, ada telur masin, papadom dan telur sotong, sekali dengan air, baru RM28. Rasa macam sangat worth it.

Markah saya untuk kedai ni: 7/10.

Chang Jiang White Coffee 

Kedai kopitiam cina yang pork free, dengan suasana yang sangat best dan banyak port untuk bergambar. Hiasan dia comel je. Kat luar kedai ada 'pondok usang' sekali dengan peralatan tradisional untuk buat kopi.

Tempat bergambar

Nak masuk kedai ni kami kena beratur. Kalau tak nak beratur, ada satu lagi cawangan diorang kat seberang jalan dengan style berbeza, ala-ala kedai kopi moden macam Starbucks. Kitorang decide untuk beratur sebab nak makan sambil ambil gambar. Hahah. Vain sangat.



Disebabkan baru je makan tengahari, kami order snek je kat sini. Roti dengan kaya, cham 'C', sup wantan dan Chang Jiang Hometown Ball. (p/s: Cham kat sini diorang panggil Wangher crossover dalam menu).

Nama Chang Jiang Hometown Ball macam menarik je kan. Basically ini ialah ayam 'popcorn'. Isi ayam dipotong kecil, salut tepung, dan goreng. Saya kurang minat sebab masin terlebih. Maybe kalau makan sambil balut dalam salad okay sikit kot. 

Nyum nyum tea time!

Roti dengan kaya tu awesome sangat. Roti tebal dibakar, so di luar rangup tapi lebut di dalam. Kaya pun cukup rasa dan bila campur dengan butter yang melt in the mouth... Fuhh. Masyuk. Sup wantan pun best. Masa tu hujan-hujan sikit, so lepas makan kari untuk lunch, rasa seronok sangat makan sup pulak.

Markah saya untuk kedai ni: 9/10. (Kalau ada sijil halal JAKIM saya bagi lagi tinggi).

Accomodation: Z Hotel

Lepas makan kat Chang Jiang, kami check in hotel. Kami stay di Z Hotel, area city center. Bagi saya lokasi hotel ni memang strategik, sebab dekat dengan semua benda. Kalau stay di homestay yang jauh-jauh sikit, tak syok jugak sebab nanti nak kena travel lama untuk cari makan.

Kami book melalui Agoda. Ambil bilik berempat. Bilik asal yang kami dapat kecil SANGAT. Dalam satu bilik yang sepatutnya ada satu katil double bed, diorang pergi sumbat dua double bed. Ruang nak solat pun kecik, betul-betul depan pintu tandas dan pintu masuk, sebab kat situ je ada ruang. Almari memang tak ada lah.

Kalau kecil tu okay lagi, tapi dapat pulak jiran bilik sebelah yang BISING. Bilik kat situ tak soundproof langsung, setiap patah perkataan yang diorang cakap kami boleh dengar. Nak tidur pun susah. So... kawan saya pergi receptionist minta tukar bilik. Dan lepas tu...

Kami dapat bilik duplex! 

Bilik kami yang awesome!

Bilik dua tingkat, dengan bilik air yang ada bath tub dan rain shower yang besar. Siap ada sofa, mini kitchenette dengan bar-style seating dan jugak almari yang terlebih cukup untuk letak baju kami berempat. Fuhh memang puas hati la dengan harga bilik tak sampai RM200.

Restoran Pak Cik Wong

Restoran Cina muslim yang terletak di area Greentown, satu area yang sangat banyak restoran menarik. Nasi Vanggey pun ada kat area ni. Tapi saya dah cukup kuota kari untuk hari ini. Haha.

Bagi saya, menu makanan Cina kat restoran ni takde lah spectacular sangat. Ada fusion west dan thai juga. Tapi orang memang ramai, masa mula-mula sampai kami kena tunggu sebab kedai penuh.

Menu di Pakcik Wong
Sumber: Facebook Restoran Pakcik Wong

Kami order sotong salted egg, daging sos tiram, stir fried mixed vegetables. Setiap lauk ada dapat percuma nasi putih. Sedap.

Sampai dalam claypot drngan kuah masih menggelegak. Mantap!


Markah saya untuk kedai ni: 7/10.

Konda Kondi 

Restoran untuk makan supper. Nampak tak? Makan kali ke-4 untuk hari pertama, dahsyat kan. Lol. Ini kali kedua saya ke Konda Kondi. Restoran ni sesuai untuk golongan muda yang nak lepak. Masa saya pergi pertama kali dulu (sebelum COVID-19), restoran ni ada live band waktu malam. Rasa macam hipster sangat lepak sini. Haha.

Kedai ni mostly jual makanan western, walaupun namanya sangatlah tadisional. Kami order snek je: fries, brownies with ice cream dan creme brule. Bagi saya brownies dia terlalu manis, tapi creme brule masyaAllah sedap berkrim! Recommended sangat.

Supper yang menggemukkan :p

Dulu saya order spaghetti, okay jugak. Harga air kat kedai ni pun kira murah. Jus dalam RM3.50 kalau tak silap. Tapi kedai ni kecil je, kami sampai dalam pukul 8.15am, dapat tempat duduk elok. Kalau sampai lewat sikit (lepas 8.30pm) memang ramai sangat orang, sampai beratur panjang.

Markah saya untuk kedai ni: 7.5/10.

Hari 2


New Hollywood

Kalau korang search tempat makan di Ipoh, mesti New Hollywood ni keluar. Nama macam apa je kan. Dalam kepala mesti ingat kedai western. But nope. Ini ialah tempat popular makanan cina untuk orang Melayu, sebab pork-free. Pelbagai bangsa datang makan kat sini. Dua kali saya pernah datang sini nak makan, tapi kecewa. Alhamdulillah kali ni berjaya. Itupun kena beratur panjang dan kena saman sebab tak bayar parking. Heh.

(P/s: Sila ambil maklum, parking area luar kedai ni adalah di bawah Majlis Bandaran Ipoh, dan perlu bayar parking untuk hari Isnin - Sabtu. Parking bukan bayar kat mesin pakai siling tu, korang kena beli kupon parking).

Kedai makan ni nampak sangat biasa je dari luar. Kat dalam ni ada banyak food stall. Antara menu yang istimewa kat sini ialah chee cheong fan. Ada dua perisa, ayam dan udang. Satu pinggan RM5 sahaja. Tapi tak kenyang makan 1 pinggan. Saya makan dekat 2 pinggan sorang. Hahah.

Chee cheong fun

Selain tu ada pelbagai jenis mi, nasi lemak, kuey teow goreng, dim sum, nasi ayam, cakoi pun ada. Kalau nak order makanan, sila ke stall yang anda minati, dan terus bayar kat situ. Diorang akan hantar makanan lepas siap. 

Menu kegemaran saya kat sini ialah chee cheong fan dan cakoi. Kuey teow dia so-so je. Cakoi dia memang masyuk bila makan panas-panas. Rangup di luar, lembut di dalam. Kaya yang diorang bagi just nice, tak terlalu manis, dan cukup lemak. Memang mantap la. 

Dengan penjarakan sosial PKP ni, memang nak masuk kena beratur panjang. Kalau tak nak beratur cuba datang awal sikit, sebelum 8am ke. Kalau tak silap kedai ni buka dari 7am, tapi maybe ada stall yang belum bukak kalau awal sangat.

Markah saya untuk kedai ni: 9.5/10. (Tapi disebabkan sangat ramai orang, memang tak ada penjarakan sosial kat sini)

Taman Rekreasi Gunung Lang

Lepas makan kat New Hollywood, kami ke Taman Rekreasi Gunung Lang. Area ni terletak di sekitar Gunung Lang (gunung batu kapur), ada tasik, air terjun, dan gua. Untungnya orang Ipoh, hujung minggu boleh jalan-kalan kat taman rekreasi cantik macam ni.

Dekat taman tu, korang boleh naik bot untuk menyeberangi tasik. Bayar RM3 je sorang. Ada watch tower, ada rumah tradisional mini untuk bergambar, dan ada mini zoo (rusa, burung unta, emu, merak, etc2).

Taman Rekreasi Gunung Lang


Kami spend dalam sejam lebih kat sini, tapi terasa macam sekejap je. InsyaAllah kalau ada rezeki nak pergi lagi.

Mural @ Ipoh

Sekarang ni dah jadi macam trend pulak diorang lukis mural cantik-cantik kat bangunan lama-lama. Ingatkan dulu, benda ni ada dekat Melaka dan Pulau Pinang je. Rupanya dekat Ipoh pun banyak.

Kalau korang ada banyak masa, boleh la jalan-jalan sambil mural-hunting. Tapi kami tak sempat nak cari semua. Kami cuma pergi bergambar dengan mural di Concubine Lane dan berhampiran Majestic Hotel. Mural nya sikit je, tapi kami spend punya lama ambil gambar. Hahah. 

Mural sekitar Concubine Lane


Nasi Ganja Kedai Kopi Yong Suan

Okay yang ni saya tak faham apa yang istimewa sangat. Maybe saya yang salah order ke? Saya nampak diorang tulis "Perniagaan Nasi Kandar Ayam Merah. Tidak Mempunyai Cawangan di Mana-Mana." Orang beratur PANJANG gila. Lagi panjang daripada kat New Hollywood. Saya spend dalam 30 minit kot beratur waktu tengahari dengan harapan nak makan sedap.

Lepas dah sampai ke kawasan kaunter, baru nampak signage suruh ambil nombor kalau nak makan di kedai. Rupa-rupanya line yang beratur panjang tu untuk orang nak tapau je! Berapi aku masa tu. Line untuk menunggu makan kat kedai lain pulak, kena ambil nombor, lepas tu tunggu giliran dekat lorong kecil sebelah kedai tu. Restoran tu memang kecil, so zaman PKPP, lagilah kurang kapasiti. Membazir sejam lebih kat situ.



Berbaloi ke? Tak. Bagi saya rasa nasi ganja tu sama je dengan nasi dengan kuah kari kat kedai biasa. Bukan lah nak kata tak sedap, tapi saya tak perlu beratur panjang dengan peluh teruk setakat nak makan nasi macam tu. Haha. But then again, saya bukan peminat kari so memang tak impressed langsung. Satu-satunya yang saya suka ialah service laju diorang.

Markah saya untuk kedai ni: 4/10. (Honestly I don't get the hype!)

Hokkaido Ice Cream Puff

Okay, untuk menyejukkan hati saya yang tengah panas membara, jom makan aiskrim. Kedai aiskrim ni comel, klasik sangat. Ada banyak jenis perasa, dari coklat, keladi, mangga, kelapa, mint, raspberry, dan of kos, durian.

Saya beli perasa tutti frutti. Rasa macam chewing gum yang kita biasa makan waktu kecik-kecik dulu, yang jenis senang tiup buat belon tu. Kawan saya beli durian, mangga dan keladi, tapi bagi saya tutti frutti ni yang paling sedap. Hee.

Basically diorang ambik aiskrim, letak di antara roti. Harga RM4.30 satu. Durian RM5.30. Beratur lama dekat 30 min, tapi nasib baik beratur dalam kedai. Berbaloi ke? Hmm... ntah. Kalau tak perlu beratur okay kot, tapi disebabkan ramai sangat orang saya rasa macam tak worth the effort pun. Bagi saya rasa dia biasa-biasa je, cuma jadi femes sebab viral kot. Hmm.

Tutti frutti paling fotogenik. Lol

Markah saya untuk kedai ni: 5.5/10.

Greentown Dimsum Cafe

Disebabkan tak sempat nak makan dimsum, kami tapau je. Petang tu dah nak gerak ke Kuala Kangsar. Kedai ni memang famous, nak makan kena beratur jugak. Harga pun boleh tahan. Bersedia untuk spend dalam RM20 sorang kalau nak makan sampai kenyang.



Sedap ke dimsum kat sini? Actually okay la. Saya dah makan kat sini dua kali. Cuma ada sesetengah dimsum yang diorang letak daun ketumbar. Bluekk. Siew mai, macam biasa memang sedap (ada ayam, udang, seaweed). Pau pun sedap. Fried mini burger tak sedap (berminyak). Fried prawn dumpling pun tak sedap (berminyak sangat, doh tebal, tak crispy). Sos dimsum kat sini sedap, maybe itu pun antara punca tempat ni terkenal kot, sebab ada sesetengah tempat yang sos memang out.

Selain dimsum ada mi, nasi, dan makanan berat lain. So, kalau nak makan sampai kenyang tapi tak nak belanja banyak sangat, boleh lah order menu-menu lain ni. Hehe.

Markah saya untuk kedai ni: 7/10.

Kat mana lagi nak makan?


Sebenarnya ada banyak tempat yang saya nak pergi tapi masa tak mengizinkan. Antaranya ialah:

1. Canning dimsum

2. Mee Daud Mat Jasak

3. Nasi Lemak Ayam Kampung

4. Cafe Setinggan

5. Cendol Deen

6. Restoran Nasi Ayam Stadium

7. Suhaimi Cafe

Sekarang musim hujan, so petang-petang asyik hujan je. Susah nak makan kat tempat style gerai terbuka. Maybe lain kali boleh cover kedai-kedai ni pulak. 

Bagi saya Ipoh memang best. Dia tak sefemes Pulau Pinang dan Melaka, tapi ada tarikan old-school yang sama, cuma kurang crowded dan pemandu di sini berhemah kalau nak dibandingkan dengan Pulau Pinang. Hehee. Selain tu, Ipoh dikelilingi oleh gunung batu kapur. View cantik. Dah la dekat dengan theme park macam Lost World of Tambun. Ada hotsprings. Bestnya. Maybe satu hari nanti boleh consider pindah ke Ipoh. Hahah.


Orait itu saja kali ni. Perjalanan kami diteruskan dengan makan buah dan mandi sungai dekat kampung saya di Lenggong. Kampung Kuak dan Kampung Luat. Pernah dengar tak? Kampung saya cantik, tapi sekarang dah nak start jadi tempat orang datang melancong. Expected la kan, area Lembah Lenggong dah diiktiraf jadi UNESCO World Heritage Site. Lagipun ada banyak sungai dan air terjun yang bersih. Ada tasik. Ada gunung. Cantiknya kampung saya.

Sungai tepi rumah nenek saya


Tapi yang tu kita cerita lain kali (kalau rajin). Kbai. Semoga bermanfaat~


2 comments:

  1. Menarik juga kedai2 makan kat ipoh ni rupanya ya. Zhi org perak dan selalu ke ipoh tapi rasa macam tak ada apa yg menarik je. Kalau ke pusat bandar pun makan kt jusco. hahaha. ape lah zhi ni..

    Btw, thanks for the info.
    Looking forward untuk cerita seterusnya.

    Jaga diri ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Ipoh memang menarik :)

      Hehe, biasalah tu, kalau orang tempatan memang kurang explore tempat sendiri. Saya pun macam tu. Lain kali Zhi boeh try jugak, harap2 kena dengan selera. Take care~

      Delete