Friday 24 January 2020

Perjalanan Mencari Meteor

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Empat minggu lepas artikel tentang Quadrantids meteor shower viral kat Facebook. Katanya antara 4-5 Januari 2020, kita dapat melihat 'pancuran meteor' a.k.a meteor shower Quadrantid dari jam 11pm 4 Januari hingga 7am 5 Januari. Berbekalkan maklumat ni, saya pun dengan semangatnya plan trip meteor-hunting.

Stargazing




Tapi sebelum saya membebel lebih lanjut, korang tahu tak Quadrantids meteor shower tu apa?

Meteor shower


Meteor juga dipanggil tahi bintang atau 'shooting star', bak kata omputeh. Terjadi apabila meteoroid memasuki atmosfera bumi dan terbakar. Meteor shower ni terjadi apabila sekumpulan meteoroid (biasanya dari punca yang sama, eg: komet atau asteroid) masuk ke atmosfera bumi beramai-ramai. Biasanya diorang akan muncul di kawasan langit yang sama.

Contohnya, meteor shower Eta Aquarids dan Orionids berpunca daripada serpihan yang terhasil semasa komet Halley lalu kat orbit Bumi. Serpihan ni takkan gerak ke mana-mana, sebab kat angkasa kan takde angin, takde air. So dia duduk je situ diam-diam. Setiap tahun bila Bumi lalu kat kawasan dia duduk tu, serpihan-serpihan ni (ie: meteoroid) akan masuk ke atmosfera Bumi, terbakar dan menghasilkan meteor shower yang cantik.

Meteor shower ada banyak kali setiap tahun. Ada Perseids, Geminids, Leonids, etc. Biasanya, yang paling meriah dan terkenal ialah Perseids dan Geminids. Tahun ni, Perseids akan muncul pada 12-13 Ogos, dan Geminids pada 13-14 Disember. So, mark you calendar! Ada kawan saya tengok di Kota Belud nampak sampai 150+ lebih meteor. Fuhh.

Untuk memudahkan korang, ini ialah senarai meteor shower yang korang boleh tengok sepanjang untuk 1 tahun yang seterusnya:


  • 22-23 April: Lyrids
  • 5-6 Mei: Eta Aquarids
  • 12-13 Ogos: Perseids
  • 8-9 Oktober: Draconids*
  • 21-22 Oktober: Orionids
  • 17-18 November: Leonids
  • 13-14 Disember: Geminids*
  • 22-23 Disember: Ursids
  • 3-4 Januari 2021: Quadrantids*

Nama meteor shower adalah berdasarkan pada buruj di mana meteor shower ni akan muncul. Contohnya, meteor shower Lyrids akan muncul berhampiran buruj Lyra. Meteor shower Aquarids pula akan muncul berhampiran buruj Aquaria. Quadrantids dianamakan sempena buruj Qudrans Muralis yang sekarang ni dah 'tak wujud'. Tapi kalau korang nak senang, download je apps Sky Map. Kat situ diorang boleh tunjukkan kat mana sebenarnya meteor shower ni akan muncul.

Screenshot daripada Sky Map apps

Dalam senarai kat atas tu, yang mana korang nampak tanda * merujuk kepada meteor shower yang akan jatuh pada tarikh dekat-dekat hujung minggu. Geminids dan Quadrantids (2021) jatuh pada Ahad malam Isnin. Draconids pula Khamis malam Jumaat (applicable untuk negeri yang cuti Jumaat & Sabtu je). So senang sikit buat para penghuni kota nak jalan jauh sikit mencari langit gelap jauh dari pencemaran cahaya.

Quadrantids meteor shower 




Quadrantids meteor shower biasanya boleh dilihat pada bulan Januari setiap tahun, dipercayai berpunca daripada meteoroid yang terhasil daripada pecahan asteroid beratus tahun dahulu. Setiap tahun bila bumi lalu di kawasan orbit yang ada meteroid tu, terhasillah meteor shower.

Yang specialnya, Quadrantids meteor shower tahun ni jatuh pada hujung minggu! Maka dengan excitednya saya ajak geng 2 orang untuk join trip meteor-hunting.

Katanya, meteor shower boleh dilihat dari pelbagai lokasi seperti Simpang Mengayau dan Kota Belud di Sabah, dan Ulu Yam, Kuala Selangor dan Kuala Kubu Baru di Selangor.

Pantai Jeram Kuala Selangor, tempat pilihan kami untuk tengok meteor shower kali ni

Antara tempat-tempat ni saya rasa Kuala Selangor lebih convenient kot. Ulu Yam lagi dekat, tapi situ kan banyak pokok dan dekat dengan KL, so macam tak convinced boleh nampak meteor dengan jelas. Saya nampak dalam group BBM ada yang pergi naik Bukit Broga. Meriah Bukit Broga malam tu.

Kalau korang kaya, try la target untuk tengok meteor shower dari padang pasir.  Sahara ke. Dah la langit tak berawan, pastu jauh dari pencemaran cahaya. Fuhh. Mesti masyuk!


Meteor-hunting di Kuala Selangor



Nak pergi Kuala Selangor dari KL dalam 2 jam perjalanan (bergantung pada kelajuan kereta masing-masing). Hehe. Tapi, kalau nak gerak ke Kuala Selangor tengah-tengah malam macam penat kan. So, kami decide untuk sewa hotel dan bermalam kat sana.

Tapi, alang-alang dah sampai sana, tak kan lah nak tegok meteor shower je. So kat sini saya bagi beberapa idea aktiviti lain yang korang boleh buat.

Ada apa kat Kuala Selangor?

Seperti yang korang mungkin dah tahu, Kuala Selangor ni kawasan yang terletak di tepi pantai. So, kalau korang nak makan seafood murah, boleh datang ke sini. Ada ikan fresh, ketam, dan siput sedut pun murah. Dulu zaman kecil-kecil saya ada abang dan kakak yang bersekolah kat sini. Biasanya mesti akan singgah beli siput sedut. Tapi tu dulu la. Sekarang saya dah tak makan siput sedut dah. Rasa geli. Lol.

Antara aktiviti menarik di area Kuala Selangor:

1) Bukit Melawati. Ada kesan tinggalan Kota Melawati yang asalnya dibina oleh Sultan Selangor untuk melawan tentera Belanda. Tapi lepas tu Belanda tawan dan bina rumah api kat situ.

2) Kelip-kelip Kampung Kuantan. Naik bot selepas senja untuk menikmati pemandangan kelip-kelip di kawasan bakau. Saya sebenarnya tak pernah pergi. Hehe. Tapi kawan saya kata cantik la.

3) Taman Alam Kuala Selangor. Nature park yang meliputi kawasan hutan tropika dan paya bakau. Sesuai untuk pencinta alam. Ada banyak monyet dan burung. Kawasan ni luas tau. So, be prepared. Hehe.

Paya bakau di Taman Alam Kuala Selangor


4) Sky Mirror. Kalau takde budget nak pergi South America boleh lah ke sini. Hahaha. Naik bot, pergi ke tengah laut, ada kawasan yang lapang dengan reflection cantik. Tapi hanya boleh pergi sekitar bulan penuh dan new moon. Sebab nak dapatkan paras air pasang surut yang sesuai.

5) Makan seafood di Pantai Jeram. Ini ialah aktiviti favourite saya. Kalau boleh setiap kali lalu kat sini saya nak singgah makan seafood kat Pantai Jeram. Kedai favourite saya ialah Restoran Aroma Ikan Bakar. Harga berpatutan. Sedap!

6) Mee Udang Banjir. Sebab viral kan, kami pun try. Nak kata sedap sangat-sangat tu, tak lah juga. Tapi menarik untuk dicuba.

Mee udang viral


7) Tengok sunset. Gambar sunset ni saya ambil kat Pantai Jeram. Granted, Pantai Jeram ni bukan lah pantai tercantik dan terbersih di Malaysia. Tapi sambil menunggu makanan masak, syoknya lepak tepi pantai tengok sunset.

Sunset Pantai Jeram

Orait. Sekian sahaja perkongsian kali ni. Next meteor shower bulan April. Siapa boleh berjaga malam weekdays, boleh la try tengok. :)

Till next time~



No comments:

Post a Comment