Saturday 11 January 2020

Philippines Trip Part 1 - Luzon

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Okeh. Mood rajin dah datang. So kali ni nak ceritakan pengalaman lebih terperinci kat area Luzon. Di area Luzon, saya pergi ke Manila dan juga Banaue.

Batad Rice Terrace, Banaue



Luzon ialah pulau di bahagian utara Filipina. Di sinilah terletaknya Manila, ibu negara Filipina. Bahasa utama penduduk di pulau ni ialah Tagalog. Tapi ada juga pelbagai suku etnik yang ada dialek diorang sendiri. Bahasa lebih kurang sama, tapi ada sedikit perbezaan. Seperti di Banaue, bangsa Ifaguo ada bahasa diorang sendiri. Tapi kebanyakan Filipino boleh cakap English. So takde masalah sangat pun nak berkomunikasi.

Manila


Saya sampai di Manila Airport sekitar 12pm, hari Jumaat. Boleh tahan ramai juga orang beratur di imigresen. Kami ada nampak kaunter khas untuk ASEAN. Saya ingatkan, diorang akan buka lah kaunter tu sebab waktu tu SEA Games tengah berlangsung. Kena la friendly sikit kan, kasi fast-track pada jiran tetangga. Tapi takde. Haha. Beratur je la dengan semua pelancong lain.

Kat airport, kawan saya beli SIM Card. Harga 1000 peso (dalam RM85), 1GB data/day, valid untuk 1 bulan. Data memang banyak, dia tak habis pakai pun. Saya pulak dah memang beli simcard Flexiroam X masa 11.11 sale, ada 70% off. Harga asal USD79. Saya dapat USD29 selepas diskaun (harga termasuk shipping). Boleh pakai di macam-macam negara, valid untuk 5 bulan, tapi ada 3GB data saja. Hehe. Saya target nak pakai di Filipina, Kazakhstan, Uzbekistan, dan Kyrgyzstan.

Manila Airport, Arrival Hall


Dari Airport ke Bandar

Sebenarnya dari Manila Airport boleh naik bas untuk ke bandar Manila. Harga memang murah je. Tapi, kami malas nak fikir panjang. Haha. Kami ambil Grab untuk ke hotel yang terletak di area Sampaloc, harga 707 peso + 35 peso untuk tol.

Saya ada baca dulu, teksi pun lebih kurang macam tu harganya. Ada dua jenis teksi, teksi putih dan teksi kuning. Teksi kuning ni memang khas untuk airport. Teksi putih ni macam teksi biasa di Manila. Teksi kuning mahal sikit daripada teksi putih, tapi saya baca review teksi kuning lebih bagus, kurang kes pemandu teksi yang cuba untuk naikkan harga. Tapi dua-dua pun teksi bermeter. Teksi kuning start dengan harga 70 peso +  4 peso increment. Kalau teksi putih, start dengan 40 peso + 3.5 peso increment. Increase setiap 300 meter lebih kurang, tapi kalau traffic jam akan naik lebih cepat la.


Hotel di Manila

Saya book hotel murah je. Dormitels.ph Espana, dalam RM60 semalam. Kami takkan tidur pun, sebab malam yang sama tu kami akan gerak ke Banaue terus. Ambil hotel just untuk mandi dan letak luggage. Hotel ni terletak dekat dengan stesen bas Ohayami, jadi sangat convenient. Area hotel pun ada banyak kedai dan restoran, sebab area ni ada universiti. 7-Eleven pun ada. Yang tak syoknya masa saya kat sana wifi diorang ada problem, so tak boleh pakai pun.

Dormitels.ph Espana. Simple dan kecik je. Tapi at least ada air-cond yang sejuk!

Disebabkan lokasi hotel ni dekat dengan setsen bas Ohayami, saya ada book hotel yang sama selepas balik dari Banaue. Dan untuk memudahkan hidup, saya decide untuk tinggalkan luggage kat hotel tu saja. Diorang ada storage tersembunyi kat bawah tangga. So saya tinggal beg kat situ hampir 3 malam la. Alhamdulillah beg selamat je.

Kelebihan hotel ni ialah, staff kat sana memang friendly. Cuma dari segi keselesaan bilik, memang so-so je la. Nama pun hotel murah. Kebersihan pun tak berapa bagus. Ada habuk-habuk sikit, pastu kat bilik air macam tak cukup sental. Tapi not bad la. Saya still akan recommend hotel ni untuk orang yang nak ke Banaue.


Jalan-Jalan Manila

Lepas check-in, solat dan makan, kami nak ke Intramuros. Plan asal nak naik Grab lagi. Tapi... try dekat 20 minit tak dapat jugak Grab. Last-last ambik tricycle dengan harga 250 peso untuk ke Fort Santiago. Di kawasan luar hotel tu memang ada tricycle yang sentiasa menunggu customer. Harga lebih kurang sama jugak kalau ambil Grab. Maybe sebenarnya harga tu mahal. Tapi malas nak tawar menawar dan fikir panjang. Masa tu matahari masih panas memancar. Lol. Kalau jalan dalam sejam jugak tu. Tak sanguppp.

Tapi keputusan naik tricycle ni sangat lah tak bernas. Boleh pulak driver kitorang tu SESAT. Nak pergi Intramuros kot, tempat pelancongan terkenal. Saya bagitahu nak pergi Fort Santiago pun dia tak tahu. Adoii la. Sesat lama pulak tu, dalam 20 minit pusing, siap stop beberapa tempat untuk dia tanya jalan. Sesat sampai ke area Chinatown Manila dah. Last-last saya buka navigation pakai Google Map. Adoi. Yang geramnya dia tak nak mengaku awal-awal dia tak tahu jalan. Hangguk je. Dah dalam perjalanan tu baru dia kata dia tak tahu kat mana Fort Santiago tu. Dah sampai kat Fort Santiago, boleh pulak dia mintak 50 peso extra sebab dia kata dah pusing banyak. Hampes. Memang jangan harap saya nak bagi.

Nak pesan sikit. Kat Manila ni traffic jam dia memang dahsyat. Bukan calang-calang. Kalau tengah peak hour tu, jangan berangan la nak dapat Grab. Kalau dapat naik Grab pun, jangan berangan la dapat sampai cepat. Saya ada jumpa sorang expat yang tinggal di Manila, dan dia cakap, kalau after 4pm hari Jumaat, memang dia akan expect untuk tunggu 3 jam untuk dapatkan Grab. So, kalau korang nak sampai airport sebelum pukul 9 malam, nak selamat pukul 4 petang kena cari Grab dah ye.

Traffic rush at around 6pm. Hee


Intramuros

Perkataan 'Intramuros' ni berasal dari bahasa Latin. Intra = dalam. Muros = dinding/kubu. Kawasan ni merujuk kepada walled city yang dibina semasa zaman penjajahan Sepanyol.

Ada sangat banyak tempat untuk dilawati kat sini. Tempat ni besar, kalau jalan kaki memang penat sebenarnya. Saya spend dalam 1 jam je jalan-jalan kat sini, tak larat nak pusing semua. Sepanjang saya di sana, memang sangat ramai orang approach untuk offer guided tour naik tricycle diorang. Ada yang offer 300 peso. Sebenarnya harga tu memang murah. Tapi masa tu tengah emosional dengan pemandu tricycle sesat yang try nak rip off saya, so malas nak layan diorang. Hehe.


1. Fort Santiago

Fort Santiago

Entrance fee: 75 peso
Highlight: Rizal Shrine, kubu Fort Santiago yang dah berumur hampir 500 tahun

Fort Santiago dibina tahun 1571, di kawasan yang dahulunya adalah pelabuhan orang tempatan yang dah dikalahkan oleh Sepanyol. Kalau ikutkan A Famosa lagi tua, dibina dari tahun 1511. Tapi Fort Santiago lebih well-preserved, maybe sebab kubu ni telah digunakan terus menerus. Selain Sepanyol, pihak British, Amerika dan Jepun juga pernah menggunakan Fort Santiago at some point of their occupation. Tapi kalau dah namanya kubu tu, semestinya pernah dimusnahkan semasa perang. Binaan yang ada sekarang ni bukan semuanya wujud sejak 1571.

Fort Santiago ialah attraction site kegemaran saya di Manila. Kat dalam area Fort Santiago ada satu taman kecil dengan air pancut, sangat best untuk jadi tempat lepak. Dari sini boleh ambil gambar berlatarbelakangkan Manila Cathedral.

Air pancut & Manila Cathedral

Kalau nak kenal dengan Jose Rizal, boleh pergi ke Rizal Shrine. Saya rasa ramai orang Malaysia kenal Jose Rizal. Muka hensem dia terpampang dalam buku sejarah kita. Hehe. Dalam muzium kecil ni korang boleh baca pasal family dia, education, dan events leading to his death. Apparently Rizal Shrine ni dibina di kawasan penjara yang dahulunya tempat dia dikurung sebelum dihukum bunuh.

Jose Rizal (1861 - 1896) ialah hero orang Filipina. Dia ni bukannya ada terlibat secara direct dengan aktiviti serangan terhadap penjajah Sepanyol pun. Jose Rizal ialah seorang ophthalmologist, bukan freedom fighter. Tapi dia menulis buku-buku yang menjadi inspirasi semangat nasionalisme untuk menjatuhkan penjajah. Disebabkan tu, Jose Rizal akhirnya ditangkap dan dijatuhkan hukuman mati pada umur 35 tahun.

Kalau rajin boleh panjat dinding kubu untuk tengok pemandangan panorama Manila dan Sungai Pasig. Tapi takde la cantik sangat pun. Lol. But still worth the effort. Bukannya tinggi pun dinding kubu tu.


2. Manila Cathedral & Plaza Roma


Manila Cathedral

Entrance fee: Percuma
Highlight: Manila Cathedral yang cantik, dengan senibina dari Itali

Dulu masa zaman Sepanyol memerintah, Plaza Roma ni boleh dikatakan city center la. Kat sini ada city hall, bangunan pentadbiran, dan juga gereja utama.

Manila Cathedral sangat cantik. Tapi ni bukan bangunan asal yang dibuat pada tahun 1571. Bangunan asalnya dah musnah dek perang dan juga gempa bumi. Bangunan yang ada sekarang dibina pada tahun 1958.

Kalau nak tengok gereja autentik yang memang dah dibina sejak zaman pemerintahan Sepanyol, pergi ke Gereja San Augustin. Tempat ni dah diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage Site, dibina pada tahun 1600-an. Tak jauh pun, jalan dalam 100 meter je lagi dari Manila Cathedral.


3. Light and Sound Museum

Entrance fee: 1500 peso per show, minimum 10 orang
Highlight: Sejarah Filipina yang ditunjuk dalam bentuk persembahan bunyi dan lampu

Hee. Sebenarnya saya tak dapat tengok pun show ni. Tapi memang muzium ni masuk bucket list la. Ramai yang dah pergi kata show dia best. Diorang hanya akan buat persembahan kalau ada minimum 10 orang, dan harga satu show ialah 1500 peso. So kalau ada 10 orang bayar 150 peso sorang. Saya ada la cuba nasib pergi ke muzium tu, kalau-kalau ada orang lain nak tengok show juga. Malangnya tak ada. Sigh.


Banaue

Beautiful rice terraces of Banaue :)

Banaue ialah kawasan pergunungan yang terletak di kawasan pedalaman pulau Luzon. Area ni terletak di Ifaguo, di Wilayah Pentadbiran Cordillera, yang meliputi kawasan utara pedalaman Luzon dengan pergunungan Cordillera Central.

Kawasan ni terletak kira-kira 370 km ke arah utara dari Manila. Kalau kat Malaysia ni, 370 km lebih kurang jarak dari KL ke Pulau Pinang. Naik bas dalam 5 jam kot. Tapi bas dari Manila nak ke Banaue ambil masa 10 jam lebih ye. Hehe. Diorang takde highway macam kat sini. So bertabahlah.

Kawasan Ifaguo memang terkenal dengan rice terrace. Kawasan ni berbukit bukau, tapi orang tempatannya nak makan nasi, maka lereng-lereng bukit di sini dah dipahat untuk membentuk teres-teres padi yang katanya telah dibina sejak 2000 tahun dahulu. Kalau korang datang sini, baru korang dapat menghayati betapa hebatnya orang zaman dulu yang telah bina rice terrace ni pakai peralatan bukan moden. Takde mesin. Takde jentera. Hanya dengan kegigihan dan ketabahan. Huhu.

Kat sini memang banyak sangat teres padi. Antara banyak-banyak ni, yang paling terkenal ialah Banaue rice terrace. Kalau korang tengok duit 20 peso, di belakangnya ada gambar Banaue Rice Terrace, dengan tertulis ayat "UNESCO World Heritage Site". Tapi jangan tertipu. Rice terrace di pekan Banaue tak diiktiraf oleh UNESCO, sebab kata diorang dah ada terlalu banyak bangunan konkrit, dan ada banyak pembangunan. Tapi area ni masih lagi dalam senarai khazanah negara Filipina. Kalau tengok duit 20 peso diorang, korang akan jumpa gambar Banaue rice terrace.

Ada lima Rice Terraces of Philippine Cordilleras yang telah diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage Site.

1. Nagacadan rice terrace di daerah Kiangan
2. Hungduan rice terrace
3. Mayoyao rice terrace
4. Bangaan rice terrace
5. Batad rice terrace

Dua daripada lima rice terrace ni terletak di daerah Banaue, iaitu Bangaan dan Batad rice terrace. Cuma 45 minit drive dari pekan Banaue.


Cara nak ke Banaue

Setahu saya sekarang ada 2 syarikat bas yang ada buat perkhidmatan bas ke Banaue dari Manila: Ohayami dan Coda Line. Saya naik dengan Ohayami, sebab syarikat ni lebih terkenal dan mudah nak beli tiket secara online. Masalahnya, selalunya diorang ada satu bas je sehari.
  • Manila ke Banaue: 10pm
  • Banaue ke Manila: 7pm
Kalau peak season, ada bas tambahan, contohnya ada juga bas jam 9pm dari Manila ke Banaue dan bas 6.30pm dari Banaue ke Manila. Harga tiket ialah: 540 peso, dan ada service fee 67 peso kalau beli online melalui website diorang: ohayami.trans 

Stesen bas Ohayami di Sampaloc, Manila

Sila take note ya, tempat turun dan tempat naik bas di Banaue tak sama. Kalau tak pasti tanya je orang kat sana. Saya pun nak explain susah sebab bukannya ada stesen bas specific pun. Kalau stay di Banaue senang. Turun bas je terus ada staff dari accomodation datang jemput. Pergi naik bas pun diorang tolong hantar.


Accomodation di Banaue

Banaue ni besar jugak sebenarnya. Pilihan popular ialah sama ada tinggal di area pekan Banaue, atau di Batad. Saya taknak duduk di kawasan yang terlalu terpencil, so saya pilih untuk tinggal berhampiran Banaue, iaitu di Banaue Homestay.

Banaue Homestay

Bagi saya ni accomodation kami yang paling awesome kat Filipina!

Saya book pakai Agoda, harga satu malam RM44 je! (Harga untuk bilik double bed tak menghadap rice terrace, dengan kongsi bilik air). Banaue Homestay ni penjaganya ialah perempuan. Nama dia Beatrice, panggil Bea je. Kalau nak contact dia boleh email: beatrizbandao@rocketmail.com.

Dia ni sangat friendly, senyum je memanjang. Dah la tak berkira. Kalau ikutkan check-in kan selepas jam 2pm. Tapi masa saya sampai tu, dalam pukul 9am, dia terus je bagi masuk bilik. Saya duduk semalam je, so hari kami check-out tu, memang kami tinggal beg dekat dalam homestay je, dan dia siap bagi tuala baru untuk kami mandi-manda lepas balik daripada hiking masa hari ke-2.

Makanan pun okay. Nak air panas ke, air suam ke, mintak je. Tapi dia ada serve pork tau. So eat at your own discretion. Nak selamat tu order je la telur rebus. Sah-sah takde goreng pakai kuali campur dengan pork. Hehe.

Dari segi harga makanan, biasanya akan bayar dalam 50-100 peso, bergantung korang makan apa. Kalau setakat telur + nasi + coffee tu 50 peso je. Malam last sebelum balik Manila tu saya rasa bosan sangat makan telur, so saya order ikan tilapia goreng. Kat sana banyak orang ternak ikan tilapia kat dalam rice terrace diorang.

Pemandangan sambil sarapan. Awesome sangat kan ;)

Untuk orang-orang yang betul-betul nak menghayati Batad rice terrace, korang boleh tinggal di Batad. Tapi, nak ke Batad jauh, kena naik jeepney atau hire tricycle. Jeepney hanya ada sekali sehari, dan dia gerak petang, lepas orang kampung dah habis membeli belah kat pekan Banaue (dalam jam 2pm). Ada travel blogger kata jeepney pagi pukul 8am pun ada, tapi guide kami kata ada petang je. So saya pun tak pasti la jeepney pagi tu ikut musim ke apa.

Hampir semua travel blog yang saya jumpa recommend untuk ke Batad, dan ambil pengalaman untuk bermalam kat sana. Tapi saya tak nak. Kat Batad takde signal telefon. Eee. Bosan nanti. Hahaha. Lagipun accomodation kat sana memang jauh lebih basic daripada kat Banaue, sebab kat Batad memang sangat kekampungan. Kalau nak pengalaman "authentic", sila lah. Search je kat Agoda, ada banyak option.

Rice Terrace Tour di Banaue


Seperti yang saya sebut kat atas, kalau nak tengok rice terrace UNESCO Heritage Site punya, kena lah pergi ke Batad dan Bangaan. Memang takkan menyesal. Awesome sangat dua tempat ni. Hampir semua travel blog yang saya jumpa sebut pasal dua rice terrace ni.

Untuk tengok Batad rice terrace ni, korang sama ada perlu naik tricycle (muat untuk 2-3 orang) atau naik jeepney. Perjalanan dalam 1 jam sehala. Tricycle murah sikit, kalau dari Banaue nak ke Batad expect untuk bayar dalam 500 peso sehala, so 1000 peso untuk return. Kalau pandai tawar menawar ada yang dapat 300 peso. Kalau kongsi 2 orang, kira okay la kan.

Untuk Jeepney, kalau tak silap kena bayar dalam 2500 peso untuk sewa sebuah jeepney terus. So, kalau korang ada 5 orang, memang better ambik jeepney lah. Lebih selesa dan selamat.

Kalau di Batad, kos untuk hire guide lebih kurang 1200 peso seorang guide. So kalau ada ramai tu, untung lah sikit boleh share-share kos guide.

Selain Batad dan Bangaan yang sering disebut blogger, ada juga trip untuk ke Bogyah Hotspring. Untuk ke sini, korang akan melalui Hapao dan Baang rice terrace.

Asalnya saya ingat nak ambik tricycle je. Jalan ke market, dan cari mana-mana pemandu tricycle yang offer untuk bawa jalan-jalan kat Banaue atau Batad. Tapi pagi tu, lepas sampai dari Manila dengan keadaan tak cukup tidur untuk 2 hari berturut-turut, rasa malas betul. Haha. Maka saya ambil je pakej yang homestay kitorang tawarkan. Maybe mahal sikit la. Tapi biarlah. Lagipun kebetulan ada lagi 2 orang yang travel solo setuju nak join sama-sama untuk share kos transport dan hiking guide. So why not? :p


Day 1: Banaue Rice Terrace, Hapao Rice Terrace, Baang Rice Terrace & Bogyah Hotspring 

Teres padi di sekitar Banaue

Price: 820 peso/pax (4 pax sharing). Inclusive of jeepney, guide, entrance fee dan environmental fee.

Pada hari tu, ada 2 orang lagi pelancong yang sampai di Banaue Homestay dari Manila: Laurent dari Switzerland dan Aurora dari UK. Diorang solo travelers, dan atas persetujuan bersama, kami decide untuk share kos untuk pergi trip pusing Banaue dan rice terrace di sekitarnya.

Kami sewa private jeepney. Dan sebelum bertolak, Bea tanya soalan awesome: "Would you like to sit on the roof?"

Sebagai orang Asia yang dah pernah duduk atas bumbung keretapi, aku rasa sangat excited dan terus jawab "Yes!". Laurent kata kalau kat tempat dia memang illegal dan kena saman. Hee. Aku rasa kalau kat tengah-tengah KL pun illegal jugak ni. Tapi kalau di kawasan pedalaman Filipina, siapalah nak marah kan.

So, kami pun duduk lah atas bumbung jeepney. Yang bestnya, driver siap tolong letak kusyen dari dalam jeepney tu kat atas bumbung. Hehe. Nampak sangat diorang selalu buat kan.

Melepak atas Jeepney

Mula-mula tu memang seronok. View dari atas bumbung ofkos la lagi cantik! Pastu ramai betul budak-budak dok lambai kat kitorang. Hehe.

Kami singgah beberapa view point di sekitar Banaue. Each one prettier than the previous one. Ntah berapa ratus kali snap gambar. Dah nak tengahari tu, cuaca pun dah start panas. So kami pun masuk kembali ke dalam jeepney. Hehe.

Perjalanan diteruskan ke Kampung Hapao dan Baang. Basically dua-dua tempat ni dekat je, cuma kena merentasi sungai. Tapi kalau jalan boleh tahan lah penatnya. Dalam 3-4 jam jugak la nak habiskan satu loop.

Bogyah Hotspring ni terletak berhampiran Hapao Rice Terrace. Nak trekking ke sini diwajibkan ambil tour guide dari kalangan orang tempatan. Saya sangat-sangat berharap korang sudi ambil tour guide sebab bayaran untuk diorang tu sangat besar nilainya untuk diorang.

Bogyah Hotspring

Diorang hidup memang susah. Padi bukit diorang hanya dapat dituai sekali setahun je. Dah la hasil pun tak cukup banyak nak menampung keperluan makanan keluarga. Selagi padi tak dituai, mana ada punca pendapatan. Kalau ada pun, diorang ambil upah jadi porter untuk angkat barang. Bayaran pun setakat 100 peso untuk 1 trip.

Disebabkan Bogyah hotspring ni tak berapa terkenal, guide kami kata bukan setiap hari diorang dapat ambil upah jadi guide. Diorang ada satu persatuan yang kutip bayaran daripada pelancong, dan diorang akan bergilir-gilir untuk jadi guide kalau ada pelancong nak pergi hotspring. So guide kami sangat happy sebab kami decide nak melawat hotspring kat kampung dia.

So, kalau korang pergi Banaue, jemput lah pergi ke Bogyah Hotspring ye :)


Day 2: Batad Rice Terrace, Tapiyya Waterfall & Bangaan Rice Terrace

Batad Rice Terrace

Price: 850 peso/pax (5 pax sharing). Inclusive of jeepney, guide, entrance fee dan environmental fee.

Hari kedua, sampai lah masanya untuk ke Batad Rice Terrace yang digembar-gemburkan dalam semua blog post berkaitan Banaue. Haha.

Kali ni kami dapat kawan baru. Mario dari Sepanyol. Dia pun solo traveler dan teringin nak cut cost, so dia pun minta permission kami untuk join trip kami ni. Ofkos la kami setuju kan. Makin ramai makin murah. Eh silap. The more the merrier. Lol.

Kami punya guide kali ni kawan baik Bea. Nama dia Jheff. Kalau nak minta dia jadi guide ke Batad, boleh la visit Facebook dia: Jheff Biniahan. Dia datang jumpa kami di homestay dan kami bergerak ke Batad sama-sama. Kami bercita-cita nak gerak awal dan sampai di Batad awal pagi. Malangnya jalan jam. Kah kah. Dalam 9am baru sampai Batad.

Saya dan Jheff

Batad ni dia punya curam tu... bukan main-main. Fuhh. Awal-awal perjalanan senang la, sebab turun bukit. Nak pergi Tapiyya Waterfall pun senang, sebab turun bukit. Yang sakitnya masa nak balik, kena naik bukit curam. Waktu ni siapa yang tak fit tu rasakan lah. Hehee. All the best.

Tapiyya waterfall ni memang tinggi. Air pulak sejuk macam hapa. Saya masuk kaki sekejap je pastu terus keluar balik. Tak larat pun nak jalan ke tengah sungai untuk ambik gambar air terjun dekat-dekat sikit.

Tapiyya Waterfall

Kalau korang memang jenis fit tahap ultra marathon tu, ada satu viewpoint yang korang boleh pergi untuk dapatkan view Batad rice terrace yang katanya sangat cantik. Tapi tinggi viewpoint ni memang sayup-sayup. Lutut saya tak sanggup. Hahaha.

Lepas balik dari Batad rice terrace, kami singgah ke Bangaan rice terrace pulak. Tempat ni sangat picturesque! Ada banyak rumah tradisional orang Ifaguo. Sangat sesuai untuk bergambar lama-lama. Malangnya saya tak dapat nak turun lebih dekat. Tak sempat. Ada member yang slow sikit, dan  dalam group kami pun ada yang nak balik awal ke Banaue sebab nak pergi muzium.

Bangaan Rice Terrace


Secara personal, bagi saya trekking ke Bogyah Hotspring dan jalan-jalan tengok Banaue rice terrace lebih seronok. Hehe. Sebab tak penat sangat. Lagipun ada hotspring. Kalau korang pergi bulan Disember, lebih syok ambil gambar Banaue rice terrace sebab ada warna hijau. Kalau di Batad, semuanya coklat je sebab berlumpur, padi belum tanam.

Trekking di Batad memerlukan stamina tinggi. Permulaan trekking okay je, sebab turun bukit. Kaki start rasa sengsara masa on the way nak balik, sebab naik bukit. Sila buat training sikit kalau tak nak jadi orang last yang slow kan perjalanan group anda. Hehe.

Sementara tunggu bas untuk balik ke Manila, saya jalan-jalan di Banaue market. Saya pergi sana petang dalam pukul 5pm. Hambar, tak ada apa-apa yang menarik.

Kat Banaue ada beberapa muzium. Kalau nak boleh la pergi. Tapi Laurent dan Mario kata tak best pun, biasa-biasa je. But still worth it to go kalau korang memang ada banyak masa dan tak tahu nak buat apa.


Orait tu saja buat masa ni. Semoga bermanfaat!

No comments:

Post a Comment