Saturday, 21 December 2019

Filipina 9H8M - Itinerari, Kos dan Tips

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah kali ni berpeluang ke negara jiran, Filipina. Dah lama dah Philippines masuk bucket list saya. Ya lah kan, kalau dah thalassophile tu, mana boleh skip negara dengan beribu pulau ni. Hee. Dulu pernah beli tiket dah, tapi AA cancel flight pulak. Kali ni kesedihan terubat.

Philippines, as seen from under the sea <3


Kalau korang pay attention masa subjek Geografi dulu, korang mesti tahu yang Filipina ni terbahagi kepada 3 kawasan utama: Luzon, Visayas dan Mindanao. Ketiga-tiga kawasan ni ada majoriti etnik yang berbeza dengan bahasa yang agak berbeza. Untuk trip kali ni, saya pergi ke Luzon dan Visayas. Manila, ibu negara Filipina, terletak di Luzon. Banaue pun di Luzon juga, di bahagian utara Manila, di kawasan pedalaman. Cebu, Moalboal, Badian dan Panagsama Beach terletak di Visayas.

Peta Filipina - Credit: Google

So macam biasa, saya share sedikit sebanyak itinerari, kos dan beberapa tips.

Itinerari


Day 1: Manila - Intramuros

Sampai Manila tengahari. Lepas check in di Dormitels.ph Espana, kami jalan-jalan di Intramuros. Tengok Fort Santiago, Plaza Roma, Manila Cathedral. Nak masuk Fort Santiago kena bayar 75 peso. Dalam tu agak besar dan ada beberapa muzium, termasuklah muzium khas pasal Jose Rizal. Muzium ni dulunya adalah penjara tempat Jose Rizal pernah dikurung sebelum dijatuhkan hukuman mati.

Jam 10pm naik bas Ohayami ke Banaue. Hotel kami dekat je dengan stesen bas, boleh jalan kaki. Perjalanan dalam 10 jam lebih. Boleh beli tiket awal-awal kat website, tapi ada booking fee la. Dicadangkan book seat tepi tingkap supaya sedap sikit nak tidur.

Stesen Bas Ohayami di Sampaloc


Day 2: Banaue - Banaue, Hapao, Baang rice terrace & Bogyah Hotspring

Sampai di Banaue dah dekat 9am. Kami tinggal di Banaue Homestay. Balkoni diorang menghadap rice terrace, boleh makan sambil tengok pemandangan indah!

Pemandangan dari balkoni Banaue Homestay, sambil breakfast <3

Di homestay tu, kami berkenalan dengan Laurent dari Switzerland dan Aurora dari UK. Kami share tour yang sama, book private jeepney, guide dan bayaran konservasi untuk ke Bogyah Hotspring. Harga yang saya bayar lepas sharing ialah 820 peso seorang.

Sightseeing dari atas Jeepney! Bestnya!

Tour berlangsung kira-kira 5 jam lebih. Dari 10.30am sampai 4pm lebih. Mula-mula pusing area Banaue, menikmati pemandangan Banaue rice terrace dari atas bumbung jeepney. Lepas tu kami masuk ke daerah lain, tak ingat nama. Untuk ke Bogyah hostspring, kami merentasi Hapao dan Baang rice terrace.


Day 3: Banaue - Batad & Bangaan rice terrace, Tapiyya waterfall

Hari ni kami lawat tempat yang digembar-gemburkan sebagai UNESCO World Heritage Site. Kami disertai oleh kawan baru, Mario dari Sepanyol. So kali ni share trip 5 orang, murah sikit. Untuk private jeepney, guide, dan bayaran konservasi, saya bayar 850 peso seorang.

Kami start gerak dalam jam 7.50am. Tapi ada orang tu tertinggal barang, traffic jam, etc2... dekat pukul 9am baru sampai Batad rice terrace. Sepatutnya dalam 45 minit sampai dah.

Kami hike di Batad dalam 5 jam. Tengok rice terrace dan pergi air terjun Tapiyya. Perjalanan pergi senang sebab turun bukit. Yang sengsara ialah perjalanan balik naik bukit. Be prepared. Lol.

The amphitheatre-like rice terrace of Banaue

Lepas tu kami singgah jap kat Bangaan rice terrace. Keistimewaan Bangaan ialah kat sini ada banyak rumah tradisional orang Ifaguo yang dibuat daripada kayu dengan atap daun.

Tour habis pukul 3.30pm. Saya jalan-jalan jap kat Banaue market. Laurent dan Mario pegi muzium. Pukul 7pm saya naik bas balik ke Manila. 10 jam lagi perjalanan. Haih.


Day 4: Manila to Cebu

Travel day. Sampai di Manila awal pagi, dalam 5am. Saya dah book hotel yang sama, Dormitels.ph Espana. Kami mandi dan tidur sekejap, lepas tu checkout dan gerak ke Manila Domestic Airport, Terminal 4.

Flight kami delay 3 jam lebih. Argh. Tak sempat buat apa-apa kat Cebu City.


Day 5: Canyoneering at Kawasan Waterfall, Badian

Saya ambil pakej ni dari Klook. Harga boleh tahan mahal la, sebab ambil private trip. RM582.10 untuk 2 orang. Kalau makin ramai, makin murah harganya. Tapi kami berdua je. Tapi yang bestnya dengan trip ni diorang akan pick up kita direct dari Cebu city dan drop off di Cebu city juga. Atau korang boleh pilih untuk drop off di mana-mana tempat berhampiran, seperti Moalboal.

Gerak pukul 5.30am dari Cebu City untuk ke Badian. Sampai di ofis canyoneering dalam pukul 8.30am. Salin baju, lepas tu terus gerak ke tempat permulaan trek dengan menaiki motor @ habal-habal.

Ada briefing sikit, lepas tu korang ada 2 option: 1) Jalan sendiri ke area sungai, dalam 45 minit berjalan naik bukit dengan jarak 1km. 2) Naik zipline terpanjang di selatan Cebu, merentasi jarak 1km dalam 1 minit lebih je.

Saya ambik option zipline. Bayar dalam RM40 (dah termasuk dalam harga pakej). Yang ni boleh jimat masa dan tenaga. New experience pulak tu. Sangat-sangat worth it!

Masa canyoneering, ada 7 lompatan yang korang boleh buat. Paling rendah 1 meter, paling tinggi 14 meter. Saya buat 6 lompatan, lompatan paling tinggi yang saya buat ialah 12 meter. Lompatan 1 meter tu saya skip. Hehe.

Lompatan 10 meter di Kawasan Fall

Lepas tu kami gerak ke Moalboal, dan check in kat Savedra Beach Bungalow, Panagsama Beach, tempat tinggal kami untuk 3 malam.


Day 6: Sardine run at Panagsama Beach, Moalboal

Selepas berhari-hari tak cukup tidur dengan jadual yang packed, saya decide untuk chill je hari ni. Bangun pun lewat sikit la, dalam 8.15am baru keluar bilik jalan-jalan.

Di Moalboal, saya tinggal di beach bungalow yang terletak betul-betul di Panagsama Beach. Bilik menghadap laut, dan kalau snorkeling pun dalam 20 meter je nak sampai ke area drop-off yang ada beribu-ribu ikan sardin! Pengalaman berenang dengan ikan sardin yang begitu banyak macam ni memang sangat best!

Sardines, as far as your eyes can see! <3

Saya bawa snorkel dan mask sendiri, so tak ada apa-apa kos pun untuk saya pergi tengok sardine run. Nak tengok berpuluh-puluh kali pun boleh, yang penting kena ada stamina untuk berenang ke sana. Tapi kalau tak ada equipment, boleh sewa. Kawan saya dulu, dia bayar 400 peso untuk snorkel + mask + life jacket dan guide yang tolong jaga dan bawa dia ke area drop-off.


Day 7: Diving day!

Tak sah lah kalau datang Philippines tak menyelam kan. Apa kes. So selepas bermalas-malasan untuk sehari, saya pun pergi diving. Ambil 2 dive dengan Amigos Dive Center, betul-betul depan bilik yang saya stay.

Harga diorang ni murah sikit. 1400 peso/dive, termasuk semua equipment (mask, BCD, regulator, fin, weight) dan juga marine park fee. Murah berbanding beberapa company lain yang saya survey. Biasanya kalau shore dive murah sikit, tapi kat tempat ni sama je harga boat dive dengan shore dive. Kalau ambil 3 dive terus, ada diskaun, so 3900 peso/3 dive. Jimat la dalam 300 peso.

Saya dive di Pescador Cathedral dan Tongo Point. MasyaAllah air jernih betul, visibility excellent! Coral healthy dan berwarna-warni. Teringat drop-off point dekat Sipadan. Macam ni la lebih kurang perasaan dia. Kagum. Dekat Tongo Point nampak electric clam. First time saya nampak spesis diorang ni.

Fefeeling cave diving di Pescador Cathedra dive site


Day 8: Moalboal to Cebu City

Tibalah masanya untuk balik ke Cebu City. Pagi tu lepak puas-puas tengok laut, dan pergi berurut. Whole body massage with aloe vera harga dia 400 peso (1 jam). Kenapa lah tak ada body massage with LMS ke, ketoprofen gel ke.. hehe. Lepas check out pukul 12pm terus gerak ke Cebu City. Naik tricycle 120 peso dari Panagsama Beach ke pekan Moalboal (share 2 orang, so 60 peso sorang). Lepas tu bayar 156 peso untuk bas dari Moalboal ke Cebu South Terminal.

Di Cebu City kami stay ni Express Inn Osmena Boulevard. Masa kami sampai sana, Cebu City dilanda ribut! Ada flash flood, dan bilik hotel kami bocor! Haha. Kelakar pun ada bila fikir balik. Syukurlah dapat tukar bilik dan diberi bilik yang lagi best. Hee.

Malam tu kami jalan-jalan di night market kat Colon Street. Ala-ala uptown la. Banyak jual baju, barang elektronik murah. Tapi souvenir untuk tourist tak banyak. Kecewaaa. Ada la jumpa 1 gerai yang jual fridge magnet & keychain, dan 1 gerai yang jual t-shirt souvenir.

Cebu Night Bazaar, Colon Street


Day 9: Jalan-jalan Cebu City & balik KL

Kami keluar awal sebab tak nak panas. 7am dan start jalan. Pergi tengok Magellan's Cross, Basilica De Santo Nino dan Fort San Pedro. Nak masuk Fort San Pedro kena bayar 30 peso. Kat situ nanti korang akan dapat perkhidmatan tour guide percuma daripada student universiti yang volunteer. Best!

Fort San Pedro

Lepas check out hotel, kami tinggalkan luggage di hotel dan berjalan kaki ke Museo Sugbo (kira macam Muzium Negeri Cebu la). Malangnya muzium tutup sebab diorang buat sambutan krismas untuk staff. Haha. So saya tukar plan dan pergi ke Casa Gorordo Museum (bayaran masuk 70 peso, kalau tak silap).


Kos


Untuk mengelakkan sakit kepala dan kekecewaan, saya book siap-siap tempat tinggal, tiket bas Banaue dan aktiviti Canyoneering. So yang ni semua dibayar dalam RM dengan menggunakan exchange rate bank card.

Flight & transport

  • AirAsia Flight KUL - MNL: RM 444 (termasuk baggage 20kg + makanan)
  • AirAsia Flight MNL - CEB: RM 142.31(termauk baggage 20kg + makanan)
  • AirAsia Flight CEB - KUL: RM 389.82 (termasuk makanan + cukai penerbangan keluar dari Philippines)
  • Ohayami Bus Manila - Banaue: RM 49.82
  • Ohayami Bus Banaue - Manila: RM 49.88

Accomodation (harga untuk 2 orang)

  • Dormitels.ph Espana (1 malam): RM 60.29
  • Banaue Homestay (1 malam): RM 43.72
  • Dormitels.ph Espana (1 malam): RM 64.24
  • RedDoorz Plus @ Jones Avenue (1 malam): RM 98.87
  • Savedra Beach Bungalows (3 malam): RM 406.84
  • Express Inn, Osmena Boulevard (1 malam, with breakfast): RM 100.06

Activities


  • Kawasan Fall Canyoneering + Zipline + Transport: RM 291.05



Bayar di Philippines


  • Tour Banaue + Bogyah Hotspring: 820 peso
  • Tour Batad + Bangaan Rice Terrace: 850 peso
  • Diving: 1400 peso/dive x 2 dive = 2800 peso
  • Bas Moalboal - Cebu: 156 peso


Kos makan sangat-sangat berbeza, bergantung pada area mana korang berada. Contohnya, kalau di bandar besar macam Manila atau Cebu, boleh dapat nasi + lauk sotong goreng tepung harga 100 peso. Kalau di Panagsama Beach area, bersedialah untuk bayar sekitar 300 peso untuk menu yang sama.

Sotong sekor & nasi (300 peso) + mango smoothie sedappp (75 peso)

Kos naik Grab dari/ke Airport sangat bergantung pada masa dan keadaan trafik. Contohnya, dari Airport Cebu nak ke bandar kami bayar 376 peso (waktu tu dah malam, jalan takde jam). Dari Cebu city nak ke Airport, kami bayar 707 peso (waktu petang dan jam teruk). So, on average prepare la 500-800 peso kalau nak naik Grab untuk perjalanan ke airport. Of course, bas pun ada. Tapi kami tak study pasal bas. Kali ni travel bawa luggage berat, malas nak jalan banyak. Hehe.

Kos naik tricycle sangat bergantung pada keupayaan korang untuk tawar menawar. Kalau pandai tawar tak sampai 100 peso pun boleh dapat untuk perjalanan dekat-dekat. Saya bayar 120 peso dari Panagsama Beach ke Moalboal. Saya baca ada yang dapat 100 peso, tapi memandangkan masa tu kami masing-masing bawa beg besar 2 biji, saya rasa harga tu reasonable. Haha.


Tips


1. Makanan Halal

Di Cebu dan Manila boleh cari kedai halal. Boleh check list ni untuk Manila. Atau check kat sini untuk Cebu area. Tapi bagi saya list tu tak berapa membantu. Lokasi kedai halal banyak yang jauh daripada tourist site. Kalau nak ke sana, nak naik Grab pun susah, sebab kadang-kadang Grab kat sana tak reliable. Suka hati je diorang cancel booking. Ada jugak kedai yang dah tutup permanently. Dan, ada kedai yang tutup awal daripada apa yang tertulis di website. Contohnya, Ama's Choice Halal Food tu kata tutup pukul 8pm, tapi masa saya pergi pukul 6pm kedai tu dah tutup. Cis.

Kalau tak ada kedai halal pun, ada kedai yang cuma jual seafood, so okay lah sikit makan kat situ. Kalau area Manila dan Cebu city, tak susah kot nak cari kedai yang jual seafood saja. Kalau rasa restoran tu jauh sangat, boleh order pakai Grabfood.

Di Banaue, saya tak jumpa kedai makanan halal pun. Kabanyakan kedai ada jual pork juga. Saya mostly order telur sahaja. Kalau nak lebih yakin, order lah telur rebus. Tapi lama-lama muak jugak makan telur. Hari terakhir di Banaue saya order ikan tilapia. Penat makan telur. Huhu.

Menu 'vegetarian' di Ven'z Kitchen

Di Panagsama Beach, horror sikit bab mencari makanan. Dah la makanan kat situ mahal gila. Kami ada makan di Ven'z Kitchen. Recommended by HalalZilla website. Tapi, still ada jual pork. Cuma diorang ada "vegetarian option" yang ada campur telur. Kalau nak harga murah sikit, boleh pergi ke pekan Moalboal. Kalau korang ramai boleh la share-share kos naik tricycle. Kalau tak, makan je la apa yang ada kat Panagsama Beach tu. Saya ada try juga makan di gerai bernama "Makan". Terasa secure sikit sebab nama kedai melayu. Hahaha. Tapi still ada pork. Urgh. Filipinos memang suka pork. So, pandai-pandai la korang survive eh.

Ya, memang kami ada bawa megi, Berahim dan sebagainya. Saya siap tapau 2 burger dari McD Malaysia dan order makanan ekstra masa naik AirAsia untuk elakkan makan kat kedai sana. Tapi trip ni 9 hari kot. Tak kan nak bawak 27 paket megi & Berahim kan. Kami memang akan cuba untuk makan makanan yang kami bawa dari Malaysia, tapi di penghujung trip tu makanan Malaysia dah habis. Wuuu.

Last Maggi. Dimakan bersama Nescafe 3-in-1, serunding dan sambal ikan bilis. Lol

Oh ya, kalau di Manila ada Bonifacio Global City. Katanya kat situ ada pelbagai option makanan asing, termasuklah makanan halal. Cuma lokasi nya jauh dari area pelancong, so kalau naik kereta dengan keadaan trafik Manila, sila budget 1.5 jam untuk perjalanan sehala. Trafik diorang gila sikit. Tapi tempat ni dekat sikit dengan airport.

Lagi satu nak pesan, just sebab korang nampak ada orang pakai tudung makan kat kedai tu, tak bermaksud kedai tu halal tau. Apparently ada jenis yang bantai je. Biasalah kan. Huhu.


2. Komunikasi

Kebanyakan Pinoy fasih berbahasa Inggeris, so tak perlu risau sangat bab komunikasi. Saya cuma hafal satu perkataan je dalam bahasa Tagalog: "Salamat". Maksudnya "terima kasih".

Oh ya, tapi take note tau. Orang-orang kat Pulau Luzon je yang cakap Tagalog sebagai first language. Di area Visayas, macam kat Cebu, diorang punya first language ialah Cebuano, atau Bisaya. Tapi of course, diorang boleh bercakap bahasa Tagalog jugak. Dan, dalan bahasa Cebuano, terima kasih ialah "salamat" jugak.

Muka orang melayu Malaysia ni sebijik macam Filipino. So, kat mana-mana kami berada, orang akan assume kami ialah orang tempatan dan cakap Tagalog dengan kami. Haha.

Jeff, guide kami di Batad & Bangaan. Nak contact dia cari kat FB dia: Jheff Biniahan


3. Traffic jam

Hmm seriously. Traffic jam kat sana gila. Especially kat Manila. Kalau jadi pejalan kaki pun serabut, sebab orang bawa motor suka hati akan drive kat pedestrian walk. Macam kat Hanoi pulak. Serabut. Urgh.

So, walaupun nampak dalam Google Map lokasi hotel ke airport setakat 11km, sila budget lebih daripada 1 jam untuk sampai ke airport. Seriously.

Dan juga, walaupun dalam Google Map nampak jarak 1.km je dan korang rasa boleh jalan dan sampai dalam masa 20 minit, think again. Nak lintas jalan kat sana sangat mencabar. Jalan banyak lopak air dan banyak anjing berkeliaran, menyebabkan korang perlu ambik "detour" banyak sikit. Haha.


4. Grab & Pengangkutan Awam

Kat bandar besar macam Manila dan Cebu, korang boleh pakai Grab dengan mudah. Kecuali masa peak hour, dan waktu petang dan malam Jumaat.

Kami dulu, try dekat 15 minit pada pukul 4 pm (hari Jumaat) masa nak mencari Grab ke Intramuros. Dari Intramuros, memang takde langsung Grab yang nak ambik kitorang untuk balik ke hotel. Sobs. Akhirnya jalan kaki. Ada seorang expat ni cerita, dia pernah habiskan 3 jam untuk dapatkan Grab pada malam Jumaat kat Manila. Huhu.

Masa di Cebu, driver cancel Grab kami masa nak pergi muzium. Maybe sebab jalan tengah jam, dan lokasi muzium tu 1km lebih je, so dia rasa tak berbaloi. Masa nak ke airport, disebabkan jalan agak jam, kena cuba dalam 5 minit jugalah untuk dapatkan Grab nak pergi airport (masa tu hari Sabtu, petang).

Selain tu, option untuk Grabfood pun banyak, so sangat best :) Kalau korang dah penat sangat berjalan, boleh order Grabfood je, cari mana-mana restoran yang jual seafood only untuk mengisi perut. Caj penghantaran dalam 45 peso, dalam RM4 je.

Kalau tak nak Grab, option korang ialah:

1) Tricycle. Macam beca, tapi motor yang bawak. Kalau di kawasan luar bandar okay je pakai option ni. Tapi kalau di tengah bandar... fuuh. Macam sabung nyawa. Diorang selit-menyelit macam motor jugak, seolah-olah tak sedar diri tu ada bawa satu compartment lain untuk penumpang tambahan. Rasa macam nak terpelanting pun ada. Banyak kali kami kena hon masa kat Manila. Dah la driver tu try nak suruh kami bayar extra 50 peso sebab dia ada sesat dan kena pusing jauh. Banyak cantik, dia yang tak tahu jalan, kami yang kena bayar. Dah la buang masa masa sesat tu. Memang saya tak bayar lah kan. P/s: Masa tu sampai tahap saya kena buka Google Map untuk tunjukkan jalan. Hampeh.

2) Jeepney. Jeepney ni ialah specialty di Philippines. Diperbuat daripada trak tentera yang dah diubahsuai. Kalau nak tahu korang kena naik Jeepney mana, sila tengok tulisan yang tertera di Jeepney tersebut, ada tulis destinasi. Saya takde naik, tapi memang nampak agak crowded la. Dan diorang takkan gerak selagi tak ada penumpang yang mencukupi. Nak naik pun kena berlari-lari, sebab diorang tak nak stop betul-betul. Harga tambang sangat murah, less than 10 peso. Saya tak naik Jeepney public, naik Jeepney private je. Ok la merasa jugak. Hee.

Jeepney & rush hour traffic, Manila

3) Habal-habal. (a.k.a motor). Basically dia macam Grab tapi versi motor, bukan kereta. Haha. Satu motor tu boleh naik 1 atau 2 orang penumpang untuk yang badan kecik-kecik. Saya ada naik ni masa nak pergi tempat canyoneering kat Badian.

4) Metro (Manila). Saya plan nak naik Metro masa kat Manila. Saya suka tengok macam mana rupa keretapi bandar kat negara orang. Tapi malangnya, kami sesat. Tak jumpa-jumpa stesen metro. Ada tanya pada orang tempatan, tapi dia pun bagi arah salah. Haha. So tak naik lah akhirnya.

5) Bas. Kat Manila... saya tak pasti macam mana sistem bas diorang. Tapi kat Cebu ada MyBus yang katanya agak teratur dengan jadual perjalanan yang proper. Cuma tak boleh bayar pakai cash, kena ada kad. So saya pun takde try naik bas, sebab leceh nak beli kad ni. Huhu.


5. Cuaca dan Iklim

Bab ni penting. Philippines ni sebenarnya banyak ribut taufan yang melanda. Gempa bumi pun banyak. Kalau ikutkan, Disember bukanlah musim ribut tropika, sebab biasanya ribut-ribut ni datang masa musim panas, biasanya start bulan Mei hingga Oktober. Tapi seminggu sebelum say anak pergi tu ada pula ribut kan, sampai katanya Manila Airport kena tutup. Dah la ribut datang masa suka SEA kan.

Semasa saya di Cebu pun, ada ribut juga. Hujan yang lebat gila, dengan angin agak kuat. Kawan saya ada beli SIM card Filipina, dan dia ada dapat SMS alert tentang ribut tu. Masa saya on the way nak ke Cebu dari Moalboal, hujan dah start dan ada area di Cebu City yang dapat banjir kilat.

Alhamdulillah elok-elok masa kami sampai Bus Terminal hujan pun reda, dan sempatlah kami berjalan kaki ke hotel. Tak sampai sejam lepas tu, hujan lebat sambung semula. Huhu. Bersyukur sangat Allah kasi can kami check-in hotel dan tak stranded kat stesen bas.

Kalau nak pergi tengok padi di Banaue, pilih lah bulan April, lepas diorang dah start tanam padi. Waktu ni memang rice terrace hijau je. Kalau nak tengok padi yang dah masak, datang bulan Oktober. Kalau bulan Disember macam kami ni... memang nampak lumpur la. Hehe. Tapi kalau lumpur ni pun best, boleh nampak reflection langit dekat air kat sawah padi tu.


6. Keselamatan

Secara amnya, kawasan pelancongan di Luzon dan Visayas selamat. Orang-orang yang saya jumpa secara amnya sangat baik dan suka membantu. Banyak kali saya "ter"lalu di kawasan setinggan, tapi okay je, takde kena kacau pun. Saya je yang rasa nervous dan jalan laju-laju sikit tanpa buat eye contact. Haha.

Kalau naik jeepney, atau jalan di Colon Street, kawasan sesak-sesak tu, sila hati-hati dengan pickpocket. Sebab saya ada baca kes orang yang jadi mangsa pickpocket. Ini biasa berlaku kat mana-mana bandar pun. Eropah pun belambak. Yang penting hati-hati, jangan jadi blur sangat, dan sentiasa alert.

Tapi kalau saya, memang takkan pergi area Mindanao lagi buat masa ni. Seperti yang korang tahu, Filipina ni negara majoriti Kristian. Tapi di Mindanao, ramai yang beragama Islam, dan diorang tak suka berada di bawah pimpinan Kristian, dan nak keluar daripada Philippines. Diorang ni dikenali sebagai Bangsamoro. Gelaran "Moro" tu katanya diberi oleh penjajah Sepanyol dan berasal daripada perkataan "Moors", gelaran kepada puak Islam di Sepanyol.

Pergolakan di Mindanao ni dah lama, dah berpuluh-puluh tahun. Ada masa memuncak, ada masa dia cool down sikit. Presiden Duterte ada try nak bagi middle ground dan tengah berbincang dengan Moro National Liberation Front (MNLF) untuk berikan status autonomous region demi menenangkan Bangsamoro ni. Harap-harap boleh la aman sikit lepas ni.

Yang teruk, suka kidnap orang tu ialah Abu Sayyaf. Diorang banyak kali kidnap pelancong dan orang Malaysia di perairan Malaysia sendiri, termasuklah di Pulau Sipadan, Pulau Pom-Pom, Sandakan, Lahad Datu, dan yang hampehnya, nelayan yang tak banyak duit pun diorang kidnap. Orang Islam pun diorang kidnap dan minta tebusan.

Banyak kes kidnapping berlaku di area Mindanao, dan kes bom-bom pun pernah berlaku di Davao. Yang paling saya risau, pernah ada kes kidnapping berlaku di kawasan perairan Cebu pada tahun 2016, dan pernah ada kes car bombing pernah berlaku di Cebu. Tapi tu dah lama la, tahun 2006. Tapi selain daripada dua kes ni, setahu saya kes lain berlaku di area Mindanao dan timur Sabah. So, rest assured. Luzon and Visayas should be safe, insyaAllah.


7. Visa

Lol. Rakyat Malaysia tak perlukan visa untuk ke Philippines. Dekat airport siap ada lane khas untuk warga ASEAN, tapi tak pernah berfungsi. Hahaha. Oops.


8. Plug elektrik

Plug diorang jenis 2 pin leper macam kat US tu.


9. Airport Restriction

Nak masuk Philippines tak banyak restriction dari segi makanan. Boleh je bawa ayam, daging, etc. Saya ada bawa serunding, sambal ikan bilis kering, burger Fillet o Fish dan McChicken. Hehe. Semuanya masuk Philippines dengan selamat dan sudah dimakan dengan jayanya.

Tapi, saya ada baca yang Airport di Bohol mengharamkan kemasukan pork sejak bulan Disember tahun ni. Maybe sebab takut swine flu kot? So nak selamat tak payah la bawa masuk pork. Hehe.

Kalau korang beli flight bukan dengan AirAsia, sila perhatikan sama ada tiket korang dah termasuk "International Passenger Service Charge" sebanyak 850 peso. Kalau tak termasuk lagi, kena bayar di airport, sebelum pass through immigration.


Orait itu saja dulu. InsyaAllah kalau rajin saya sambung dengan details spesifik untuk setiap tempat. Doakan saya rajin. Hahaha. Bye~

*********

Update:

Part 1: Luzon
Part 2: Visayas


No comments:

Post a Comment