Saturday, 3 August 2019

Ocean Park Hong Kong

Assalamualaikum & salam sejahtera

Bila orang sebut pasal theme park di Hong Kong, ramai yang akan fikir Disneyland. Tak ramai yang pernah dengar pasal Ocean Park. Termasuklah saya dulu, sampai lah saya baca travel guide pasal Hong Kong.

Ocean Park HK


Ocean Park ni apa sebenarnya?


Ocean Park ialah sebuah taman tema yang multi-functional. Selain daripada amusement park, Ocean Park juga berfungsi sebagai satu educational center yang membolehkan korang belajar tentang hidupan marin (contoh: ikan paus, obor-obor, ikan jerung), hidupan akuatik bukan laut (eg: sturgeon fish, salamander, ikan emas), hidupan artik & antartika (eg: penguin, walrus, anjing laut), dan hidupan darat terancam seperti panda.

Selain daripada pelbagai thrill & fun rides, di Ocean Park juga terdapat oceanarium yang besar gila, pelbagai akuarium dengan pelbagai hidupan laut, dan pelbagai haiwan comel macam penguin, arctic fox, red panda etc2. Dah hebat macam zoo dah. So, orang yang tak suka thrill rides pun boleh berseronok di Ocean Park.

Ocean Park vs Disneyland HK


Pada saya, Ocean Park lagi best daripada Disneyland. Kalau korang memang ada kekangan masa dan wang, pilihlah Ocean Park. Kenapa Ocean Park lagi best?

1. Lebih banyak variety

Selain daripada roller coaster dan thrill ride, Ocean Park ada macam-macam animal showcase. Ada jerung, obor-obor, pelbagai ikan dan pertunjukan dolfin & singa laut. Disneyland ada pelbagai pertunjukan berkaitan Disney, tapi pertunjukan di Ocean Park lebih ke arah educational dan menanam kesedaran tentang kepentingan sustainability.

Pertunjukan singa laut

2. Ride yang lebih best

Kalau korang suka thrill rides, Disneyland tak ada apa sangat. Ocean Park ada lebih banyak thrill rides. Roller coaster kat sana ada view yang cantik sebab park ni memang tepi laut. So selain daripada bagi adrenaline rush, korang boleh menghayati keindahan laut ciptaan Tuhan. 2-in-1 gitu.

3. Lokasi lebih bagus

Ocean park lagi besar dan ada banyak section, dan terbahagi kepada 2 bahagian utama yang dihubungi dengan kereta kabel dan train. Lokasi pula lebih dekat dengan bandar, tak perlu naik MTR sampai dekat 1 jam untuk sampai (macam Disneyland). So, korang jimat banyak masa untuk ke sana. Satu lagi yang bestnya, lokasi Ocean Park memang tepi laut. Ada banyak opportunity untuk tengok scenic views.

Right by the ocean! Bayangkan sambil naik roller coaster boleh tengok view cantik

4. Harga masuk lagi murah

Walaupun lebih best, harga masuk ke Ocean Park lebih murah daripada Disneyland. Tak murah banyak sangat, tapi kalau korang nak save budget dan memang perlu pilih satu theme park saja, boleh lah pilih Ocean Park. Tiket masuk Ocean Park RM214, Disneyland RM298.

Cara nak ke Ocean Park


Ocean Park boleh diakses melalui line MTR hijau muda - South Island Line. Kalau dari Causeway Bay atau Tsim Sha Tsui, perlu ke Admiralty dan tukar stesen di sana.

Ocean Park buka jam 10am, so masa kami keluar jam 9.30am tu memang keretapi dipenuhi dengan orang-orang yang nak ke Ocean Park. Dalam masa 30 minit dah boleh sampai ke Ocean Park dah :)

Dari stesen MTR Ocean Park nak ke pintu masuk Ocean Park dekat je, jalan 3 minit kot. Kalau naik kereta, nak kena bayar parking tau, up to HK$40/hour.

Tips


1. Maximise penggunaan 1 jam pertama anda!

Sama juga dengan Disneyland, 1-2 jam pertama amatlah berharga. Actually mana-mana theme park pun macam ni. So pastikan korang habiskan sebanyak mungkin ride yang korang nak naik dalam 1 jam pertama ni. Kalau macam saya dulu, saya terus pergi ke Hair Raiser roller coaster yang terletak di "the Summit".

2. Explore kawasan "the Summit" dahulu

Ocean Park terbahagi kepada 2 bahagian utama: Waterfront dan Summit. Dari pintu masuk utama, korang akan melalui area Waterfront dulu. Sila menuju terus ke "Ocean Express", train yang akan membawa korang ke Summit. Jangan naik kereta kabel dulu, unless kalau korang memang datang Ocean Park awal gila.

Kenapa nak explore Summit dulu? Sebab kebanyakan pelancong baru sampai akan terus ronda-ronda di bahagian Waterfront. Maka kita pun naik lah ke Summit dulu, dengan harapan area Summit kurang orang berbanding Waterfront.

Kenapa naik Ocean Express, dan bukan kereta kabel? Untuk menjimatkan masa. Kalau naik kereta kabel, korang mungkin perlu beratur lama, satu cable car hanya boleh memuatkan 6 orang. Satu train di Ocean Express boleh muat maybe dalam 20 orang atau lebih. So, tak perlu beratur lama. Nanti nak turun baru naik cable car ye.

Pemandangan dari kereta kabel berhampiran stesen The Summit


3. Install Ocean Park apps

Semua benda ada apps sekarang. Samalah juga dengan Ocean Park. Apps ni ada virtual map, ada tunjuk showtimes, masa menunggu untuk attraction, dan ada hantar mesej untuk bagitahu status operasi ride tertentu.

Contohnya, masa saya pergi dulu hujan, so apps ni bagitahu alat VR untuk ride tertentu dihentikan penggunaan. So siapa yang nak try VR boleh tahu siap-siap dan tak bazir masa diorang.

4. Tempat solat

Untuk solat, korang hanya perlu pergi ke Guest Relations office, ada satu bilik dengan sofa dan coffee table yang pengunjung muslim biasa gunakan untuk solat. Ada 2 ofis, satu di Waterfront, satu di Summit. Guest relations office di Summit terletak di sebelah ride "The Flash". Dalam tu takde tempat wudhu atau tandas, tapi ada disediakan penunjuk arah kiblat. So sila ambil wudhu siap-siap atau bawa botol spray untuk isi air. By the way, dalam bilik tu ada CCTV tau. So kena jaga aurat ye.

Guest relations office. Yang bulat merah tu arah kiblat.


5. Tempat makan halal

Hong Kong ni bagus, memang muslim-friendly. Ocean Park pun ada restoran khas yang halal. Antaranya ialah Cafe Ocean, Club Panda dan Dive Into a Float.

Ocean Cafe di Marine World

Setahu saya Club Panda dan Dive Into a Float ialah style gerai dan takde tempat duduk proper. Ocean Cafe ialah restoran proper yang ada view laut yang cantik, tapi mungkin harga lagi mahal lah. Nak masuk Ocean Park kena beratur sikit, tunggu orang serve dan bawa ke tempat duduk. Tapi once dah order, makanan siap sangat cepat. Macam fast food pulak. Pada saya, dia punya rasa okay juga lah, agak sedap. Saya beli nasi dengan udang sweet sour.

Makanan kami. Nasi putih + sweet sour, nasi goreng dan nasi ayam

Contoh harga dan menu makanan (sila klik untuk paparan lebih besar)


6. Tengok show Ocean Wonders

Ni salah satu my favourite part of Ocean Park. Mungkin ada orang yang tak suka dan tak setuju dengan pertunjukan haiwan. Tapi, pada saya, kalau tak bagi pendedahan dari awal, macam mana budak-budak nak tanam rasa sayang pada haiwan laut. Pertunjukan ni educational, dan diorang memang banyak selit kepentingan menjaga kebersihan laut.

Ada beberapa show dalam satu hari. Tapi sila pergi awal untuk dapatkan tempat duduk paling best. Kami cop tempat duduk 30 minit sebelum pertunjukan bermula, tu pun dah ramai yang ada kat tempat tu. Sila cari tempat duduk di kawasan tengah sikit, supaya tak terlalu jauh dari kolam kat depan tu.

Nanti ada dolfin dan singa laut buat aksi-aksi menarik. Pastikan korang ada spot baik punya untuk ambik gambar.

Dolfin tengah main lompat-lompat berjemaah


7. Explore all the aquariums

Ocean Park memang banyak showcase haiwan dalam air. Seingat saya diorang ada at least 5 jenis akuarium yang mengandungi haiwan berbeza.

Di Waterfront ada oceanarium besar 3 tingkat. Kat sini ada hammerhead shark, manta ray, dan pelbagai jenis haiwan laut yang besar-besar. Di Waterfront juga ada area khas untuk tunjuk pelbagai jenis ikan emas. Mula-mula ingatkan tak menarik. Rupa-rupanya best betul. Comel sangat, sebab ada pelbagai baka ikan emas kat sana.

Ikan emas dengan bonjolan comel

Di area Summit ada tempat khas yang tunjuk jellyfish, shark, sturgeon fish dan juga haiwan artik & antartik macam penguin, singa laut dan anjing laut. Sangat best tau! Penguin comel gila, jalan terkedek-kedek, tapi berenang sangat laju.

Penguin ni suka datang tengok orang. Comel <3


Attraction & Rides


Sebenarnya, tak banyak rides yang saya naik masa di Ocean Park. Saya pergi hari Ahad, orang memang ramai gila. Sampai sana pun dah lewat sikit, dalam pukul 10.15am. Lepas sampai, saya terus pergi cari 2 rides yang saya dah target awal-awal: Hair Raiser dan Mine Train. Dan pada saya, 2 rides ni memang best. Hair Raiser ialah satu-satunya roller-coaster tanpa "lantai" di Ocean Park. Kaki korang memang akan berjuntai je. Ada banyak loops, dan roller coaster kat sini laju dan efisyen.

Anyway, saya nak terangkan sikit pasal layout Ocean Park. Seperti yang saya dah sebut tadi, Ocean Park terbahagi kepada 2 bahagian utama: the Waterfront & the Summit.

Waterfront

Waterfront adalah section yang akan korang jumpa sejurus selepas masuk Ocean Park. Kat sini ada:

1. Whiskers Harbour (area kanak-kanak prasekolah)
2. Amazing Asian Animals (ada panda, ikan emas, giant salamander, labi-labi)
3. Ocean City (ada Grand Aquarium, stesen kereta kabel dan Ocean Express)

Salah satu akuarium di Grand Aquarium


Summit

Summit perlu diakses melalui kereta kabel dan keretapi Ocean Express. Area ni saaangat lah besar dan berbukit-bukit. Eh semput jugalah nak pusing habis tempat ni, especially bila tengah mencari tempat spesifik. Kat sini ada:

1. Polar Adventure (ada showase haiwan-haiwan comel dari kutub utara & selatan)
2. Rainforest (ada The Rapids, sesuai untuk orang yang nak membasahkan diri)
3. Thrill Mountain (tempat terletaknya Hair Raiser)
4. Adventureland (jauh ceruk di hujung. Ada Mine Train)
5. Marine World (bahagian yang saaangat besar, ada Ocean Theatre dan pelbagai akuarium)

OK, my personal top 10 favourite:

1. Hair Raiser, Thrill Mountain, the Summit - roller-coaster paling best di Ocean Park
2. Ocean Theatre, Marine World, the Summit - pertunjukan singa laut & dolphin
3. Grand Aquarium, Ocean City, Waterfront - oceanarium 3 tingkat
4. Shark Mystique, Marine World, the Summit - banyak shark, dengan pelbagai jenis spesis. Best!

Pelbagai spesis jerung! Saya yang diver ni pun belum pernah jumpa dalam laut XD

5. Mine Train, Adventureland, the Summit - roller-coaster VR dengan view paling cantik
6. North Pole Encounter, Polar Adventure - seals & walrus, boleh tengok dari atas dan dari bawah air
7. Sea Jelly Spectacular, Marine World, the Summit - therapeutic place, tengok jellyfish

Bertenang sejenak melihat obor-obor berenang

8. South Pole Spectacular, Polar Adventure - cute penguins alert XD
9. Cable Car (station terletak di Ocean City dan Rainforest) - view cantik sambil naik kereta kabel untuk naik ke Summit atau turun ke Waterfront
10. Goldfish Treasures, Amazing Asian Animals, the Waterfront - therapeutic jugak, tengok ikan emas hehe

Ngee. Perasan tak ada 2 je roller coaster dalam senarai ni. Ni mungkin menunjukkan yang saya ni dah makin tua. Thrill rides dah tak exciting sangat dah. Puas dah naik roller coaster merata dunia. Hehe. Suka tengok ikan dan hidupan laut. Sangat menenangkan~

With that being said, sebenarnya rides di Ocean Park ni bukan lah level spectacular sangat. Selain daripada 2 yang masuk dalam list ni, yang lain tu mostly biasa je. Biasa as in... biasanya boleh dijumpai di mana-mana theme park lain. Okay, maybe The Abyss VR best, sebab ada VR, unik sikit daripada biasa (tapi saya tak sempat naik). Kalau suka yang thrill terlebih, boleh try The Flash, tapi saya tak minat ride yang banyak pusing-pusing. Saya suka thrill, tapi saya tak suka rasa pening. Huhu.

Well, kalau nak ride best, pergi Universal Studios la. Setiap theme park ada keistimewaan tersendiri, dan keistimewaan Ocean Park ialah animal showcase dan educational value :)

Okay itu saja setakat ni. Semoga bermanfaat!

2 comments:

  1. hai assalamualaikum. bole saya dapatkan email cik..
    sy nak mintak no pakcik arifin kampung ayer brunei.

    or cik bole email pada saya. shawanur_hilda@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Sorry. Saya takde nombor dia.

      Delete