Untuk orang-orang berjiwa muda, Disneyland Hong Kong sudah semestinya masuk ke dalam bucket list tempat untuk dilawati ketika berada di Hong Kong. Disneyland yang dekat dengan Malaysia, mesti lah kena pergi kan?
Pintu gerbang Disneyland Resort Hong Kong |
Masa Disneyland HK mula-mula buka dulu, orang kutuk habis. Kecik. Tak banyak attraction. Attraction ciplak dan tak best. Sekarang, Disneyland HK dah makin membesar.
Disneyland Hong Kong ialah Disney park yang ke-3 saya lawati selepas Paris dan Tokyo. Dulu saya dengar banyak cerita tak best pasal Disneyland HK: kecik, tourist pengotor meludah merata-rata, dan 'pelik' sebab watak Disney princess yang biasanya berupa Caucasian jadi muka Asian pulak. Lol. Tapi saya rasa Disneyland HK dah buat banyak perubahan positif, dan sekarang definitely worth to visit!
Train nak ke Disneyland pun best, sebab ada train khas dengan tema Disney. Tingkap bentuk kepala Mickey, tempat pegang pun bentuk Mickey. So it builds up to your excitement! 8D
Semua pun Mickey |
Disneyland: Lokasi
Disneyland terletak jauh dari bandar Hong Kong, dan terletak di Lantau Island, pulau yang sama dengan airport. Kalau naik MTR dari area downtown HK, estimate total perjalanan dalam 45 minit - 1 jam. So sila gerak paling lewat 9am dari hotel kalau nak sampai awal.
First sekali lepas masuk pintu, korang akan sampai ke Main Street USA. Kat sini cuma ada kedai je, takde apa-apa ride. Kalau ikutkan dari sini korang boleh ambik gambar berlatar belakangkan Disney Castle yang ikonik. Malangnya masa saya kat sana castle tu tengah under renovation. Hahahah.
No Disney castle to see :( |
Disneyland Hong Kong sekarang ada 6 section (ikut turutan anti-clockwise):
1. Tomorrowland (belok kanan dari Main Street USA)
2. Fantasyland
3. Toy Story land
4. Adventureland
5. Mystic Point
6. Grizzly Gulch (belok kiri dari Main Street USA)
Nak pergi mana dulu?
Susun Strategi
Saya ni budget traveller je. Setiap kali pergi theme park, mesti beli one-day pass je, tak mampu nak beli two-day pass atau lebih. So bilangan ride yang dapat dinaiki haruslah dimaksimumkan.
Tips untuk maximise masa anda:
1. Datang awal pagi
Saya pergi Disneyland HK semasa musim panas. Buka 10am - 9pm. Jadi, silalah sampai awal sikit. Sampai awal di sini bermaksud sampai at least 15-30 minit sebelum park buka. Nanti sampai sana kena check beg, beratur nak masuk, ambil meal pass, etc2... so akan terhabis dalam 15 minit di situ. Lagipun saya ada baca kat internet kadang-kadang diorang akan bagi orang masuk lagi awal (sebelum 10am).
2. Makanan luar tak dibenarkan masuk. Dan jangan bawa botol air kaca.
Okay ni bukan untuk maximise kan masa lah. Tapi just nak inform supaya takde drama di pintu masuk. Diorang agak strict. Memang diorang tengok beg sorang-sorang dan selak habis. Tapi saya dapat juga seludup masuk satu bun. Lol. Yang sedihnya, botol air kaca yang saya isi coffee kena buang. Kalau tak nak buang, kena simpan dalam loker dengan harga HK$100. Haha. Bagus beli botol baru je la.
3. Download Apps
Sekarang ni semua benda ada apps. Haruslah Disneyland pun ada. Apps ni boleh tunjukkan anggaran masa menunggu untuk masuk mana-mana attraction. So sangat-sangat berguna. Selain itu, apps ni pun ada tunjuk showtime dan virtual map (yang tak berapa helpful sangat. Bagus lagi Google Map lol).
4. 1 jam pertama yang berharga
Masa di antara 10-11 am adalah "golden time". Waktu ni biasanya line beratur untuk ride best masih pendek. Sebab banyak orang lepas masuk je terus beratur untuk 'meet & greet' dengan Disney characters.
Jadi, jika anda bijak, haruslah abaikan Disney characters ni dan terus aim ride yang korang nak naik. Ada yang suggest untuk terus ke Toy Story area, tapi lokasi tu hujung sangat. Lagipun side yang jauh-jauh ni pukul 10.30am baru bukak. Terpulanglah kalau nak terus ke sana, sebab maybe syok juga boleh tengok upacara 'rope drop'.
Saya dulu, benda pertama saya buat ialah pergi ke terus ke Tomorrowland, ambil Fast Pass di Hyperspace Mountain. Lepas tu naik attraction baru Ant Man & The Wasp (5 mins wait), pastu naik Iron Man Experience (20 mins wait). Ngam-ngam lepas habis 2 rides ni, saya dapat pakai fast pass dan dapat naik Hyperspace Mountain tunggu dalam 10 min je (normal queue dalam 40 mins masa tu).
So. Plan ahead.
5. Fast Pass
Fast pass ni apa? Fast pass ialah satu tiket khas yang korang boleh pakai untuk masuk line khas yang lebih pendek untuk menjimatkan masa. Fast pass ni ada timing dia. Macam saya dulu, fast pass Hyperspace Mountain hanya boleh digunakan di antara 10.50am - 11.50am, dan Winnie the Pooh dari 2.05pm - 2.35pm (bergantung pada pukul berapa korang ambik fast pass). So kalau korang naik ride dalam tempoh masa ni, dapat la pakai line special. Kalau terlajak, sorry la.
Fast pass. Ambil perhatian masa yang di allocate untuk korang ye |
Kena bayar ke? Tak. Free je.
Macam mana nak dapat? Pergi ke mesin khas, scan tiket masuk anda, dan fast pass akan di print out. Hanya available untuk: Hyperspace Mountain & Winnie the Pooh ride.
Any rules? Dalam satu masa, korang hanya boleh ada 1 fast pass. Selepas habis tempoh fast pass lama, baru boleh dapat fast pass baru.
Fast pass ni boleh diambil oleh sesiapa saja yang pegang tiket masuk anda. So, pastikan korang tak hilangkan tiket masuk! Kalau tak larat jalan, boleh kirim tiket masuk pada someone yang laju berjalan supaya dia boleh ambil kan fast pass untuk korang. Haha.
Attractions & Rides
Thrill rides is basically non-existent. Rides budak-budak banyak la. Nama pun Disneyland kan. Ride paling best bagi saya ialah Grizzly Mountain Runaway Mine Cars. Saya suka ride yang ada 'surprise', nak tahu surprise apa, sila naik. Tapi roller coaster ni tak ada loop pun. So sesuai untuk orang-orang yang takut naik roller coaster. Lagipun ride ni sangat efisyen, so queue tak kan jadi lama sangat.
Untuk attraction jenis shows, saya paling suka Mickey's PhilharMagic. 3D/4D Movie dengan pelbagai kombinasi lagu Disney yang pasti akan menyebabkan korang teringin nak sing-along. Ada komedi dan sangat syok tengok, mainly sebab watak utama ialah Donald Duck kot. Lol.
So, my personal top 10 attractions and shows yang bagi saya wajib:
1. Mickey's PhilharMagic, Fantasyland - 3D/4D Music show
2. Big Grizzly MountainRunaway Mine Cars, Grizzly Gulch - outdoor roller coaster
3. Festival of the Lion Kong, Advetureland - dance, fire show, sing-along
Festival of Lion King |
4. IronMan Experience, Tomorrowland - 3D/4D ride with lots of twists and surprises
5. Hyperspace Mountain, Tomorrowland - roller coaster dalam gelap (indoor)
6. Ant-Man and The Wasp: Nano Battle, Tomorrowland - ride tembak2 sambil kumpul points
7. RC Racer, Toy Story Land - thrill ride (but very slow-moving queue)
8. Mystic Manor, Mystic Point - ride jenis story-telling yang dapat pujian ramai. Tapi maybe sebab masa masuk tu, saya terbayangkan dia sama dengan Haunted Mansion kat Disneyland Paris, so my expectation was not met, and I was disappointed. But it wasn't too bad. Definitely lagi best daripada Winnie the Pooh.
9. It's a Small World, Fantasyland - saya rasa setiap orang yang pergi Disneyland mesti akan naik bende alah ni. Hehe. Efficient ride, queue tak panjang sangat. Lagipun bangunan dia cantik, siang dan malam kena ambil gambar.
it's a small world, Fantasyland |
10. Tarzan's Tree House, Adventureland - bukan ride, tapi attraction. Sambil Jalan ambil gambar. Nak ke sana kena naik 'rakit'. Hati-hati, in case dapat inexperienced boatman. Saya hampir-hampir jatuh terduduk sebab boatman tu langgar jeti kuat sangat.
Fefeeling being inside a (fake) waterfall |
Attraction yang macam menarik tapi saya tak dapat nak try:
1. Animation Academy - belajar melukis dengan Disney! Bestt. Tapi tak sempat. Oh well.
2. Paint the Night Parade - sepatutnya parade ni akan diadakan setiap malam pukul 9pm, sebelum park tutup. Tapi hujan pulak, dan parade dibatalkan. Sobs.
3. Fairytale Forest - masa saya di sana, Sleeping Beauty Castle under renovation. Jadi saya teringin nak ke Forest ni ambik gambar dengan mini Disney Castle. Tapi melencong banyak kali, bila sampai je dah tutup. Loll. Dia tutup 7.30pm ye. Please take note supaya tak kecewa. Kalau winter maybe lagi awal.
Yang lain-lain tu, ikut selera masing-masing lah ye. Ada beberapa shows lain macam Moana Homecoming Celebration dan Mickey and the Wondrous Book, tapi saya rasa mesti tak setanding Festival of Lion King.
Solat
Ada bilik khas untuk solat (ie: quiet room), di area Mystic Point, tepi restoran Explorers' Club berhampiran dengan Mystic Mansion. Kat tempat tu boleh wudhu sekali, tapi tempat ni campur lelaki & perempuan. Maybe bahagian lain boleh ambil di sinki tandas tapi kaki basuh di ruang ambil wudhu tu. Telekung dan sejadah tak disediakan, tapi arah kiblat dah ada siap-siap.
Funky-looking tempat ambil wudhu |
Makan
Ada 2 restoran halal: Explorers' Club di Mystic Point dan Tahitian Terrace di Adventure Land. Explorer's Club punya menu lebih banyak variety. Ada korean food, japanese food, asian food etc. Saya dulu makan salmon bento dan nasi goreng (portion besar, ada quarter chicken, keropok dan satay). Tahiti ada South East Asian dan Indian food (eg: Laksa dan nasi lemak tanpa ikan bilis).
Salmon bento! |
Saya makan pada pukul 2pm dekat 3pm dah, saya ingatkan masa ni mestilah dah tak ramai orang. Rupanya ramai gila! Nak cari tempat duduk pun memenatkan, nak beratur beli makanan pun penat! Urgh. Rasa geram pulak. Dalam hati saya terfikir, Diorang ni kenapa tak makan kat restoran lain yang tak halal tu, apesal ramai-ramai datang restoran halal ni. Grr. Haha. Total masa terbazir untuk makan dekat 2 jam okay! =_=
Tiket Masuk
Hehe kita cerita pasal tiket masuk last pulak. Seperti biasa, saya beli pakai apps Klook. Masa saya beli tu ada Klook birthday sale, so saya dapat 10% off menggunakan kod diskaun.
Harga tiket Disneyland: RM268.20 selepas diskaun. Kalau sebelum diskaun dalam RM298.
Untuk jimat, saya beli meal voucher sekali. Harga RM66.60 selepas diskaun. Kalau sebelum diskaun RM74. Meal voucher ni untuk sekali makan (either lunch atau dinner) dan korang akan dapat satu makanan free (either pop corn atau popsicle) dari mana-mana booth yang jual popcorn. Memang lebih jimat, so saya nasihatkan ambil lah meal voucher ni. Nilai satu meal voucher ialah HK$130. So kalau korang beli makanan yang lebih mahal, nanti kena topup sendiri.
P/s: Meal voucher ni boleh diambil di sebelah gate masuk ke Disneyland.
Iklan lagi. Kalau korang belum ada Klook, daftar lah pakai referral code saya: 2B6CM. Nanti korang dapat voucher RM15, saya pun dapat voucher RM15. Win-win gitu ;)
Oklah. Saya rasa tu saja buat masa ni. Semoga bermanfaat!
No comments:
Post a Comment