OK tetiba pulak update weekdays. Sekarang tengah ada kursus kat Melaka, so ada masa free sikit. Kalau kat klinik tu takde nye la larat nak update blog petang2. Balik rumah terus pancit! Huhu.
Sambung cerita Maldives dengan review pulak. Whale Shark Inn.
Comel. Awww~ |
Saya tak sure siapa
sebenarnya owner tempat ni, tapi mostly korang akan dilayan oleh Ahmed Nafiz. Dia
ni pernah bekerja di beberapa hotel 5-star kat Maldives, termasuklah Conrad
Rangeli, LUX, Niama, etc etc. Dulu dia pernah belajar di Birmingham, UK so
English dia sangat bagus. InsyaAllah takde problem untuk communicate. Wife dia
orang Maamigili, so dah beberapa tahun dia menetap kat sana.
Lokasi
Google Earth view. Maamigili. |
Whale Shark Inn
terletak di Pulau Maamigili, South Ari Atoll. Tempat ni memang terkenal dengan
Whale Sharks. Dive safari dari seluruh Maldives datang sini untuk cari whale
sharks. So memang padanlah diorang namakan guest house diorang Whale Shark Inn.
Pulau Maamigili ada 3
guest house, kalau tak silap. Tapi saya rasa yang paling senang nak jumpa
online ialah Whale Shark Inn. Maybe sebab nama dia senang nak turn up dalam
Google search. Hehe.
Guesthouse ni renovated dari rumah, so, lokasi dia memang di
kalangan rumah orang tempatan. Agak jauh dari pantai. Tapi ‘jauh’ tu maksudnya
dalam 200 meter la. Haha. Banyak resort mahal kan ada bilik betul-betul depan
pantai, atau atas laut itself, so 200 meter ni kira jauh la untuk Maldives’
standard.
Jarak dari harbour pun
dalam 200 meter jugak. Tapi kalau untuk arrival and departure, Nafiz ambik &
hantar kami pakai kereta. Kalau kena jalan kaki susah sikit sebab kami pakai
beg beroda, tak boleh roll atas pasir.
Nak pergi ‘city center’
Maamigili, dalam 100 meter je kot. Ada kedai runcit, restoran, kedai jual baju,
bank Maldives, sekolah, klinik. Kalau nak jimat tak nak makan kat restoran, nak
beli Maggi pun boleh. Hahaha.
Accomodation
Bilik dia simple je, ada attached bathroom. Ada shower dengan air panas. Tandas jenis duduk. Ada sediakan teh, kopi, snek (Chipsmore dan Mr Potato). Tapi snek kena bayar eh. Kami ada makan snek dia, tapi bila nak bayar Nafiz kata tak payah pulak. Hehe. Maybe sebab masa tu kami rushing so dia malas nak berkira kot ^^;; (Tenkiu Nafiz!)
Kettle + food + fridge + safe deposit |
Towel ada banyak, so takyah bawak. Beria je saya bawak. Putih tu untuk kegunaan bilik. Biru belang putih tu untuk kegunaan pantai. Kalau pergi excursion diorang kasi lagi towel lain.
Pakej
Whale Shark Inn ni
baru je bukak awal tahun 2016. Saya pergi bulan April, masa tu baru dalam 3
bulan je diorang bukak. Nafiz bagitahu saya lah orang Malaysia pertama yang
tinggal kat sana. Hehe. Quite predictable, considering orang Malaysia ni suka
pergi Maafushi je, tak mau jalan jauh-jauh.
Masa mula-mula bukak, diorang ada pakej 4
malam harga USD 250 je. Saya dapat pakej harga USD 280 untuk 4 malam. Harga ni
dah termasuk accommodation, breakfast, dinner, trip tengok whale shark, snorkelling
trip, sunset fishing, dan dolphin searching trip. USD 280 ni adalah harga untuk
2 orang. So bayangkanlah betapa murahnya pakej ni. :D
Saya rasa harga murah
ni tak kan kekal lama. Baru-baru ni saya nampak iklan kat TripAdvisor dengan
harga USD 300 untuk 4 malam, tapi rasanya itupun tak termasuk dinner. So, saya
cadangkan kalau korang nak tengok Whale Sharks kat Maldives, cepat-cepat lah
book guest house ni! Boleh rujuk harga latest kat website diorang atau FB page Whale Shark Inn.
Kalau tak nak ambik
pakej, korang boleh jugak book guest house ni pakai booking.com ataupun airbnb.
Harga, saya tak sure kena survey harga semasa. Tapi kalau nak duduk lama, saya
cadangkan korang book 1 – 2 hari je pakai website, pastu book directly dengan
guesthouse. Saya rasa boleh dapat harga lagi murah.
Makanan
Maldivian breakfast |
Dinner at Whale Shark Inn |
Aktiviti
Ada banyak aktiviti yang diorang tawarkan. Tapi yang saya ambik empat excursion yang free tu, campur jugak dengan trip pergi lepak kat resort. Price list:
- Swim with whale sharks: USD 65
- Sunset fishing: USD 35
- Lucky dolphins: USD 25
- Turtle snorkelling: USD 28
- Sandbank trip: USD 40
- Picnic island: USD 45
- Manta searching: USD 55
Kaki pancing dari China. Ni bot diorang untuk bawak guest pergi aktiviti. |
Untuk tengok resort, korang boleh pilih nak pergi resort mana. Saya pergi resort paling murah, Holiday Inn Resort, bayar USD 30 je, termasuk harga bot nak pergi pulau tu . Kalau resort lain, ada yang kena bayar USD 90, ada yang USD 60. Tapi yang mahal ni termasuk jugak dengan lunch buffet dan beverages (termasuklah alkohol). Cuma, tambang bot belum masuk lagi. ^^;; Saya rasa tak berbaloi bayar RM360 per person just untuk tengok resort. So, no thanks lah.
Actually kalau nak tengok Manta tak payah ambik trip mahal tu pun takpe. Kadang-kadang Manta akan datang Maamigili harbour malam-malam. Ada satu lampu kat hujung harbour, plankton datang situ malam2, so Manta pun datang. Saya tak jumpa pun, tapi kawan saya nampak. Siap lompat-lompat lagi Manta tu. Saya nampak shark je kat situ. Kalau nak tahu kat mana boleh tanya Nafiz :)
No comments:
Post a Comment