Wednesday 18 May 2016

Maldives 8D7N. Part 2 - Activities

Assalamualaikum & salam sejahtera

Sambungan dari entry yang lepas. Kali ni nak fokus pada aktiviti-aktiviti sepanjang di Whale Shark Inn. Kami ada pergi snorkelling, fishing, cari whale shark dan cari dolphins! Selain tu kami ada jugak pergi ke resort berhampiran untuk lepak2 dan ambil gambar :)

Sighting dolphins in our trip!



Pakej yang kami ambil tu termasuk aktiviti, jadi syok je kitorang beraktiviti! :D Kalau nak bayar boleh tahan la harga dia. Kalau nak tengok senarai harga, boleh rujuk website ni.

23 April: Snorkeling & Sunset fishing


Bangun pagi hari Sabtu, tengok langit still lagi mendung2. Saya berharapan nak pergi tengok whale sharks (ye lah memang tu je pun tujuan saya datang Maldives ni) tapi apa kan daya, keadaan tak mengizinkan.

Nafiz bagitahu angin kuat, jadi ombak besar dan kurang sesuai untuk ke laut dalam. Nak cari whale sharks tak boleh setakat di laut cetek2. Saya pun memang tak suka pergi tempat ombak kuat, nak swimming pun penat. So tak pe lah, pasrah.

Instead, kami pergi snorkeling. Nama trip ni ialah 'Turtle snorkeling'. Dalam website diorang harga USD 30. Tapi kami ambik pakej, so tak yah bayar lah. Tapi malangnya, kami tak bertemu dengan turtle punn. Sobs.

Tapi kami jumpa dolphins! hahaha! Bestt!! Tapi tak sempat ambik gambar. Diorang berenang masyaAllah, punya laju! Tak larat makcik nak kejar. Husband saya orang Bajau, dia hebat bab2 berenang ni, dia je larat kejar.

Dolphins incoming!


Whale Shark Inn ni kecik. Ada 4 bilik je. So as you can guess, memang kami punya trip ni agak 'private'. Kami dua orang je kat kapal tu. Tak payah sesak2 dengan pelancong lain. Masuk air pun takde orang lain, tak payah nak berlanggar dengan tourist. Itu lah kelebihan join trip dengan company kecik2. :D

Erm, dari segi corals, tempat tu takde la cantik sangat. Biasa-biasa je la. Ikan ada banyak jugak la. Ada standard coral fish yang cantik2: angelfish, clown fish, parrotfish, moorish idol, butterfly fish, etc etc. Ada jugak ikan kerapu, barracuda, triggerifsh, etc etc.

Busy fish traffic!

Erm, seperti yang korang tengok. Corals dia... agak menyedihkan. Saya pernah baca yang Maldives mengalami masalah coral bleaching yang sangat teruk semasa fenomena El Nino. Ada yang kata sampai more than 90% corals telah mengalami coral bleaching. Nampak putih je, takde kaler2 dah. :(

Yang bestnya walaupun dia punya corals tak cantik, tapi ikan ada banyak. Macam2 jenis. Tapi clown fish yang jenis maca Nemo tu saya tak nampak. Maybe sebab Indian Oceans punya anemone fish jenis lain sikit kot? Saya pun tak sure... tapi dari apa yang saya tahu memang anemone fish ni ada banyak species, rupa lain2. Saya ada nampak jenis yang lain la, tak secantik Nemo. Hehe :p

Skin diving to join the fishes!


Kami snorkeling tak lama pun. Dalam sejam je. Dalam pukul 11 kami balik dah. Kalau ikut tentative dari pukul 9.30 - 1.00 pm. Itu pun kami dah round dari one end to the other. Lagipun ombak agak kuat, saya start rasa macam pening. (nak muntah) Hehe. So lepas dah habis ronda kami terus balik. Tak stay lama2.

Sampai je guest house, saya lepak kat luar bilik. Matahari terang benderang. So saya bukak FB sambil menghitamkan kulit. Hahaha. Sambil jugak tengok orang jolok buah.

Jolok buah level 999. Dari atas dahan. Hebat!

Buah apa tu eh? Dari luar nampak macam cempedak. Tapi dalam dia lain. Buah sukun ke? Saya ni memang tak kenal sangat buah2 ni. Tahu makan je. Hahaha.

Lepas lepak dalam 40 minit, saya masuk bilik untuk rehat. Pastu hujan turun balik. Kami pun tidur dan tidur. Hahahaa.


Dah petang dalam jam 3 baru kami bangun, jalan2 kat 'city center'. Langit dah cerah. Kami terjumpa football match. Apparently masa ni memang tengah football season.

Penduduk Maamigili semangat tengok bola! Saya pun join sekejap.


Kami tengok sekejap je, pastu terus chow. Pergi beli makanan lagi. Haha (makan je tahu). Pastu dalam pukul 6 kami pergi sunset fishing! :D

Fishing style dolu2

Diorang takde provide fishing rod pun! Pakai tali tangsi tu je. Tapi diorang provide umpan. Kitorang pakai isi ikan yang dah dipotong kecik2. Nasib baik tak pakai cacing! Kalau cacing memang saya tak nak letak umpan tu. Huhu.

Yang bestnya, sambil memancing sambil boleh tengok pemandangan. Tengok sunset. Lepas matahari terbenam naik pulak bulan, kebetulan tengah full moon! Subhanallah happy nya saya tengok pemandangan. Sampai ikan makan umpan pun saya tak sedar. Hehe.

Full moon rising from the horizon!

Erm gambar ni takde la nampak cantik sangat kan. Sobs. Kamera saya tak hebat pun. Tapi series, sangat cantik. Kalau ada DSLR mesti best ber-fotografi!

Fishing trip kali ni, saya dapat beberapa ikan! Yay! My firsh catch was a grouper! Kecik je, Tapi cukup la kenyang makan sorang2. Hihi!

My first catch! Woohoo!! :D
Saya la yang first dapat ikan kat bot tu. Bangga. Hehe. Yang kaki pancing dari China tu pun ada ikut, dia dapat ikan paling besar. Ada sekali tu ikan dia dapat besar sangat sampai joran dia patah. Kesian dia. Nampak la yang dia sangat sedih. Huhu.

All in all, ini la ikan yang kami bertiga dapat:


Hasil tangkapan kami

Yang paling besar tu Chinese tu punya. Saya dapat grouper. Husband saya dapat ikan merah yang sederhana tu. Yang lain tu orang dari guesthouse yang tolong, lepas diorang rasa tali diorang kena sentap, diorang pass kat saya untuk sambung tarik. Hahaha. Ada 1 kali saya punya tali putus, maybe sebab ikan besar sangat. Wuaaa keciwaaa!

Lepas habis tangkap ikan kami balik guesthouse, dan diorang tolong BBQ kan ikan yang kami tangkap tu! Pastu makan kat luar rumah bertemankan candle light! Terharunya diorang tolong prepare semua tu~  <3 Tapi masa tu saya tengah lapar, ngantuk n letih giler, takde ambik gambar pun. Lepas dah habis makan baru rasa menyesal tak ambik gambar. Haha. ^^;;

Okeh tu je kali ni. InsyaAllah sambung next time, nak cerita pasal whale shark pulak! Weehee! Kbaiii~~!






No comments:

Post a Comment