Saturday 14 May 2016

Maldives 8D7N - Itinerary & cost. Part 1.

Assalamualaikum & selamat sejahtera

Erm, sementara tengah service kereta dan menunggu lama, kali ni nak elaborate pasal trip Maldves saya lagi. :)

Total saya spend dalam RM 4,500 untuk 2 orang. Ini dah termasuk flight, accomodation, makan dan semua aktiviti. Saya target untuk spend less than RM 3,000/pax, dan target dicapai! :D

Dhigurah Island, South Ari Atoll


Cost breakdown


AirAsia flight for 2 people (return flights) + 20kg luggage (sorang je ada luggage) + meals + seat booking = RM 1,608.48

Overnight ferry from Male' to Maamigili = USD 40/person

Pakej 4 malam di Whale Shark Inn, Maamigili = USD 280/couple (pakej termasuk breakfast, dinner, 4 excursions: cari whale sharks, cari dolfin, trip snorkeling, fishing trip)

Public Ferry (MTCC) dari Maamigili ke Male' = 53 Rufiyaa/person. Dalam USD 7

2 malam di Ripple Beach Inn, Hulhumale = RM 858.20 (booked with Agoda)


Itinerary: Summary

21/4: Bertolak dari KLIA2. 1855 - 2010 (local time). Took overnight ferry from Male to Maamigili.

22/4: Tiba di Maamigili. Check-in Whale Shark Inn. Jalan-jalan tengok Maamigili.

23/4: Snorkelling (AM); Fishing (PM)

24/4: Trip cari whale sharks

25/4: Jalan2 ke resort. Sunset cruise.

26/4: Bertolak dari Maamigili - Male. Naik feri (6 - 7 jam). Check-in Ripple Beach Inn, Hulhumale

27/4: Chillax di Hulhumale. Beli souvenir.

28/4: Check-out. Jalan-jalan Male City. Bertolak dari Male Intl Airport 8055 - 0430 (Malaysia time)


21/4 - Depart from KLIA2 - Male' Airport


Flight AirAsia ke Male' bertolak waktu petang jam 6.55 pm, sampai Male', dalam jam 8.10 pm. Flight dalam 4 jam lebih. Tapi disebabkan sana 3 jam lewat dari Malaysia masa di sana masih belum tengah malam la. (Malaysia GMT +8. Maldives GMT +5).


Kebanyakan kedai di Male' tutup jam 10. Tapi kalau di airport kebanyakan masih bukak. Money exchange pun ada, boleh la terus tukar duit kat airport. Rate 1 USD = 15 Rufiyaa. Saya dulu tukar dalam 40 USD saja. Lepas tu tukar sikit2 kat tempat lain. Kalau tak cukup pun, boleh je beli barang pakai USD. Simpan resit, sebab kalau duit Rufiyaa tak habis boleh la tukar USD balik.

Moneyyhh! Duit Maldivian Rufiyaa

Lepas keluar je ke area Arrival Hall, terus ada orang sambut kami, Mr Ashfaq, wakil dari Whale Shark Inn. Dia dah cam muka kami, sebab kami dah hantar kami punya gambar selfie sebelum bertolak. Hehe. Dia lah yg tolong tunjuk jalan ke feri terminal dari pulau airport (Hulhule) ke pulau Male' (ibu negara Maldives). Naik feri dari Hulhule ke Male' 10 Rufiyaa / person. Atau 1 USD / person.

Feri dari Airport - Male'


Lepas sampai ke Male' kami terus dibawak naik teksi. Jalan situ sangat sesak. Tapi memang banyak teksi nya. Kami kena naik teksi untuk ke ferry terminal lain pulak, untuk ke Pulau Maamigili. Kami dikenakan 35 Rufiyaa. Normal standard 25 Rufiyaa je. Tapi tak tahu lah kenapa mahal, maybe sebab ada beg, dan waktu tu dah malam2.

Ferry terminal kami pergi tu... memang sangat dodgy. Hahaha. Bukan ferry terminal yang ada bangunan cantik bagai. More like, ferry terminal untuk bawak kargo. Teksi tu drop kami kat luar terminal, so kena la jalan sikit.

At the Ferry Terminal. Mr Ashfaq tengah bawak beg kat depan.


Bot yang kami naik tu pun nampak dodgy. Dia ada dua tingkat, tingkat bawah penuh dengan barang-barang. Macam-macam ada. Basikal, sayur, buah, dan segala macam makanan lagi. Waktu kami sampai tu masih awal, dalam pukul 9.50 malam. Feri gerak pukul 10.45, so beg penumpang memang tak banyak lagi. Rasa ragu-ragu jugak lah nak tinggal beg masa mula-mula tu.


Tingkat atas ada tempat orang tidur. Katil dia kecik2 je, ada dua tingkat jugak. Ada aircond, so tak panas. Ada soket jugak untuk charge phone. Setiap katil ada nombor dia sendiri, dan nombor katil adalah pre-booked. Untuk keselesaan, saya cadangkan better lah ambik katil kat atas. Katil kat bawah tu gelap dan nampak macam stuffy je. Kalau ada orang stokin busuk mesti tak tahan. Hahaha. Tingkat atas ada tingkap, boleh tengok laut.

Feri yang kami naik Male' - Maamigili


Kami jalan-jalan dulu tengok kedai sementara tunggu pukul 10.45. Tapi mata ngantuk la. Kat Malaysia dah pukul 1 pagi lebih. Pukul 10 pulak kedai tutup. Last-last kitorang duduk je tepi laut tunggu feri gerak.

Lepas feri gerak, terus saya tidur dengan nyenyaknya. Hahaha.

22/4: Arrive at Maamigili.

Google Map view of Male - Maamigili. Jarak dalam 100++ km


Pagi tu, saya solat subuh atas katil. Dengan keadaan kapal terhuyung-hayang. Haha. Nasib baik la saya ni jenis yang tak mabuk laut sangat. Lepas subuh sambung tidur. Kat sana Subuh awal tau, dalam pukul 4.50am dah masuk dah, macam kat Sabah. Dalam pukul 6 lebih, saya sedar balik, waktu tu langit dah cerah dah. Kami dah sampai Pulau Dhigurah.

The view as I woke up. Pengalaman menarik :)

Lama jugak kami tunggu kat sana, sebab ada banyak barang yang nak diangkut keluar dari feri. Pulau Dhigurah ialah salah satu pulau yang ada penduduk, terletak di South Ari Atoll. Kat sini terletaknya TML Retreat dan Maldives Whale Shark Research Programme. So dengan kata lain, nak tengok whale sharks kat sini pun boleh. Tapi, TML Retreat ni lambat reply email. Sombong. Malas saya nak tunggu reply diorang so last2 memang saya pilih Whale Shark Inn kat Maamigili.


Dhigurah. Lepak kejap di deck feri sementara diorang angkut barang.


Kami sampai Maamigili dalam pukul 8 pagi. Sepatutnya kalau ikutkan schedule sampai selepas 6 jam (ie: dalam pukul 5 pagi). Tapi kami berhenti lama di Dhigurah. Lagipun saya perasa ombak malam tu kuat. Maybe perjalanan delay sebab tu kot.

Waktu sampai tu hujan renyai2. Sobs. Belum pun sempat saya keluar dari feri, Mr Nafiz dah masuk feri cari saya. Hehe. Dia ni memang efisyen!

Dari jeti, kami di bawa ke Whale Shark Inn naik van. Tempat tu kecik je, ada 4 bilik. Masa kami sampai tu, diorang tengah fullhouse! Kami yang last check-in dan masuk ke bilik yang paling kecik. Hehe. Tapi OK jugak, ada double bed dan ensuite bathroom. Masa check-in sebenar pukul 2 pm, tapi Nafiz kasi kami check-in awal. (masa tu pukul 9 am. Yay!)

Selepas selesai urusan check-in, kami terus berehat. Nafiz cakap bila-bila nak jalan, dia boleh tolong jadi guide. Mula-mula ingatkan lepas mandi nak terus tidur. Tapi mata jadi tak ngantuk sebab excited sangat! Hahaha. Ye lah, baru sampai Maldives kot. Memang kaki rasa gatal je nak jalan.


Maaamigili Map
(source: google.map)

Unfortunately, hujan still turun renyai2. Tapi kami redah je. Hehe. Berbekalkan payung, kitorang dibawak jalan tengok2 sekeliling Pulau Maamigili. Pulau ni kecik je, panjang dia dalam 1km++ je. Tapi kelebihan pulau ni, dia ada airport. So, untuk orang-orang yang mabuk laut dan tak mampu naik feri lama-lama, boleh la naik flight yang mahal tu.


Maamigili Health Center


1st tempat kami lawat ialah Maamigili Health Center! LOL. Saya yang request nak tengok sebab saya kan healthcare personnel. Dalam dia kecik je, macam klinik la. Masa saya pergi tu ada sorang je patient kat 'temporary ward'.


Lepas tu Nafiz tunjukkan saya sekolah. Kat sana ada sekolah rendah dan sekolah menengah rendah je. Nak pergi sekolah menengah tinggi (ie: tingkatan 4 & 5) kena pergi Male'. Kat sana pakai sistem macam di UK. Diorang pakai syllabus dari sana jugak, pakai O-level. Tapi sekolah tutup hari Jumaat, so tak dapat la nak masuk pun.

Nafiz ada juga bawa saye ke satu masjid lama. Apparently masjid tu dah dibina beratus-ratus tahun dahulu. Dibina menggunakan batu bata yang dibuat dari corals, korang boleh tengok sebijik batu yang dipotong dari brain coral yang besar gabak!

A mosque made from coral, Maamigili


Masjid tu sekarang dah di renovate la, tapi korang boleh tengok lagi tinggalan lama kat sana. Ada perigi lama (dah tak digunakan dah) dan ada jugak tanah perkuburan orang zaman dulu2. P/s: untuk bezakan kubur lelaki dan perempuan, bentuk batu nisan lain2. Batu nisan lelaki ada tajam2 kat atas. Batu nisan perempuan smooth bentuk arch gitu.


Kubur lama. Orang dulu2.


Lepas tu, kami di bawa ke 'city center'. Kah kah! Setiap kali sebut city center sure saya dan Nafiz akan gelak terbahak-bahak. Sebab bukannya bandar besar pun! Kecik je city center dia. Ada satu jalan yang ada banyak kedai. That's it. Nafiz dulu pernah belajar di Birmingham, UK, so dia pun pernah lah hidup di bandar besar. Calling it a city center was our joke. Hehe.

Sana ada la beberapa kedai. Ada farmasi. Boleh la beli biskut2, keropok, beli air tin ke. Ada kedai baju jugak, so boleh la cari2 baju kalau tak cukup baju.

Maamigili city center. hehe

Lepas pergi 'city center', Nafiz bawa kami pergi makan 'brunch' di Vivaz Restaurant. Actually kat sana ada a few restaurant, tapi Nafiz pilih untuk hantar customer dia ke Vivaz sebab kebersihan dapur di Vivaz paling bagus. Kalau korang ambil pakej yang ada makanan di Whale Shark Inn, memang makanan korang akan dimasak oleh Vivaz Restaurant.

Lepas makan kami pun balik bilik. Sambung tidur. Walaupun saya tidur lena dalam feri, husband saya tak lena. So kitorang zzzz sampai ke petang. Sebab hujan makin lebat. Hujan lebat = sejuk = sedap tido!

Hari 1st kami takde buat apa-apa aktiviti. Petang tu kami ada jalan-jalan sekejap pergi 'city center' beli keropok dan megi. Lepas tu tengok laut. Hujan turun kami lari balik bilik.

Dan hari tu jugak kami berkenalan dengan Sam. Dia ni sebenarnya keturunan Greek-Syria tapi dah tinggal di Norway. Kami jugak berkenalan dengan seorang couple dari China, dan si suami ni pulak gila memancing! Hujan lebat dengan angin ribut pun dia still nak jugak pergi memancing. Siap bawak periuk n pelbagai ramuan untuk memasak ikan. Hahaha!

Tapi yang syoknya, diorang kongsi ikan diorang dengan semua orang. Hihi. Baik hati betul! Makan free~ nyum nyum~! (sori gambar makanan takde. Makan terus masuk perut. kah kah!)

OK tu je dulu kali ni. Till next time!






No comments:

Post a Comment