Saturday 28 November 2020

Family Day di Elshape Melaka

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dah lama tak update. Tak boleh travel kan, so tak ada ilham untuk menulis. Haha. Tapi dah berbulan post ni dalam status draft, so hari ni nak sambung la. Post pasal family day. Kami 6 beradik dah berbulan survey tempat untuk buat family day staycation. Banyak tempat dah dicalonkan, last-last yang jadi pilihan ialah Elshape, Melaka.

Elshape, Melaka
Source: booking.com


Family kami sederhana besar. Ada 6 beradik, campur dengan parents, pasangan masing-masing dan anak-anak, total ada 20 orang. Ngam-ngam tak exceed SOP hahah. Kami pergi ni masa hujung bulan September. Sebelum PRN Sabah yang bersejarah tu... heh. Syukur sempat pergi sebelum PKPB start.

Elshape terletak di Masjid Tanah, kawasan yang agak jauh dari bandar Melaka. Pada saya this is a good thing, sebab korang pun tahu kan betapa teruknya jam di Melaka waktu hujung minggu. Owner rumah ni Melayu, so tak ada isu bilik air tak ada paip. Hehe. (Ada satu rumah yang kami survey tu owner Cina, so dekat tandas pakai tisu je, tak ada bidet. Adik beradik saya sebulat suara tak nak pilih rumah tu)

Ruang tamu 1

Elshape ada 8 bilik tidur. 7 daripadanya adalah en-suite. (Tapi actually ada lagi satu bilik, cuma tak dibuka untuk penyewa). Dan kebanyakan bilik ada 2 double bed. Satu bilik je ada 2 single bed. So actually boleh muat sampai 30 orang. Ada bilik yang besar sikit, ada yang kecil sikit.

Ruang tamu 2

Rumah ni berbentuk L. Ada 3 ruang tamu besar, 1 kawasan dining dan juga separate dry and wet kitchen. Dry kitchen kat dalam rumah, ada fridge dan island counter tapi tak berapa functional. Just untuk potong bawang boleh la. Dapur gas pun tak ada.

Wet kithen terletak di sebelah kolam. Ada gas stove, microwave dan pelbagai periuk. Ada tempat duduk ala bar seating so sambil masak dan minum, boleh jenguk anak mandi kolam. 

Area kolam: wet kitchen, meja makan, balkoni


Harga


Kalau tempat macam ni, mesti harga mahal kan? Ye betul. Memang harga mahal pun. Kami bayar RM5800 untuk 2 malam. Dalam wensite tulis RM2800 semalam, tapi ada bayaran tambahan. Walaupun RM5800 tu rasa macam harga tak mampu milik, kalau kongsi ramai-ramai, tak terasa la sangat mahal tu :p

Kami book direct dengan owner, dan dia bagi beberapa freebies selepas negotiate. 

1) Penggunaan alat BBQ berserta arang (tapi bahan nak masak bawa sendiri)
2) Free karaoke 2pm - 12am. 
3) Breakfast roti canai (tak negotiate pun, saja je owner tu nak bagi)

Aktiviti


Rumah ni memang sesuai untuk buat family day. Area besar, dan kalau nak sewa banquet table pun boleh. Di depan rumah ni ada kawasan lapang yang boleh digunakan untuk buat sukaneka. Tapi ni bukan area persendirian la, sebab di luar kawasan rumah.

Group photo family day


Kalau nak buat kenduri pun sesuai. Ada kawasan lapang depan rumah, so boleh jadi tempat parking. Kawasan dalam rumah besar, so ramai orang muat untuk masuk. Daripada sewa dewan mahal-mahal, sewa je la rumah ni. Kan kan. 

Seperti yang korang nampak, kolam dia kira sederhana besar, dengan kedalaman maksimum 1.5 meter. Tapi side yang dekat dengan wet kitchen tu cetek je, so sesuai untuk budak kecil main.

Kolam renang di Elshape


Karaoke dia... kira okay la. Pakai mikrofon wireless, nak pakai kena caj dulu, so tak berapa best. Tengah-tengah syok nyanyi tiba-tiba habis bateri. Potong stim sungguh! Haha. Dari segi sound system, kira bagus juga. Bilik karaoke ni terletak berasingan daripada kawasan rumah, dan memang ada proper sound-proofing. So takde la mengganggu orang yang tak minat karaoke. Cuma, masa saya pergi tu kebanyakannya lagu lama. But then kalau pandai maybe boleh update dan download sendiri lagu baru...? Tapi saya pun tak sure sebab takde try.

Yang tak bestnya, jalan nak masuk ke kawasan rumah ni sangatlah sempit! Memang muat satu kereta je. Mula-mula tu saya ingatkan dah salah jalan... sebab nampak macam jalan kampung yang tak mungkin ada rumah besar dihujungnya haha. 

Kalau nak makan di luar, ada beberapa restoran tepi jalan. Boleh juga ke Pantai Pangkalan Balak, dalam 5km dari Elshape. Kat sana boleh makan seafood dan join aktiviti watersports, macam banana boat. Ada juga Pusat Penjagaan Penyu.  

Cadangan lain untuk Family Day


Ada beberapa tempat lain yang saya dah survey dan dah masuk senarai pilihan hati, antaranya ialah:

1. The Cedar

The Cedar Bidor
Source: thecedarbidor.com
Harga: RM2720/night
Lokasi: Bidor, Perak

8 bilik, 20 pax. Rumah banglo besar dengan swimming pool dan juga outdoor kitchen area yang dilengkapi audio system. Sambil BBQ boleh dengar lagu, best nya. Siap ada pool table untuk main snooker. Berhampiran dengan rumah ni ada sungai.
 

2. KDH Villa

Harga: RM1750/night
Lokasi: Kuang, Selangor

7 bilik, 16+ pax. Rumah yang asalnya jadi pilihan no.1. Suka sebab ada kolam renang besar gile & halaman rumah besar, harga pun affordable. Memang ideal untuk family day. Tapi saya contact tak dapat reply pun. Saya book pakai AirBnb pun dia tak approve booking request saya tu. Tak ada communication langsung ^^;;


3. Nouri Villa

Harga: RM3103/night
Lokasi: Hulu Selangor

7 bilik, 20 pax. Ada kolam dan jacuzzi. Rumah memang cantik, dan kawasan pun besar. Lokasi pun tak jauh dari KL. Tapi harganya.... masyaAllah. Hahaha.


4. D'Story @ TYB

D'Story, Melaka
Source: Facebook
Harga: RM1711/night
Lokasi: Melaka

6 bilik, 16+ pax. Kolam terletak di tengah bangunan, so ada privacy. BBQ di rooftop, tapi ruang yang agak kecil. Tak jauh dari bandar Melaka. Bagi saya la, kalau nak pergi small group dan tak ada kanak-kanak dan warga emas, memang best lah tempat ni.


5. Private Pool Villa

Harga: RM 1782/night
Lokasi: Melaka

8 bilik, 32 pax. Terdiri daripada beberapa bangunan dalam compound yang sama. Dari segi senibina, tak berapa cantik sebab nampak rustic gitu. Tapi harganya sangatlah affordable. 


6. D'Pine

Harga: RM2820/night
Lokasi: Genting Sempah, Pahang

5 bilik, 30+ pax, sebab ada 15 double bed. Tapi, agak sesak la. Ada karaoke, pool table dan BBQ. Lokasi menarik sebab dekat je dengan rumah kami di Gombak. 


7. Galaxy Villa Country Heights

Harga: RM2745/night
Lokasi: Kajang

9 bilik, 18+ pax. Ada kolam renang besar, dengan outdoor kitchen, pool table dan juga BBQ pit. Siap ada projector karaoke hall. Dah la dekat. Tapi, since lokasi dia dalam Selangor juga, last-last kami reject tempat ni. Haha.


P/s: Kebanyakan harga ni adalah yang terpampang di Airbnb dan belum termasuk cukai dan juga caj perkhidmatan. 

Ni antara yang saya dah jumpa la. Tapi sebenarnya ada banyak lagi, ikut la dengan budget masing-masing. Saya pun malas nak tulis semua. Ada tempat yang harga semalam dan sampai RM5000, tapi lokasi pun cantik lah, kat tepi laut. Yang penting jangan sampai overbudget ye.

Orait itu saja. Semoga bermanfaat :)


No comments:

Post a Comment