Sunday 29 November 2015

Keretapi KK - Beaufort - Tenom

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hihihiii. Lama tak update. Busy bah saya. Bila lah nak datang staff baru kat farmasi Hospital Tuaran ni... T_T

Dah lama tak bukak tengok stats blog.. bila bukak... wahhh! Tetiba tengok makin feymes pulak blog saya ni. Yeeeyyy! :p

OK lah kali ni nak cerita pengalaman naik keretapi di Sabah ni. Untuk sesapa yang dah datang Sabah banyak kali, dah puas pusing pulau dan Kundasang, boleh cuba ini pulak. Haa.

Keretapi Beaufort - Tenom. 2012.



First time saya naik keretapi di Beaufort ni masa saya pergi white-water rafting di Padas. Tahun 2012.  Baru 2 minggu kena posting Sabah dah start buat aktiviti begini. Rumah pun belum ada masa tu. Hehe. Naik dari Beaufort, menuju ke arah Tenom. (p/s: sebutan untuk Beufort ialah bu-fort. Bukan biu-fort. Jangan salah sebut nanti bikin malu jak :p)

Sebenarnya korang boleh naik keretapi dari Kota Kinabalu pergi Beaufort jugak. Ada stesen keretapi di Sembulan dan Tg Aru. Perjalanan ambil masa dalam 2 jam lebih untuk Tg Aru - Beaufort. Kalau naik keratapi JKNS (Jabatan Keretapi Negeri Sabah) harga tiket dalam RM4.80 je untuk one-way. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk website JKNS.

Jadual keretapi dari KK - Tenom

Tapi, kalau korang KAYA, boleh lah naik Steam Railway. Harga RM300+ untuk pergi balik. Kalau ambik pakej dengan company bayar la RM400+. Kah kah. Tapi best la kot, sebab diorang refurbish balik keretapi tu supaya nampak macam keretapi zaman dulu2, ada hidang makanan lagi dalam train.

Tapi, disebabkan saya tak kaya saya naik keretapi JKNS je la. Dulu masa pergi rafting saya naik dengan company... diorang yang atur semua. Kali ni saya bawak parents saya naik, so saya research semua sendiri la.

Frekuensi train dari KK-Tenom ni memang tak banyak lah. Kalau korang nak pergi Beaufort dari Tg Aru, Kota Kinabalu, ada pukul 7.45am dan 1.40pm je. Yang ni saya tak pernah naik la. Keretapi yang ni moden sikit lah. Ayah saya excited nak naik keretapi kampung di Beaufort tu, so saya drive sendiri ke Beaufort.

Dari Beaufort, korang boleh terus ke Tenom. Tapi, kadang2 tak available pulak train ke Tenom. Kena tanya pekerja di kaunter dulu. Saya bukan nak pergi Tenom pun, saya cuma nak bawak parents saya merasa naik train, jadi saya beli tiket dari Beaufort ke Halogilat saja, pastu patah balik naik train yang sama. Hehe. Ada train pukul 5.00 am, 7.50am dan 1.30pm. Yang ni hari Isnin - Sabtu. Ahad jadual lain sikit kot, bagus check sendiri nanti kat website. Hehe.

Kaunter tiket keretapi Beaufort
Kitorang sampai Beaufort pukul 12 tengah hari camtu, tapi kaunter beli tiket belum bukak. Apparently dah dekat pukul 1 pm tu baru dia bukak. Maybe sebab hujung minggu kot? (Kitorang pegi hari Sabtu)

Harga tiket murah je! Satu hala dari Beaufort ke Halogilat RM1.20. Ada pakcik tu cakap memang harga tak naik2 dari dulu. Train tu untuk membantu orang kampung pergi pekan Beaufort dan bawak budak2 sekolah. OK la in this case, kudos to the government! Dalam kes2 lain boleh diperbaiki lagi... hehe.

Harga tiket train. Price valid as of 28/11/15

Dulu masa saya pergi untuk rafting, gerabak keretapi kat sana memang legend. Takde kerusi pun, kena bersila atas lantai je. Siap duduk tepi pintu lagi, kaki terjuntai di luar. Pastu bila dah lepas dari Halogilat, kitorang naik train, penuh, so boleh duduk ATAS gerabak train, macam dalam cerita hindustan tu. Memang syok habis lah!

Train 3 tahun lepas.. :D

Tapi sekarang dah takde dah camtu. Ada sorang pakcik ni di citer, dekat nak pilihanraya tahun 2013 tu, diorang dapat gerabak train baru. Takde dah la kena bersila atas lantai. Tapi rugi la takde pengalaman duduk atas bumbung train. Hehe.


Gerabak train tahun 2015

Semalam saya pergi, ada 2 gerabak. Yang baru warna hijau putih tu. Itu bahagian depan train. Ada air-cond, tapi tak pasang pun. Kat situ kerusi dia cantik sikit la.

Gerabak hijau putih

Yang gerabak biru tu lama sikit, kerusi simple2 je, tapi still la berkusyen.


Gerabak biru

Hehe nampak kosong je kan gerabak ni. Tapi sebenarnya, kalau korang datang lambat, takde tempat duduk tau. Contoh macam kitorang dulu, sampai dalam pukul 1.10 pm, tapi banyak tempat duduk dah kena cop dah, ada orang letak sayur la, beg la. Gerabak hijau putih tu la yang cepat penuh. Nasib baik ada sorang pakcik ni baik hati kasi kongsi seat dengan dia.

Pemandangat dari Beaufort ke Tenom macam ni la :)


Pemandangan belah kiri

Kalau korang duduk belah kiri, mostly nampak rumah2 kampung, hutan2, bekas bukit yang ditarah untuk buat landasan keretapi, etc2.


Pemandangan belah kanan: Sungai Padas

Kalau duduk belah kanan lebih exciting lah. Ada Sungai Padas dan rumah kampung jugak. Sekolah2 pun ada.

Sekolah rendah. Comel je..

Rumah2 kampung sepanjang train track

Destinasi keretapi ni takde la menarik sangat pun. Tapi pada saya yang menariknya ialah perjalanan keretapi tu la. Hehe. Kalau ada masa lapang, boleh la try2 naik keretapi. Sayang jugak dah tak ada gerabak macam dulu, kalau tak lagi la stylo. Hehe. Tapi takpe la bagus jugak gerabak macam sekarang. Lebih selesa untuk orang kampung.

Masa saya pergi tu, keretapi tak sampai ke Tenom. Tak pasti pulak kenapa. So, pastikan lah ye kalau korang nak pergi jauh2 tu kena contact dulu JKNS untuk check train ada ke takde. Kalau korang nak amik train dari KK ke Tenom, kena terus tidur sana lah. Sebab lewat petang baru sampai Tenom dan takde dah train untuk balik ke Beaufort.

OK la itu je dulu entry kali ni. Kemudian nak sambung cerita pasal rafting di Padas la pulak. Hehe. Till next time!

Updated: Waaahh keretapi Beaufort - Tenom kena feature dalam movie Ola Bola la! Bangganyaa. Kalau korang nak tahu, keretapi yang journalist Marianne naik tu adalah keretapi yang sama saya dok promote ni! Hihiii :D


16 comments:

  1. hi sis, saya selalu jak buka entri train ke tenom ni. hehe this month saya nak jalan2 sabah and teringin nak naik train. saya ke beaufort pakai bas. jauh ke stesen bas dari stesen kereta api? and, dekat stesen bas tu ada hotel bajet tak? saya travel sorang 😅. much appreciated kalau sis dapat reply saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. stesen bas n keretapi dekat jk. tapi saya cadangkan kalau nak pergi ke tenom better contact jabatan keretapi dulu, sebab kadang2 diorang tak pergi ke tenom pun. hotel tu, saya tak sure. saya dulu balik hari jk, sbb saya rasa susah sikit kalau bermalam..

      Delete
  2. saya nak tye kalau nak naij train tu possible ke balik hari beaufort-tenom-beaufort? ad train ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak possible rasanya. Setahu saya train dari Tenom takde petang. Halogilat boleh la balik hari. Tapi better confirm balik dengan Jbtn Keretapi, in case diorang dah tukar schedule :)

      Delete
  3. Teringin nak naik keretapi yg boleh duduk atas bumbung tu.. Lagi dua minggu nak ke Sabah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh bestnya. Have fun! Tapi kan, rasa macam sekarang dah takde gerabak yang boleh duduk di bumbung tu... tapi boleh try la tengok. Manatau masih boleh lagi.

      Delete
  4. Saya teringin naik keretapi lama dan murah ini ! Bestnya suasana kampung. Next year saya akan ke sabah. Boleh saya tahu kalau dari KK nak ke keretapi itu bagaimana ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari KK - Beaufort dah boleh naik keretapi, ada stesen dekat dengan airport. Boleh drive atau naik teksi ke stesen tu. Tapi keretapi tu tak frequent. Untuk tengok jadual boleh ke website Jabatan Keretapi Negeri Sabah. Kalau taknak train, boleh je naik van/bas dari KK ke Beaufort. Stesen bas tak jauh dari stesen keretapi.

      Delete
  5. Okay terima kasih. Kalau drive sendiri ke Beaufort boleh juga kan ? Lepastu naik keretapi di Beaufort. Parking takda masalah kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa saya pergi dulu ada banyak parking. Tapi, kalau pergi hari yang ada tamu susah sikit lah cari parking..

      Delete
  6. Okay terima kasih. Kalau drive sendiri ke Beaufort boleh juga kan ? Lepastu naik keretapi di Beaufort. Parking takda masalah kan ?

    ReplyDelete
  7. Hee sorry nak tanya lagi. Kalau naik keretapi dari Beaufort elok sampai kemana ? Tenom ? Halogilat ? Dan apa ada di Tenom/Halogilat ? Better saya pergi pulang hari atau stay disana 1 malam ? Maaf byk pula tanya. 1st time saya nak ke sabah. Saya akan berada di sabah 7 hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pergi Tenom mesti tidur sana 1 malam sebab takde keretapi balik hari sama. Kalau ke Halogilat boleh balik hari sama. Halogilat ada kampung orang, takde tourist attraction.

      Delete
  8. Hye sis kalo naik train tu dia ada minta ic ka lagi tu ya. @ mcm beli tiket bus biasa jk?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu tiada minta IC.. sekarang saya tak pasti lah..

      Delete
  9. oo sekarang sudah ada minta ic ker mau naik keretapi ke tenom

    ReplyDelete