Assalamualaikum &
Salam sejahtera
OK. Sambung dengan
kegilaan Krabi. Hehe. Saya nak cerita pulak pasal trip pergi Hong Island +
kayak.
Kayak! Ho yeahh!! |
Saya tak suka travel mahal2 (read: kedekut),
so saya pun pilih je la untuk naik longtail boat. Lagipun orang kata longtail
boat ni lagi syiok. A bit different lah konon. Tapi lambat, dalam 50 minit baru
sampai. Rupa2nya kalau harga untuk pergi Hong Island pakai longtail boat, 900
baht pun dah dapat. Waaaaa T__T
Tapi dah bayar pun. So
whatever la.
Yang syoknya, masa kat
jeti, tetiba je diorang suruh kitorang pergi naik speedboat. Hehe. So beruntunglah
bayar untuk longtail boat tapi dapat naik speedboat. :D
Anyway, untuk trip ni
kitorang bukan pergi ke satu pulau je. Ada a few stops: Daeng Island, Hong
Lagoon, Ladin Island dan last stop, Hong Island.
Daeng Island |
Daeng Island ni cantik
juga lah. Takde coral sangat pun, dan takde chance sangat untuk snorkeling. Berhenti pun sekejap je. Tapi batu2 dia cantik
untuk ambil gambar. Dekat sini ada arus sikit masa air nak surut, so hati2
jangan kena bawa dengan arus. Tour guide kitorang cakap, ada tourist yang dah
hanyut hari sebelum kitorang sampai tu.
Dari segi coral memang takde apa2 sangat. Tapi sini banyak ikan. Jinak2 pulak tu. Saya rasa mesti ada orang yang suka bagi makan. Sebenarnya tak boleh tau suka-suki kasi ikan makan... mengganggu ekosistem semula jadi.
Meet the fish! :p |
Cantikkk! Macam dalam
gambar poster Krabi. Hahahaha. Air kat sini tenang betul. Pintu masuk Hong
Lagoon ni sempit je, so perasaan bila mula2 masuk tu syiok sungguh. Btw, Hong
tu dalam bahasa Thai maksud dia ‘bilik’. Rasanya dinamakan bilik sebab lagoon
ni sekeliling dia ada batu tinggi2 macam dinding. Kot. Hehe.
Ladin Island! Ada gua burung layang2 |
Next stop: Ladin
Island. Pulau ni ada gua. Kononnya dulu2 sini tempat orang ambil sarang burung
untuk buat sup. Sini gua2 dia memang syok lah. Boleh snorkelling jugak, tapi
tak nampak apa sangat pun... Basically orang snorkelling untuk pergi tengok
limestone cliff dekat2.
Snorkelling @ Ladin Island |
Final stop: Hong
Island! Kat sini kitorang makan dulu. Tapi. Emm. Makanan dia tak sedap pun. Makanan
yang diorang provide tu halal, tapi tak berapa menyelerakan. Nasib baik ada la ayam goreng... Hehe. Lepas makan
terus pergi kayak!
Waaaaa excitednya masa
ni! Air jernih. Ombak tak kuat. Banyak ikan dalam air. Ada limestone cliff yang
cantik sepanjang perjalanan. Bestnyaa.
Orang excited kayak! |
Cuma... diorang takde bagi briefing sangat pasal kayak ni. Diorang just kasi korang kayak dan paddle, bagitahu kat mana area yang off limit, pastu lepas kan je korang korang kat laut. Takde pun nak cerita pasal keadaan laut ke, arus kuat kat bahagian mana ke, arah mana boleh pergi Hong Lagoon ke, etc etc. Saya nak tanya pun tak sempat sebab dia dah tolak kayak saya pergi laut... ^^;;
Tapi, kalau ikut pengalaman saya dulu, dari pantai terus kami pergi ke arah kanan. Area immediately belah kiri tu orang snorkeling so tak boleh pergi sana. So kami paddle je ke arah kanan. Setakat mana yang mampu lah. Dengan harapan darpat sampai ke Hong Lagoon...
Beatiful Koh Hong! |
Jadi kami memang tak pergi jauh lah. Lagipun area tu cantik, kami stay lama untuk ambil gambar. Dan kami nampak ada bot orang memancing ke apa ntah. Takut pulak nak proceed.
Bot yang mengganggu laluan :p |
- Nasihat saya: Pastikan korang letak sunblock dekat kaki jugak kalau kayak ok! Tak pun pakai la stokin macam kawan saya. InsyaAllah tak de la sunburn sangat kaki korang nanti...
Lepastu... saya nak pesan sikit. Naik kayak pun memang boleh mabuk laut ye. Dulu saya pernah kayak di Pulau Pangkor, pun jadi macam ni. Kawan saya dulu mabuk laut saya kena paddle sorang2. Yang kali ni sampai tangan saya ada blister. So bagus jugak la kalau korang standby plaster. Tapi kalau takde pun insyaAllah tour guide korang boleh bagi tu...
Limestone cliff |
Cantik je pemandangan... memang syok. Tengok dalam air... korang akan nampak macam ni:
Air jernih. |
Beach area reserved for snorkelling |
Alhamdulillah sebagai seorang diver, saya pandai juga lah jaga diri. Takde la luka ke apa. Tapi gerun jugak lah tengok coral tajam2 tu betul2 bawah badan ^^;;
Actually coral yang hidup tak banyak sangat pun. Macam diorang ni dah melalui fasa coral bleaching... Memang banyak dah coral kat south east Asia jadi macam tu... ;_;
Tapi saya jumpa banyak ikan juga lah. Ada grouper (ikan kerapu), ada puffer fish, ada giant clam. Tour guide saya cakap ada 'nemo' (anemone fish) tapi tak nampak pun...
Giant clams! |
Krabi ni mmg kegilaaan semua orang. But I haven't tried this kayaking experience at Hong Island. Sempat ber island hopping to several islands around.
ReplyDelete* Oh btw, came across your blog while blog hopping. Hi there, Zara here!
Hi Zara :)
DeleteHihi saya pulak tak sempat pun nak pegi island hopping yang dekat Krabi tu. Saya boleh pilih satu je so saya pilih Hong Island for the sole reason that I can go kayaking there :p
BEST NYA....SAYA AKAN MENYUSUL PULAK..TQ BG BYK INFO..SO BILA SY PERGI X DE LA NK TERCARI2 KN APA NK DI BUAT NYA...
ReplyDelete