Oraitt! Sekali lagi dapat melancong ke negara baru. Kali ni saya pergi Korea, dengan Kembara Sufi. Sebab jalan sorang2 je, husband tak kasi saya backpacking sendiri2. Huhuu. Saya pun tak larat dah kot tua2 ni nak backpack sorang2. :p
Kembara Sufi Korea, October 2016, Mt Seorak |
Saya booking trip ni kira last minute juga lah. Dalam 1 bulan sebelum trip, baru saya join. Nasib baik ada single traveller jugak, jadi boleh la saya join bilik dengan dia, tak payah bayar extra. :)
Kos
Harga basic trip ni RM 2999. Kena tambah duit untuk bayar compulsory tipping sebanyak RM 150. Optional: tambah RM36 untuk makanan dalam flight dan insurans RM55. Saya ambil meal dalam flight, tapi tak ambil insurans. So, total saya bayar RM 3185.
Harga ni dah termasuk baggage (15kg untuk flight ke Korea, 20kg untuk flight balik KL). Makanan 3 kali sehari (1st day cuma ada lunch & dinner. Last day cuma ada breakfast). Accomodation di hotel 3 bintang ke atas. Transport. Dan tour guide di sepanjang perjalanan.
Kos shopping? Hehe. Ni ikut citarasa masing-masing. Saya tukar RM500 dari Malaysia. Rate masa tu lebih kurang 1000 won = RM 3.85. So saya dapat dalam 130,000 won. Di Korea, saya ada tukar lagi 6,000 yen, so dapat dalam 64,000 won lagi. So total dekat 200,000 juga lah saya belanja kat sana. Ini dikira jauh lebih sikit berbanding orang lain dalam tour group saya. Haha. Diorang belanja ribu-ribu ringgit pun ada...
Itinerari
Hari 1: Kimchi-making experience & cuba pakai hanbok. Lunch: Indian food. Itaewon mosque. Nami Island. Dinner: Korean food. Hotel: Sorak Delpino Golf & Resort.
Hari 2: Breakfast di hotel. Mount Seorak. Lunch: Korean food. Teddy bear farm. Rail biking at Yapyeong. Dinner: Korean food. Hotel: Vivaldi Park Resort.
Hari 3: Breakfast di hotel. Fruit farm. Lunch: Korean food. Everland. Dinner: Korean food. Dongdaemun. Hotel: Capital Hotel.
Hari 4: Breakfast: Indian food. Ginseng shopping. Lunch: Korean food. Gyeongbok Palace. Donghwa Duty Free. Namdaemun & Myeongdong. Dinner: Korean food. Jalan-jalan ke Namsan park & N-Seoul Tower.
Hari 5: Breakfast: Indian food. Red Pine tree (medicinal herb product). Shopping at department store. Airport.
Cuaca
Check weather forecast untuk tahu suhu kat sana. Saya bajet musim luruh ni sejuk sangat la. Semangat je bawak sampai 3 jaket (berlainan ketebalan). Sekali tengok suhu siang 20 darjah. Suhu aircond je tu. Bawak jumper pun cukup. Tapi malam sejuk sikit lah, especially di kawasan pergunungan.
Summer going to Autumn. Suhu 17 darjah. Mendung. |
Pergi lah semasa musim yang sesuai. Saya pergi ni awal Oktober. Erm, memang tak menarik sangat lah. Baru saja habis musim panas. Daun pun tak sempat nak bertukar warna. 2 hari pertama kami di sana hujan memang banyak. Biasanya pertukaran musim ni memang hujan banyak sikit. Tabah je la ye.
Apparently masa awal minggu ni di Busan dan Jeju ada ribut. Sampai flight kena cancel, dan festival di Busan pun kena cancel. Jadi, erm, pilih la musim yang sesuai dan doa lah banyak2 supaya perjalanan dipermudahkan.
Makan
Bagi saya nak makan kat Korea ni tak susah sangat la. Makan je la seafood, merata-rata ada. Kalau nak makanan yang betul-betul halal tu mungkin susah sikit la. Korean tourism agency ada buat panduan restoran yang ada makanan halal kat sana. Ada yang betul-betul halal certified, ada yang just pork-free, alcohol-free, etc etc. Boleh try rujuk website diorang.
Kat dalam website ni ada kasi senarai restoran halal sedap di Korea. Yang saya pernah pergi dan akan recommend ialah: Makan Restaurant di Itaewon. Sedappp! Saya tak fasih sangat dengan nama-nama makanan di Korea ni. Tapi basically saya makan ayam goreng, daging (tak tahu masak apa tapi sangat sedap dan lembut), sotong masak merah2, pastu ada side dish ikan bilis, kimchi, dan sebagainya.
Lauk kat Makan Restaurant! Nyum nyum! |
Shopping
Dongdaemun
Saya cuma pergi ke satu duty-free mall di sana, Doota. Tour guide kitorang bawa kami ke tingkat 5 ke 6 ntah, kat sana ada satu kedai khas jual barang-barang souvenir. Macam-macam ada. T-shirt paling murah boleh dapat 3 tshirt dengan harga 10,000 won. Tapi kualiti yang biasa-biasa je. T-shirt cantik sikit 12,000 won.
Fridge magnet harga 3 dengan harga 5,000 won, untuk yang design comel-comel. Yang biasa tu boleh dapat 5 untuk 5,000 won. Ada seaweed, green tea, kipas, snow globe, key chain, dan macam-macam lagi lah.
Tour guide kami cakap, Dongdaemun ni adalah trend-setter untuk fesyen di Korea. Di sini lah tempat orang Korea yang suka berfesyen pergi untuk cari pakaian, termasuklah dia sendiri (so dia nak kata dia ni fashionable lah kot :p). Baju-baju kat sana kebanyakannya ialah designers clothes. Bukan brand2 yang buat mass production. Topshop, Zara, H&M, Dorothy Perkins, korang tak kan jumpa kat sini.
Doota Mall, Dongdaemun |
Myeongdong
Aigoo yang ni saya sempat explore sekejap je. Wuaaa. Ada satu jalan penuh dengan kedai. Saya pergi sana dah petang-petang, sangat ramai orang jual street food. Ada kedai kosmetik pelbagai brand: Innisfree, Nature Republic, Etude House, Skin Food, etc etc. Tapi, dari segi harga, saya rasa lagi murah sikit kalau beli di kedai Duty Free. Saya rasa la. Tapi saya tak sempat compare betul-betul.
Selain jalan di atas, ada juga kedai shopping di bawah tanah. Semasa meng-explore underground shop ni, silalah ingat korang punya nombor pintu masuk & keluar. Disebabkan korang berada dalam tanah, senang sesat jalan. Kalau tak ingat nombor exit, korang mungkin akan tersesat, macam saya :p
Myeongdong. Sesak weih! |
Namdaemun
Duty Free Shop
Kalau nak mask mahal sikit, ada yang letak snail extract. Erk. Tapi kononnya bagus lah. Wallahua'lam. Kawan saya ada beli, buy 2 free 1, so saya ada beli 1 kotak dari dia. Harga pun lagi mahal, dalam RM5+ per mask. Tapi belum try pakai, takut nak try. Hahaha
Selain mask, kawan saya ni beli horse oil. Minyak kuda. Diperbuat dari kuda. Gerun je saya dengar. Kononnya bagus la, tapi saya tak yakin kehalalannya, jadi tak berani nak beli walaupun sangat teringin.
Saya tengok produk Body Shop pun sangat murah kat sana. Tapi, kalau korang beli barang yang bukan made in Korea, korang kena bayar dulu dan ambil barang kemudian kat airport. Macam leceh je kan. Selain tu, korang boleh beli barangan brand mahal melampau macam Chanel, DKNY, etc etc. Ada kosmetik overseas jugak. Tapi saya cuma sempat explore tingkat yang jual kosmetik Korea.
Wifi
Wifi ni ibarat jantung kepada travellers. Sangat penting. Dekat area
Seoul, korang boleh jumpa public wifi di merata-rata tempat. These free wifi are a
life-saver! Kalau sesat kat tengah-tengah bandar Seoul tu, boleh la guna wifi
ni untuk menyelamatkan korang. Huhu. Saya adalah antara orang yang terselamat
disebabkan public wifi ni. Nyaris-nyaris tertinggal bas dek tak jumpa pintu
keluar dari underground Myeongdong mall.
Hotel kat area Seoul no problem, wifi ada dalam bilik. Tapi kalau ke
hotel di luar bandar, korang cuma boleh dapat wifi di lobi sahaja. Sedihnya.
Kalau di Sorak Delpino bagus, signal wifi kuat kat lobi, so senang nak dapat
internet access. Kalau di Vivaldi Park, korang kena berlumba-lumba. Wakakaka.
First come first serve gitu. Tapi yang bagusnya, dekat setiap tingkat pun ada
wifi.
Everland
Saya memang peminat tegar theme park dan roller coaster. Alhamdulillah,
semasa di Everland saya berpeluang naik T-Express, roller coaster yang
terpanjang di Korea. Keistimewaan roller coaster ni ialah, track dia diperbuat
daripada kayu. Nampak macam usang je. Hehe.
The huge T Express roller coaster. Seen from many parts of the park <3 |
Seperti yang korang tahu, Everland ni theme park terbesar di Korea.
Terletak agak jauh dari pusat bandar Seoul, dalam 1 jam perjalanan kalau naik
kereta. Tempat ni agak menarik, tapi bagi saya memang tak standing dengan
Universal Studio, Osaka dan juga Disneyland Tokyo. :p
Kalau dah namanya theme park tu, mesti akan crowded waktu weekend. Saya
pergi dulu hari Ahad, tapi disebabkan hujan, orang tak ramai sangat. Naik
T-Express tak payah beratur langsung! Kalau cuaca bagus, jangan harap la...
hehe.
Kalau korang nak tahu, kat Everland ni ada prayer room. Lokasi nya kat
sebelah Mystery Mansion. Kat sana cuma ada bilik untuk solat, campur lelaki dan
perempuan. Tempat ambil wudhu ada disediakan, tapi sama jugalah, campur lelaki
dan perempuan. Tapi kira OK lah, berbanding dengan prayer room di Incheon
Airport yang takde tempat wudhu tu. Huhu. Btw, di Incheon Aiport prayer room
terletak dekat dengan gate nombor 24. Sebelah tempat untuk tax refund.
Kalau nak elakkan queue panjang, ada QPass ticket. Sesuai untuk ride
yang terkenal. Tapi saya dulu tak payah pakai pun, sebab line memang tak
panjang. Attraction yang saya dapat cuba: T-Express, Amazon Express,
Thunder Falls, Mystery Mansion, Double Rock Spin, dan Rio 4D. Kalau tak nak basah, tak payah la naik Amazon Express dan Thunder Falls.
Masa saya pergi sana musim luruh, jadi Everland dipenuhi dengan hiasan
sempena Halloween. Best! Anak sedara saya mesti suka. Dia ni obsess sikit
dengan horror movie & game. =_=
Tipu daya produk kesihatan
Untuk yang pergi ke Korea dengan tour group, berhati-hati sikit sebab
korang kemungkinan besar akan dibawa ke tempat-tempat menjual produk herba
untuk kesihatan. Ginseng, bagi saya kira OK lah. Sudah digunakan selama
beratus-ratus tahun.
Tapi saya tak puas hati dengan produk ‘Korean Red Pine’. Kononnya begitu
bagus sampai boleh merawat darah tinggi, kencing manis, kanser, tinnitus, asma,
buah pinggang, dan macam-macam lagi lah. Boleh kata hampir semua penyakit di
dunia ni boleh dirawat lah kiranya. Kah kah!
Promoter Red Pine yang fasih berbahasa Melayu |
Basically produk ni adalah minyak yang di ekstrak daripada daun pokok ‘Red Pine’ yang kononnya hanya dijumpai
di Korea. Hasil ekstrak minyak tu disimpan sebagai kapsul untuk dimakan setiap
hari sebagai supplemen.
Demonstrator nanti akan tunjuk macam mana polystyrene, yang disamakan
dengan lemak ‘LDL’ di dalam badan, boleh dihancurkan dengan minyak red pine tu.
Seperti yang kita tahu, polystyrene ni ambil masa bertahun-tahun untuk hancur
secara semula jadi.
Obviously, kalau pakai air biasa,polystyrene memang tak boleh larut. Kau
kacau la kuat macam mana pun tak kan larut. Pastu, diorang tambah pulak minyak
red pine dalam kapsul tu ke dalam air. Kacau-kacau sikit, pastu poof! terus lah
larut polystyrene tu. So, kononnya, disebabkan red pine tu boleh hancurkan
polystyrene, maksudnya ia juga mampu untuk menghancurkan lemak ‘LDL’ kat dalam
salur darah kita.
Saya terus tersenyum sinis. Sebab bodoh sangat gimik tu. Polystyrene dihasilkan daripada petroleum, which is minyak. Air kan bersifat lipophobic. Air
dan minyak memang tak kan bercantum. Minyak dan minyak memang ngam. So, kalau
korang pergi campur minyak red pine tu dengan polystyrene, of course lah polystyrene tu boleh cair. Korang letak minyak masak pun boleh jadi bah.
Satu lagi, diorang akan gunakan satu alat dinamakan ‘capillograph’ untuk
melihat keadaan kapilari dan salur darah korang. Jari manis korang akan dicalit
dengan olive oil dan diletakkan di bawah kanta ‘capillograph’ untuk check sama
ada salur darah korang ni sihat ke tak. Ada banyak lemak ke tak. Dan, korang
mesti guna jari manis belah kiri, sebab jari tu yang paling hampir dengan
jantung. Katanya.
Saya rasa macam nak hentuk kepala dia kat dinding. First of all, alat
macam tu tak wujud. ‘Capillograph’ yang diorang guna tu ialah light microscope
biasa je. Imej yang dihasilkan pada skrin tu obviously adalah rakaman yang
telah dibuat dari awal. Cuba masa diorang tengah check tangan korang tiba-tiba
korang tarik tangan laju2. Tengok gerak ke tak ‘imej kapilari’ korang kat skrin
tu. Hehe :p
Nak beli boleh, itu terpulang pada individu masing-masing. Tapi jangan
sampai terbazir beribu-ribu ringgit disebabkan terpengaruh dengan gimik diorang
ni.
Lain-lain tips
Orang Korea driving belah kiri. So, terbalik daripada Malaysia. Jadi,
diingatkan untuk para pejalan kaki untuk berjalan di bahagian jalan yang betul.
Bila naik escalator, kalau korang nak berdiri je, sila ke belah kanan. Kasi can
untuk orang yang nak rushing gerak kat sebelah kiri.
Plug. Diorang pakai yang sama dengan Eropah. Plug 2-pin bulat. Kalau
korang punya charger yang jenis 2-pin, boleh je terus masuk tanpa adapter.
Kalau jenis 3-pin kena bawa adapter lah ye.
Korea is generally very safe. Menurut tour guide saya, diorang ni dinobatkan
sebagai negara yang paling banyak CCTV. Memang kalau korang tengok kat jalan
raya, even tepi rumah pun, ada je CCTV. Saya berjalan pukul 1 pagi pun OK je...
aman damai. Hihi.
Del Pino Hotel, Mt Seorak |
Sesetengah hotel diorang tak sediakan tuala. Erk. Saya pergi ke Vivaldi
Park Resort dan Sorak Delpino Golf & Resort, yang boleh dikatakan hotel
yang bagus dan taraf dia nampak macam Bukit Gambang Resort & Genting
Highlands... tapi tak disediakan tuala! Tuala kecik (face towel) ada sampai 5
helai, tapi tuala badan sehelai pun tarak. Dah la saya tak bawa tuala dari
Malaysia. Wuuu. Capital Hotel kat Seoul ada sediakan tuala.
Kalau korang jenis yang shopping tak hingat dunia, jangan lupa dapatkan
tax-refund sebelum terbang! Korea pun ada tax ala-ala GST juga, pada kadar 10%.
Tourist yang beli barang lebih daripada 30,000 won dalam satu resit layak untuk
claim balik tax yang korang dah bayar tu. Macam mana nak claim? Nanti di
airport, sebelum korang masuk ke area departure, ada satu kaunter untuk
validate tax claim korang. Lepas dah masuk, nanti korang kena pergi ke kaunter
lain pulak (dekat dengan gate 24) untuk claim duit korang. Korang boleh pilih
untuk claim duit dalam currency won, US dollar atau renminbi.
Mmg demo kat kedai tuk mengarut . Kapsul red pine . Aku beli tuk stok sebulan . Dlm seminggu berdetup jantung . Degupan x normal . Buat ecg . X der masalah . Lancar jer . Terasa sihat smpi kini . Da 4 tahun berlalu . Simptom tu ku rasa lah , saluran2 darah jantung da clear di cuci . Mcm paip tersumbat ... tetiba clear ..pam terkejut ...
ReplyDeleteErmm rasanya bukan sebab saluran darah jantung dah clear. Kalau jantung berdegup laju tu maksudnya ada kesan direct pada jantung kot. Macam bahaya je tu. Huhu
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete