Assalamualaikum & Salam sejahtera
OK kali ni nak cerita pasal accommodation kami
di Brunei yang menyebabkan trip kami menjadi sangat exciting!
Honestly, saya rasa Brunei tak jauh beza dari
Malaysia kalau dari segi bangunan dan alam sekitar. Tapi, tinggal di Kampong
Ayer di sana memang satu kelainan lah, pada saya.
Kunyit 7 Lodge |
Ini tempat tinggal kami. Kunyit 7 Lodge.
Terletak di Kampong Ayer di Bandar Seri Begawan. Owner tempat ni nama dia Kem.
Nama betul dia tak ingat la... Kamariah kot. Ada keturunan kerabat diraja Brunei juga
lah, dan banyak travel di zaman muda dia. Husband dia Andrew, orang Penang,
Chinese muallaf.
Rumah ni kira macam rumah warisan tok nenek.
Tapi diorang dah renovate kasi cantik dan letak macam2 perhiasan yang menarik
untuk jadikan rumah ni sesuai dengan ‘selera’ pelancong. Ada 4 bilik untuk
pelancong kalau tak silap. 1st night kami di sana, kami sorang je
duduk kat situ, so boleh lah kami ‘conquer’ ambil gambar di pelbagai sudut.
Hehe. 2nd night kami di sana, lebih meriah. Ada satu family dari
Sweden, mamat dari Australia dan Singapore.
Apa yang menarik dengan rumah ni?
1. Lokasi
OK ni paling penting. Rumah ni betul2 terletak
kat pinggir Kampong Ayer so kawasan verandah rumah ni ada unobstructed view of
Masjid Omar Ali Saifuddin dan kawasan city center. Malam2, korang boleh tengok
lampu2 di Bandar reflected over the water. Sangat cantik hokayh!
Night view. Bersembang sambil melepak kat verandah sangat best! |
2. Memahami kehidupan orang tempatan
Disebabkan lokasi nya kat Kampong Ayer, korang
boleh fefeeling hidup macam orang kampung air kat sana. Setiap kali nak pergi
Bandar/balik rumah kena naik bot. Tidur malam2 ada bunyi air kat bawah rumah.
Tengok jiran tengah2 panas dari rumah terus terjun masuk air. Bawah rumah jiran
ada bot tengah parking. Awesome lah!
3. Owner yang best
Disebabkan host kami ni sangat best, maka
experience kami pun best~ Masa kami pergi sana, Andrew yang banyak jaga rumah.
Husband & wife dua2 sangat peramah. Andrew terus cerita kisah hidup dia
lepas kami datang. Excited kot jumpa orang Malaysia. Rugi katanya tak minta
kami tapau nasi lemak untuk dia. Hehe.
Bilik tidur. Comel je |
Breakfast is provided. Diorang masak sendiri.
Korang boleh request nak makan apa, western ke, local ke, etc2. Makanan simple
tapi cukup kenyang. Ada buah jugak, which is what’s important for me J
Sembang dengan diorang ni memang best. Saya
berminat betul dengar kisah Kem. Dia memang pernah kerja bertahun2 dalam hotel
industry. Kerja di beberapa negara. Pastu Andrew dan Kem hobi diorang yachting.
Menarik betul. Rupa2nya kalau korang nak sailing ni, tak semestinya korang kena
ada yacht sendiri. Boleh jadi member club dan sewa je. Dan kelab yang diorang
join tu ada cawangan jugak kat Tg Aru, Kota Kinabalu. Menarik nih. Hihi.
4. Design rumah
Ruang tamu. Kalau panas waktu tengah hari boleh duduk sini, banyak angin |
Apparently banyak jugak benda2 yang artistic
dalam rumah tu Kem buat sendiri. Hebat kan. Ada juga satu ‘wall of fame’ untuk
tourist tulis2 pendapat diorang pasal rumah tu. Toilet dia moden, jenis duduk.
Salah satu shower ada hot water. A relief for me. Saya tak particular sangat
pasal tempat tidur tapi saya pentingkan toilet yang selesa!
Tapi bagi saya, the biggest charm of the house
mestilah dia punya verandah. Saya rasa saya lagi banyak duduk melepak di
verandah tu daripada jalan2 kat Bandar. Hehe. Panas la... malas nak jalan2
jauh. Asalkan dah tengok Masjid Omar Ali Saifuddin dan Royal Regalia cukup lah
bagi saya... Di sana takde aircond, tapi kat verandah tu ada angin sepoi2
bahasa sepanjang hari. So memang lah situ tempat paling strategik untuk
melepak.
The view as I sip my cup of coffee. Win! <3 |
Saya paling syok duduk kat verandah tu waktu
pagi. Orang lain bangun lambat. Saya pulak terus duduk sana lepas subuh, boleh
minum kopi sorang2 sambil feeling2. Btw, kat sana Kem ada provide 3 in 1
coffee/tea untuk minum. Free ja. Kebetulan masa saya di sana tu tengah full
moon. MasyaAllah cantik betul pemandangan tengok fullmoon reflected on the
water.
5. Meeting new company
Antara benda paling best bila korang travel
ialah berkenalan dan bercerita dengan strangers! Saya bersembang berjam2 dengan
stranger kat sana. Hehe. Paling lama saya bersembang dengan mamat dari Sweden.
Actually dia berketurunan Iran, tapi dia kerja kat Sweden dan kahwin dengan
orang sana. Selain tu, ada juga sorang mamat berasal dari Malaysia tapi kerja
kat Singapura.
Lama jugalah kami sembang. Dah lebih pukul 12 tengah malam baru pergi tidur. Banyak jugalah topic kami cover. Dari travel, politics, religion hinggalah ke US conspiracy theory. LOL. Inilah kelebihan duduk di homestay. Kalau korang duduk hotel, takde peluang lah nak rasa macam ni, :)
Erm OK tu je lah untuk kali ni. Kalau berminat, boleh lah hubungi diorang via facebook page Kunyit 7 Lodge.
Roger & out!
Terima kasih kerana perkataan anda!
ReplyDeleteMy pleasure :)
DeleteSalam, selamat hari raya! Tertarik dgn tempat ni. Just nk find out. How many of you stayed there? Tadi check nk buat booking but it only allows max 3 pax. Ada limit ke? Let me know. Thanks!
ReplyDeleteand you buat booking di mana ye? Bole share? Thanks!
Delete1 rumah tu ada 3 bilik kalau tak silap. Bilik yg sy duduk tu ada 3 katil. Mungkin bilik lain dah ada org book waktu tu? So ada 1 bilik je available kot..
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteAirbnb, booking.com, n agoda pun ada..
Delete