Thursday, 27 December 2018

Singapore Solo Trip 3D2N Part 2: Itinerari

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Orait kali ni nak sambung cerita pasal Seingapura dengan lebih lanjut, berserta dengan tips2 dan itinerari saya untuk memaksimumkan masa kat sana.

Ikon Singapura

So here goes, Singapore Part 2.




Hari Pertama


Saya naik bas, perjalanan ke Singapura dalam 7-8 jam. Jadi, lebih baik ambil bas malam supaya boleh tidur dalam bas, akan sampai awal pagi dan boleh terus jalan2. Pick up point untuk bas ekspres ada banyak, contohnya: Berjaya Times Square, One Utama, Terminal Bandar Tasik Selatan (BTS). Drop off point di Singapura pun ada banyak, tapi kebanyakannya akan drop kita di shopping complex atau Woodlands terminal.

Terminal BTS. Macam airport sudah.

Atas dasar practicality, saya buat keputusan untuk ambil bas tengah malam (1.30am) dari Terminal Bandar Tasik Selatan ke Larkin Sentral, Johor rather than terus ke Singapura. Sebab?

  • Bergerak dari Terminal BTS lagi selamat sebab ramai orang dan ada polis. Untuk trip tengah2 malam, BTS lagi selamat daripada shopping mall macam Berjaya Times Square, One Utama, etc. 
  • Lebih murah. 
  • Kebanyakan bas malam direct ke Singapura akan sampai sana dalam jam 5-7am. Saya risau takde tempat solat dan lepak2 sebab awal sangat. Kalau sampai Larkin Sentral awal pagi pun, ada banyak orang dan ada restoran (eg: McDonald) buka 24 jam. 
  • Breakfast kat Johor lagi murah daripada kat Singapura. Lol

Dari Larkin Sentral, saya naik bas 107. Bayar terus tiket kat dalam bas. Di Larkin Sentral ada komputer untuk beli tiket, tapi tak boleh pakai untuk beli tiket ke Singapura tau (walaupun ada option Sigapura kat situ). Untuk ke Singapura, kena pergi ke Platform 1 & 2. Bas akan datang every 15 - 30 minutes. Bas pertama sebelum pukul 6am pun dah ada. Boleh bayar pakai RM atau SGD. Bas 107 ni dari Singapura. Company SBS Transit. Warna purple + merah + putih.

Harga tiket sekarang ialah RM2.20 untuk dewasa. Budak2 tak ingat. Ada student price, tapi student card Malaysia tak laku ye! Saya dah try tanya driver bas, dia kata tak laku. Lol. Tiket bas dia kecik je, dalam 2cm x 1cm. Tapi jangan hilangkan! Kita kena naik turun bas 3 kali. So setiap kali naik bas baru tunjuk je tiket tu.

Mula-mula dari Larkin ke Imigresen Malaysia kat JB (Bas no. 107). Kena tukar bas, so beg kena angkut. Lepas tu dari imigresen merentasi Selat Tebrau naik bas lain (tapi No 107 jugak). Dari Imigresen Singapura ke MRT Kranji naik bas lain, tapi kali ni saya naik no. 107x. Kenapa ambik yang ada "x"?  Sebab yang ni last station dia kat MRT Kranji, so tak payah risau tersalah turun stesen. Di MRT Kranji, saya beli single ticket ke MRT Woodlands. Harga $1.50.

Oh ya, selain bas SBS Transit, ada bas company lain: Causeway Link. Bas diorang ni warna kuning. Harga saya tak pasti berapa, tapi sama je la, boleh sampai ke Singapura.

Saya cadangkan untuk pakai Singapore Tourist Pass. Singapore Tourist Pass boleh dibeli di airport atau mana-mana MRT station yang ada TransitLink ticket office. Biasanya stesen MRT utama memang ada (eg: Bugis, Chinatown, Woodlands, Kranji, etc).

Singapore Tourist Pass

Malangnya kat MRT Kranji, TransitLink ticket office dia buka lambat. Kat MRT Woodlands ofis dia buka awal, jam 8am. Tapi, takde pulak bas direct dari Johor ke MRT Woodlands. Ada bas ke Woodlands Checkpoint, tapi ini tak sama dengan MRT Woodlands tau! Kalau korang naik bas pergi Woodlands Checkpoint kena cari bas lain atau Grab pulak untuk ke MRT station. Jalan pun boleh, just penat sikit lah. Beg berat lagi.

Kalau korang nak, ada bas yang pergi all the way sampai ke Queen Street station, dekat dengan area Bugis/Kg Glam dah. Tapi nanti lama la korang dalam bas tu. MRT lagi laju.

Lepas dah beli Singapore Tourist Pass, saya terus pergi hostel dan tinggalkan bagpack saya di sana.



1st stop: Botanic Gardens. Turun di MRT Botanic Gardens.

Botani Gardens Telah diwartakan sebagai UNESCO World Heritage Site pada tahun 2015. Taman ni free je untuk masuk, dan sangat lah besar! Saya spend dalam 2 jam di sini, sebab terpaksa rushing. Memang tak sempat pusing habis. Kat sana ada banyak jenis taman, ada mini rainforest jugak. So memang menarik. Kalau korang jenis hantu alam sekitar mungkin boleh spend whole day kat sini.

National Orchid Garden, Botanic Gardens

Kalau korang ada masa, saya cadangkan untuk masuk ke Orchid Garden. Kena bayar $5. Tapi dengar kata sangat cantik, dan diorang ada spesis orkid terbanyak di dunia, katanya.


2nd stop: Kampung Glam. Turun di Stesen Bugis.

Saya cari Masjid Sultan, untuk solat jamak Zuhur Asar. Sambil tu bergambar di Kampung Glam. Restoran di jalan utama menuju ke masjid tu mahal sangat. Siapa kaya boleh lah try. Tapi ada macam-macam jenis makanan. Ada makanan Turki, Lubnan, Itali, Jepun, etc2. Kalau saya kaya, memang makan kat situ dah. But be prepared to pay between $20-30 ye.

Masjid Sultan & Kedai Makan

Lepas solat saya pergi ke Golden Mile Food Centre. Saya cari Burgs by Warung Project. Area ni ala-ala food court tepi jalan je. Tapi ramai orang. Nampak macam tempat yang orang tempatan selalu pergi la, tak macam Kampung Glam. Set burger paling murah $4.50 je. Saya ambil set beef burger yang ada beef bacon, sekali dengan fries. Harga $7.50 kalau tak silap.

Ada banyak lagi kedai makan lain, tapi saya tak explore pun. Yang saya nampak ada kedai cina muslim, kedai mamak. Kedai lain tu kebanyakannya tak halal.


3rd stop: Gardens by the Bay. Turun di MRT Bayfront.

Sebenarnya Gardens by the Bay ni ada 3 bahagian. Tempat yang ada pokok lampu2 yang selalu masuk gambar tu terletak di Bay South Garden. MRT Bayfront ni memang stop di sebelah Bay South Garden.

Sebenarnya nak tengok pokok besar tu (di panggil Supertree) percuma je. Korang pergi ke Supertree Grove. Kat sini malam-malam ada pertunjukan lampu (Garden Rhapsody), pun percuma juga. Kalau hari biasa (bukan weekend atau public holiday) ada 2 show: pukul 7.45pm dan 8.45pm. Tapi kena pergi awal sikit la, untuk cop tempat.

Saya dulu sampai 8.30pm pun ramai dah orang. Free seating je, takde kerusi apa pun. Ramai yang berbaring je atas lantai tu. Hahaha. Sebab kalau tak, nanti sakit leher asyik mendongak je. Kalau korang jenis OCD sikit, boleh lah bawa tikar untuk jadi alas nak baring nanti :p

Kalau korang tak kisah untuk bayar, masuk lah ke Cloud Forest dan Flower Dome. Basically they are 2 gigantic greenhouses. Boleh bayar untuk tengok salah satu je, atau bayar untuk tengok dua-dua. Saya beli di Klook, boleh masuk dua-dua. Harga asal RM68. Lepas diskaun, dapat RM54.60. Sebenarnya harga untuk orang tempatan dan warga asing lain-lain tau. Orang tempatan murah sikit.

Cloud Forest, Gardens by the Bay

Cloud Forest ni dibina meninggi ke atas. Dalam ni ada man-made waterfall. Cantik sangat! Pastu ada walkway, dengan man-made mist. Orang kata macam cerita Avatar kunun. Dalam greenhouse ni memang penuh dengan tumbuh-tumbuhan pelbagai jenis, terutamanya tumbuhan yang tumbuh di altitud tinggi macam periuk kera. Ada baaanyaak jenis orkid. Cantik-cantik. Saya spend dekat 2 jam kat sini. Kalau korang hantu gambar mungkin akan spend lagi lama la. Haha. Selain daripada peluang bergambar, dalam ni ada tayangan berkaitan ekosistem dan nature preservation. Sangat berinformatif. Kalau saya ada anak memang nak bawa pergi sini. Heh.

Succulent Garden, Flower Dome

Flower Dome ada banyak jenis garden bertema. Mula-mula masuk korang akan nampak Succulent Garden. Kat sini ada macam-macam jenis kaktus dan tumbuhan gurun. Cantik-cantik pulak tu. Selain tu ada Mediteranean Garden, California Garden, South America Garden, etc2. Kat Flower Dome ni suhu dia sejuk sikit, dalam 20 - 25 darjah celcius. Kat dalam ni ada hall untuk buat function. Siapa kaya boleh lah book untuk garden wedding korang. Haha. Saya spend dalam 1 jam lebih. Sebab penat dah, kaki sakit. Lol.

Tapi, kalau katakan budget korang tak cukup, dan korang cuma boleh pilih satu je, saya cadangkan untuk pilih Cloud Forest.


4th stop: Marina Bay area. Kat sini saya jalan-jalan je. Ada Helix Bridge (sangat cantik masa waktu malam), ArtScience Museum, Esplanade, Singapore Flyer. Korang boleh masuk Esplanade dan naik ke bumbung untuk tengok pemandangan. Would've been beautiful untuk tengok sunset kalau tak mendung. Tapi cuaca mendung, so tak nampak sangat sunsetnya.

Marina Bay - malam

Niat asal saya nak solat jamak Maghrib-Isya' di Esplanade. Saya ada baca kat internet kita boleh solat kat Nursing Room. Tapi Nursing Room yang saya jumpa tu tutup pukul 6pm. Tapi dengar kata ada Nursing Room tutup pukul 9pm kat Mezzanine floor. Cuma, pastikan korang bagi keutamaan pada ibu yang nak menyusukan anak ye.

So untuk plan B saya pergi ke Marina Square untuk solat. Dalam internet macam senang je nak cari. Pergi ke escalator berhampiran Manhattan Fish Market, turun ke basement parking, pastu cari tiang AA3. Rupanya besar gila Marina Square ni. Puas berpusing jugak lah baru jumpa surau. Nak cari Manhattan Fish Market pun susah. Yang bestnya, lepas keluar surau terjumpa terus restoran halal kat dalam Marina Square, sebelah pintu keluar. Nama kedai tak ingat. Naik escalator sebelah surau tu memang akan jumpa terus kedai ni. Ada jual mi, nasi, laksa, ayam goreng, popia, etc. Harga murah, ada yang bawah $5. Saya sempat tapau ayam goreng je, sebab nak kejar show.

Lepas tu saya terus gerak ke Marina Bay area. By this time, Helix Bridge dah berlampu, so sangat cantik. Jangan lupa snap banyak-banyak gambar. Pemandangan area sini waktu siang dan malam sangat berbeza, sebab lampu-lampu menjadikan bangunan tak cantik pun nampak cantik. Haha.

Ingatkan nak tengok Garden Rhapsody dulu pukul 7.45pm tapi tak sempat. Saya tengok fountain show dulu, di kawasan Marina Bay, Spectra - A Light and Water Show -  mula pukul 8pm. Show ni 15 minit. Saaaangaat best! Dah lah free, lighting and visual effect dia superb. Tak pernah lagi tengok free fountain show macam ni. Pukul 9pm pun ada. Kalau hari Jumaat dan Sabtu, ada 3rd show at 10pm.

The best (free) fountain show ever!

Lepas tu saya patah balik ke Supertree Groove untuk tengok Garden Rhapsody pukul 8.45pm. Tapi, honestly, Spectra jauh lebih best daripada Garden Rhapsody. Kalau korang penat dan nak kena pilih salah satu, pilih lah Spectra.


Hari Kedua


Sebenarnya tujuan utama saya ke Singapura ialah nak pergi Universal Studios Singapore (USS). Maka haruslah satu hari dihabiskan untuk jalan-jalan kat sana.

Far, Far, Away: Universal Studios Singapore

USS terletak di Pulau Sentosa, di kawasan selatan Singapura. Kat situ memang ada banyak tempat lain yang boleh dilawati selain USS, contohnya S.E.A Aquarium, akuarium terbesar di Asia Tenggara.

Opening hours USS berubah-ubah dari masa ke semasa. Masa saya pergi dulu tu, hari Selasa, bukan cuti sekolah, buka dari jam 10am hingga 6pm je. Jadi takde la pertunjukan fireworks bagai. Kalau weekend, setahu saya USS buka sampai malam.

Pastikan korang sampai USS awal sikit, paling lewat pun dalam 10 minit sebelum buka. Sebab belum buka pun ramai dah orang beratur kat pintu masuk. So kalau korang sampai lewat sikit, mesti dah panjang dah barisan untuk masuk tu.

Kenapa semangat nak masuk awal? Supaya boleh naik attraction utama tanpa perlu beratur panjang. Target utama saya dulu ialah Battlestar Galactica: Cyclon. Biasanya ride yang femes ni mau la beratur sampai sejam untuk naik. Tapi disebabkan saya masuk awal, beratur tak sampai 15 minit pun. Hahaha. Bestt.

Untuk ride kedua saya naik Revenge of the Mummy. Beratur dalam 20 minit kot. Waktu ni orang dah mula ramai. Ada banyak budak sekolah.

Lepas keluar Revenge of the Mummy saya naik Battlestar Galactica balik, tapi kali ni naik bahagian Human. Kena beratur lebih 30 minit.

Untuk ride Battlestar Galactica dan Revenge of the Mummy, korang kena simpan beg kat dalam loker. Harga loker free saja untuk 45 minit yang pertama, tapi selepas tu kena bayar $2 untuk setiap 20 minit. Pandai betul buat duit. Haha.

Lepas tu pulak saya naik Transformers: The Ride. Ala-ala macam Harry Potter ride dekat Universal Studios Japan, tapi saya rasa Harry Potter lagi best. Orang ramai gila. Sebab ride ni tak extreme sangat kot, so ramai orang tua, budak kecik pun nak naik. Masa saya beratur tu katanya waiting time 40 minutes.

Transformers: The Ride

Saya masuk Single Traveller punya lane, sebab memang saya sorang pun. Tengok-tengok single lane lagi slow! Sebab ramai gila orang yang sebenarnya travel in group menyibuk nak masuk single lane jugak, diorang ingat dapat lagi cepat. Sekali ambik kau.. beratur 1.5 jam. Line tak bergerak sangat, mungkin sebab banyak orang travel in pairs kot, jadi single lane ni jadi slow sangat. Lagipun kebetulan saya duduk sebelah someone yang berbau sikit. So, sambil naik ride tu tahan nafas, tak enjoy. Lol.

Yang bestnya, masa saya naik Jurassic Park Rapid Adventure. Waiting time 90 minutes, sepatutnya. Line memang panjang gila. Saya masuk ikut single lane. Saya beratur dalam 5 minit je, dah dapat naik dah! Mwahaha. Puas hati. Tapi kalau naik ride ni pastikan korang ada bawa baju hujan ya kalau taknak basah. Sebab mesti akan kena air punya. Hahaha.

Attraction dalam USS ni memang banyak. Saya pun tak sempat (dan tak berminat) nak try semua. Yang saya rasa wajib cuba ialah:


  • Battlestar Galactica: Cyclon & Human. Cyclon ni jenis kaki tergantung. Human ni ada tempat duduk macam roller coaster normal. Kalau takut naik Human je la. Itu pun ada orang yang dah muntah lepas turun.
  • Transformers: The Ride. Ada 3D effect. Kita gerak seolah-olah macam kita ni Transformers newbie yang nak melawan Decepticon. Best la jugak.
  • Revenge of the Mummy. Roller coaster dalam gelap. Ada mummy keluar. Lol. Saya naik sebelah budak kecik, berabis dia tutup mata. Hahaha.
  • Jurassic Park Rapid Adventure. Part mula-mula tu tak best. Asyik berpusing je, pening. Yang hujung tu yang syok, lepas menjunam. Lencun habis. 
  • Shrek 4D. Yang ni saya suka juga lah. Sambungan untuk movie Shrek yang pertama, sebelum movie no. 2. Kalau masuk dengan baby kecik, pastikan korang duduk kat seat tengah yang takde gerak2 ya. 
  • Waterworld. Ok yang ni bukan ride, tapi pertunjukan. Awesome sangat. Ada stuntman, letup2, asap2. Kalau korang taknak basah, jangan duduk dekat barisan depan ye. Diorang ni suka basahkan orang. Haha. Sebelum masuk check dulu showtime pukul berapa. Masa saya pergi dulu 1.30pm dan 4pm.

Pentas persembahan Waterworld.


Kalau ada masa lebih sikit, boleh try yang ni jugak:

  • Madagascar: A Crate Adventure. Floating ride jugak, tapi takde pusing-pusing macam kat Jurassic tu. Yang bestnya ride ni suka acah-acah nak basahkan kita, bikin kita takut. Tapi sebenarnya takde pun. Lepas tu pandai pulak dia snap gambar masa kita tengah ditakutkan dengan air pancut diorang tu. Hahaha. 
  • Lights, Camera, Action! Yang ni pun okay juga lah. Ada special effects, konon-konon ada typhoon. 

Yang lain-lain tu... saya takde la minat sangat. Ada lagi 3 roller coaster, satu kat Jurassic Park, dua lagi Puss in Boots dan Dragon. Yang kat Jurassic Park tu kena tunggu 40 minit, saya tak sanggup beratur lama untuk junior roller coaster, so tak jadi naik. Saya nak naik Puss in Boots tu, tapi lepas dah beratur 10 minit tiba-tiba dia kata tak operational pulak. Duh.

Saya ada naik ride Sesame Street Spaghetti Chase. Ya Allah... bosan gila. Tak payah naik pun takpa. Ingatkan jenis yang boleh tembak-tembak macam Buzz Lightyear kat Disneyland tu. Rupa-rupanya memang yang budak kecik punya, ride slow2. Hahaha. Interactive show with Donkey pun tak payah la pergi. Unless kalau korang pergi dengan budak kecik bawah 10 tahun. Otherwise macam krik krikk je.

Shortly before USS tutup 6pm tu saya dah keluar, sebab takut nanti ramai sangat orang beratur untuk naik Sentosa Express. Masa ni, train untuk ke VivoCity dari USS sangat panjang barisan untuk naik (p/s: Stesen di USS tu nama dia Waterfront, stesen di VivoCity nama dia Sentosa). Jadi, saya cadangkan supaya korang jalan-jalan dulu kat Pulau Sentosa.

Ada 4 stesen untuk Sentosa Express ni: Sentosa - Waterfront - Imbiah - Beach Station. Imbiah takde apa sangat, unless kalau hotel korang kat area2 tu. Jadi nanti dari Waterfront naik train pergi ke Beach Station. Free saja, tak perlu bayar.

Peta jalan Pulau Sentosa

Di Beach Station ada surau yang terletak di basement. Lepas keluar train, korang akan jumpa ticket/information counter. Dekat-dekat kaunter tu ada satu eskalator untuk turun ke kawasan parking. Kat bawah tu ada surau yang disediakan telekung. Ada juga tempat wudhu, tapi terbuka. So perempuan kena ambil wudhu siap-siap di tandas berdekatan.

Palawan Beach

Dari Beach Station, saya cadangkan untuk korang jalan ke Palawan Beach. Di sana ada pantai yang agak bersih, banyak orang mandi-manda. Selain tu ada satu pulau kecik yang diakatakan adalah "The Sounthernmost Point of Continental Asia". Haha. Sebagai orang Malaysia saya gelak dengan statement ni sebab kita kata titik paling selatan continental Asia adalah di Tanjung Piai, Johor. :p

Yang bestnya, di pulau kecik tu ada dua menara dengan view cantik. Boleh nampak Palawan Beach dan juga sunset kat laut yang dipenuhi dengan kapal-kapal besar. Nampak sangat lah yang Singapore ni memang negara yang banyak eksport-import.

Hari Ketiga


Saya ada separuh hari je untuk travel, jadi awal pagi saya dah keluar. Mula-mula naik bas pergi ke area Merlion Park. Kalau dari Bugis boleh naik bas no 100. Pagi-pagi ni pelancong pun tak ramai sangat, so boleh la bergambar puas-puas.

Lepas tu saya jalan-jalan ke arah MRT Esplanade. Tengok tugu perang, muzium, dan bangunan-bangunan menarik sekeliling tu. Ramai orang tengah jogging. Bagus betul. Singapura ni banyak taman, senang orang nak bersenam pagi-pagi sebelum masuk kerja.

Dari MRT Esplanade saya balik ke MRT Bugis. Makan breakfast, kemas beg dan check out. Tapi beg boleh tinggal di hostel dulu.

MRT Bugis. Rupa macam LRT kita je

Next stop: Chinatown. Dari MRT Bugis boleh naik line biru (Downtown Line) untuk ke MRT Chinatown. Korang keluar kat exit A, Pagoda Street. Dari situ jalan je straight, dan korang akan nampak kuil Hindu di belah kanan. Kalau ke kiri akan ada Masjid Jamae. Sepanjang jalan ni ada orang jual souvenir murah-murah. Best. Lepas hujung jalan tu korang belok kanan, ke arah kuil tu. Dan jalan je straight, nanti jumpa kuil Buddha, Tooth Relic Temple.

Kat Chinaown yang bestnya boleh shopping. Barang agak murah juga lah. Mungkin boleh tawar menawar, tapi saya malas nak bargain, sebab beli sikit-sikit je.

Chinatown - tempat shopping. Lol


Next stop: Little India. Dari MRT Chinatown, naik line purple (North East Line) untuk ke Farrer Park, berhampiran dengan Little India. Dari sini, saya jalan ke arah MRT Little India. Saya tak jumpa souvenir yang menarik kat Little India, tapi ada kedai makan halal yang nampak macam ramai orang.

Next stop: Bugis & Kg Glam. Dari MRT Little India, boleh naik line biru (Downtown Line) untuk ke MRT Bugis. Kat sini ada banyak exit, kalau nak ke shopping mall boleh lah keluar ke Bugis Junction. Tapi area Bugis ni kira mahal lah untuk shopping, jadi kalau nak shopping souvenir je, boleh lah ke Kg Glam, menuju ke arah Masjid Sultan. Di sekeliling tu ada banyak kedai souvenir. Saya ada jumpa t-shirt murah $5 untuk 2 helai. Tapi kualiti pun takde la hebat sangat.

Untuk balik ke Malaysia, saya naik bas juga, tapi bas kali ni direct dari Singapura. Syarikat bas tu nama dia "Billion". Saya recommend sangat bas diorang. Servis bagus. Ruang duduk dia besar dan luas. Beberapa jam sebelum naik bas, diorang hantar SMS untuk remind korang tempat pick up dan juga bagitahu nombor plat bas yang korang akan naik. Kalau korang nak, boleh jugak tinggalkan luggage korang kat ofis diorang di Kitchener Complex, berhampiran dengan MRT Lavender.

Bas yang selesa, seat boleh recline. Tapi soket tak berfungsi. Haih.

Pick up untuk company ni ada dua tempat: MRT Lavender B Exit (berhampiran McDonalds) dan juga Golden Mile Complex, Beach Road. Sebenarnya kalau korang tinggal di area Bugis lagi senang naik bas kat Golden Mile Complex je. Haha. Menyesal pulak naik dari MRT Lavender, sebab penat jalan jauh untuk naik green line (East West Line) kat MRT Bugis. Stesen MRT Bugis ni besar gabak, so jarak blue line dengan green line tu kena jalan dalam 10 minit jugak kot. Baik terus jalan dari hotel pergi Golden Mile Complex. Haha.

Nanti masa nak keluar dari Singapura, korang cuma perlu bawa diri dan pasport di Imigresen Singapura. Tapi masa nak masuk Malaysia, korang kena bawa turun semua beg untuk scan di Imigresen Malaysia. So proses kat sini lama sikit.

Bas Billion akan berhenti di BTS atau Berjaya Times Square. Dari sana, pandai-pandai lah bawa diri ke destinasi masing-masing ye.

Okay lah. Itu saja perkongsian saya. Bye~

No comments:

Post a Comment