Sunday, 25 November 2018

Singapore Solo Trip 3D2N Part 1 - Tips dan Nasihat

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya suka jalan-jalan lepas habis menempuh sesuatu event penting dalam hidup. Kali ni dah berjaya lalui viva untuk Master degree saya, jadi saya decide untuk ke Singapura, negara jiran yang cukup dekat ni. Asalnya nak pergi dengan geng, tapi takde sesiapa yang available (sebab trip ni last minute). Mengenangkan cuti saya dah diluluskan, sayang pulak tak jalan, so, jalan je la sorang2 pun. Hehe :p

The Iconic Merlion and Marina Bay Sands




Trip ni memang plan last minute. Tarikh viva saya dah ditukar beberapa kali, sebab kena tengok Examiners free ke tak. So tak dapat nak plan awal-awal. Tapi Singapura ni dekat je kan. Takde la risau sangat sampai nak research berminggu-minggu. Cuma disebabkan ini ialah solo trip, saya rasa penting untuk plan bila dan di mana saya akan bertolak dan sampai. Trip last minute macam ni memang tak naik flight lah, sebab tiket flight mahal. Jadi saya naik bas je.

Itinerari dan Kos


Saya pastikan trip saya ni di bawah RM1,000. Ramai yang pergi day trip Singapore tak sampai RM100 pun ada. Tapi diorang tak masuk mana-mana attraction sites lah. Saya punya breakdown cost kali ni lebih kurang macam ni:


  • Bas pergi balik Singapura: RM 66
  • Singapore Tourist Pass: RM 62 (Harga SGD 20)
  • Accomodation (2 malam): RM183
  • Tiket USS: RM 184 
  • Tiket Gardens By the Bay: RM55

**Exchange rate saya dapat dulu 1 SGD = 3.06 MYR

So, total dalam RM 550. Dulu saya tukar SGD 120 untuk expenses, tapi tak sampai separuh pun habis. Haha. Ingatkan makan mahal sangat. Pastu tak terasa nak shopping pulak, malas nak bawak beg berat-berat. Sebenarnya makanan banyak je tempat yang murah-murah, tapi kena jalan jauh sikit dari tempat pelancong.


Day 1: KL - Larkin Sentral - Singapura


Saya naik bas tengah malam. Gerak dari Terminal Bandar Tasik Selatan dalam jam 1.30am. Sampai Larkin Sentral dalam jam 6am. Harga: RM 28. P/s: Kalau korang nak naik KLIA Transit dari KL Sentral, last train jam 12.05am ya. Malam-malam train tak frequent, setiap 30 minit. LRT pulak bergantung pada stesen, nak selamat gerak sebelum 11pm ye.

Terminal BTS, dalam pukul 12.30am
Kalau nak naik bas tengah malam ke Singapura dan korang travel solo, sila naik dari Terminal BTS ye. InsyaAllah lebih selamat. Ada ramai orang, polis pun ramai. Kalau nak beli tiket bas last minute, kaunter tiket pun banyak. Ada banyak kedai, termasuk convenience store 24 jam. Surau pun ada.

Di Larkin Sentral pun ada McDonald's 24 jam. Masa saya sampai sana jam 6am, kedai makan pun dah banyak buka. Ada masjid yang sediakan water dispenser free kat tingkat atas. Cuma toilet kena bayar pulak, macam kat Sabah.

Naik bas dari Larkin Sentral ke Singapura. Kalau dari Larkin Sentral saya naik bas no 107. SBS Transit (syarikat Singapura). Tambang dari Larkin ke MRT Kranji RM 2.20. Selain tu, ada juga bas Causeway Link dari Imigresen JB.

MRT Kranji - MRT Woodlans: SGD 1.50 (dalam RM4.50). Kenapa pergi MRT Woodlands? Sebab nak beli Singapore Tourist Pass di Transit Link office. Ada banyak ofis, tapi opening hours lain-lain. Di MRT Woodlands buka dari jam 8am, so senang. Kalau ada kad ni, korang boleh naik mana-mana MRT, LRT dan bas awam tanpa perlu bayar extra. Saya ambil yang 3 hari, harga SGD 20.

Lepas dapat Singapore Tourist Pass, lawatan pun bermula~

1) Singapore Botanic Gardens, satu-satunya UNESCO World Heritage Site di Singapura. Bayaran masuk: percuma! Kecuali kalau nak masuk Orchid Garden kena bayar SGD 5.

2) Gardens By the Bay. Nak tengok Super Tree free saja. Nak masuk Cloud Forest dan Flower Dome kena bayar.

3) Jalan-jalan Marina Bay, Helix Brdge, tengok sunset di rooftop Esplanade. Esplanade ni ala-ala macam Istana Budaya diorang lah. Rupa dia macam durian. Naik bumbung dia free je, boleh tengok pemandangan. Solat Marghrib + Isya di surau Marina Square.

4) Spectra - A Light and Water Show, sebelah Marina Bay Sands. Start pukul 8pm dan 9pm. Kalau weekend 10pm pun ada. Pertunjukan air pancut yang sangat cantik. And it's free!

Garden Rhapsody, Supertree Groves

5) Garden Rhapsody, di Supertree Grooves. Percuma juga. Pertunjukan lampu kat Super Tree. Start pukul 7.45 pm dan 8.45 pm.

Day 2: Pulau Sentosa


Hari kedua saya habiskan di Pulau Sentosa. Kat sini memang ada macam-macam attraction, contohnya: Universal Studios Singapore, S.E.A Aquarium, waterpark, dan macam-macam lagi lah.

1) Sentosa Boardwalk. Ini adalah cara untuk ke Pulau Sentosa secara percuma. Hehe. Jalan kaki dalam 15 minit. Sambil jalan tengok pemandangan. Ada bahagian yang berbumbung dan ada walkator. So takde la penat sangat.

Universal Studios Singapore. One bucket list checked :)

2) Universal Studios Singapore. Harga biasa: RM207. Saya beli masa 11.11 sale, dapat diskaun RM23 jadi saya cuma bayar = RM 184. Pastikan korang sampai awal, sebab biasanya sebelum opening hours orang start beratur dah. Lepas masuk je terus gerak ke arah attraction yang korang teringin naik (eg: Battlestar Galactica). Untuk attraction roller coaster extreme, beg wajib ditinggalkan dalam loker. Untuk 45 minit yang pertama, percuma. Selepas tu dia akan caj SGD 2 untuk setiap 20 minit.

3) Palawan Beach. USS tutup dalam jam 6pm. Saya pun naik Sentosa Express untuk ke Beach Station. Harga? Percuma! Awesome kan. (p/s: Kalau dari VivoCity nak ke Pulau Sentosa kena bayar SGD 4, tapi once kita dah kat pulau, naik Sentosa Express free je, termasuklah untuk balik ke VivoCity). Di Palawan Beach korang boleh tengok sunset. Pergi ke "Southernmost Tip of Continental Asia". Dekat situ ada 2 menara kayu yang kita boleh naik. Lepak situ tengok sunset. Syok!

Day 3: Merlion Park - Kg Glam, Bugis - Chinatown - Little India


Hari terakhir ni saya pusing-pusing bandar je, sambil shopping sikit-sikit.

1) Merlion Park. Apake bende nya Merlion ni? Merlion = Mermaid + Lion, maskot Singapura. Kalau pergi Singapura macam tak sah pulak kalau tak bergambar dengan patung ni. Ada banyak sebenarnya, kat Pulau Sentosa ada yang paling besar, tapi nak masuk pun kena bayar. So saya pergi yang free je.

2) Kg Glam & Bugis. Kg Glam dan Bugis ni sebalah-sebelah je. Kalau nak pergi Kg Glam turun kat MRT Bugis. Kat Kg Glam ada Masjid Sultan, masjid paling ikonik di Singapura. Ada banyak makanan halal, dan boleh shopping souvenir yang murah-murah. Saya beli t-shirt 2 helai SGD 5. Tapi kain nipis la. Kalau kat Bugis mahal sikit, sebab area ni dah penuh dengan shopping mall. Memang area "up" sikit la.

MRT Chinatown

3) Chinatown. Pun best untuk shopping souvenir! Haha. Saya jumpa banyak barang made in China yang saya rasa boleh beli dengan harga jauh lebih murah kat Shopee. Lol. Tapi ok la, ada fridge magnet SGD 1 each. Ada yang boleh combine2, beli 6 fridge magnet SGD 5 je. Chinatown ada masjid, kuil dan tokong. Hebat kan. Dah la ada free wifi. Recommended untuk tinggal kat area sini!

4) Little India. Dari MRT Chinatown saya turun di MRT Farrer Park dan berjalan ke arah MRT Little India. Kat sini saya tak beli apa-apa. Ada banyak beauty parlour kalau korang nak try henna. Ada kedai Briyani halal jugak.

Lepas habis jalan saya naik bas dari MRT Lavender Kitchener Complex (Exit B). Bas sampai ke Berjaya Times Square, KL. Harga: RM35.


Tips dan Nasihat


1) Pastikan korang beli Singapore Tourist Pass atau Ezi-link Card. Boleh beli di mana-mana stesen LRT utama yang ada Ticket Office (eg: Bugis, Woodlands, Chinatown), ataupun di Changi Airport.

Singapore Tourist Pass
Singapore Tourist Pass ada 3 jenis:
1 day: SGD 10
2 days: SGD 16
3 days: SGD 20.
P/s: Tapi kena bayar deposit SGD 10. Asalkan korang pulangkan dalam masa 5 hari selepas expired kad tu, boleh dapat balik duit tu.

Ezi-link Card ni kena beli. Harga SGD 12, ada kredit SGD 7 lepas beli, so harga tiket ialah SGD 5. Tiket ni tak boleh dipulangkan ye, so SGD 5 tu akan lesap je. Berita baiknya ialah, kalau pakai Ezi-link card ada diskaun 15% untuk setiap perjalanan. So kalau pergi Singapura lama atau nak pergi banyak kali, lagi berbaloi ambik yang ni. Kalau macam saya, pergi 3 hari je, baik ambik yang Singapore Tourist Pass.

2) Beli tiket attraction awal2! Download apps: Klook.

Masa saya di USS dan Gardens By the Bay, saya nampak barisan tiket panjang gila! Kesian kat orang yang kena beratur untuk beli tiket. Saya beli tiket melalui Klook, beli online je. Nak masuk tak payah redeem tiket, just tunjuk barcode dalam apps. Kalau nak print pun boleh, in case phone mati bateri. Haha.

Yang lagi best, kalau korang beli pakai Klook apps, boleh naik shuttle bus free untuk ke USS (valid sampai Disember 2018 saja rasanya). Dan, kalau korang beli masa ada sale, (macam saya dulu) siap ada diskaun lagi untuk beli tiket. Kalau korang ada referral code dari kawan-kawan, korang akan dapat kod untuk beli dengan diskaun dalam RM13. Selain tu korang akan dapat point jugak lepas melawat tempat yang korang beli tiket tu. Kredit tu boleh digunakan untuk kurangkan harga next attraction site yang korang pergi nanti. Best kannn?

Macam mana nak daftar Klook? Boleh pakai referral code Klook saya ni ye: 2B6CM. Pakai kod ni tau. Nanti korang dapat diskaun, saya pun boleh dapat diskaun untuk next purchase. Haha.

3) Imigresen Singapura - bawa pen!

Ramai orang yang kerja di Singapura tapi tinggal di Johor sebab rumah lagi murah. Jadi, sebelum jam 9am dari JB nak ke Singapura orang ramai sangat! Bersedialah untuk beratur panjang kat imigresen. Mula-mula kena lalu kat Imigresen Malaysia, tapi untuk orang Malaysia yang part ni tak lama pun. Lepas tu seberang Selat Tebrau, beratur pulak kat imigresen Singapura. Kat sini yang panjang sangat. Saya rasa dalam 40 minit kot baru selesai. Kebetulan pulak masa tu ada budak sekolah mana ntah buat lawatan ke Singapura. Panjang gila barisan.

Sebelum beratur nak masuk Singapura, pastikan korang isi dulu Arrival Card. Boleh ambil kat peti besi sebelah dinding. Isi sambil beratur pun boleh, yang penting sila bawa PEN! Kalau tak penat la tunggu giliran nak pakai pen.

Just in case korang tertanya-tanya, nak masuk Singapura tak payah visa ye. Lol.

Merentasi Selat Tebrau

4) Tempat tinggal: JB ke Singapura?

Secara jujurnya, saya sangat *benci* long commute. So saya takkan recommend untuk pilih accomodation kat JB. Tapi of course lah, harga accomodation di Singapura berganda lagi mahal. Saya tinggal di hostel kongsi dorm 6 orang pun dah RM90++/night.

Tapi, takpe lah. Korang bayangkan kalau duduk di JB, hari-hari akan menempuh imigresen 4 kali sehari. Kalau keluar jam 7am pun, mungkin 9am baru boleh start jalan-jalan. Balik pun kena awal, kalau tak... takut tak cukup rehat pulak. Unless kalau naik kereta sendiri lah. Tapi tetap akan menempuh traffic jam. Tak sanggup. =_=

Untuk jimat kos, tinggal lah di hostel. Especially kalau korang travel solo macam saya. Tak pun, kalau travel satu family pun mungkin boleh book satu dorm 6 orang ke. So, satu family boleh tinggal sama-sama. Kalau duduk jauh sikit dari city center, boleh la dapat Airbnb yang affordable.

Hostel tempat saya tinggal. Atlantis Pod @ Bugis

5) Download apps: Citymapper atau Maps.me

Citymapper ni sangat berguna kalau korang ada roaming Internet di Singapura. Apps ni boleh ajar korang macam mana nak pergi dari point A ke B, dan juga tolong compare perjalanan mana yang paling cepat, mana yang boleh elakkan panas matahari, dan termasuk juga dengan estimate harga tiket bas/MRT. Ada juga option untuk bus only, MRT only, dan kalau berjalan, dia boleh tolong estimate berapa kalori yang akan dibakar.

Option perjalanan pada Citymapper apps


Contoh lah, kalau korang nak ke Pulau Sentosa, dia akan bagi option macam ni. Take note that dia punya recommendation mungkin akan berubah bergantung pada keadaan trafik semasa. Sebab dia pun boleh estimate bas akan sampai lagi berapa minit. Awesome sangat.

Kalau korang tak pasti nak berhenti kat stesen mana bila naik bas, jangan risau, sebab korang boleh on GPS dan dia akan tunjukkan korang ada kat mana dan alert korang bila dah perlu turun bas.

Maps.me pulak berguna untuk orang yang takde internet. Korang boleh download peta siap-siap sebelum pergi, dan save peta dalam phone. Pastu guna je peta ni untuk jalan kat sana. Peta dia agak detailed tapi dia takde maklumat real-time untuk bas dan MRT macam Citymapper.

6) Tempat solat

Satu yang saya tak gemar tentang Singapura ialah, susah sangat nak cari tempat solat! (Despite the fact kat sana sepatutnya ramai orang Melayu dan asalnya memang tempat majoriti Melayu kan). Sebesar-besar Gardens by the Bay tu, boleh pulak takde tempat solat. Yang saya tahu ada satu kat sebelah Texas Chicken, tapi katanya dah tutup untuk public, cuma untuk staff saja. Ada banyak juga lah shopping mall yang ada tempat solat, tapi mostly terletak ceruk di basement (with minimal signage). So, pastikan korang Google siap-siap kat mana nak solat ye.

Singapura kan negara sekular, maybe diorang tak terdetik kot yang kita ni akan terpusing-pusing mencari surau. InsyaAllah tempat solat tu memang ada, cuma kena berusaha gigih sikit untuk mencari sebab signage memang sangat limited.

Tapi saya puji pihak Resort World Sentosa (ie: Genting Group). Kat dalam Universal Studios Singapore ada surau yang jelas ditunjukkan dalam peta USS, siap ada tempat wudhu. Di Beach Station (parking) pun ada satu prayer room, lengkap dengan telekung yang bersih (tapi tempat wudhu kat luar). Maybe sebab owner Genting Group dari Malaysia, so lebih memahami keperluan muslim kot.

7) Makanan halal

Singapura bukan negara Islam ye. Jadi nak makan kena jenguk2 dulu halal ke tak. Setahu saya, kebanyakan major food chain memang ada Halal certification, memandangkan sana memang ramai orang Islam. Saya tengok McDonalds, KFC, Texas Chicken, Subway, ada sijil halal. Tapi bosannya lah kan makan fast food je.

Kalau nak makanan halal yang bukan fast food chain, kena rajin sikit mencari dan bertanya. Hehe. Kat internet belambak food guide untuk halal food. Contoh macam:

1) Best Halal Food, menurut HHWT. Tapi makanan dia mahal sikit ye, ada tempat yang lokasi jauh dari typical tourist spots..

2) Best Halal Restaurants, menurut HungryGoWhere. Tapi makanan ni pun ada yang boleh tahan mahal lah. Lol.

3) Cheapest Halal Food Under $2. Yang ni memang murah. Tapi lokasi nya jauh2. Kalau sanggup jalan jauh untuk jimat duit, atau ada kereta sendiri, boleh try yang ni :)

4) Cheapest Halal Eats in Topspots. Yang ni murah, dan lokasi dekat dengan tempat pelancong. Try them out!

5) Hawker Stalls yang sedap. Ni senarai untuk gerai di food court. Ada yang jauh, tapi ada juga yang tak jauh sangat, macam Golden Mile Food Centre (dalam 10 minit berjalan dari Kg Glam). Kat situ saya try Burgs by Warung Project. Sedap juga lah. Ada kedai Chinese muslim jugak.

Burgs By Warung Project, di Golden Mile Food Centre

Banyak tempat halal. Bagi saya limiting factor ialah kos. Lol. Saya limitkan harga SGD 10 untuk sekali makan, termasuk air. Kecuali di USS lah. Standard lah kalau namanya theme park tu harga makanan memang overpriced! Saya makan nasi briyani ayam, dengan ayam thigh portion besar, harga SGD 15. Tapi not bad la.

8) Power plug

Disebabkan Singapura pun bekas jajahan British, maka plug dia sama je macam Malaysia. Tak payah susah-susah nak bawa adaptor.


Okeh. Tu je kot tips kali ni. Lepas ni sambung lagi dengan Part 2, insyaAllah. Bye~

No comments:

Post a Comment