Wednesday 1 August 2018

New Zealand Roadtrip: Skydiving and Helicopter Tour

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Entry kali ni kita buat throwback sikit. Saya tengah bertapa nak siapkan tesis Master, rasa nak berasap kepala asyik menghadap benda sama je. Tiba-tiba teringat pulak trip New Zealand. Kenangan indah... boleh jadi ubat untuk release tension. So, kat sini nak share sikit pasal pengalaman skydiving dan naik helikopter.

Skydiving in New Zealand. One bucket list checked :)

Part 1: Skydiving

OK. Soalan pertama saya dulu, berapa ongkosnya?


Sebenarnya pakej skydiving ni pelbagai. Paling murah saya jumpa dulu NZD 289. Cincai kira dalam RM860 (bergantung pada exchange rate ye), untuk ketinggian terjunan 9000 kaki. Makin tinggi, makin mahal lah harganya. Makin tinggi kita terjun, makin lama lah jugak durasi "freefall". Kalau rasa kaya dan nak paling ekstreme, boleh lah terjun yang 19,000 kaki. Tapi harga dalam NZD 559 (dalam RM1680).

Freefall tu apa? Masa kita skydiving, mula-mula lepas terjun dari kapal terbang diorang tak kan bukak parachute. Jatuh memang laju time ni, kita jatuh accelerate hampir 9.81m/s2, so makin tinggi, makin laju korang jatuh nanti. Haa. Kalau yang 19,000 kaki tu katanya kelajuan jatuh boleh mencecah 200km/jam. Boleh tercabut tudung. Lol. Waktu freefall ni la yang thrill! Kalau korang pernah tengok video orang skydiving, nampak la pipi kita pun bergetar2, tudung senget tak hingat. Kelakar muka time tu. Haha. Lepas dah buka payung terjun, dah tak thrill dah, tapi boleh lah menikmati pemandangan cantik.

Tapi berbeza sangat ke durasi freefall tu? 


Ada la beza dalam 30 saat - 1 minit. Korang rasa berbaloi ke bayar ekstra RM800 untuk pengalaman 1 minit lebih lama? Kalau rasa berbaloi teruskan. Saya rasa tak berbaloi. Hehe. Lagipun masa saya pergi dulu, tiket flight saya mahal giler (beli MAS, musim cuti sekolah), so nak cut down kos saya ambil lah pakej termurah. Saya ada je kawan-kawan yang ambik pakej 12,000 kaki. Ikut selera masing-masing. Kalau korang ambik yang paling tinggi ni, bragging right pun besar lah jugak :p

Pemandangan skydiving paling cantik kat mana?


Yang ni, agak subjektif. Saya buat research banyak jugak pasal ni, sebab saya nak skydiving kat tempat yang paling cantik, supaya berbaloi pengalaman tu. Haha. Rata-rata kebanyakan blogger puji Lake Taupo. Tapi kat sana takde pakej 9,000 kaki, cuma ada ketinggian 12,000 dan 15,000. Tapi saya singgah Taupo sekejap je, tak sempat nak skydive kat sana. View dia cantik, nampak tasik dengan Mt Doom. Hehe. Lagipun diorang ni rajin buat promo, ada kupon boleh dapat diskaun.

Tasik biru kat Queenstown. Kalau winter bukit-bukit tu bersalji!

Tapi, saya dulu pilih untuk skydiving di Queenstown. Sebab? Itu tempat yang paling sesuai, sebab ada banyak masa. Kami dulu pergi dalam big group, dan dalam group kami 2 orang je nak skydiving. So takkan lah nak paksa orang lain tukar itinerari disebabkan kami kan. Lagipun, syarikat yang buat skydiving di Queenstown ialah syarikat yang pertama sekali buat skydiving di New Zealand. Nama company tu NZone. Excellent customer service. Kamera bagus. Tukang ambik video pun berpengalaman, so gambar cantik-cantik. Saya tengok ada kawan saya tu, skydive di tempat lain lah, video dia tak cantik pun, walaupun mahal. Huhu.

Selain NZone, korang pun boleh skydive di Glenorchy, terletak dalam 30 mins drive from Queenstown. Harga pun lebih murah. Tapi, saya tengok dari video orang yang skydive kat sana, kamera diorang style fish-eye. So nampak buruk sikit gambar tu. Lagipun kat sana jauh, dan cuaca kadang-kadang tak mengizinkan sebab dekat dengan gunung-ganang.

Secara amnya, kebanyakan tempat akan nampak pemandangan gunung dan tasik. Di Auckland pun ada skydiving juga, tapi saya tak minat. Sebab view cuma nampak bandar dan laut yang tak berapa nak pristine. Jadi tak dapatlah warna air biru macam dalam gambar saya tu. Haha.

Kalau skydive di Franz Josef (yang ada 19,000 kaki tu), korang akan nampak gunung-gunung dan glasier, so unik sikit lah view dia. Tapi yang ni boleh tahan ekstreme tau. Tak silap saya kena pakai topeng oksigen, sebab udara kat atas tu nipis sangat.

Tapi sebenarnya mana-mana pun cantik. Saya rasa persoalan yang lebih penting ialah budget. Haha.

Nak ambik pakej gambar ke video? 


Ni pun soalan penting jugak. Saya dulu lama betul fikir nak ambik tak pakej ni. Secara amnya, pakej gambar lagi murah dari video, tapi... eh rugilah! Tak dapat nak tengok video keadaan masa terjun tu. Kalau tak ambil pakej langsung, lagilah rugi. Nanti takde memori fizikal untuk dikenang-kenang.

Kalau dekat NZone senang, diorang memang combine gambar dan video. So tak payah nak pecah kepala fikir. Yang jadi dilemanya ialah, nak ambil pakej handicam ke, atau pakej Freefall ke (yang ni nanti ada sorang photographer yang tugas dia khas untuk ambil gambar korang masa korang tengah terjun) atau combo: handicam + freefall.

Kalau pakej handicam ni paling murah lah. Saya dulu bayar NZD 189. Dapat gambar dan video yang dah sedia di'edit'. Tapi gambar tu memang dekat la dengan muka kita, ala-ala selfie je. Kalau dapat tandem skydiver yang tangan dia panjang sikit, takde la besar sangat muka kita tu. Kalau dapat pulak tandem yang jenis pakai t-shirt pendek je, pastu tangan berbulu, nanti gambar korang akan sentiasa ada nampak tangan bulu2 dia tu. Macam gambar kawan saya. Hehe.

Pakej freefall ni biasanya dalam NZD 200 lebih. Memang syiok, ada orang yang ikut sebelah kita untuk ambik gambar. Barulah gambar cun. Boleh jadi profile picture terus haa. Tapi sebenarnya, durasi freefall tu kejap je, dan muka kita masa tu buruk, cuma pemandangan belakang la cantik. Kalau combo mencecah NZD 380. Hehe. Dahsyat duit melayang, tapi korang dapat semua la. Puas hati.

Contoh video pakej Freefall. Cantik!

Berbaloi ke skydiving?


Saya rasa berbaloi! Tapi itulah, lain orang, lain prioritinya. Mungkin orang lain rasa baik dia pakai duit tu untuk beli baju raya meletup setiap tahun untuk 3-4 tahun beruturut-turut. Atau ada orang kata, baiklah dia pakai duit tu untuk derma pada orang miskin. Atau ada yang rasa bagus dia simpan untuk masa tua. Saya? Baju raya tak sampai RM100 pun saya dah hepi. Hehe. Simpanan hari tua tu dah set aside. Yang penting pastikan semua ini tak melebihi kemampuan ye. Jangan sampai nak kena pinjam duit sana sini gara-gara nak splurge masa skydiving.

Tips & nasihat?


Pastikan korang betul-betul mentally & physically prepared untuk skydiving ni ye. Saya tengok-tengok jugak video skydiving disaster kat youtube. Memang dahsyat tau. Ada juga yang jenis senang mabuk. Ada kawan saya sorang tu muntah lepas mendarat. Masa nak mendarat, tandem skydiver tu memang akan kasi kona2 banyak kali untuk turunkan kelajuan. So, masa tu memang isi perut rasa naik ke atas sikit. Mungkin lebih baik jangan makan makanan berat sangat sebelum skydiving tu ya.

Jalan ke kapal terbang. Nampak tak tangan bulu2 tu? Ni pun dah crop tau. Hehe.

Korang anggarkan pengalaman ni ambil masa 4 - 5 jam daripada itinerari korang. Skydiving tu sendiri sejekap je. Tapi kalau dengan NZone, nak pergi tempat berlepas tu ambil masa dalam 30 min dari bandar. Lepas tu ada briefing, tunggu giliran. Naik kapal terbang, pastu gilir-gilir terjun. Lepas dah landing korang kena tunggu gambar dan video korang siap, pastu baru balik bandar balik. So, pandai-pandai lah budget masa. Biasanya untuk road trip, kita dah prepare siap-siap itinerari dan mana nak pergi. Saya cadangkan letak skydiving ni untuk aktiviti pagi, sebab biasanya pagi-pagi cuaca masih cun, kurang awan dan kurang berangin.

Mungkin ada yang terfikir, nak suruh kawan yang berani terjun dulu, lepas tu baru dia pulak nak terjun. Malangnya korang tak boleh tentukan giliran terjun. Diorang dah susun siap-siap, ikut berat badan dan ketinggian terjunan yang kita pilih. Yang terjun paling rendah (eg: 9,000 kaki) akan terjun dulu. Dalam kapal terbang diorang pun tempat duduk diorang dah susun siap-siap ikut berat badan supaya kapal terbang kecik tu seimbang.

Kalau nak, boleh tulis something kat tangan dan tunjuk tangan korang masa terjun nanti. Saya dulu tak teringat pun nak buat camtu. Rasa rugi pulak. Saya tengok orang lain best je letak pelbagai mesej kat tangan. Siap ada proposal lagi. Haha.

Jangan pakai tudung bawal. Bayangkan betapa horrornya gambar korang nanti kalau pakai tudung bawal. Macam duduk depan kipas full speed. Eh, lebih dari full speed lagi. Hahahaha.

Banyakkan beristighfar dan berzikir. Manalah tahu kan... ada accident kat langit tu. LOL.



Part 2: Helicopter tour


Pemandangan dari atas gunung, penuh salji. Ini musim panas tau.

Yang ni ialah aktiviti unik yang pada asalnya saya tak nak buat pun, sampai lah saya nampak gambar kawan saya kat Facebook. Sekeluarga bergambar depan helikopter, dengan berlatar belakangkan gunung putih diliputi salji. Cantik!

So saya pun mula lah survey harga. Apa yang menariknya ialah, sebenarnya, kat Malaysia pun ada pakej helicopter tour. Harga dalam RM400, terbang 10 minit. Pusing area KL, tengok KLCC, KL Tower, etc.

Di New Zealand, ada banyak juga pakejnya. Saya book online, dapat diskaun. Harga NZD 189 untuk trip Neve Discoverer. Cincai kira dalam RM570, tapi trip tu 30 minit. 10 minit terbang ke glasier, 10 minit main kat atas gunung bersalji (masa musim panas pun gunung tu masih lagi ada salji), 10 minit terbang balik. So saya rasa, murah juga lah kalau nak dibandingkan dengan heli trip kat Malaysia. Jadi saya pun terjebak. Haha. Kalau korang book on the spot, harga mahal. NZD 245 untuk pakej yang sama. Rugi tau. Bagus book online.

Ofis diorang. Saya ambil company ni. The Helicopter Line, Franz Josef.

Heli tour - Pemandangan apa?


Seperti biasa, soalan ni berlegar kat kepala saya. Mahal kan, jadi kena lah fikir banyak untuk maksimumkan pengalaman tu. Ada banyak jenis helicopter tour, ada yang terbang kat bandar, terbang ke fjord (eg: Milford Sound), ada yang pergi glasier. Saya pilih pakej ke glasier.

Kenapa glasier? Sebab kat Malaysia takde glasier. Laut, bandar, kat Malaysia pun ada kan. Tapi, susah tau nak pergi glasier. Jadi, kami book dengan pakej helicopter tour di Franz Josef. Tak menyesal! Dari segi masa, korang mungkin akan spend dalam 2 jam, sebab nak tunggu giliran, briefing, jalan ke heli pad, etc2.

Franz Josef Glasier. Subhanallah.

Ada yang sukakan aktiviti ekstreme. Setakat naik helikopter, apa kelas kan? Hehe.

Sebenarnya, kalau korang ada banyak masa (dan duit), korang boleh ambil pakej Glacier Heli Hike. Dengan pakej ni, korang akan dibawa naik terus ke glasier, dan berpeluang hiking selama 3 jam di sekitar ais yang dah beku beribu-ribu (rasanya lah) tahun ni. Best sangat, sebab kita mana ada peluang hiking kat glasier kalau kat Malaysia kan. Tapi harganya pun boleh tahan lah, dalam NZD 450. Lagipun kami dulu takde masa sebab tengahari dah nak gerak ke destinasi seterusnya. Trip Glacier Heli Hike ni ambil masa dalam 4.5 jam. Next time lah ya.


Other info


Heli tour ni simple je, tak perlukan keberanian sangat pun. Tapi sebenarnya masa dia nak naik dan mendarat, ada sikit rasa isi perut terangkat. Macam naik roller coaster masa dia baru nak accelerate tu. Hehe. Tapi sekejap je la. Lepas tu smooth and steady je.

Helikopter yang kami naik ni ada 5 tempat duduk. 2 di depan, 3 di belakang (1 seat kat depan untuk pilot). Untuk trip dari bandar ke glasier, saya duduk depan, sebelah pilot. Best! Nampak full view tau! Pastu diorang benarkan kita bawa kamera sendiri, jadi tak payah lah ambil pakej photo/video yang mahal-mahal tu.

Cara diorang tentukan tempat duduk ialah berdasarkan berat badan. Sebelum naik helikopter, diorang akan suruh sorang-sorang timbang berat dulu, dan diorang akan susun tempat duduk ikut berat. Yang duduk di depan memang badan kecik2. Seat paling tak best ialah kat belakang, tengah-tengah. Sebab takde direct view. On the way balik saya dapat seat belakang tengah. Err. Tapi ok lah juga, boleh jenguk kiri kanan. Kalau duduk belakang tepi tingkap nampak satu side je. Haha.

Sama seperti skydiving, cuba untuk book slot awal pagi ya. Cuaca memang lebih baik masa awal-awal pagi, lagi-lagi kalau di gunung-ganang. Kalau banyak awan, angin kuat, diorang terpaksa cancel trip.

Penghujung glasier, ais cair untuk menjadi sungai!

Mana nak cari duit buat aktiviti mahal-mahal ni?


Ada yang kata orang buat aktiviti macam ni kaya. Eh, mana ada. Yang penting kena semangat untuk simpan duit. Contoh la kan, jumlah kos saya dulu: Skydiving (NZD 299) + Photo & video package (NZD 189) + Heli tour (NZD 189) = NZD 677. Tukar RM, kira-kira dalam RM2,000.

Bila fikir memang dahsyat. Tapi saya suka fikir macam ni. RM2,000, kalau bahagi 365 hari, baru dalam RM 5 - 6 sehari. Jimat lah dari awal. Jangan minum coffee Starbucks, beli Nescafe gold blend, bancuh dengan fresh milk, pun sedap juga. Breakfast beli nasi lemak bungkus biasa, baru RM2. Jangan selalu lunch kat luar kat tempat kerja tu. Bawa lah bekal. Kalau nak beli pun, jangan lah asyik-asyik beli kat Food Panda. Nak kek untuk high-tea? Tak payah la pergi Secret Recipe, beli je la kek cheese kat Aeon tu, boleh lah tahan seminggu kalau makan slow2.Nak teh sedap? Beli uncang Sabah Tea with Geranium, sedap dan harum, kalah Earl Grey tau. Nak makan tomyam/thai food untuk dinner? Pergi gerai tomyam yang orang Pattani menjual tu... Sedap! Tak payah lah pergi Absolute Thai pun. Better yet, masak sendiri (kalau dapat la). Haha.

Movie? Tak payah lah tengok 1st day keluar, atau tengok malam-malam.Tengok dekat TGV, sebelum 6pm dan beli pakai Maybank debit card, baru RM10. Weekend pun promo ni jalan. So bangun la awal sikit hujung minggu tu, pergi tengok movie. Tak pun tengok movie hari Rabu kat GSC, murah sikit. Seat tu ambil yang standard seat cukup le, tak payah nak seat hebat-hebat. Movie nya sama jugak. Dah berapa RM dah jimat kat situ.

Karaoke. Perlu ke? Sekali melalak dalam RM30. Nyanyi dalam shower sudah. Lulz.

Kos-kos macam ni kadang-kadang kita lupa. Spend sikit-sikit, lama-lama dia jadi bukit. Try cut down untuk kos yang tak perlu, especially dari segi kos lifestyle splurge macam makan kat cafe hipster. Haha. Rasa kalau biasa2 je nak buat apa kan. Yang penting nanti ada memory of a lifetime pergi skydiving dan naik heli ke glasier.

OK tu je dulu. Bye~!

P/s: Website berguna untuk korang:

Bookme: https://www.bookme.co.nz/things-to-do/west-coast-glacier-country/activities/tours/helicopter-flights

Nzone: https://www.nzoneskydive.co.nz/

Wanaka Skydive: https://www.skydivewanaka.com/

Taupo Skydive: http://www.skydivetaupo.co.nz/

No comments:

Post a Comment