Saturday 30 June 2018

Mabul Trip - Seahorse Sipadan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Siapa lah tak kenal Pulau Mabul kan? Kalau korang adalah seorang "thalassophile" macam saya, mesti Mabul ni termasuk dalam bucket list korang. Air laut jernih. Rumah atas air. Lokasi dekat dengan tempat diving tercantik di Malaysia. Awesome!

Pulau Mabul


Ada apa dengan Mabul?


Pulau Mabul adalah antara pulau berpenghuni yang paling dekat dengan Pulau Sipadan, the ultimate dive paradise in Malaysia! Tapi, Pulau Sipadan takde resort, demi menjaga kecantikan tempat tersebut. So, banyak divers yang jadikan Mabul sebagai pangkalan untuk melakukan dive trip di Sipadan.

Kalau saya bukan diver, berbaloi ke pergi Mabul?


Berbaloi! Sebab, selain daripada menyelam, korang boleh snorkeling, atau jalan-jalan je sambil cuci mata tengok air jernih di bawah kaki korang. Serius lah, okay. Water bungalow di Mabul ni JAUH BEZANYA daripada water bungalow di Port Dickson nun (di mana airnya ibarat milo).

Eek, kena bermalam di water bungalow ke? Mesti mahal kan?


Ya, memang mahal. Sila lah simpan dalam RM1-2k untuk pakej 3h2m. Tapi, korang berpeluang layanan 5 star, dengan pakej makanan dan snorkeling. Not bad actually, sebab kalau nak pergi water bungalow di Maldives lagi mahal kan. Haha.

Tapi, kalau korang adalah budget traveller macam saya, jangan risau. Ada alternatif lain: Sipadan Seahorse. Haa. Diorang ni pun ada accomodation atas air tau. Tapi bukan lah bungalow sebijik2 tu. Sekadar "rumah teres" atas air. Tapi yang penting, harga resonable. dan termasuk dah dengan makanan dan aktiviti. Saya dulu ambil pakej 4h3m, hanya bayar RM690 untuk penginapan + 4 dive trips + equipment + makan 3 kali sehari. Kalau bukan diver, lagi la murah. RM500 je, ni untuk 4 hari 3 malam tau!



Apa lagi aktiviti selain masuk air?


Boleh lah berjalan-jalan melawat perkampungan orang Bajau di sana. Cuba lihat taraf hidup mereka, dan cuba belajar untuk bersyukur dengan apa yang kita ada. Ada tandas dalam rumah tu dah dikira luxury tau! Kalau nak lebih insaf, cuba tengok Bajau Laut (Sea Gypsy), jenis yang memang nomad dan takde lansung pun rumah di darat. Diorang ni sekolah pun tak, tapi jangan main-main, ada yang pandai cakap Mandarin & Korea tau! Diorang belajar untuk berkomunikasi dengan pelancong sambil menjual hasil laut.



Sebut pasal hasil laut. Di resort atas air, memang non-stop orang Bajau Laut ni datang untuk jual hasil laut. Ikan, kerang, landak laut, ketam, dan macam-macam lagi lah. Harga... saya tak pasti la. Masa saya di sana, saya dapat cirit birit teruk. Tak mampu nak makan apa-apa. Sobs. Jadi takde pun beli hasil laut tu...

Selain tu, korang boleh jalan-jalan ke water bungalow untuk ambil gambar. Tapi, kalau nak betul-betul masuk ke area resort kena bayar RM10. Saya tak masuk pun. Kedekut nak keluarkan duit. Hahaha.

Kalau korang jalan di kampung, jangan lupa bawa duit. Ada jual macam-macam jenis souvenir, makanan laut dan juga barangan keperluan asas macam selipar, shampoo, dan megi. Di sana juga bersedialah untuk ditegur oleh budak-budak kampung. Diorang ni memang peramah. Tapi jangan risau, diorang bukan nak mintak duit ke apa pun, diorang cuma nak bersembang-sembang je. Yang biasanya suka minta duit atau makanan ialah kanak-kanak sea gypsy. Tapi saya cadangkan jangan kasi duit, kasi makanan takpe. Cuma kalau boleh, kasi makanan yang bukan dalam bungkusan plastik...

Kampung Mabul


Macam mana nak pergi Mabul?


Sebenarnya Tawau lebih dekat dengan Mabul berbanding Semporna. Tapi, susah nak cari bot ke Pulau Mabul dari Tawau. Jadi, biasanya orang akan ke pekan Semporna dan naik bot dari sana. Untuk ke Semporna dari Tawau Airport, memang tak ada direct bus atau train ye. Biasanya orang akan naik teksi (dalam RM 95 - RM100). Grab RM96 (harga pada 24/6/2018). Saya dulu dapat cari kawan

Kalau nak jimat, boleh pergi ke pekan Tawau dulu, dan ambil bas dari Tawau ke Semporna. Tapi leceh sikit lah, sebab ambil masa panjang. Sebenarnya Tawau Airport lebih dekat dengan Semporna berbanding pekan Tawau (yang terletak lebih jauh ke selatan). Lagipun sekarang dah tak ada bas dari airport ke pekan Tawau, jadi kena ambil teksi yang berharga dalam RM45. Bas dari Tawau ke Semporna murah je, dalam belas-belas ringgit. Tapi diorang takde jadual tetap dan akan bergerak bila bas penuh. Kalau nak try jimat duit, cuba lah tanya mana-mana pelancong lain yang nak ke Semporna, maybe boleh carpool.

Dive site menarik?


View dari platform nak ke water bungalow

Saya cuma dive di tiga dive site sahaja. Kali pertama kami ke Pulau Kapalai, diving di diorang punya house reef. Cantik juga, ada banyak diorang letak underwater structure, so banyak coral tumbuh kat situ, dan banyak ikan juga.

2nd dive kami ke Sundrop, satu dive site di Mabul. Kat sini ada wall, dan arus, jadi kami drift dive saja. Kat sini pun cantik, saya jumpa morray eel besar gile!

3rd dive: saya tak mampu dive. Cirit birit, jadi saya stay di resort saja.

4th dive: Paradise 1 & 2. Yang ni pun di Mabul juga. Terletak dekat dengan resort water bungalow. Best, ada wreck kecik (bot), sunken structures.

All in all, memang banyak ikan. Schools of barracuda pun ada, tapi bukan great barracuda macam kat Sipadan tu. Tapi kami tak jumpa banyak penyu. Dan visibility agak kureng sedikit. Dalam 10 - 15m je. Mertua saya cakap, masa tu tengah musim hujan, jadi sungai yang mengalir dari Tawau ada bawa banyak mendakan yang sampai ke area Mabul dan Kapalai, sebab tu visibility dia tak cantik.

Any catch...?


Kalau korang menginap di tempat budget macam saya ni, harap maklum bahawa elektrik hanya ada pada waktu malam sahaja. Hahaha. Kalau ikut schedule, elektrik bermula dari 6pm hingga 6am. Tapi of course lah, ada lewat-lewat sikit. Dalam 6.30pm tu biasanya baru ada elektrik, tapi tutup elektrik pun lambat sikit lah. Selepas habis dive trip dalam jam 11am-12pm tu pun dah start ada elektrik dah, sikit-sikit la. Cuma kalau untuk bilik ber air-cond, memang kena tunggu malam baru boleh buka air cond.

Air paip bukan air tawar. Erm, yang ni susah sikit nak biasakan diri. Bila korang berus gigi, memang terasa masin-masin je dalam mulut ni. Hahaha. Mandi pun air yang masin, basuk berak pun air masin. Hehe. Tapi the good news is, korang boleh dapatkan air tawar untuk minumam secara percuma dan tanpa had. Minum lah sepuas mungkin. InsyaAllah takkan dehydrated kat sana ye.

Kalau nak diving, pastikan korang ada dive dalam masa 1 tahun sebelumnya. Kalau tak, kena buat refresher course pada harga RM150. Nasib baik lah saya ada personal DM yang boleh tolong saya, kalau tak melayang RM lagi. Huhu.

Di sana juga tiada wifi ye. Tapi jangan risau, kalau korang pakai major phone line (macam Celcom), kat sana ada line yang bagus, internet 4G lagi.

Tips

Dua budak bajau laut. Suka mintak makanan ni. Hehe

Be friendly and keep an open mind. Rajin-rajin lah bersembang dengan orang tempatan. Budak-budak memang rajin bawa korang bersembang. Masa kami di sana, senang nak 'break the ice' sebab suami saya orang Bajau. So dia boleh bercakap bahasa tempatan dengan budak-budak tu, buat lawak-lawak sikit. Saja kami tunjuk gambar bangunan di KL, gambar kami pergi Umrah, travel overseas. Bukan nak menunjuk, tapi nak tunjukkan diorang dunia luar. Lepas tu kami nasihat supaya belajar rajin-rajin, dan dapatkan kerja bagus-bagus, supaya dapat jalan-jalan tengok dunia luar. Hehe.

Rajinkan diri juga bersembang dan berkenalan dengan pelancong lain kat resort korang tu. Macam-macam cerita korang boleh dengar. Macam saya dulu, sempat bersembang dengan Italian yang berkerja sebagai environment engineer, student omputeh dari UK yang tengah travel sambil ambik gap year dan juga sorang lecturer dari Amsterdam yang sempat berkongsi tips conference presentation dengan saya. Syok juga la dengar cerita diorang, especially dengan cerita travel diorang. Ada yang dah sampai ke Palau, New Caledonia, Fiji. Hanya mampu ber"wow" je la. Nak pergi sana mahalll.

Sunscreen! OMG hitam kulit tak payah cakap la. Hahaha. Sedih, tapi pasrah saja.

Ubat. Haa, manatau nanti sakit macam saya. Syukurlah dah ada siap-siap stok ubat cirit, ubat muntah, demam, dan sebagainya. Kalau takde ubat, susah. Sebab pulau tu mana ada farmasi atau klinik. Nak pergi ke pekan Semporna leceh lagi...

Kalau nak berjimat, boleh lah bawa bekalan makanan dari Semporna. Macam kami, ada bawa 1 maggi cup, air manis-manis, coklat, biskut dan snek. Tak bawa banyak pun, tapi cukup lah untuk dimakan sikit-sikit.


Orait itu saja perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat.

5 comments:

  1. Boleh bagi no contact pakej ke mabul 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try contact number ni: 0122797657 :)

      Delete
    2. Kalau nak menginap disana,perlu booking di booking.com/agoda atau direct dgn personal penginapan disana?minta sangat advice dari puan 🙏

      Delete
    3. Saya book direct dengan accomodation. Saya contact no phone ni: 0122797657

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete