Friday 30 March 2018

Xi'an, China - Menelusuri sejarah dan makanan halal :D

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Entry kali ni adalah berkenaan Xi'an, sebuah bandar yang terletak di Wilayah Shaanxi, China. Dari segi lokasi, Xi'an terletak di tengah China, jauh dari lautan, tapi masih belum sampai ke kawasan pedalaman China yang bergunung-ganang. Xi'an sangat terkenal di kalangan foodie dari Malaysia, sebab, di sana ada banyak makanan halal! Kali ni saya akan ceritakan sedikit sebanyak tentang apa yang saya pelajari dari sana, dan pengalaman saya makan makanan di Muslim Street, Xi'an.

Terracota Army - Xian's must visit

Sejarah: Kepentingan Xi'an 


Kenapa Xi'an ni penting? Jawapannya: lokasi. Xi'an terletak di hujung timur laluan sutera yang menjadi laluan pedagang zaman dahulu kala. Xi'an, atau dahulunya dikenali senagai "Chang'an", merupakan ibu negara beberapa dinasti China pada masa dahulu. Namun, sejak kebangkitan Beijing sebagai ibu negara dan kejatuhan laluan sutera, Xi'an mula dilupakan. Dah tak jadi tempat penting dalam peta. Sehinggalah seorang petani menjumpai Terracota army pada tahun 1970-an.

Terracota Army


Ingat tak dulu masa kita belajar tamadun dunia masa Tingkatan 4. Ada satu nama yang disebut sebagai Maharaja China pertama yang telah menyatukan China sebagai satu empayar: Shih Huang-ti. Terracota army dibuat sebagai "penjaga" makan Maharaja Shih Huang-ti. Ada lebih 6000 Terracota warriors yang telah dihasilkan untuk menjaga dan mengiring roh Maharaja ni ke alam akhirat. Kebanyakannya masih di dalam tanah.

Untuk pengetahuan korang, Maharaja Shih Huang-ti ni hidup lebih daripada 200 tahun SEBELUM Masihi! So bayangkan betapa lama nya Terracota army ni dah wujud, tersembunyi dalam tanah lebih daripada 2,000 tahun, sejak sebelum zaman Nabi Muhammad dan sebelum zaman Nabi Isa. Tapi selepas zaman Nabi Musa la, sebab piramid Giza lagi tua.

Dengan keadaan teknologi kuno zaman dulu, sebuah makam yang begitu besar telah dihasilkan, dan dikatakan bahawa setiap Terracota army tu adalah berdasarkan askar sebenar dan setiap satu ada ciri dan mirip muka masing-masing! So bukannya diorang pakai satu acuan untuk semua 6,000 Terracota army tu. Ukir satu-satu okey. Penatnya la nak buat.

Maharaja Shih Huang-ti mengasaskan Dinasti Qin, antara dinasti terpenting di China, tapi dinasti dia tahan sekejap je, dalam 15 tahun. Dia juga adalah Maharaja China yang mula membina Tembok Besar China.

Dinasti Tang


Kalau nak cakap pasal dinasti, yang paling penting di Xi'an adalah Dinasti Tang. Semasa Dinasti Tang, diorang mengamalkan dasar keterbukaan, dan ada banyak hubungan diplomasi dengan negara-negara luar. Xi'an adalah ibu negara China semasa Dinasti Tang, yang bertahan selama hampir 300 tahun (dari tahun 618 - 907). Dinasti Tang juga adalah satu-satunya dinasti yang pernah mempunyai pemerintah perempuan.

Satu-satunya Maharani di China


Kalau ikut sejarah Islam, Saad b Abi Waqas dikatakan adalah delegasi Islam pertama yang telah datang ke China dan disambut dengan terbuka oleh Maharaja Dinasti Tang ketika itu. Saudagar Islam yang datang ke China juga telah menyebarkan Islam di China semasa Dinasti Tang dan Dinasti Song. Sebab tu lah, di Xi'an ada komuniti Islam yang agak besar, dan ada beberapa masjid, antaranya ialah Xi'an Great Mosque yang terletak di Muslim Quarter.

Laluan untuk ke dewan solat, Xi'an Great Mosqe


Istana Dinasti Tang bernama Daming Palace, dan adalah 4.5 kali ganda lebih besar daripada Forbidden City di Beijing (istana Dinasti Ming dan Dinasti Qing). Malangnya, Daming Palace dah dibakar setelah kejatuhan Dinasti Tang. Yang tinggal hanyalah tapak istana yang telah tertanam di dalam tanah. Tapak ini telah ditemui semula pada tahun 1957 dan dibuka kepada orang ramai pada tahun 2010.


Makanan Halal!


Secara jujurnya, antara tujuan saya datang China ni adalah untuk makan! Ya lah, bukan senang nak makan makanan halal di China kan. Kat Xi'an Muslim Street, semua makanan pun halal. Awesome!

Kawasan Muslim Quarter di Xi'an dahulunya dihuni oleh pedagang asing yang berniaga di China. Diorang lama-kelamaan mula berasimilasi dengan orang tempatan, dan keturunan diorang terus tinggal di Muslim Quarter.

Untuk cari Muslim Quarter, korang cuma perlu cari Drum Tower. Jalan je ke arah belakang Drum Tower tu, korang akan jumpa Beiyuanmen Street. Inilah pintu masuk ke Muslim Quarter :D

Saya baca banyak blog dan artikel online tentang makanan halal di Muslim Street. Dan berikut adalah makanan yang menarik minat saya berserta dengan pendapat peribadi saya tentang makanan tu:

(p/s: tekak saya biasanya agak memilih tapi masih mengamalkan dasar keterbukaan. lol :p)

1. Yangrou paumo

Yangrou Paumo

Makanan ni terdiri daripada roti yang dah dikoyak kecik-kecik dan di masak di dalam sup kambing. Dimasukkan juga beberapa helaian mi ala-ala glass noodle. Orang kat sini suka makan benda ni bersama dengan pickled garlic. Erm tapi saya tak mampu makan bawang putih sebiji-sebiji. Ayah saya memang jenis suka makan bawang putih, dia kata sedap, sebab rasa pickled garlic tu manis-manis sikit. Harga dalam 15 - 20 yuan kot. Saya pun tak pasti sebab kami order banyak-banyak makanan serentak.

Kalau pergi tempat yang authentic, diorang akan suruh korang koyak sendiri roti tu. Tapi saya makan di kedai yang sibuk dan banyak pelancong, so diorang dah koyakkan roti tu untuk kita.

Sedap tak? Bagi saya kira sedap juga lah. Roti naan cicah sup. Unik. So wajib dicuba.

2. Chuan'er @ kabob

Satay biri-biri


Basically macam satay biri-biri. Diperap dengan serbuk cili dan kunyit. Harga sebatang yang besar tu 10 yuan. Tapi pilih bagus-bagus sikit. Ada yang letak banyak sangat lemak berbanding daging. Macam tak berbaloi dengan harga. Ada saya jumpa artikel online ni kata harga 1 yuan/stick untuk yang kecik. Tapi rata-rata kat muslim street semua jual 10 yuan. Tapi batang nya besar la. Just banyak lemak. Erm. Tak suka.

Sedap tak? Macam satay la. Tapi banyak sangat rempah la. Bagi saya satay Malaysia lagi sedap. Lol.

3. Roujiamo

Nak senang cerita kita panggil dia Xian burger atau Xian kebab. Roti pita yang macam kita makan dengan kebab tu, pastu dalamnya disumbat dengan daging yang dah dicarik-carik (lamb atau beef). Takde sayur. Yay! :p

Ada satu kedai yang dekat dengan Drum Tower ni memang sentiasa panjang orang beratur nak beli roujiamo diorang. Saya pun makan kat situ la. Rasanya kira ok kot. Takde letak sos macam kebab tu. So bagi saya macam hambar je rasanya. Maka saya pun letak la sos cili paket KFC yang saya bawa khas dari Malaysia, specially prepared for this kind of occasion. Hehe. Kalau saya lah, tak sanggup beratur dalam barisan lebih daripada 5 orang untuk beli, sebab tak de la sedap sangat kan. Masa saya pergi tu takyah beratur. Hihi. Harga: 15 yuan.

Sedap tak? Not bad. Makanan yang senang dimakan, so kalau korang nak tapau untuk jalan ke tempat lain, memang sesuai. Tapi sila lah standby cili sos. LOL.

4. Liangpi

Cold noodle. Kalau makan roujiamo, perlu gu dengan liangpi. At least that's how locals like it. Mi ni gemuk-gemuk. Macam udon. 'Kuah' dia ialah chilli oil, pepper powder. Pastu ada rasa kacang. Harga... erm tak ingat. Dalam 15 - 20 yuan kot?

Sedap tak? Errr. Antara banyak-banyak makanan yang saya cuba kat Muslim Street ini lah yang saya paling tak suka. Lol.

5. Biangbiang noodle

Shaanxi's wonder: Biang biang noodle


Mi yang unik. Biangbiang ialah makanan unik daerah Shaanxi. Nak cam tempat yang ada jual mi ni senang je. Tengok orang dok tarik-tarik, goyang-goyang mi tu atas ke bawah. Saya suka tengok cara orang buat mi ni. Dia goyang-goyang sampai noodle tu jadi panjang dan nipis. Dalam kepala korang akan fikir biangbiang tu macam bunyi bila mi tu digoyang atas ke bawah. Sebab tu la dipanggil "biangbiang". Perkataan Cina untuk tulis biangbiang ni adalah character yang paling kompleks, banyak benor dia punya garis-garis.

Rupa mi biangbiang ni lebar dan leper. Very chewy texture. Makan dengan kuah hitam masam-masam yang ada daging (lamb or beef). Cepat betul kenyang, sebab besar gabak mi dia. Harga biangbiang noodle yang biasa dalam 15 yuan. Kalau beli yang ada extra topping, etc, mahal sikit lah.

Sedap tak? Kira ok lah. Tapi cepat kenyang. Boleh kongsi-kongsi kot. Kalau korang benci taugeh (macam saya) bagus korang minta tak nak taugeh. Jenuh nak asingkan taugeh satu-satu. Nasib baik mi gemuk, so senang sikit la nak bezakan taugeh dengan mi.

6. Tangbao @ Soupy Dumpling

Dumpling! <3


Siapa lah tak suka dumpling kan? Mana-mana pun ada dumpling, tapi specialty di Muslim Street ni ialah mutton/lamb dumpling. Dumpling kambing. Dalam dumpling tu ada sup panas-panas, so jaga-jaga jangan sampai melecur lidah. Kalau korang tak terer guna chopstick mesti nanti korang akan buat lubang kat dumpling tu, pastu sup pun meleleh la keluar dari dumpling tu. Hahaha. (macam saya). Selain dumpling kambing, korang boleh beli versi beef dan chicken juga. Harga bergantung, tapi dalam lingkungan 16 - 25 yuan (bergantung pada kedai dan bilangan dumpling).

Sedap tak? Errrrmmm, sebenarnya bagi saya dumpling ayam lebih sedap daripada kambing. Kah kah. Yang kambing tu tak tau pasai pa, banyak betul daun ketumbar yang dia letak. Tapi kalau dah ke sana, sila lah cuba dumpling mutton tu. Mana la tau kalau korang suka.

7. Zenggao

Basically ini ialah dessert. Kuih muih. Nampak macam kek, tapi sebenarnya dia ialah pulut. Pastu ada sirup manis yang diperbuat daripada kurma. Harga 3 yuan.

Sedap tak? Not bad lah. Untuk sekali cuba okay la kot. Murah je pun, rasa je la. Haha.

8. Gaoshan small potatoes

Ubi goreng berempah


Ini ialah kentang yang dah di deep fry dalam minyak. Cuma bezanya daripada fun fries biasa, bentuk dia bulat kecik-kecik dan dah diperasa dengan kunyit dan chili powder. Biasa orang jual kat tepi jalan, harga dalam 10 yuan untuk 1 mangkuk kertas kecik tu.

Sedap tak? Ok juga lah. Sebagai snek untuk dimakan sambil jalan-jalan. Tapi kalau tak lapar, korang tak mampu habiskan kot. Rasa rempah kuat sangat. Bagus lagi makan dengan sos cili je, tak yah letak rempah, mungkin lagi sedap. Tu dia tekak Melayu :p

9. Kao an chun dan @ Grilled quail eggs

Telur burung puyuh, cucuk dengan kayu. Pastu dimakan bersama sos atau chilli powder. Diorang masak telur burung puyuh ni dalam bekas yang macam orang masak kaya ball tu. Ada gerai yang jual sekali takoyaki-like octopus ball, tapi saya takde cuba pulak. Makan telur burung puyuh tu je. Harga: 10 yuan.

Sedap tak? Macam makan telur goreng je. Tapi dia kecik-kecik.

10. Suan nai @ sour milk yoghurt

Air yoghurt masam


Hehe sebenarnya ni yoghurt biasa je la. Cuma dia buat macam air, tapi pekat sikitlah, dengan rasa masam manis. Eh sedapnya! Hahaha.

Sebenarnya saya pun tak pasti yoghurt ni specialty orang Xi'an ke tak. Tapi banyak betul dijual kat Muslim Street tu. Jenama yang saya beli ni nama dia Ximu Yoghurt. Logo dia ada macam bentuk kubah masjid. Memang femes betul kat situ. Dua kali saya beli. Harga: 8 - 10 yuan (bergantung pada jenis).

Tapi kan, saya rasa saya cirit birit sebab minum yoghurt ni. Saya sorang je cirit, orang lain takde cirit pun. Dan satu-satunya makanan yang saya makan dan orang lain tak makan ialah yoghurt ni la. Tapi, disebabkan sedap, saya beli juga 2 kali, just telan activated charcoal je la. Hahaha.

Sedap tak? Ye sedap. Sila lah rasa. Hahha

Makanan lain

Banyak lagi makanan sedap lain sebenarnya, tapi tak mampu den nak rasa semua. Duduk sana 4 hari je, dan dapat jalan 3 hari je. Perut saya ni takde la besar mana. Tapi selain makanan yang saya tulis ni, ada satu lagi la yang saya suka: sotong goreng tepung. Alaa, macam sotong Uncle Bob tu, masin dan penuh MSG. Tapi sedap laa. Hahaha. Harga 20 yuan. Kalau tak nak goreng tepung, ada juga yang goreng pakai rempah. Tapi, erm, saya tak minat la rempah diorang. Banyak pakai chili powder je.

Sotong goreng Uncle Bob. Eh :p


Kalau nak, ada juga ketam goreng tepung, harga 25 yuan untuk 4 ekor ketam kecik. Pastu ada sotong kurita yang digoreng jugak. Tapi taktau sedap ke tak, saya takde rasa.

Pastu kat sana banyak gila orang jual jus delima. Harga 10 yuan. Tapi saya tak beli pun. Macam tak berminat sangat. Kat Malaysia pun ada kan. Lol.

Untuk orang yang tekak Melayu, jangan risau. Kat sana ada juga kedai yang jual nasi. Cuma kena masuk dan tanya restoran tu dulu, sebab tak semua kedai ada jual nasi. Jual nasi goreng pun ada. Lauk pun pelbagai jenis, tapi rata-rata diorang ni terlebih pakai garam la (tak pun MSG). Lauk feveret saya kat sana ialah sweet sour fish. Mak oii sedap! Diorang goreng rangup pastu kuah dia pun fabulous! Nama kedai tu Jiasan kalau tak silap. Dumpling dia pun sedap. Recommended!

Aktiviti Sebagai Pelancong


Pada asalnya saya dan kakak bercadang nak jelan Xi'an sendiri je. Sebab ada banyak maklumat kat internet, nampak macam mudah je. Tapi, mengenangkan kami jalan dengan mak ayah dan juga sorang budak kecik yang banyak pe'el (hehe), kami decide ambil perkhidmatan tour guide untuk 1 hari setengah. Bayaran: 2650 yuan, termasuk airport transfer, transport ke tempat pelancongan berserta tol, minyak dan bayaran parking. Kami ambil 1.5 hari je sebab waktu lain tu nak jalan sendiri. Last day kami jalan dengan diorang dari lepas check out sampai lah ke malam, sebab flight AirAsia balik KL bertolak 12.30am.

Murah ke mahal? Ntah la. Yang pastinya banyak pakej lain lagi mahal. Diorang bawa kita jalan-jalan naik van 7-seater, so maksimum satu kumpulan 5 orang sahaja. Kalau group korang besar susah la sikit, maybe kena minta diorang sewa van lagi besar. Saya suka private tour sebab kita boleh jalan ikut pace kita, tak perlu buang masa tunggu orang lain atau tak perlu nak rushing.

Aktiviti di Xi'an dan harga:

Terracota army: Dewasa 150 yuan. Budak bawah 1.2m free. Budak atas 1.2 m 75 yuan. Nak naik shuttle bas ke muzium terracota tu 5 yuan/pax.

Xi'an City Wall: Dewasa 56 yuan. Eh ke 54 yuan ntah. Tak ingat. Haha. Nak sewa basikal bayar 45 yuan untuk 2 jam. Tandem bicycle yang ada 2 seat tu 90 yuan untuk 2 jam. Kalau nak pusing wall tu boleh naik battery car harga 150 yuan (ke 120 yuan) per pax.

Daming Palace: 60 yuan untuk entrance fee. 100 yuan untuk combo ticket (entrance + ada tayangan movie berkaitan Tang Dynasty dan juga boleh naik battery car). Sangat digalakkan naik battery car sebab tempat ni besar gabak. Takut korang penat.

Bell Tower. Drum Tower. Entrance fee for each: 35 yuan. Kalau beli combo dua 60 yuan. Sangat cantik waktu malam. Tapi kalau nak masuk dan naik kena pergi before 5.30pm. Bell Tower terletak di tengah-tengah kota lama Xi'an dalam City Wall, Drum Tower terletak di tepi Muslim Quarter.

Drum Tower at night


Dayan Ta @ Big Wild Goose Pagoda: Entrance 50 yuan. Kalau nak naik pagoda tu tambah 30 yuan. Kalau nak tengok fountain show je tapi tak masuk pagoda area: free. Fountain show malam start pukul 8.40pm. Siang pun ada, tapi tak cantik la kan sebab takde lampu2...

Tang Dynasty Show. Tiket persembahan tarian dari zaman Dinasti Tang di teater. Ada pakej yang termasuk dengan dinner, tapi mahal gile. Harga rasmi tiket ialah 268 yuan/pax. Ni tanpa makanan ok. Mahal gile. Tapi tour guide kami kasi kami diskaun jadi 180 yuan. Harga student katanya. Show tu start malam, dalam pukul 7.30pm dan berlangsung satu jam lebih. Ok juga lah. Tapi mahal la.

Banpo Neolithic Village. Entrance: 65 yuan. Saya nak pergi tapi tak sempat. Jadi tak boleh komen banyak. Lol.




8 comments:

  1. Bulan berapa pergi sana tu? Ada no driver tak? Booking kat sana atau dr msia?

    ReplyDelete
  2. Bulan 3. Saya jumpa tour guide ni kat TripAdvisor. Boleh search Stefanie Xian Tour. No phone dia: +8613008421515

    Tapi kena pakai WeChat ya. Kat sana Whatsapp kena blok.

    ReplyDelete
  3. Yup depends pada program kita. Dia akan kasi suggestion, tapi terpulang pada kita nak ikut ke tak nak :)

    ReplyDelete
  4. Err. Takde. Hehe. Application visa dulu saya pergi sendiri ke Jalan Tun Razak. Panduan boleh check online, ada website dia, borang pun boleh download kat website je. Tapi kena buat awal sikit, kalau last minute kena bayar lagi mahal. Benda utk declare... saya pun tak ingat, sebab dulu masuk macam biasa je. Saya tak ambik simcard kat sana, sebab duduk hotel yang ada wifi.

    ReplyDelete
  5. Entry ke Muslims Quarters adakah kena charge? Boleh share is there place yang ada jual nasi campur?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk Muslim Quarters takde kena bayar. Nasi campur...? Kalau restoran yang jual nasi dan lauk2 kena order tu ada lah. Lauk yang sedia masak pilih2 je tu tak nampak pulak.

      Delete
  6. Berapa ya total bajet per person? Dalam 1000 ada ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau travel ambik private tour macam saya buat ni, memang lebih RM1000. Hehe.

      Delete