Wednesday 6 December 2017

New Zealand: Road Trip

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kali ni saya berpeluang ke New Zealand, alhamdulillah. Pergi sana masa musim panas, dengan cuaca yang baik dan berpeluang tengok lupine tumbuh merata-rata! Subhanallah, cantik sangat!

Beautiful New Zealand. Don't miss it!


Pada saya, bila sebut New Zealand, 2 benda yang saya akan fikir: Lord of the Rings dan adventure capital! Peter Jackson pilih New Zealand untuk buat pengambaran filem Lord of the Rings dan Hobbit. New Zealand juga terkenal sebagai sebuah negara yang mana kita boleh buat bermacam-macam aktiviti yang memberikan adrenaline rush, seperti: Skydiving, Bungy, Swing, Shotover jet, dan bermacam-macam lagi.


TMPL Backpackers


Trip kali ni saya pergi dengan TMPL Backpackers. Kenapa pergi dengan diorang? Sebab saya sekarang ni busy, tengah kerja full-time dan sambung belajar part-time. Dah takde masa sangat dah nak buat research untuk travel sendiri lama-lama. 

Lagipun, untuk negara macam New Zealand ni, lebih jimat kalau drive sendiri. Tapi kalau nak drive, kena dapatkan 4-5 orang satu kereta, barulah dapat maksimumkan pernjimatan kos sewa kereta, minyak, etc. Saya join trip ni berdua je dengan kawan saya. Kawan saya dah ramai yang dah ke New Zealand, so memang susah nak cari orang untuk cukupkan korum 4-5 orang tu. Sebab tu jugalah kami join dengan TMPL :)

Trip kami ni ada 10 orang, termasuk dua orang guide. Diorang yang tolong drive kereta sepanjang perjalanan. Kesian juga lah kat diorang ni. Kitorang selalu membuta je kat passenger seat. Huhu. Kami sewa 2 kereta. Minyak pun kami share2. So alhamdulillah, jimat la kat situ.

Best tak travel dengan diorang? Best! Diorang dah terangkan awal-awal, trip ni ada tempat yang perlu berjalan jauh sikit, perlu stay di hostel, perlu masak untuk jimatkan kos. Jadi, saya rasa orang-orang yang nak join trip ni pun adalah orang yang chill dan sporting. Range umur kami memang besar, dari 20-an hingga mencecah hujung 40-an. Ada yang single, ada yang datang dengan pasangan. Tapi diorang semua best! Takde diva. Hehe. Jalan dengan diva ni penat okeh!

Us at Aoraki @ Mount Cook

Itinerari & Kos


Perjalanan kami ni bermula di North Island, dan kemudian disambung ke South Island. 

26 Nov: Tiba di Auckland. 

Saya jalan-jalan tengok city dengan kawan saya. Flight kami kena beli sendiri, jadi masa arrival tu lain-lain. Yang naik AirAsia sampai lewat sikit. Saya dan kawan saya naik MAS. Kebetulan masa tu satu bandar tu tengah demam ragbi. Riuh rendah satu bandar dengan penyokong-penyokong ragbi.

27 Nov: Rotorua - Lake Taupo

Rotorua ada Hobbiton. Siapa minat LOTR mesti excited nak pergi sana. Bayaran entrance fee dia boleh tahan mahal. 79 NZD. Guided tour ambil masa dalam 3 jam. Kita kena book specific slot, macam kami punya jam 12.00pm. So kena datang punctual! Personally saya takde la suka sangat kat sana. Masa kami pergi tu ramai betul orang! Nak ambil gambar pun kena beratur. Adoi la.

Tiket masuk. 79 NZD ni!

Lepas dari Hobbiton kami ke Lake Taupo National Park. Pada saya tasik tu biasa je. Tapi apa yang saya suka ialah Huka Falls. Air dia biru, masyaAllah! Surreal betul.

28 Nov: Auckland - Christchurch

Kami gerak ke Christchurch naik Jetstar. Petang tu jalan-jalan kat Christchurch. Kalau korang ingat, tahun 2010 dulu Christchurch dilanda gempa bumi dengan skala Richter 7.1. Sampai sekarang bandar ni masih belum pulih seperti dulu. 

Apa yang saya paling suka di Christchurch ialah Margaret Mahy playground! Permainan kat sana best2, siap ada flying fox! Dan saya takkan lupa saya sakit perut lepas makan kebab kat sana. Adoii la.

29 Nov: Kiwirail TranzAlpine - Greymouth

Highlight hari ni ialah scenic railway yang menghubungkan Christchurch dan Greymouth, merentasi banjaran gunung di tengah-tengah South Island. Cuaca gunung sangat cepat berubah. Dari cloudy, misty, gloomy terus jadi sunny terang benderang sampai muka habis sunburn. Pemandangan cantik!

Dari Greymouth kami sewa kereta dan gerak ke Franz Josef.

30 Nov: Franz Josef glacier - Queenstown

Untuk ke glasier, sekarang dah takde trail dari pekan Franz Josef. Ada gempa bumi yang menyebabkan laluan dari pekan tertutup dengan batu. So satu-satunya cara nak pergi ke glasier ialah dengan menggunakan HELIKOPTER!

Helicopter trip in Franz Josef


Yep. So, kami pun naik lah  helikopter. Harga standard dalam 245 NZD/pax untuk trip helikopter 20 minit dan landing dekat dengan glasier. Tapi saya book pakai bookme.nz, so dapat diskaun kepada 189 NZD/pax. 

Ya, memang mahal. Saya dah survey dah, kalau nak naik helikopter di KL pun dah dalam RM400 terbang dalam 10 minit je. Kat Franz Josef boleh tengok glasier, tak sampai RM600 pun, terbang 20 minit. So pada saya kira worth it juga lah. Boleh tengok glasier, mana nak dapat kat Malaysia. Bila lagi nak naik heli kan. Kerja biasa-biasa macam saya ni memang takde nye la peluang nak naik helikopter kalau tak bayar. Lain la kalau dapat join AirForce ke :p

On the way dari Franz Josef ke Queenstown ada banyak tempat-tempat cantik korang boleh stop. Pastikan korang pergi ke Blue Pool! Tempat ni sangat cantik, air dia biru jernih. Boleh tengok gambar kat bawah:

Blue Pool, Makarora

Gambar ni takde kena edit sikit pun ok! Memang biru macam ni. Tapi dari tempat parking nak ke sini kena jalan sikit lah. Dalam 20 mins. Dan kena lalu jambatan gantung. Kalau korang gayat pastikan ada orang teman. Kalau tak sayang je, tak dapat sampai. Walaupun nama dia pool, tapi sebenarnya dia sungai. Cuma ada tempat yang dalam sikit, so biru tu memang sangat terserlah kat situ.

Satu yang korang kena watch out kat sini: ada banyak sandfly! Diorang ni katanya tertarik dengan warna hitam, merah dan biru. Warna putih, kuning dan hijau diorang tak minat sangat. So, kalau korang pakai baju warna biru/merah/hitam, bersedialah untuk dihurung dan digigit oleh sandfly. Haha.


1 Dec: Queenstown - Glenorchy

Sampai ke tempat yang saya paling suka - Queenstown, the Adventure Capital. Bandar ni terletak bersebelahan Lake Wakatipu. Cantik sangat ok!

Kami pergi tandem skydiving dengan NZONE. Diorang adalah first skydive operator di New Zealand, so service diorang memang tip top! Harga untuk skydiving ni boleh tahan mahal lah. Paling murah 299 NZD, untuk ketinggian 9,000 kaki. Makin tinggi makin mahal la. Kalau 15,000 feet bayar 449 NZD. Terberak nak bayar. Hehe. 

Kalau nak ambil pakej gambar, tambah lagi duit. Yang paling murah ialah gambar dengan Handicam. Kira macam kita selfie je la. 'Murah' pun 189 NZD tau. Ada orang yang kaya-kaya sikit dia ambik pakej Handicam + Freefall orang lain yang ambilkan gambar kita. Harga 359 NZD ok. Siapa kaya boleh la~

Skydive. Upside down. Terjun kepala dulu. Hehe


Petang tu kami ke Glenorchy. Glenorchy ni pun salah satu tempat diorang shooting LOTR. Kat sana masa kami pergi tu tengah banyak lupine yang baru blooming! Masya Allah cantik ok! Dapat la sebiji profile picture kat sana :p

2 Dec: Milford Sound - Te Anau

Kami buat day trip ke Milford Sound. Kerja gila tu sebenarnya. Hehe. Gerak dari Queenstown pukul 4am! Sampai ke Milford Sound dalam 8am. Kesian driver kepenatan.

Milford Sound adalah fiord yang terhasil dari hakisan glasier. Cantik! Nak tahu betapa cantiknya kena tengok sendiri. Hehe. Tapi saya cadangkan, kalau cuaca tak bagus, tak payah lah buat day trip ke sana ye. Kerja gila tu. Dia punya drive banyak lekok-lekok dan curam so perlu hati-hati. Dan juga, pastikan kalau minyak sikit kena isi di Te Anau. Nanti korang takde jumpa pekan dah.

3 Dec: Twizel - Mt Cook National Park

Twizel ialah pekan kecil, made special by the existence of salmon farm nearby. Boleh makan sashimi salmon fresh! Sashimi 120g harga 10 NZD. 250g harga 20 NZD. Nak beli smoked salmon pun boleh, harga 12 NZD. Kalau nak burger, salmon curry, dan salmon bakar pun boleh. Macam-macam ada!

Salmon sashimi!

Mount Cook, atau Aoraki (nama diberi oleh orang Maori), adalah gunung tertinggi di New Zealand dengan ketinggian 3,724 m. Walaupun kat bawah panas terik ya amat, puncak Aoraki ni maintain je bersalji dan berglasier. Jangan lupa bergambar dengan Aoraki okeh!

4 Dec: Lake Tekapo - Dunedin

Lake Takepo pun ada banyak lupine, seronok untuk bergambar. Selepas lawat tasik tu kami terus gerak ke Dunedin.

Di Dunedin kami pergi ke Tunnel Beach. Menarik tempat ni. Ada tebing laut tinggi, dan ada man-made tunnel dari atas tebing untuk ke private beach. Tapi pastikan korang fit kalau nak ke sana! Dia punya hiking nak naik ke car park tu boleh tahan dahsyat. 

5 Dec: Dunedin - Christchurch

Hari ni kami habiskan masa dalam perjalanan je. Singgah sekejap tengok Moeraki Boulders, batu besar bulat-bulat nampak macam telur. 

Malam tu kami naik flight dari Christchurch ke Auckland

6 Dec: Auckland - KL

Naik flight pulang ke KL. 


Kos ke New Zealand ni bergantung pada kita. Apa aktiviti yang kita nak buat? Nak jalan jauh tak? Nak makan luar ke masak sendiri? Kalau buat banyak aktiviti macam saya. total cost tu mencecah RM10,000 juga lah. Erm. Tapi kalau just pergi tengok pemandangan, tak lebih RM6,000 pun boleh. 

Macam kami pergi dengan TMPL ni, ground cost RM3,500, untuk sewa kereta, accomodation, naik Kiwi Tranzalpine train. Minyak untuk 10 hari tu tak sampai 100 NZD/pax. Makan, kalau beli yang murah-murah setakat 10 NZD je sehari. Kalau beli ayam Tegel (halal) dari Pak 'n' Save dan kongsi-kongsi, baru 3 NZD/pax sekali makan. Kebab paling mahal pun 15 NZD, itupun portion besar boleh kongsi 2 orang. Fish n Chip dalam 5 - 6 NZD je. Saya beli mussel yang dah sedia masak di supermarket 5 NZD, ada banyak, boleh makan 2 kali. Salmon fillet boleh dalam 4-5 NZD kalau di supermarket. Beras ada jual, dan ada certain hostel yang sediakan periuk nasi. So boleh la makan nasi. Hihi.


Tips & Nasihat

Plug kat sana pakai yang jenis kurus-kurus 3 pin tu. So jangan lupa bawa adapter. 

Sekarang nilai NZD tengah rendah! Cepat-cepat tukar! 1 NZD tak sampai RM3 pun. 

Pergi sana perlu buat aktiviti-aktiviti lasak! Pada saya yang penting ialah skydiving, sebab kat Malaysia takde peluang buat benda macam ni. Ada banyak tempat korang boleh pilih untuk skydive. Orang kata Wanaka view lagi cantik. Glenorchy murah dari segi harga skydive dan pakej photo/video. Ada tempat yang offer up to 19,000 feet. Pilih lah yang mana berkenan di hati.

Jangan lupa ambil majalah di airport yang ada banyak kupon diskaun! Dalam tu ada macam-macam diskaun untuk aktiviti, makan, even diskaun untuk Uber pun ada.

Contoh majalah ada banyak kupon diskaun

Jangan bawa serunding. LOL. Saya punya serunding hampir kena buang. Tapi nasib baik la Pegawai Kastam tu kesian kot dekat saya, dia kasi lepas. Tapi dia cakap lain kali jangan bawa serunding. Hihi. Kalau megi, ikan bilis dalam tin, ayam dalam tin, diorang tak kisah.


Akhir kata, saya nak cakap, jangan lepaskan peluang pergi New Zealand! Cuma, saya nasihatkan kalau pergi setakat 10 hari, tak payah lah pakai itinerari yang kitorang pakai ni. Hehe. Padat sangat! Ada hari kena keluar pukul 4 am. Ada hari sampai hostel 12.30am! 

Walaupun baru sampai KL dari New Zealand pagi tadi, saya dah berangan dah nak ke sana sekali lagi. Lol! Cuma next time, saya fikir, tak payah lah ke Hobbiton. Terus gerak ke Queenstown. Lepak sana 4 malam pun takpe, sebab sana banyak benda boleh buat. Dari sana boleh tengok Aoraki atau Franz Josef. Tapi Twizel wajib pergi sebab nak beli salmon fresh lagi. Haha.

Ok lah tu saja kali ni. Semoga bermanfaat :)







2 comments: