Friday 28 October 2016

Maldives Part 4: Holiday Inn Resort, Male & Hulhumale

Assalamualaikum & salam sejahtera

Ooopps. Lama pulak tinggalkan topik Maldives. Topik yang last ni saya tak berapa minat nak tulis. Hehe. Sebab bagi saya tak menarik sangat. (saya minat nak cerita pasal whale shark je lol) Tapi akhirnya paksa lah diri untuk tulis juga~


Sunset di sebuah masjid di Maamigili

25 April: Daytrip ke resort & Sunset cruise


Holiday Island Resort

Hari seterusnya kami spend dengan cara lepak2 di Holiday Island Resort, salah sebuah resort di Maldives yang menggunakan konsep satu resort, satu pulau.

Dari Maamigili Island, ada beberapa options untuk orang yang teringin nak pergi buat daytrip ke resort. Holiday Island paling murah, USD 30 sahaja per person, dan harga ni dah termasuk boat transfer ke pulau tu. Malangnya, harga ni tak termasuk makanan.

Yang paling mahal ialah Conrad Rangali. Harga USD 90. Mak hoi. That’s about RM 360 per person. Itu harga untuk entrance fee ke resort, sekali dengan buffet lunch yang korang boleh ada freeflow of alcohol. Not for me lah. Bayar mahal untuk arak je, bukannya boleh minum pun. Membazir duit je. Lagipun harga ni tak termasuk speedboat transfer ke pulau. Kalau masuk transfer saya pun tak tahu la berapa ratus…

Tapi secara jujurnya memang saya terngin nak pergi Conrad Rangeli. Waaaa. Sebab saya tengok gambar dia macam cantik sangat! Restoran dalam air pun ada kat situ la. Boleh tengok gambar di bawah sambil berangan. Kalau terasa diri kaya, boleh lah klik gambar di bawah untuk booking kat website diorang :p
Teringin tu memang lah. Tapi, baguslah kita berpada-pada dalam berbelanja. Saya ni bukan kaya sangat, budget traveller je. Jadi melawat resort yang budget2 sudah la… Tak sanggup nak terbangkan RM360 untuk daytrip ke resort je, kalau tidur takpe jugak.

Holiday Island ni bukan lah resort mewah yang ada chalet atas air. Sedih sikit. Sebab saya teringin nak bergambar atas overwater bungalow yang selalu muncul dalam pamphlet Maldives tu. Tapi tak pe la, yang penting murah. Hahaha!

Holiday Island Resort ni kalau diikutkan harga per night pun tak de lah mahal sangat. Agak affordable la. Dalam RM500 per room per night pun boleh dapat, lepas diskaun. Tapi saya rasa diskaun tu cuma untuk last minute deals kot.

Pantai dia, cantik! Bahagian depan resort tu ada satu jeti panjang, tempat resort guest sampai. Kat pantai sebelah depan tu pasir halus, tapi ombak kuat sikit la. Ada kerusi dan meja dalam air, untuk orang yang nak minum2 sambil berendam dalam laut.

Yang pantai belah belakang, ala2 macam lagoon sikit. Air lebih tenang, sebab ada reef yang halang ombak besar. Tapi pelancong tak boleh swim dekat dengan reef tu, bahaya. Ombak besar kot. So diorang letak penghalang.

Yang saya suka, di 'lagoon' ni ada banyak baby sharks! Kecik je, comel sangat! Diorang suka datang dekat tepi-tepi pantai, so kita boleh ambik gambar. :D

Baby shark berenang-renang tepi pantai <3

Jangan risau, diorang ni kecik, tak kacau orang pun. Kalau kita datang dekat sikit dengan diorang terus diorang lari. Bukan lari la, maksud saya berenang ke tempat lain.


Kalau korang nak, ada macam2 servis dekat resort ni. Spa. Watersport. Trip ke tengah laut untuk cari whale sharks pun ada. Nak try makanan kat restoran pun boleh.

Tapi saya tak minat la nak bayar mahal-mahal (read: kedekut). Harga trip kat guest house tempat saya duduk jauh lebih murah. So saya berenang-renang dan melepak-lepak sahaja sambil bergambar. Lepas dah petang sikit, dah boring, baru balik ke guest house.


Lepas tidur siang di guest house, petang tu kami pergi sunset cruise! Sebenarnya trip untuk cari dolfin. Tapi dah jumpa pun dolfin, so kami pusing2 je la keliling pulau, tengok laut sambil ambil gambar sunset. Supposedly trip ni khas untuk kami beromantik2 kot. Kah kah! Diorang sediakan refreshment kat atas bot, pusing-pusing, tolong ambik gambar.

Dolfin tak jumpa pun, tapi kami jumpa manta ray! Dia melompat keluar dari dalam air, buat stunt pulak! Tapi malangnya, memang tak sempat nak ambil gambar. Terpegun. By the time angkat kamera dia dah dalam air balik. Hehe.

Sunset Cruise, Maamigili

26 - 27 April: Bertolak ke Male & bermalam di Hulhumale


Akhirnya sampai lah masa untuk meninggalkan Maamigili. Waaaa. T_T Sedihnyaaa. Rasa macam menyesal balik awal sangat. Baik stay lagi 2 malam kat sana. Huhu.

Nafiz siap kasi kami bekalan makanan dan buah2an untuk perjalanan dalam feri. Baiknya diaaaa. Terharu. 

Rupa dalam feri Maamigili - Male

Kami naik feri gerak awal pagi, pukul 8 am. Feri tu singgah dulu di Mahibadhoo, dalam pukul 10.30am. Kami stay sana 30 minit, pastu sambung bergerak ke Male.

Perjalanan ke Male lama sangat! Pejam celik tak sampai-sampai. 6 jam. Saya bersyukur masa kami naik feri tu, tak ramai orang. So kami boleh conquer satu kerusi panjang tu. Boleh lah baring. Kalau untung-untung tu, dalam perjalanan korang boleh nampak ikan terbang, dolfin, dan semestinya korang akan nampak pemandangan pulau dan atol yang sangat lah cantik.

Kami sampai ke Male dalam pukul 2 pm. Dari Male Ferry Terminal, kami naik teksi ke Hulhumale Ferry Terminal, yang terletak di sebelah jeti untuk naik bot ke airport. Teksi bayar 25 Rufiyaa. Perjalanan yang penuh dengan hon2 dan jalan sesak. Teksi tu side mirror pun takde. Kalau sesak camtu la jalan kat Male, memang senang la side mirror nak patah. Hehe. Personally saya tak suka Male. Jauh berbeza suasana di Male kalau nak dibandingkan dengan Maamigili. Sesak. Panas. Berhabuk.

Nak ke pulau Hulhumale bayar lagi lebih kurang 10 Rufiyaa. Feri nya cantik sikit berbanding feri nak ke airport tu. Sampai ke Hulhumale... rasa kagum sikit. Nampak la yang Hulhumale ni jauh lebih terancang dan bersih kalau nak dibandingkan dengan Male. Perumpamaannya macam downtown KL dengan Putrajaya. :p

Teksi kat Hulhumale pun canggih. Kami naik teksi Toyota Prius. (Kat Male tu teksi dia kereta kecik yang agaknya dah berumur lebih 10 tahun). So berbanding Male, teksi Hulhumale ni memang lagi kelasss gitu. Bayaran sama, 25 Rufiyaa jugak.

Kami tinggal di Ripple Beach Inn. Terletak di pantai timur Hulhumale. Bilik kami betul-betul menghadap laut, ada tingkap besar boleh tengok pantai. 

Pemandangan sunrise dari bilik kami

Secara jujurnya, kat Ripple Beach Inn ni kami duduk 2 malam tapi tak jalan mana-mana pun. Heheh. Kalau nak, ada je diorang organise tour pergi snorkeling la, tengok dolfin la, pergi resort la. Tapi saya dah pun buat itu semua di Maamigili, harga pun jauh lebih murah. So kat sana kami tengok TV, mandi laut dan jalan-jalan tepi pantai je.


28 April: Jalan-jalan di Male. Terbang ke KLIA2


Disebabkan ada masalah communication dan pihak Ripple Beach Inn tak jadi pick up kami dari terminal ferry masa nak ke hotel, diorang decide untuk kasi kami free transfer ke airport. Yahuuu! Dari hotel tu nak ke airport, tak payah naik feri atau bot dah. Sebab ada jalan menghubungkan dari Hulhumale ke Hulhule (pulau airport).

Sampai saja ke airport, saya tinggalkan luggage di sana dan lepas tu kami naik feri ke Male. 10 Rufiyaa. Kami pun jalan-jalan tengok tempat-tempat terkenal di Male. Ada beberapa tempat yang korang boleh pergi dengan berjalan kaki je dari terminal feri dari airport tu:


  • Republic Square. Erm basically macam Dataran Merdeka kat KL tu. Ada padang. Ada tiang bendera besar. Sebelah dia ada ibu pejabat polis.

Old Cemetery, Hukuru Miskiiy
  • Hukuru Miskiiy (Old Friday Mosque). Tempat ni masa saya pergi under renovation. Tak boleh masuk. Basically di sini ada perkuburan yang dah berumur beratus-ratus tahun. 

  • Presidential Jetty. Hehe takde apa sangat pun kat situ. Just jeti yang presiden diorang pakai. Design dia ala-ala nak tiru Sydney Opera House. Sesuai untuk lepak-lepak sementara menunggu masa untuk naik flight.

  • Islamic Center. Masjid terbesar di Maldives. Saya dulu tak masuk pun, ambil gambar dari luar je. Masa tu tempat ni pun tengah macam ada renovation (again) =_= 

Disebabkan dua-dua masjid tu pun under renovation, lepas makan saya decide untuk balik airport dan solat kat sana je. By the way, airport Maldives ni, kat tempat area luar (departure & arrival) tu takde air-cond tau. Hampeh. Panas betul. Ruang aircond cuma ada lepas dah masuk melepasi security dan check in luggage. Dan, kalau korang sampai terlalu awal, korang tak boleh masuk lagi pun... so kena la tunggu luar...

Dah dekat-dekat nak sunset tu kami keluar airport, lepak kat tepi laut. Terjumpa pulak dengan Sam, mamat dari Norway tu. Kebetulan dia pun ambil flight AirAsia nak pergi KLIA2, so kitorang lepak sampai la flight boarding.

Sam, husband, saya shortly before boarding

Oh ya kat sana ada wifi. Tapi line tak stable, dan saya cuma dapat online lepas dah dekat nak boarding flight. LOL. Dah la flight kami delay. Nasib baik ada geng bersembang, kalau tak mesti boring.

Kat dalam airport Male ni, kebanyakan benda jual dalam US Dollar. Kalau ada banyak lagi lebih duit Rufiyaa, boleh la tukar balik ke US Dollar (tapi better simpan resit masa awal-awal tukar duit dulu untuk elakkan masalah). Kalau duit Rufiyaa lebih tak banyak, boleh lah didermakan. Kat airport tu ada beberapa tabung derma. 


Ok lah itu saja coretan saya tentang Maldives. Semoga bermanfaat. Bye!




No comments:

Post a Comment