Sunday 4 September 2016

Siem Reap - tips dan nasihat

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera

Alhamdulillah. Sekali lagi diberikan peluang melancong ke negara orang dan pulang ke tanah air dengan selamatnya.

Angkor Wat. Cambodia's National Pride


Kali ni saya ke Siem Reap, Kemboja @ Cambodia. Sebuah negara Asia Tenggara yang kiranya baru sahaja beberapa dekad aman dari dari cengkaman kuku besi Khmer Rogue. Negara yang rata-rata penduduknya berpendapatan rendah, dan saya dapat rasakan kebanyakan rakyatnya amat bergantung pada industri pelancongan untuk mendapat sumber pendapatan.


Macam biasa lah, saya ada sedikit maklumat, tips dan nasihat untuk dikongsikan bersama. Biarlah korang belajar dari kesilapan saya ni. Huhu.


1. Tuk-tuk driver


Banyak kali saya baca kisah orang yang tertipu dengan driver tuk-tuk. Ada yang tertipu apabila ditinggalkan driver tuk-tuk. Ada yang dikenakan caj berlebihan. Alhamdulilah, driver kami tak pernah tinggalkan kami, tapi pernah sekali kami kena caj kaw-kaw mahal. Maklumlah, masa tu baru 1st day kat Siem Reap, blur2 sikit masa tu.

Tuk tuk driver. InsyaAllah boleh di percayai

Driver yang bawa kami tu nama dia Sous. Nak kata superb sangat tak lah jugak, sebab saya rasa English dia agak elementary, perkataan English yang kompleks sikit dia tak berapa faham. Tapi, dia memang ada usaha untuk memperbaiki diri. Dia pergi kelas Bahasa Inggeris, dari pukul 5 - 6pm. Bagus kan? Saya suka orang yang ada keinginan belajar.

P/s: yang caj kami kaw-kaw tu bukan Sous, tapi orang lain. Sous ni kira OK, dia tak caj melampau. In fact, dia siap ada belanja kitorang makan buah teratai.

Dia ada rekemen kawan dia jugak. Zaki. Boleh berbahasa melayu katanya. Saya pun tak pasti lah, sebab saya tak pernah jumpa dia personally. Tapi, boleh lah korang try, kalau nak pergi Siem Reap.

Harga standard:

  • Day tour small circuit (Angkor Wat, Bayon, Angkor Thom, Banteay Kdei & other nearby temples): USD 12 - 18. Saya takut nak book dari driver yang tak dikenali, so saya ambil direct dengan hotel. Mahal sikit la ($18) sebab rasanya hotel tu ambil komisyen. Kalau nak pergi tengok sunrise, bayar mahal sikit. Saya kena bayar extra $5. So total kami bayar USD 23. 
  • Tuk tuk ke jeti pergi Tonle Sap: USD 15 - 18.
  • Tuk tuk dalam bandar: USD 1 untuk one-way. Contoh, macam kami minta driver bawa dari hotel ke restoran makanan halal, USD 1. Restoran ke pasar USD 1. Pasar balik hotel USD 1.



2. Shopping - penjual barang, harga barang, lokasi


Tak dapat dinafikan kat sana memang sangat ramai penjual, ada yang menipu, ada yang jujur. Harga barang, memang korang boleh dapat sangat sangat murah. Tapi satu je saya nak nasihatkan, kalau dapat beli barang pada harga yang kita rasa worth it untuk nilai barang tu, beli saja lah. Pada pendapat saya, bagus lagi diorang berusaha untuk berniaga, daripada jadi pengemis jalanan.

Angkor night market

Contohnya, tshirt standard diorang jual dalam 2 - 3 USD. Tapi korang boleh dapat murah sampai 1 USD per tshirt. Pada saya 3 USD tu kira OK lah, dalam RM 12. Kalau nak bargain sampai 1 USD tu terpulang lah. Tapi fikir kan lah juga diorang. Berapa sen sangat untung diorang dapat. Diorang ni bukan kaya sangat pun. Apa salahnya kita bayar extra 1 USD, untuk kasi diorang pendapatan lebih sikit.

Tapi untuk penjual yang menjual barang di area temple, korang hati2 sikit. Macam saya hari tu, ada mamat ni jual buku bertajuk "Ancient Angkor". Mula-mula dia datang kat saya dia cakap USD 1. Saya pun terus belek buku tu. Ternampak harga belakang $27.95 (ni harga yang dah memang printed kat cover belakang buku). Lepas je saya nampak harga tu, tiba-tiba dia cakap harga buku tu 10 USD. Pastu dalam proses tawar menawar tu dia cakap pulak 20 USD.

Buku Ancient Angkor. Boleh tengok harga kat belakang.


Waktu tu saya dah memang bengang dah. Mula-mula dia cakap 1 USD kot. Kawan saya pun dengar camtu. Saya takde la teringin sangat pun nak beli buku tu. Jadi saya memang terus cakap tak nak beli. Tapi dia nampak macam sangat desperate nak jual. Last-last saya agree untuk beli dengan harga USD 6. Saya pernah terbaca ada orang beli di kedai buku USD 8. So rasanya harga tu memang OK lah. Tapi kesimpulannya kat sini, jangan terpengaruh dengan "iklan 1 USD" diorang tu.


The tips is, kalau korang rasa harga tu tak melampau, ambil je la. Contoh harga yang saya jumpa:


  • T-shirt: Saya beli $3. Ada yang jual 3 tshirt untuk $5. Paling murah maybe boleh dapat dalam $1
  • Fridge magnet: Saya beli 2 fridge magnet $1. Actually boleh dapat 5 $1 je, kalau korang beli banyak barang kat kedai yang sama. Tapi perhatikan kualiti dia.
  • Buku Ancient Angkor: Saya beli $6. Maybe range dalam $6 - 10
  • Beg backpack kecil: Yang sporty saya beli $8. Kawan saya beli beg biasa $4. 
  • Wallet (leather): Cowhide dalam $10. Kulit buaya dalam $60+. Tapi saya nasihatkan jangan beli barangan kulit buaya. Saya rasa macam tak berapa ethical.
  • Women's purse: Silk dalam $11 - 15. Kalau kain batik biasa dalam $10 - 11.
  • Seluar ali baba: $3 

Kalau nak beli barang, JANGAN beli dekat kedai di jalan sebelah pub street. Harga mahal dan barang tak best. Pergi kat jalan yang ada tulis "Night Market" pakai lampu neon. Kat situ barang dia cantik-cantik, dan ada banyak variety.

"Night Market" dengan lampu neon. Ada banyak jalan, jangan sesat. Huhu

Dinasihatkan juga untuk tidak menderma atau membeli barang dari budak-budak di area temple. Apparently ada banyak kes budak-budak yang tak mahu pergi sekolah sebab diorang rasa pergi sekolah tak dapat apa-apa, lagi best menjual barang kat pelancong sebab dapat banyak duit. Ada yang suka buat muka kesian untuk minta duit dan candy. Demi kebaikan diorang in the long term, jangan kasi walaupun rasa kesian. Huhu.



3. Trip ke Tonle Sap


Saya personally sangat teringin nak tengok tasik Tonle Sap. Tapi saya terasa tertipu kaw-kaw dengan company yang manage boat tour kat sana.

Saya pergi ke jeti Boat Association Tonle Sap Lake Wonder. Series la macam t**k. Haha. Staff dari hotel kami cakap, sekarang ada 1 company je. Harga $20/pax. Saya pun pasrah je lah dengan harga tu. Tapi kalau ikut apa yang saya baca di internet, ada yang bayar tak sampai $10. Tapi saya ingat, harga $20 tu diorang bawak lagi jauh, sebab ada banyak jenis tour sebenarnya. Ada yang bawak sampai ke Kampung Khluk. Tapi rupa-rupanya tak. Itu memang harga cekik darah melampau.

Tiket Tonle Sap company cekik darah

Harga mahal, servis tip-top tak apa. Mula-mula rasa memang syok. Dalam bot ada kami 2 orang je. 'Private tour' konon. Tengah-tengah dalam bot tu tiba-tiba dia cakap nak bawa kami ke sekolah anak-anak yatim. Dan sebelum ke sana diorang akan bawa kitorang ke market untuk beli makanan supaya kitorang boleh 'sponsor' budak-budak tu.

Erk. 

Saya rasa terkejut. Bukan nak kata kedekut tak nak sponsor ke apa ke. Tapi benda ni awal2 diorang tak cakap. Lagipun kami berdua je. Kalau nak keluar duit untuk sponsor makan the whole school... macam agak parah, sebab duit kami tinggal sikit. Dalam $30 je waktu tu. Belum bayar tuk tuk untuk ke Tonle Sap jetty ($15), belum kira duit makan sampai hari nak balik, etc2. 

Pastu kami pun bagitahu lah tour guide kami tak mahu pergi sekolah tu. Terus dia muka masam. Haha. On the way balik ke jeti dia tak bagi penerangan apa-apa dah. Sekali je dia ada cakap, untuk tunjuk orang putih yang tengah beli barang di market untuk 'sponsor' makan budak-budak kat sekolah tu.

Bila dah nak sampai ke jeti, terus pulak dia minta tips. Waktu tu saya terasa macam bot sengaja diperlahankan. Kawan saya dah takut dah. Saya cakap bagi je $1. Kawan saya cakap takut tak cukup. Haha. Tapi dengan perangai dia yang macam tu, kalau ikut hati memang saya tak nak bagi langsung. Sudah lah overcharge orang, tak sedar diri nak mintak tips. 

Kami pun kasi je la $1 tu, sebab terasa macam dipaksa. Pastu boleh pulak dia cakap duit tu tak cukup. Dia boleh bikin beli gula2 je konon. Hahaha. Kerek betul. Saya buat tak dengar dan terus keluar dari bot. 

In conclusion, saya rasa macam diorang ni memang organisasi yang bertujuan untuk dapatkan sebanyak duit yang boleh dari pelancong. Kita nak tolong boleh, tapi saya tak yakin untuk bagi derma melalui company bot tu.

Jangan lah pergi lawat Tonle Sap melalui company tu. Boleh try bigger tour companies macam Tara Boat.


4. Makanan halal


Restoran makanan halal tak banyak sangat, kena cari la. Kebanyakan kedai memang tak halal. Yang saya tahu ada 3, semuanya terletak di jalan yang sama, berhampiran dengan Naek Mah Mosque.

1) Cambodia Muslim Restaurant

2) Muslim Family Kitchen

3) D'Wau Restaurant

Semuanya masakan style melayu. Menu spesyel: Lembu naik bukit, fish in morning glory pond, nasi lok lak.

Lembu naik bukit. Dalam ni tak nampak, tapi nanti dia letak banyak gile sayur

Lembu naik bukit ni basically ialah daging lembu yang dimasak dalam sup dan kemudiannya di bakar atas 'bukit'. (boleh refer gambar) Kena makan dengan sos spesyel yang warna putih kuning tu. Tapi personally, saya tak berapa minat lauk ni. Huhu. Sos tu tak kena dengan selera saya. Rasa dia pelik sikit. Macam sos ikan ke eh. Saya pun tak sure. Saya makan ni di kedai Cambodia Muslim Restaurant. Harga $16 ke 17. Tak ingat. Huhu. Portion besar, boleh share 2 orang.


Nasi lok lak

Saya suka nasi lok lak. Saya makan di restoran D'Wau. Basically daging tu dia masak black pepper. Ada telur mata kerbau, dan sup. Daging sangat banyak, dan sangat kenyang. Sup dia pun sedap. Harga cuma $3.50. Recommended! 

Muslim Family Kitchen ni dah memang terkenal di kalangan orang Malaysia. Pernah ada Jalan-Jalan Cari Makan pergi sana. Tapi personally saya tak minat sangat. Saya ada order nasi goreng (harga $3.50), tapi banyak sangat diorang letak sayur kacang. Saya tak suka sayur tu. Hehe. Tapi sos ayam yang dia buat sangat sedap. Sekali lagi datang saya order ayam masak sambal (harga $4.50). Ada 3 ketul ayam, memang portion besar. Tapi ayam tu macam ayam lama yang dimasak semula. Saya tak minat. Kawan saya ada order fish in morning glory. Harga $6.50. Ikan sekor memang besar. Sos dia macam sweet sour tapi ada letak kacang2. Sebagai orang yang tak meminati kacang, saya tak minat. Tapi memang kenyang lah dengan portion tu.

Saya pernah terbaca blog yang mengatakan KFC kat Cambodia halal-certified. Tapi saya tak tahu betul ke tak, dan tak pernah tanya.

5. Lokasi hotel


Saya nasihatkan ambil hotel yang berdekatan dengan Night Market, Pub Street atau Naek Mah Mosque. Hotel kami duduk ni jauh sikit, terletak ke utara, lebih dekat dengan Angkot Wat. Tapi kalau naik tuk tuk ke Angkor Wat tu takde la nak kata murah pun harga. Lagi rugi sebab kena bayar tuk tuk untuk pergi makan dan shopping.


6. Visa


Orang Malaysia tak payah buat visa untuk tinggal up-tp 30 days. Yay!


7. Plug


Plug ada 2 jenis. Ada hotel (yang moden dan mahal sikit) pakai jenis 3 pin macam kat Malaysia. Di hotel kami duduk tu pakai jenis 2 pin. Nak selamat bawa je universal travel adaptor.


8. Memandu di jalan raya


Please take note di Kemboja diorang memandu di belah kanan. Untuk yang nak naik basikal, motor, atau ATV, sila lah jangan memandu di lorong yang salah. 


9. Currency


Sebenarnya matawang Kemboja ialah Cambodian Riel. Tapi, diorang sangat jarang pakai duit diorang. Harga barang dan menu di restoran pun kebanyakannya pakai US Dollar. Tuk-tuk pun minta USD.

Generally, 1 USD bersamaan dengan 4000 Riel. Kalau beli barang, ada 50 sen, diorang akan pulangkan duit pakai Riel (2000 Riel = 50 sen US).

10. Angkot Wat & surrounding temples


Pada pendapat saya, korang cuma perlu spend banyak masa di Angkor Wat dan Ta Phrom. Angkor Wat unik sebab dialah temple yang paling besar, dan sangat well-preserved sebab continuously being used walaupun dah wujud sejak kurun ke-12.

Ta Phrom temple, with a huge strangler fig. And tiny me. 

Ta Phrom unik sebab temple tu sengaja ditinggalkan dalam keadaan 'partly preserved', untuk tunjukkan pada pelancong macam mana keadaan temple lain waktu mula-mula dijumpai. Dengan akar pokok yang besar gabak yang dan mencengkam dinding temple. Atmosphere yang sangat surreal dan unik. Kalau pergi awal sikit, waktu pelancong kurang, sure lagi syok sebab boleh rasa sangat tenang. 


11. Hot weather, rainy days


Biasalah negara iklim tropika. Dah panas tu panas sangat, Dah hujan tu spoil pulak semua rancangan. 

Kami dengan semangatnya bangun sebelum pukul 4 pagi nak tengok sunrise kat Angkor Wat. 4.45 am, lepas solat Subuh dah gerak dari hotel. Tengok-tengok langit mendung. Takde sunrise. Rugi je bayar extra. Penat je bangun awal. Hahaha.

The supposedly magnificent sunrise, spoiled by bad weather and too many tourists

In retrospect, kalau korang pergi waktu musim hujan tu, tak payah lah semangat2 nak bayar untuk tengok sunrise or sunset. Sebab susah sangat nak nampak langit and lighting cantik yang diidamkan tu. Sudah lah waktu tu Angkor Wat SANGAT crowded! 

Untuk lindungi diri dari kepanasan matahari, pakai lah topi, atau bawa lah kipas tangan. Jangan lupa sunscreen. Bawa air mineral mencukupi. Kalau nak beli, yang 1.5L tu harga $1.

Untuk elakkan diri basah lencun dek hujan, bawa lah baju hujan/payung.



Okey itu saja dari saya kali ni. Semoga bermanfaat. :)




6 comments:

  1. Saya tengah semangat nie bila baca blog awak, due nak pergi lagi 15days!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ye ke. Have fun nanti! Hati2 dengan penipu2 di Tonle Sap tu. hehe. Kalau nak pergi, kena cari tour provider yang reliable.

      Delete
    2. mcmana nak contact Tara Boat tu? sy p sana dlm 4hari lagi.. menggunakan Haty Ly sebagai driver tuk2.

      Delete
    3. Boleh cuba minta tlg accomodation nnt. Tak pun tgk website diorg: https://www.taraboat.com

      Delete
  2. Mohon maaf Tuan & Puan, kami numpang promotion
    Kami menawarkan Pakej Percutian ke Medan dan Danau Toba
    Lake Tour 04 Hari / 03 Malam MYR 380 ( 10 orang )
    Pakej kami design sangat murah dan berkualitas
    FULL SERVICES
    Hotel 3 Bintang
    Makanan Halal
    Driver humble
    Pemandu Pelancongan professional

    Sila contact Tiara Tours Indonesia
    Jln. Panglima Denai No. 76 Medan, 20227
    Licensed : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    Tel/Fax : +6261 - 733 59 765
    Email : tiaratoursindonesia@gmail.com.
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN
    Toyota Avanza (05 orang ) MYR 155 / Hari
    Suzuki Eritga (05 orang ) MYR 155 / Hari
    Inova Reborn (05 orang ) MYR 175 / hari
    Isuzu Elf (11 orang ) MYR 235 / Hari
    Toyota Hiace (11 orang ) MYR 320 / Hari
    Medium Bus ( 27 orang ) MYR 500 / Hari

    Note :
    HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL

    ReplyDelete
  3. Salam pelancongan semua,kami Company NURUL INSYIRAH VENTURE menyediakan pakej pelancongan ke Siem Reap.Driver guide pakej ini prihatin dan fleksible.
    Makanan yang dihidangkan juga enak.
    Sekiranya berminat, mahu ke Siem Reap. Hubungi kami 017-536 7426 atau +6281397288197.Terima kasih kepada tuan blog
    Facebook: melancong murah baloi
    Ig: melancong_murah_baloi

    linktr.ee/MelancongMurahBaloi
    linktr.ee/MelancongMurahBaloi
    linktr.ee/MelancongMurahBaloi  

    ReplyDelete