Monday 12 September 2016

Perhentian Diving Trip - Part 1. Bit of reviews & tips

Assalamualaikum & salam sejahtera

Selamat Hari Raya Aidiladha saya ucapkan. Ini ialah post yang tertangguh-tangguh dari bulan lepas. Busy sangat, tak sempat nak menulis.

Kali ni saya pergi ke Pulau Perhentian, trip bersama suami.

Pulau Perhentian.
Turqoise water. I need this, badly!





Tahun lepas pergi Pulau Redang. Kali ni Perhentian pula. Hehe. Actually dari tahun lepas dah teringin nak pergi Perhentian. Tapi sebab dulu saya dah beli tiket ke Kuala Terengganu, jadi pilih lah Redang. Kali ni saya pergi naik kereta (drive sendiri). Maklumlah sekarang kan saya dah kerja di KL. Saya rindu Sabah, tapi saya happy duduk di tanah kelahiran sendiri. hehe

Trip kali ni dikira macam last-minute plan. Lebih kurang dalam 2 minggu sebelum nak pergi baru decide. Sebenarnya masa di MIDE (Malaysia International Dive Expo) kami ada beli pakej diving murah. RM 550/pax untuk 5 dive, termasuk 3D2N accomodation. Pakej dah termasuk equipment rental dan boat transfer. Kira murah la kan? Tolak accomodation, tak sampai RM100/dive.

Dari KL ke Besut


Rasanya semua pun dah tahu kan, nak ke Pulau Perhentian kena naik bot dari jeti Kuala Besut. Ada banyak options untuk ke sana

1) Flight KL - Kota Bharu. Dari airport KB boleh naik teksi atau bas direct ke jeti Kuala Besut. Harga RM25/pax untuk one way. Bunyinya macam senang dan cepat. Flight tak sampai 1 jam pun. Tapi bila fikir balik, dari Gombak nak ke KLIA 1 jam lebih. Tunggu nak naik flight 1 jam. Nak turun flight, tunggu bas, dah 1 jam. Naik bas dari KB airport ke Kuala Besut dah dekat 2 jam. In the end, lebih kurang sama je.

2) Bas dari KL - Besut. Yang ni pun tempting. Harga saya tak pasti berapa. Tapi ada bas overnight yang korang gerak malam, sampai awal pagi. Tapi last-last saya tak nak jugak, sebab nak kena naik dari Terminal Bersepadu Selatan. Jauh tu dari Gombak. Baik gerak dari Gombak je, lagi dekat.

3) Driving sendiri. Dalam 6 - 7 jam perjalanan. Bergantung pada kelajuan dan kekerapan berhenti. Tol dalam RM50 kalau tak silap, untuk one way. Kos petrol dalam RM60. Bayar parking beratap RM10 sehari.

Akhirnya saya pilih option ke-3. Lebih fleksibel.


At the end of the 7-hours drive, when you see this, be happy! You're in Besut!

Satu je saya nak pesan. Kalau driving ikut Lebuhraya Pantai Timur, pastikan korang isi minyak penuh tangki di Bukit Gambang. Di LPT tu takde stesen minyak langsung lepas dah masuk Terengganu. (At least saya tak jumpa lah.) On the way balik ke KL saya ada nampak satu, Petron kecik, tapi tak ingat dah kat R&R mana satu,

Kalau habis minyak lepas masuk kawasan Terengganu, korang kena exit highway dan cari stesen minyak sendiri.

Macam kami lah. Nyaris-nyaris petrol habis. Dah berkelip-kelip dah. Alhamdulillah Allah berikan kesempatan isi minyak di Ajil. Kalau takde minyak sangat better kalau keluar dekat exit Sg Besi, sebab stesen minyak lagi dekat. Ajil kena masuk ke arah pekan sikit.


Besut ke Perhentian


Dekat Besut ada banyak company bot untuk ke Pulau Perhentian. Kalau tak silap harga RM 50 untuk return trip. Kena bayar tiket jetty fee RM 5/pax di jeti. Harga ni tak termasuk dengan harga bot tu.

Saya pergi pakai company Seven Seas. Tak de la nak kata superb sangat servis diorang, but they get the job done. On the way nak ke jeti dari ofis, staff diorang jalan punya laju, kesian saya tengok pelancong2 lain. Saya pakai backpack, laju je ikut. Tapi ada orang putih yang bawa beg banyak dengan anak2, diorang slow kot. Tapi staf tu jalan menonong je...

Dekat jeti pulak, saya kena tunggu dekat sejam, baru boleh naik bot. Saya tak faham apa masalahnya. Diorang pun takde komunikasi berkesan. Kami dibiarkan di jeti, bot datang dan pergi, tapi kami tak dijemput naik ke bot pun. Terasa naik angin juga lah, tunggu lama2 di jeti tu. Dari jeti ke pulau sekejap je, tak sampai sejam.

Jeti Kuala Besut

P/s: Sambil menunggu bot datang di jeti, saya ada la juga dapat tangkap beberapa ekor Pokemon. Ya, saya main Pokemon Go. Saya berharap on the way ke pulau dan di atas pulau boleh la dapat pokemon water-type yang rare2 sikit. Gyarados ke. Tapi takde langsung. Hahaha. Please take note, Pokemon Go fans :p

Perhentian Besar & Perhentian Kecil


Peta. Perhentian Besar & Perhentian Kecil.


Rasanya korang dah tahu kan Perhentian ni ada 2 pulau. Perhentian Besar dan Kecil. Actually Perhentian Kecil lebih terkenal di kalangan pelancong, especially Long Beach. Saya tinggal di Perhentian Besar, tapi dive center di Perhentian Kecil. So hari-hari ada lawat ke dua-dua pulau.

Menurut pemerhatian saya, berikut adalah pros & cons kedua-dua pulau tu:


Perhentian Besar


Pros: Lebih sesuai untuk keluarga, especially yang ada anak kecil. Ada jeti, senang untuk turun bot ke tempat penginapan masing-masing, tak payah basah2 kaki. Suasana lebih senyap. Pantai Flora Bay sangat cantik.

Cons: Kalau tinggal di pantai belah barat pulau (macam di Mama's Chalet), tak berapa cantik, sebab ada banyak coral yang dah pecah, so banyak tajam2 dan tak sesuai untuk mandi. Setakat yang saya jumpa, makanan lebih mahal di Perhentian Besar. Mungkin ada tempat yang murah, tapi saya belum jumpa lagi la.


Pantai di depan Mama's Chalet, Perhentian Besar.
Ada banyak batu2/coral pecah. Kena jalan pakai selipar ok.


Perhentian Kecil (Long Beach)


Pros: Long Beach sangat happening. Ada water sports. Ada banyak pakej untuk snorkeling, dan ada dive centers. Pantai berpasir sesuai untuk mandi. Gerai makanan kat sana murah, harga macam dekat mainland je. Nasi goreng RM5 pun dah dapat. So, kalau duduk di chalet dekat area sana lebih jimat kot, dari segi makanan. Korang pun tak payah nak bayar duit transport (bot) untuk ke Long Beach.

Cons: Bising dan sesak. Tak tahu lah saya pergi masa peak season ke apa, tapi orang sangat ramai. Serabut tengok. Hahaha. Maybe sebab saya dah biasa dengan pantai di Sabah yang tenang dan tak ramai orang kot. Dan buat masa ni kat sana ada construction. Kira agak mencemarkan pemandangan juga lah. Sana tak ada jeti, so, bersedialah untuk basah selepas turun bot.


Mama's Chalet


The view from the patio in from of the chalet I stayed

Chalet yang kami tinggal tu sangat basic. Garden view (tapi boleh nampak laut la sikit2. Hehe). Ada attached bathroom. Ada katil double bed. Takde hot shower. Takde kettle untuk masak air. Tapi kalau perlukan air panas boleh minta di restoran. Kalau sikit (setakat nak bancuh air dan masak megi, free je. Kalau banyak diorang caj RM 1). Harga murah, dah dipenuhi pelancong omputeh. Haha.

Kat sana ada restoran dia sendiri, Mama's Restaurant. Makanan not bad, sedap juga. Tapi saya prefer makanan Malaysia la. Nasi goreng yang saya order semua sedap. Saya terkenang nasi goreng belacan dia. Hehe. Smoothie dia pun best. Malam terakhir di sana saya ada order seafood spaghetti, tapi tak sedap la. Macam banyak sangat bawang, pastu bawang tu tak masak. Huhu. Jadi saya tak recommend spaghetti diorang.



All in all, Perhentian ni kira best juga lah. Especially untuk backpackers. Saya sedih sikit sebab duduk sana sekejap sangat, 3D2N je, pastu masa kami dipenuhi dengan diving. Tak sempat nak buat aktiviti lain.

Yang penting saya nak highlight kat sini, kalau nak driving, pastikan korang isi minyak penuh2 kat Pahang ye! Kakak saya cerita ada kawan dia sampai kena tolak kereta kat Kuala Terengganu, minyak dah habis langsung!


InsyaAllah in next entry saya akan ceritakan pengalaman diving.

Bye! Selamat hari raya Aidiladha. :)


No comments:

Post a Comment