Sunday 12 June 2016

Kenangan Eropah: My top 10 Part 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

OK sementara tengah rindu Eropah, tangguh kan dulu Maldives dan kita sambung lagi cerita pasal ranking top 10 :p

Venice




No 5: Ireland





  • Ibu Negara: Dublin
  • Matawang: Euro
  • Bahasa: Bahasa Ireland (Irish)
  • Saya pergi sana tahun 2011


  • Dublin

    Ireland, negara pulau penuh kehijauan. Negara ni banyak hujan, tapi hujan renyai2 camtu je la, takde taufan & hujan bah macam kat negara tropika ni. Haiwan buas pun takde. Paling-paling ganas pun musang je la. Hahaha.

    So, memang syok kalau korang nak camping. Saya tak camping pun, just berangan je la. Saya cuma sempat melawat Dublin, Howth, Powerscourt Garden, dan Wicklow. Howth tu cantik, ada cliff tinggi tepi laut. View dia memang awesome. Pastikan korang pergi time sunny! Maybe tak secantik Cliff of Moher la, tapi tu jauh sangat, tak sempat nak pergi. Wuuu.

    Howth on a sunny day <3


    Powerscourt Garden tu rumah golongan aristokrat kaya. Ada banyak jenis garden, dengan statue cantik2. Sure best giler kalau boleh buat wedding photoshoot kat situ. Hehe.

    Powerscourt Garden


    Wicklow tu kira macam area kampung2 la. Ada banyak gunung, pernah dijadikan lokasi pengambaran movies Braveheart dan P.S. I Love You (cerita yang sangat mengundang air mata). Ada sungai, tasik, ada kampung style dulu2 (dipanggil hamlet), dan padang rumput hijau merata-rata.




    No 4: Perancis



    • Ibu Negara: Paris
    • Matawang: Euro
    • Bahasa: Bahasa Perancis
    • Saya pergi sana tahun 2008


    Hmmm. Sapa lah tak kenal Perancis kan. Negara yang cantik, menjadi tumpuan pencinta senilukis dan fesyen. Tapi malangnya dulu saya pergi sana sekejap je, dan cuma sempat melawat Paris. Jadi saya tak dapat nak betul-betul 'mengenali' negara ni. Mungkin kalau saya spend lebih banyak masa kat sana saya akan lebih suka negara ni kot.

    Memori terindah di Paris, bagi saya ialah Disneyland! Kui kui. Bukan Eiffel Tower, bukan Arc de Triomphe, bukan Notre-Dame Cathedral dan bukan juga Louvre Museum. Hehe. Jangan kecam saya :p

    Disneyland Paris adalah Disneyland ke-2 yang dibuka di luar US, selepas Disneyland Tokyo. Dan merupakan Disneyland pertama yang saya lawati. So of course lah sentiasa di dalam memori indah ku. Kalau nak syok betul-betul maybe kena pergi sana 2 hari kot, baru dapat tengok semua attractions. Tapi, saya pergi sana sehari je, dari awal pagi baru bukak sampai lah lewat petang dah nak tutup.

    Beauty and the Beast Castle, Disneyland Paris


    Disebabkan masa yang terhad, korang kena plan bagus-bagus korang punya destination. Haha. Kalau dekat map tu, diorang akan letak suggestion ride yang famous. Contoh yang saya minat:

    • Space Mountain, Indiana Jones, Big Thunder Mountain - untuk peminat roller coaster
    • Twilight Zone Tower of Terror - best gile. Thrill ride. Macam Solero Shot, tapi jauh lebih best
    • Buzz Lightyear - main tembak2. Hehe
    • Phantom Manor - cam rumah hantu. Tapi OK walaupun untuk orang yang tak suka horror (tapi penerangan dalam Bahasa Perancis. kah kah)
    • It's a Small World - just because it's Disneyland. Hahahaha


    Dan, sila dapatkan Fastpass atau korang akan membazir banyak masa untuk beratur.

    Kenangan no. 2 baru lah Eiffel Tower. Sebenarnya, saya pun tak tahu lah apa yang best sangat nya Eiffel Tower ni. Nak kata cantik pun takde la sangat. Besi je kot. Tapi disebabkan saya dah tengok movies yang ada feature Eiffel Tower sejak kecik, of course lah teringin nak jejak kaki kat sana kan. Hahaha, Korang boleh naik sampai 3 platform. Nak naik pakai lif, dan lain platform lain harganya. Saya naik sampai platform pertama yang paling murah je.

    Lepas tu, saya turun pakai tangga. For me that's a special experience. Tapi ada kawan saya yang rasa tu perbuatan yang memenatkan dan membuang masa. Hehe. Terpulang lah pada minat masing-masing.


    The Eiffel Tower

    Benda yang lain-lain tu: Arc de Triomphe, Champs Elysees, Notre Dame Cathedral, Louvre Museum, saya tengok dari jauh je. Tu pun traffic jam kot. Arc de Triomphe tu kat roundabout besar, punya banyak pelancong. Louvre Museum tu yang ada Mona Lisa. Saya tengok dari luar je. LOL. Punya sesak tu. Tak larat nak masuk. Sorry la. Nak menghayati Mona Lisa pun tak dapat =_=


    No 3: Switzerland




    • Ibu Negara: Bern
    • Matawang: Swiss Franc
    • Bahasa: Bahasa Jerman, Perancis, Itali
    • Saya pergi sana tahun 2008

    Erm, bagi saya kalau dah pergi Eropah wajib lah melawat Banjaran Alps. Tak kira lah dari Switzerland, Austria, Liechtenstein, Slovenia atau negara lain. Pemandangan snowcapped mountains tu rugi la kalau tak nampak!

    Swiss Alps

    Saya dulu pergi ke Switzerland, dan melawat kawasan yang dipanggil Lauterbrunnen dan Interlaken. Dari sana saya naik keretapi ke Jungfraujoch, stesen keretapi tertinggi di Eropah. Masa saya mula-mula nampak gunung2 bersalji tu rasa jakun giler! Mata berair tengok betapa cantiknya pemandangan gunung2 tu. Subhanallah. Honestly, saya rasa rugi betul tak duduk lama-lama kat sana. Tapi apa boleh buat, pergi dengan tour group, so kena stick to itinerary.

    Lauterbrunnen adalah sebuah lembah yang terletak di antara dua gunung tinggi. Kat sana sebenarnya ada banyak air terjun cantik. Saya tak sempat explore, sebab saya pilih untuk naik ke Jungfraujoch (naik keretapi, harga 96 Euro). Kalau sekarang memang saya tak buat la. Hahaha.

    Jalan-jalan kat Lauterbrunnen

    Jungfraujoch pun sebenarnya menarik. Tapi masa saya pergi tu tengah ada blizzard. Hampeh. Tak dapat nak keluar dari stesen. Kitorang keluar sekejap je terus muka dihentam ais dan salji. It was a new experience la, tapi lagi best kalau dapat tengok pemandangan (Aletschgletcher glacier, Staubach Falls, dan pemandangan Banjaran Alps in general) Wuaaaa.



    Kalau nak ski pun boleh. Harga saya tak ingat berapa, tapi tak semahal untuk naik keretapi ke Jungfraujoch la. Interlaken pulak ada tasik besar. Boleh ambil gambar tasik dengan reflection Banjaran Alps. Memang best.

    Tapi, Switzerland ni memang mahal! Wuuu. Kami duduk kat dormitory je. Itu pun yang bercampur lelaki dan perempuan. Terpaksa la tidur pakai tudung. Kih kih.


    No 2: Sepanyol


    • Ibu Negara: Madrid
    • Matawang: Euro
    • Bahasa: Bahasa Sepanyol
    • Saya pergi sana tahun 2008

    Negara Eropah dengan sejarah yang unik. Bagi saya Sepanyol memang wajib dilawati kalau berpeluang ke Eropah. Kalau nak tahu pasal sejarah tu, sebelum ni saya dah pernah cerita sedikit sebanyak dalam entry Alhambra.

    Masa saya ke Sepanyol, saya sempat melawat beberapa bandar: Barcelona, Granada, Cordoba, dan Malaga. Saya pergi masa musim sejuk, dan diberitahu yang Sepanyol ni "tak sejuk". Kepala hotak la. Hahaha. Sepanyol ni besar. Area Granada tu atas bukit, sejuk jugak siap bersalji kot. Malaga tu kat selatan, memang panas la. Saya pakai jaket sleeveless nipis pun berpeluh! (sebab jalan banyak) So, kalau korang pergi sana, kena sediakan jenis baju dengan pelbagai tahap ketebalan.

    Parc Guell, Barcelona

    Barcelona ni, kira macam bandar moden la. Bagi saya takde apa sangat pun, unless kalau korang ni perminat bola dan peminat architecture. Kebanyakan tourist attraction kat sana revolve around bangunan yang direka oleh arkitek bernama Antoni Gaudi. Contohnya macam Gereja La Sagrada Familia, Parc Guell, Casa Mila dan La Casa Batllo. Bangunan yang Gaudi reka ni memang unik dan artistik. Banyak alunan. Susah kot nak bina, La Sagrada Familia tu sampai sekarang pun belum siap.

    Granada, Cordoba dan Malaga terletak di Andalusia. Banyak sejarah Islam. Contohnya La Mezquita (gereja yang dahulu nya merupakan masjid), Alhambra, Alcazaba dan Medina Azahara. Tempat ni menarik la, totally different dari Barcelona di utara nun. Iklim pun berbeza.

    La Mezquita, Cordoba

    Malaga pun terletak di Andalusia, tapi disebabkan bandar ni terletak di Costa del Sol (kawasan pantai), attraction utama ialah laut. Tempat ni beriklim Mediterranean. P/s: Malaga ialah tempat lahir Pablo Picasso. Tapi tempat cantik ni jauh berbeza dengan lukisan beliau yang 'unik' itu. Hehe.



    No 1: Itali


    • Ibu Negara: Rome
    • Matawang: Euro
    • Bahasa: Bahasa Itali
    • Saya pergi sana tahun 2011

    Duomo di Milano

    Well, bagi seorang pencinta sejarah, Itali ni memang lah di hati ku. Hahaha. Dengan sejarah Roman Empire di mana-mana, saya rasa macam sangat kagum dapat berjalan di bangunan yang telah wujud selama beribu-ribu tahun. Itali juga merupakan tempat lahir gerakan Renaissance dan korang akan dapat tengok hasil seni yang 'enlightened' ni merata-rata. (kebanyakannya berupa patung yang bogel atau separa bogel. Haha =_=)

    Sebenarnya waktu pergi sana saya dikira dapat cover 2 negara terus; Itali dan Vatican City. Tahukah anda, Vatican City diiktiraf sebagai sebuah negara tersendiri? Tapi tempat tu kecik je pun. Saya pergi sana tengok St Peter's Basilica, ambik gambar sikit, terus balik. Actually kawasan dia luas juga lah, tapi pelancong tak boleh masuk.

    The inside of Colosseum


    Di Itali saya cover beberapa bandar: Rome, Venice, Milan, Pisa dan Florence. Di Rome the highlight was the Old Rome. Ada Colisseum, Pantheon, Palatine Hill, Flavian Palace dan banyak lagi. Kalau betul-betul nak tengok semua kena duduk lama sikit la, especially kalau nak pergi muzium2 dia tu. Tapi saya tak sempat cover. Wuuu.

    Venice, obviously, korang akan ingat dia punya canals. Disebabkan nak jimat duit, saya decide untuk cari hotel di main island instead of di Venice itself. A big mistake! Kami sesat, naik bas turun kat kawasan perumahan. Nasib baik ada orang baik kasi pinjam dia punya phone untuk call teksi. Kat Venice tu, obviously lah kena naik gondola kan. Haha. Terpengaruh dengan TV. Kalau jalan kaki pun syok, jalan dia sempit2, memang terasa macam dalam movie setting zaman dulu2.

    Milan, saya duduk sekejap je. Sebab datang dari UK turun kat airport Milan. Singgah sekejap ke Duomo de Milano, Gothic Cathedral yang sangat cantik. Pisa, ada menara condong tu la. Tapi apart from that, saya tak berapa ingat apa yang ada kat sana. Hehe.



    Florence ialah tempat lahir Renaissance di Itali, disebabkan pengaruh keluarga Medici dan Florentine. Saya suka bandar ni. Penuh dengan bangunan cantik, lukisan cantik, dan bentuk muka bumi yang cantik. Punya la banyak gambar saya upload, tapi gambar ni yang paling banyak orang like kat Facebook saya:



    Mona Lisa II. Hehe. Jangan marah ye En. Leonardo da Vinci.



    OK itu saja lah ranking top 10 Eropah dari saya. Saya nak nasihatkan sikit supaya berhati-hati semasa melancong ke sana. Pickpocket sangat banyak. Saya pernah hampir2 kena dalam bas di Rome. Saya rasa macam beg saya bergerak, saya pandang bawah tengok2 ada tangan orang tengah selup beg saya. Saya pandang dan jeling dia, terus dia lari ke bahagian depan bas. Taik kucing betul. Saya malas la nak jerit2 atau buat bising kan.

    Kawan saya pernah kena di Barcelona, ada yang pernah kena di Paris. Tempat yang ramai orang, dengan pelancong yang tengah sibuk ambik gambar, memang feveret untuk diorang ni beroperasi. Yang mencuri tu saya rasa bukan locals. Katanya orang gypsy dari Eastern Europe (eg: Romania) tapi tak tahu lah betul ke tak. Apa-apa pun, berhati2 lah ya. Jangan jadi mangsa semasa melancong. Rosak trip korang nanti.

    Semoga bermanfaat. Till next time. Bye!



    No comments:

    Post a Comment