Tuesday 24 May 2016

Whale Shark Inn - My review

Assalamualaikum & salam sejahtera!

OK tetiba pulak update weekdays. Sekarang tengah ada kursus kat Melaka, so ada masa free sikit. Kalau kat klinik tu takde nye la larat nak update blog petang2. Balik rumah terus pancit! Huhu.

Sambung cerita Maldives dengan review pulak. Whale Shark Inn.

Comel. Awww~

First of all, saya nak highlight tempat ni bukan lah hotel bertaraf 5 bintang. Ini adalah guest house yang bertaraf maybe dalam.. 2 atau 3 bintang? Tapi yang bestnya, orang yang menjaga tempat ni adalah bekas pekerja hotel 5 bintang, so dia memang jaga tetamu dia dengan hospitality yang bertaraf 5 bintang.

Saya tak sure siapa sebenarnya owner tempat ni, tapi mostly korang akan dilayan oleh Ahmed Nafiz. Dia ni pernah bekerja di beberapa hotel 5-star kat Maldives, termasuklah Conrad Rangeli, LUX, Niama, etc etc. Dulu dia pernah belajar di Birmingham, UK so English dia sangat bagus. InsyaAllah takde problem untuk communicate. Wife dia orang Maamigili, so dah beberapa tahun dia menetap kat sana.
  

Lokasi


Google Earth view. Maamigili.

Whale Shark Inn terletak di Pulau Maamigili, South Ari Atoll. Tempat ni memang terkenal dengan Whale Sharks. Dive safari dari seluruh Maldives datang sini untuk cari whale sharks. So memang padanlah diorang namakan guest house diorang Whale Shark Inn.

Pulau Maamigili ada 3 guest house, kalau tak silap. Tapi saya rasa yang paling senang nak jumpa online ialah Whale Shark Inn. Maybe sebab nama dia senang nak turn up dalam Google search. Hehe.

Guesthouse ni  renovated dari rumah, so, lokasi dia memang di kalangan rumah orang tempatan. Agak jauh dari pantai. Tapi ‘jauh’ tu maksudnya dalam 200 meter la. Haha. Banyak resort mahal kan ada bilik betul-betul depan pantai, atau atas laut itself, so 200 meter ni kira jauh la untuk Maldives’ standard.

Jarak dari harbour pun dalam 200 meter jugak. Tapi kalau untuk arrival and departure, Nafiz ambik & hantar kami pakai kereta. Kalau kena jalan kaki susah sikit sebab kami pakai beg beroda, tak boleh roll atas pasir.

Nak pergi ‘city center’ Maamigili, dalam 100 meter je kot. Ada kedai runcit, restoran, kedai jual baju, bank Maldives, sekolah, klinik. Kalau nak jimat tak nak makan kat restoran, nak beli Maggi pun boleh. Hahaha.


Accomodation


Bilik kat guest house tu ada 4 je. Semua pun double room (muat 2 orang je). Bilik paling besar kat belah kiri dari pintu masuk. Saya dapat bilik paling kecik sebab saya last sampai. Wuuu.


Bilik dia simple je, ada attached bathroom. Ada shower dengan air panas. Tandas jenis duduk. Ada sediakan teh, kopi, snek (Chipsmore dan Mr Potato). Tapi snek kena bayar eh. Kami ada makan snek dia, tapi bila nak bayar Nafiz kata tak payah pulak. Hehe. Maybe sebab masa tu kami rushing so dia malas nak berkira kot ^^;; (Tenkiu Nafiz!)

Kettle + food + fridge + safe deposit


Kat sana ada wifi free, tapi agak slow la. Nak bukak Whatsapp, bukak FB sikit2 boleh la. Youtube jangan. Nanti korang akan habiskan kuota internet. Haha. 

Towel ada banyak, so takyah bawak. Beria je saya bawak. Putih tu untuk kegunaan bilik. Biru belang putih tu untuk kegunaan pantai. Kalau pergi excursion diorang kasi lagi towel lain.

Pakej


Whale Shark Inn ni baru je bukak awal tahun 2016. Saya pergi bulan April, masa tu baru dalam 3 bulan je diorang bukak. Nafiz bagitahu saya lah orang Malaysia pertama yang tinggal kat sana. Hehe. Quite predictable, considering orang Malaysia ni suka pergi Maafushi je, tak mau jalan jauh-jauh.

 Masa mula-mula bukak, diorang ada pakej 4 malam harga USD 250 je. Saya dapat pakej harga USD 280 untuk 4 malam. Harga ni dah termasuk accommodation, breakfast, dinner, trip tengok whale shark, snorkelling trip, sunset fishing, dan dolphin searching trip. USD 280 ni adalah harga untuk 2 orang. So bayangkanlah betapa murahnya pakej ni. :D

Saya rasa harga murah ni tak kan kekal lama. Baru-baru ni saya nampak iklan kat TripAdvisor dengan harga USD 300 untuk 4 malam, tapi rasanya itupun tak termasuk dinner. So, saya cadangkan kalau korang nak tengok Whale Sharks kat Maldives, cepat-cepat lah book guest house ni! Boleh rujuk harga latest kat website diorang atau FB page Whale Shark Inn.

Kalau tak nak ambik pakej, korang boleh jugak book guest house ni pakai booking.com ataupun airbnb. Harga, saya tak sure kena survey harga semasa. Tapi kalau nak duduk lama, saya cadangkan korang book 1 – 2 hari je pakai website, pastu book directly dengan guesthouse. Saya rasa boleh dapat harga lagi murah.


Makanan


Pakej yang saya ambil tu dah termasuk breakfast dengan dinner. So keluar budget untuk lunch je. Makanan disediakan oleh Vivaz Restaurant. Korang boleh pilih untuk makan dekat sana atau makan kat guest house.

Nafiz cakap dia pilih Vivaz Restaurant sebab sana dapur dia paling bersih. Mostly saya pun makan kat situ je. Tapi ada sekali saya makan di Greenpark Cafe. Tapi hati2, sebab kat Greenpark Cafe menu dia takde harga. So, tanya la harga sebelum order =_=

Untuk breakfast, setiap hari adalah sama. Hehe. So jangan boring ye. Ada 2 je pilihan. Continental breakfast dengan Maldivian breakfast.

Continental breakfast ada telur (mata kerbau atau rebus). Makan dengan roti bakar 4 keping. Ada strawberry jam. Air jus/coffee.

Maldivian breakfast macam ni:

Maldivian breakfast
Ada ikan tuna hancur dengan kelapa, capati. (Saya tak sure tu capati ke apa, tapi rasa macam capati la).

Untuk dinner, ada certain makanan je yang korang boleh pilih. Nafiz akan tunjukkan menu untuk korang pilih. Basically, korang boleh pilih nasi dengan satu lauk, atau nasi goreng. Saya biasa ambil nasi goreng je. Husband saya suka diorang punya kari ikan, warna kuning2, sedap juga lah. Selain tu ada buah2 jugak. Kadang-kadang ada kek. Haha.


Dinner at Whale Shark Inn



Aktiviti


Ada banyak aktiviti yang diorang tawarkan. Tapi yang saya ambik empat excursion yang free tu, campur jugak dengan trip pergi lepak kat resort. Price list:

  • Swim with whale sharks: USD 65
  • Sunset fishing: USD 35
  • Lucky dolphins: USD 25
  • Turtle snorkelling: USD 28
  • Sandbank trip: USD 40
  • Picnic island: USD 45
  • Manta searching: USD 55


Boleh rujuk updated price kat website ni.

Kaki pancing dari China. Ni bot diorang untuk bawak guest pergi aktiviti.

Untuk tengok resort, korang boleh pilih nak pergi resort mana. Saya pergi resort paling murah, Holiday Inn Resort, bayar USD 30 je, termasuk harga bot nak pergi pulau tu . Kalau resort lain, ada yang kena bayar USD 90, ada yang USD 60. Tapi yang mahal ni termasuk jugak dengan lunch buffet dan beverages (termasuklah alkohol). Cuma, tambang bot belum masuk lagi. ^^;; Saya rasa tak berbaloi bayar RM360 per person just untuk tengok resort. So, no thanks lah.

Actually kalau nak tengok Manta tak payah ambik trip mahal tu pun takpe. Kadang-kadang Manta akan datang Maamigili harbour malam-malam. Ada satu lampu kat hujung harbour, plankton datang situ malam2, so Manta pun datang. Saya tak jumpa pun, tapi kawan saya nampak. Siap lompat-lompat lagi Manta tu. Saya nampak shark je kat situ. Kalau nak tahu kat mana boleh tanya Nafiz :)


Orait itu je dulu buat masa ni. InsyaAllah sambung lagi nanti. Till next time!



No comments:

Post a Comment