Monday 2 May 2016

Tips & nasihat untuk melancong ke Maldives

Assalamualaikum & salam sejahtera~

Alhamdulillah baru-baru ni impian untuk ke Maldives dah tercapai. Ramai yang ke sana untuk berehat melihat air laut jernih membiru dan pantai pasir putih, atau pun duduk di water bungalow di resort mewah.

Maldives. Crystal clear water, sandy white beaches.
Source: TripAdvisor
Tapi target saya satu saja.

Whale sharks!



Whale shark!

InsyaAllah saya akan buat satu entry khas untuk haiwan special ini, tapi untuk entry kali ni saya nak fokus pada rumusan tips2 yang saya dapat sepanjang pengalaman 8 hari 7 malam di sana.


Travel sendiri atau pakej?


Erm, rata-rata saya tengok pakej ‘budget’ ke Maldives ni harga dalam RM 2,500 – 3,000 untuk pakej all-in (flight + ground transfer + trip) dalam 3 – 4 malam. Ini harga untuk accommodation middle-range standard macam guest house, inn dan hotel 3 bintang ke bawah. Kalau duduk resort korang jumpa harga macam ni sila terus cekau. Hehe.

Tapi, dengan travel sendiri, saya & husband boleh dapat bermalam sana 7 malam dengan harga kurang RM2,500 per pax (dah termasuk flight AirAsia with 20kg luggage check in + meals + pilih seat, feri, makan 3x sehari, excursions, dan termasuklah pergi pulau di resort).

Cuma, kena rajin research la. Hahaha. Kalau malas ambik je la pakej tu. :p


Bila nak pergi?


Generally, musim hujan start bulan Mei – Julai. Ogos weather dah start OK. Tapi nak bagus better tunggu after November la. Actually kami diberitahu oleh local Maldivian bahawasanya cuaca kat sana dah start tak menentu. Kadang-kadang April dah start hujan. Julai tetiba cerah berminggu-minggu. Global warming sangat-sangatlah mempengaruhi kepulauan Maldives...

Awan gelap datang dan pergi dalam masa 15 minit je. Pastu cerah balik :)

Tapi kalau hujan pun, takde la sepanjang hari hujan, insyaAllah. Kami dulu pun 1st day sampai cuaca tak berapa bagus. Hujan sekejap2 dan langit mendung. The next day tu dah OK dah. Tapi rupa2nya langit mendung pun syok jugak. Sebab tak panas. Maldives sangatlah panas OK!

Currency exchange


Saya rasa ramai dah tahu kan. Maldives pakai Rufiyaa. Tapi US Dollar is widely acceptable. Generally, diorang akan exchange 1 USD = 15 Rufiyaa. Tapi ada sesetengah tempat yang akan ikut exchange rate yang betul-betul. 1 USD = 15.4 Rufiyaa. Untung la sikit. Hahaha.


Introducing: duit Rufiyaa
Korang takkan dapat tukar duit Rufiyaa kat Malaysia. Saya tak jumpa lagi tempat yang nak tukar Ringgit ke Rufiyaa. So, better beli duit USD. Lagipun sekarang rate MYR : USD kan dah improve sikit. Kih kih. Saya dapat dalam 3.92 MYR = 1 USD (middle April). OK la, dulu bulan Februari 4.2 MYR = 1 USD.

Masa saya pergi tu, 1 Ringgit Malaysia = lebih kurang 3.1 Rufiyaa. Saya nampak rate ni dekat Bank of Maldives punya currency exchange service di Male’ Airport. Punya la excited nak tukar pakai duit RM. Rupa-rupanya diorang tak terima. Hahaha. Diorang hanya accept beberapa major currency (eg: USD, British Pound, Swiss Franc, Singapore Dollar). Diorang highlight warna kuning currency yang diorang terima. So boleh lah korang tengok nanti ye.

Ada bloggers yang suggest tak payah tukar duit Rufiyaa. Tapi, kalau korang travel sendiri better tukar sikit. Sebab, kalau pakai USD dia akan round up semua harga benda.

Contoh: feri dari aiport ke Male’ harga 10 Rufiyaa/pax. Kalau USD diorang charge 1 USD/pax (which is 15 Rufiyaa/pax). So rugi la di situ.

Tapi kalau di resort, semua benda pun diorang charge ikut USD. Haha. So kalau korang ni antara orang kaya yang tinggal di resort semata-mata, takyah pedulikan lah duit Rufiyaa tu.

Kat Male’ Aiport ada beberapa kaunter untuk currency exchange. Saya dulu naik flight AirAsia sampai dekat kol 9pm, kaunter tu still bukak. Kalau korang takut duit Rufiyaa tak habis, sila simpan resit. Nanti boleh tukar ke USD balik.


Budget untuk makanan


Pada asalnya saya memang dah baca yang makanan kat Maldives ni mahal. Yang ni saya dapat info dari pelbagai blog mat saleh yang saya baca. So saya dah plan nak bawak megi banyak2. Serunding ke. Pastu beberapa hari sebelum bertolak saya terbaca pulak satu blog Malaysian ni kata makanan sana murah dan sedap2. Dan akhirnya saya decide untuk tak nak bawak makanan banyak-banyak...

Erm.

Saya honestly tak jumpa tang mana makanan yang murah tu. Generally, memang semua makanan kat Maldives mahal, sebab hampir semua makanan di import. Maldives terdiri daripada kepulauan atoll. Atoll terhasil dari batu karang. Pasir je, takde nutrient organik dan tanah subur yang diperlukan untuk tanam padi ke gandum ke, jagung ke, buah-buahan ke. Kelapa banyak la.


Typical Maldivian Breakfast. Tuna + coconut. Capati.

So, cost of living memang mahal. Makanan paling murah saya jumpa dalam 55 Rufiyaa untuk nasi + lauk ayam sikit. Generally, saya spend dalam 180 – 200 Rufiyaa untuk sekali makan lunch/dinner (harga untuk 2 orang).

Kalau terconvert ikut rate 1 MYR = 3.1 Rufiyaa rasa macam mahal giler. RM 30 – RM 40 /pax. Padahal makan kedai biasa je kot. Minum pun air mineral je. Makan pulak nasi goreng paling murah kat kedai tu.

Kalau nak selamat, korang bajet la dalam 80 – 90 Rufiyaa/meal/person. Supaya nanti duit cukup/berlebihan sikit. Duit extra boleh pakai beli souvenir :p

Tips saya untuk cari makanan murah sikit:


Jangan makan kat tempat banyak tourist. Ada kedai yang mark up harga untuk tourist. Hampeh. Yang lagi teruk, ada yang kat menu pun dia tak letak harga. Nampak sangat nak mark up price.  My advice: contohnya la kan, kalau di Hulhumale jangan makan kat restoran yang menghadap laut.

Peta Hulhumale. Kawasan bulat merah tu untuk korang cari kedai makan yang murah

Macam kami dulu tinggal di Ripple Beach Inn, menghadap laut. Kami jalan pergi Nirolhu Magu, ada kawasan apartment untuk orang tempatan. Tak jauh pun jalan, dalam 3 minit je. Kami dapat makan nasi 2 pinggan (big portion) + ayam masak merah + kari daging + ikan bakar + fresh orange juice + air mineral = 147 Rufiyaa saja! Yeyy.

Kedai makan di Nirolhu Magu. Tak tau nama kedai. Tapi depan dia camni la.

Makan local food, jangan pergi kedai western ke, Chinese food ke, Thai food ke, etc etc. I learnt that the hard way. Sobs. Saya tetiba craving nak makan Chinese food, masuk kedai Chinese food, pastu tengok2 menu dia, ada yang sepinggan lauk 300++ Rufiyaa. Mak hoii. Nak kata kedai mewah tak jugak. Air-cond pun diorang tak bukak sampai la kitorang masuk kedai (sebab nak jimat elektrik). Stuffy giler kot kedai tu. Nasi goreng berminyak. Tapi sup dia sedap, I like. Nama dia kalau tak silap True Beijing Restaurant kot.

Jangan cari restaurant, cari cafe. Kalau jumpa kedai take-away, lagi lah murah. Di Male’ ada satu kedai take away tak jauh dari Presidential Jetty. Fries portion dia besar gile, harga dalam 30 Rufiyaa. Boleh kongsi 2 orang, gerenti kenyang. Selain tu ada lasagna, spaghetti, sandwich, etc etc. Makanan barat style take away yang murah. I like! (Owner dia pun memang Caucasian).

Kedai Take It Away, Male' City

Pergi Pulau Mana?


Haaa ni soalan yang saaangat penting. Maldives ada beribu-ribu pulau, spread over beribu-ribu kilometer!

Maldives Map
Source: GraphicMaps.com


Please take note that lain pulau, lain specialty dia. Ada pulau sesuai untuk tengok whale shark (South Ari Atoll). Baa Atoll terkenal dengan manta rays. Ada pulau mana ntah (tak ingat nama, sori) dikenali sebagai fishing heaven. Kalau nak jumpa ramai pelancong, pergi lah Maafushi. Antara banyak-banyak pulau, Maafushi lah yang paling banyak guest house dan budget hotel. Terletak di Male’ Atoll jugak, jadi tak jauh lah dari ibu negara. So senang sikit la nak pergi.

Apa beza atoll dengan pulau? Erm korang boleh Google sendiri. Basically atoll ni satu kawasan yang ada banyak-banyak pulau. Pulau Male’, Pulau Hulhule Pulau Hulhumale, Pulau Maafushi, adalah antara pulau yang terletak di Male’ Atoll.

Kalau korang nak save budget, dan nak pergi Maldives just untuk tengok dolphins, turtles, dan just nak dapatkan perasaan jejak kaki di bumi Maldives, pergi Maafushi cukup la. Lebih dekat, naik feri 3 jam lebih je. Naik speed boat tak sampai sejam. Hotel pun banyak, so boleh pilih yang paling good value for money dan lebih tourist-friendly.

Kalau korang ada target-target tertentu (eg: whale sharks) memang korang kena jugak pergi South Ari Atoll. Kat sana korang boleh tengok whale sharks sepanjang tahun! Takde musim-musim macam kat tempat lain. (kecuali Oslob la, but that’s a different story). By the way, nak pergi ke South Ari Atoll kena naik feri 6 – 7 jam. Naik speedboat 2 jam, tapi mahal. Naik flight 30 minit je, tapi harga meletup (lagi mahal daripada flight Kuala Lumpur – Male’). Tapi demi whale sharks, saya tak kisah semua itu :p

Public Ferry. Male - Mahibadoo - Maamigili
Ada beberapa pulau yang korang boleh pergi untuk tengok whale sharks. Maamigili. Dhigurah. Saya pergi Maamigili. Naik feri macam kat atas ni. Sambil naik feri nampak dolphins. :D

Visa


Malaysians tak payah visa untuk ke Maldives. Kita boleh dapat visa free untuk duduk sana 30 hari. Tapi, better kalau korang ada bukti bertulis tarikh flight keluar dari Maldives dan jugak bukti penginapan kat sana. Oh ya, pastikan passport korang expired dalam masa lebih 3 bulan.

Ada Pegawai Imegresen yang cerewet sikit akan mintak korang tunjuk benda-benda ni semua. Yang OK tu setakat korang cakap dia dah percaya dah. Jadi, to be safe, better korang print out siap-siap tiket flight balik Malaysia dan jugak kupon/voucher penginapan korang (eg: kalau book pakai Agoda, Airbnb, Booking.com etc)


Others


1.       Electrical plug sama macam Malaysia. Maldives dulu dijajah British jugak, sama je pin plug. Tak payah bawak adaptor. Yayy!

2.       Teksi sepatutnya harga dalam 25 Rufiyaa – 30 Rufiyaa. Kalau ada beg biasanya 30 Rufiyaa. Tapi kalau lewat malam sikit, maybe dia akan caj 35 Rufiyaa (macam kitorang dulu...)

3.       Makanan insyaAllah halal je semua. Rakyat Maldives 100% muslim. Alkohol cuma didapati di resort mahal.

4.       Jangan pakai bikini kat public beach. Boleh mandi pakai baju t-shirt je. Malaysian style. Haha.

5.       Jangan lupa bawak sunblock!

6.       Ubat. Seasickness meds, paracetamol, activated charcoal, plaster, minyak angin cap kapak, etc etc.


OK lah tu je dulu. Panjang dah entry ni. Sambung lain kali. Semoga bermanfaat. Tata!

*******Edited

Sambungan entry Maldives

Part 1: Itinerari & kos

Part 2: Aktiviti

Part 3: Mencari Whale Sharks

Part 4: Male, Hulhumale & Holiday Inn

Accomodation Review: Whale Shark Inn


23 comments:

  1. Minta izin share dlm fb sy ye. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. "harga meletup"tergelak baca..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erm.. memang mahal pun. Harga one way ticket flight 30 minit tu dah dekat RM500...

      Delete
  3. Salam macam mans boleh dapat fery malam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dulu minta owner guest house tempat saya tinggal tu untuk tolong uruskan. Staff dia akan pickup dari airport dan hantar ke jeti tempat naik feri malam.

      Delete
  4. Asslamualaikum,, saya nak tanya, overall Maldives ni best tak? sebab saya masih lagi cari tempat untuk bercuti bulan 7 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Saya suka Maldives sbb saya mmg minat pulau & laut. Ikut minat masing2 kot... Tapi kalau tak silap bulan 7 monsoon season utk sesetengah tpt di Maldives. Better check weather dulu.

      Delete
  5. Sgt ok harga makanan tu.saya dh book flight tp belum book hotel.disebabkan pregnant n xlarat sgt nk naik feri smpi 3,4 jam saya terpaksa la cari hotel yg dekat dgn airport.xsgka hotel dia amazingly mahal.nak naik speedboat ke hotel tu dah 136usd sorang.xde transport lain.nak tanya kalau bawak rendang kering ke serunding ke boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. No their food price is not cheap, at least not for asian countries standard. Blog mat saleh pun kata mahal. Saya mmg takde bawak makanan apa2 dari Malaysia sbb expect makanan sana murah. So sy x de buat research pasal undang2 berkaitan bawa masuk makanan.

      Delete
  6. Tumpang tanya memang betul ke approximate 2000 boleh pergi dah dan macam mana nak book flight accomodation and ferry kat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a boleh dapat. Accomodation boleh book pakai mana2 website macam Agoda, booking.com . Kalau nak lagi murah boleh try AirAsia Go atau Expedia, so boleh book flight + accom, kadang2 ada extra discount. Flight dalam negara kat Maldives mahal, not recommended, sebab harga untuk non-locals berganda lagi mahal daripada local. Ferry kalau dari pulau airport ke capital city tak payah book, atau feri dari capital ke pulau dekat2 tak payah book. Terus ke jeti. Kalau nak pergi jauh2 boleh mintak tolong accommodation book kan.

      Delete
  7. Wah..terima kasih bagi tips & info.

    http://ThePartTime.site/?ref=165

    ReplyDelete
  8. ke Maldives ga selalu mahal yaa ternyata. jadi pingin deh open trip ke Maldives bareng temen-temen

    ReplyDelete
  9. Saya nk pergi bulan 3 nie...kalau kita nak amik package utk island hoping kat sana mcm mana ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depend pada pulau mana nak pergi. Boleh tanya pihak hotel. Pakej saya ambil dulu bukan island hopping, so tak sure pasal ni..

      Delete
  10. saya student uia, nak buat trip study ke maldive. boleh suggestkan mane mane travel agensi yg dipercayai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry dik. Tak sure pasa travel agent. Saya pergi sana sendiri, book direct dengan accomodation.

      Delete
  11. Nice entry, sangat informative especially part berkaitan dengan cuaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks. Tapi ni cuaca masa tahun 2016. Dengan era global warning yang menjadikan cuaca haywire ni... saya rasa bagus check dengan locals untuk maklumat musim hujan/panas terkini

      Delete
  12. Satu entry yang bermanfaat,terima kasih atas oerkongsian..cuma sedikit teguran,perkataan cib** tu kurang sesuai sikit rasanya..menyebut kemaluan wanita dalam blog ni membuatkan punilasan sis menjadi cacat sedikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow. Okay, terima kasih banyak2 atas teguran tu. Sebenarnya saya tak tahu pun maksud perkataan tu. Ingatkan benda lain. Malunya ^^;; Dah tukar. Thanks again :)

      Delete
  13. maldives best time to go The best time to visit Maldives is from December to April when the weather is the most pleasant. This is also the busiest and most expensive time to travel

    ReplyDelete