Friday, 8 April 2016

Kampong Ayer Brunei

Assalamualaikum & Salam sejahtera

OK kali ni nak cerita pasal Kampong Ayer. For me, the highlight of my Brunei trip was Kampong Ayer. Sebagai penduduk di Kota Kinabalu Sabah, bila sebut Kg Air, saya akan terpikir penempatan atas air yang kotor dengan sampah terapung-apung dan rumah setinggan yang ada ramai pendatang tanpa izin.

Tapi, trip ke Brunei kali ni telah mengubah pandangan saya. Ada orang panggil kampung kat sana sebagai ‘Venice of the East’. Granted, banyak sangat sebenarnya tempat kat Asia nak ambil title
‘Venice of the East’ ni. Tapi Kampong Ayer di Brunei ni definitely adalah ‘Venice of Borneo’. Hihi.

Kampong Ayer Brunei


Sejarah



Kih kih. Sebagai hantu sejarah haruslah kan saya start dengan topik ni. Apparently penempatan Kg Air kat Brunei dah bermula sejak kurun ke-15 atau lama lagi sebelum tu. Orang Sepanyol yang mula-mula datang ke Asia ada tulis dalam catatan diorang pasal penempatan atas air di Brunei ni. Diorang sangat impressed dengan Kg Ayer di Brunei. Ada catatan dari mana ntah, kononnya penempatan kat sana siap ada tembok besar lagi keliling bandar.


Tempat untuk belajar sejarah Kampong Ayer: Galeri Kebudayaan dan Pelancongan Kampong Ayer

Actually lokasi Kg Ayer zaman dulu not exactly sama macam sekarang lah. Sebab diorang pindah2 tempat mengikut kesesuaian. Memang logik lah jugak, mengenangkan kampung tu kat atas air. River current, cuaca, sedimentation, political influence, serangan orang luar, bende2 ni semua mesti affect lokasi kampung tu kan.

Dulu Kg Ayer ni memang sangat terkenal di kalangan saudagar2 yang berlayar untuk jual barang, dan Brunei memang satu kerajaan yang berkuasa kat area sana. Kalau korang ingat sejarah sekolah menengah dulu, sebahagian besar Borneo ni sebenarnya di bawah kesultanan Brunei. (Sebelum omputeh datang menjajah). Ada yang kata nama Borneo sebenarnya berasal dari perkataan ‘Brunei’.

Tapi, lepas peperangan saudara merebut takhta, kerajaan Brunei ni mula jatuh. Termasuklah jugak kegemilangan Kg Ayer ni. Especially masa hujung kurun ke-19. Slowly lepas tu, Kg Ayer mula naik balik dan jadilah tempat pelancongan macam sekarang.


How to get there?


OK kalau nak tengok Kg Ayer ni korang kena naik bot. Dari mainland Bandar Seri Begawan ke area Kg Ayer korang boleh naik bot dengan tambang 50 sen saja.

Korang boleh naik bot dari mana2 stop tepi sungai. Cari je tempat yang ada tangga untuk turun ke sungai. Kebanyakannya stop di kawasan Yayasan Shopping Mall.

Stesen Yayasan - landmark femes. Cari je kubah emas tu

Tapi, kalau korang nak ambik tour pusing Kampong Ayer, harga mahal sikit lah. Saya ambil tour dari sorang pakcik bernama Ariffin di kawasan waterfront promenade. Kami dapat tour untuk tengok Kg Ayer dan proboscis monkey dengan harga 40 Brunei Dollar untuk 3 orang. Dalam 2 jam jugalah diorang bawa kami round.


Saya rasa harga tu macam murah. Saya nampak di internet ada yang kata dia kena bayar 30 BD untuk tour Kg Ayer untuk sejam je. Dan ada yang bagitahu saya harga tour Kg Ayer dan tengok proboscis monkey ialah 35 BD per person. Tapi itu harga untuk proper tour la kot, ada sediakan life jacket bagai. Kami pergi dengan pakcik Ariffin tu sempoi2 je. Hehe. Tapi ada juga yang bagitahu saya boleh dapat harga yang lebih murah... 15 BD? Tapi saya tak tahu itu per head atau harga untuk 3 orang.


Trip to the mangrove forest


Erm biasanya orang akan jalan-jalan Kampung Ayer dan jugak tengok hutan bakau untuk cari proboscis monkey. Memang best naik bot pergi sana. Pastikan korang pergi lewat petang sikit la, dalam pukul 4.30pm ++  kalau awal nanti panas sangat. Tapi jangan jugak lewat sangat, nanti gelap pulak.

Kami tak banyak jodoh dengan proboscis monkey tu. Diorang ni pemalu betul. Tapi nampak la jugak beberapa ekor.

Boleh la nampak sikit perut buncit dengan hidung mancung dia. Hehe


The highlight of the trip adalah pemandangan yang cantik! Sambil pergi downriver boleh tengok sunset. Lepas kami naik upriver ke Kg Ayer ada bulan purnama dan bangau-bangau berterbangan. Awesome lah!

Sunset + river view
The view as we return. Full moon! <3


The infamous Kampong Ayer


Kampong Ayer di Brunei ni penduduk dia memang ramai, ada ribu2. Sekolah rendah dan sekolah menengah pun ada. Ada jugak balai polis, balai bomba, semua pun atas air. Saya syok tengok balai bomba dia, ada 2 in 1, boleh terus turun air dan boleh keluar ikut darat jugak.

Jakun tengok Balai Bomba diorang. Hahaha


Typically, kalau di Sabah, rumah kat kampung air ni diperbuat dari kayu je. Nampak shabby dan tak kemas la... Tapi masa saya pergi round2 Kampong Ayer di Brunei (yang di area Bandar Seri Begawan) saya terkejut tengok ada rumah atas air dua tingkat! Dinding batu, ada pintu cantik2, luar rumah diorang letak pasu2 bunga. Yang paling tak tahan sampai dua tingkat tu! Stylo betul. Tetiba terasa macam Malaysia ni negara Third World Country sangat. LOLz.

Rumah Kampong Ayer moden!


Satu lagi saya syok tengok diorang punya gelanggang. Taktau la untuk futsal ke, badminton ke apa. Atas air pun, tempat riadah ada. Bagus betul. Masjid pun ada banyak. Rumah pun ada banyak jenis la, ada yang cantik megah macam rumah batu di atas. Ada yang rumah kayu biasa je. Apparently rumah batu tu Sultan Brunei bagi subsidi untuk bina wokeh!


Sekolah dan jeti bot (with standardised green sign)


Bila jalan-jalan di Kampong Ayer, korang perlu tahu nombor jeti yang korang nak pergi dan di kampung apa. Apparently ada banyak kampung dan setiap kampung tu ada banyak jeti. Kalau tak tahu sebut je la nama tempat korang nak pergi tu. Kalau pemandu bot tu tahu, insyaAllah no problem lah :)


Makan


Masa saya di sana, pemandu bot tu bawak kami makan di kedai makan di kampung air tu. Diorang cakap makan kat Kampong Ayer lebih murah, tapi sedap. Gerai biasa ja. Tapi betul2 atas air, so view dia cantik ok! Sudah lah harga makanan pun murah. Saya beli nasi ayam penyet baru  $2. Kalau convert pun baru RM 6+. Harga nasi ayam penyet yang saya selalu beli kat Tuaran pun dah RM 8.

Gerai atas air!

Selain tu, ada macam2 jenis sup. Kawan saya ada beli sup paru2. Dekat sana nama dia lain. Nama apa ntah saya pun dah lupa. Tengok sup tu berbuih2 semacam je. Tapi bila rasa sedap juga lah.. Paru2 tu diorang goreng dulu pastu buat sup. Kenyal2 gitu. Macam makan perut pun ada...

Homestay


Bagi saya, cara paling best untuk experience Kampong Ayer adalah dengan tinggal di homestay! Saya tinggal di Kunyit 7 Lodge. Boleh baca entry khas saya pasal tempat tu.

Experience the real Kampong Ayer from the homestay!

Selain homestay tempat saya duduk tu, ada jugak saya jumpa homestay lain. Yang jenis rumah batu atas air, di kawasan rumah stylo tu. Kalau tak silap harga $ 35 satu malam (untuk seorang). Tempat saya duduk tu kami bayar $30.

Ikut la korang nak mana. Homestay rumah stylo tu ada aircond. Rumah saya duduk tu takde aircond, tapi ada view bandar yang best dekat Pantaran (kira macam verandah la), boleh nampak Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin. Pastu lepak sana sambil dibuai angin sambil sembang2 dengan travellers dari negara lain memang syok!! Pekena nescafe pagi2 pun masyuk! (Waaaa rindunya suasana tu~~)


OK lah tu je dulu kali ni. Kesimpulannya, kalau korang pergi Brunei korang WAJIB jalan-jalan kat Kampong Ayer diorang!

K bai!


No comments:

Post a Comment