Saturday 5 March 2016

Mesir Part 2: Semenanjung Sinai, semenanjung sejarah.

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Kali ni nak sambung bahagian ke 2 cerita Mesir saya, dan sampai lah ke bahagian favourite saya: Semenanjung Sinai.

Tempat ni, sangat cantik. Tapi pernah melalui pelbagai sejarah berdarah. Setahu saya sekarang kebanyakan kerajaan mana-mana negara memang TAK GALAKKAN korang melancong ke sana. Jadi, janganlah pergi ke sana buat masa ni OK? (saya pergi dulu tahun 2009)

Semenanjung Sinai
Credit to: By Kaidor - Own work;Topographic map: ETOPO 1 (public domain) edited with Quantum GIS + GMT and vectorized with Inkscape;Other references used for additional data:Image:Afr logo.svg by Botev;Natural Earth (public domain);, CC BY-SA 3.0


Sejarah: Perang Arab-Israel 1948 & 1967


Ehem. Mari kita mulakan dengan history lesson! Hehe. Perang antara Israel dan negara Arab ni boleh dikatakan telah bermula dari hari pertama pembentukan Israel. Negara Israel telah di 'declare' secara rasminya pada 15 Mei 1948. Day of Nakba. Tapi sebenarnya sebelum tu memang dah ramai Jewish yang melarikan diri dari Eropah telah menetap di sana. Semasa Hitler melaksanakan Holocaust, especially, berpuluh-puluh ribu pelarian Jewish dari Eropah telah menuju ke Palestin (masa tu belum wujud lagi negara Israel).

Disebabkan gerakan Zionis (some of which are considered terrorist act and involved assassination of important figure) dan pergaduhan antara orang Jewish dan Arab yang tak sudah-sudah, United Nation (UN) a.k.a Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah propose satu 'Partition Plan' untuk memisahkan pihak Arab Palestin dan Jewish supaya diorang ni tak bergaduh. Harapannya begitu la konon.

Dengan Partition Plan ini, satu kawasan Palestin akan di isytiharkan sebagai State of Israel.
Tapi, negara-negara Arab obviously lah tak setuju dengan pembentukan Israel, especially rakyat Palestin sendiri. Tak kan lah diorang senang-senang nak bahagi kan negara diorang pada orang luar yang datang migrate ke negara diorang?

Analoginya begini:

Dahulunya, kawasan pantai timur Sabah di bawah pemerintahan Kerajaan Sulu. Imagine kalau Sabah kena dibahagi dua di antara rakyat Malaysia dan rakyat selatan Filipina sebab diorang dah ramai sangat menetap kat Sabah dan disebabkan keturunan Sultan Sulu ni mengatakan diorang ada 'hak' untuk memerintah Sabah. Saya rasa mesti ramai orang Sabah yang tak setuju kan?

Begitu lah analogi nya keadaan ketika itu.

Tapi negara-negara besar ketika itu (US, Soviet Union, Australia, New Zealand, Canada) telah vote 'yes' dan bersetuju dengan pembentukan Israel. Kebanyakan negara Arab dan beberapa negara lain (eg: India, Greece, Cuba, Turkey) tidak bersetuju dengan pembentukan Israel. United Kingdom telah memilih 'abstinence'. Negara Malaysia belum wujud lagi waktu tu, so takde vote la.

So, akhirnya Negara Israel terbentuk jua pada 15 Mei 1948. Maka bermula lah sejarah perang di antara dua negara tersebut. Kalau korang tengok peta kat atas, Semenanjung Sinai ni memang mempunyai sempadan yang besar dengan Israel. Selepas perang Arab-Israel pada tahun 1967 (a.k.a Six Day War) Semenanjung Sinai jatuh ke tangan Israel.

Selepas Perang Yom Kippur pada tahun 1973, dan perjanjian damai di antara Mesir-Israel pada tahun 1979, Israel telah bersetuju untuk mengundurkan diri dari Sinai. By the year 1982, Israel telah mengundurkan diri sepenuhnya dari Semenanjung Sinai (kecuali Taba). Diorang keluar dari Taba tahun 1989.

Jadi, semasa saya ke Semenanjung Sinai dulu, saya berpeluang untuk melawat kubu perang Israel yang telah jatuh ke tangan Mesir.


Kubu Israel, Yom Kippur War 1973

Menarik OK! Kat sana kita boleh dengar sejarah perang zaman dulu-dulu. Masa tu saya memang ada almost zero knowledge pasal perang Arab-Israel ni, so rasa macam terinsaf sikit lah. Saya memang bias dan tak suka Israel disebabkan saya orang Islam, dan lagilah rasa tak suka bila dengar kisah sejarah ni!

Yang kelakarnya askar-askar kat sana tu sangat sporting and lawak. Hahaha. Contohnya, tengok mamat ni:

Egyption Soldier

Nampak muka serius je kan. Padahal dia sengaja posing sebab dia sedar ada orang tengah ambil gambar dia! Poyo! LOL.

Di kubu tu, korang boleh tengok la all the trenches, benteng batu macam kat gambar atas tu. Pastu ada jugak diorang punya bilik untuk strategy meeting. Siap ada tulisan Hebrew dan bendera Israel lagi. Pastu ada la lagu patriotik diorang. Dari lagu tu, nampak la macam diorang ni sangat bangga dengan bangsa diorang dan memandang rendah dengan bangsa lain, especially Arab.

Dengan keadaan sekarang ni saya pun tak tahu lah apa jadi dengan askar-askar tu. Masa saya dengar yang Sisi dan askar Mesir telah menjatuhkan Presiden Mohammed Morsi (pada tahun 2013) saya rasa agak sedih. Huaaa. Saya suka Mohammed Morsi dan tak suka Sisi (yang pada saya nampak macam pro-Israel tu). Huh.

p/s: Sisi = Abdul Fatah al-Sisi, General tentera Mesir. Bunyi macam sissy kan? LOL.


Taba & Taba Heights


Sempadan Israel - Mesir


Sekarang Taba sudah di bawah pemerintahan Mesir. Taba ni memang dekaaaattt betul dengan Israel dah. Dahulunya di Taba Heights ni Israel telah bina banyak resort luxury untuk pelancong. Boleh buat macam-macam aktiviti, diving, sailing, water sports, etc etc.

Masa saya pergi dulu tu, takde lah sampai ke area Taba Heights pun. Ketat betul OK diorang punya kawalan! Dekat border crossing tu askar merata-rata, machine gun ready je kat tangan. Scary!


Taba Border
Kami tak dibenarkan ambil gambar di tempat border crossing tu. Korang tengok gambar signboard jalan je cukup lah ye. That's as near as we can get to Israel anyway. Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan Israel, so kita tak boleh pergi sana pakai passport kita...


Kubu Sultan Salahuddin Al-Ayyubi


Selepas jenguk ke border Mesir-Israel, kami pergi ke Kubu Sultan Salahuddin Al-Ayyubi, a.k.a. 'Saladin' di kalangan orang putih. Beliau lah yang telah menawan Jerusalem semasa Perang Salib tahun 1100-an.

Kubu Salahuddin Al-Ayyubi

Erm sori lah gambar tak cantik sangat. Ambil dari dalam van. Waktu saya nampak ni saya dah excited bukan main! Hahaha. Saya tak tahulah kubu sekarang ni original ke tak (mungkin bukan yang orignial kot, dah beratus-ratus tahun dah kan). Tapi memang nampak sangat cantik kan??

Dengan bangunan yang rupa sebegitu, air laut membiru, langit clear, on normal occasioan, kita mesti expect banyak pelancong kan??

Erm, tapi tempat tu agak deserted. Sepanjang di kawasan pantai dan naik bot, boleh dikatakan kami je la pelancong di sana. Awesome! Yang tak berapa nak awesome-nya, sepanjang kami di sana, kami balik-balik terdengar bunyi tembakan senjata api yang bergema-gema. Taba dikelilingi oleh gunung, so memang kuat bergema. Tak tau lah  bunyi meriam ke, senapang ke, apa ke, tapi bunyi memang jelas! Guide kami Ustaz Aisam cakap bunyi tu dari latihan askar di negara jiran. Tak sure Jordan atau pun Israel... Erm. OK.

Kubu Salahuddin Al-Ayyubi 2

Ni gambar di dalam kubu tu. Kosong je. Kitorang jalan-jalan, ada la jumpa sorang dua mat saleh. Pemandangan memang cantik, sebab terletak di pulau.

Pemandangan dari kubu

Picture of lion fish taken from the boat.

Tengok la betapa jernih nya air laut kat sana. Waktu tu saya tak kenal pun lion fish. Dalam FB saya caption gambar ni 'ikan belang-belang'. Kah kah! Area tu sebenarnya memang terkenal di kalangan pelancong, dan terkenal juga untuk aktiviti scuba diving! Tapi waktu tu saya takde lesen diving lagi. Huhu. Rugiiii!!!!

Dahab & Sharm el-Sheikh


Selepas ke kubu, kami pun pergi lah ke rumah penginapan kami. Waktu ni memang best! Hahaha. Boleh duduk lepak-lepak atas kerusi tepi pantai.

Chilling by the Red Sea!

Pastu keesokan harinya saya naik 'crystal boat' for the first time! 'Crystal boat' ni basically adalah bot yang bawah dia ada kaca, so boleh tengok batu karang dan ikan dalam laut. Waktu tu rasa macam jakun gile. Kah kah! Padahal naik bot jeee.

Excited dengan crystal boat. LOLz

Saya ada nampak sign untuk scuba diving. Tapi memang saya tak buat la. Tak terlintas pun dalam fikiran saya nak masuk air. Kih kih. Tapi, selepas jadi diver, baru lah saya tahu rupa-rupanya Sharm el-Sheikh ni adalah antara tempat paling terkenal untuk diving di Laut Merah! Huaaaa. Sedihnyaaaa tak pergi dulu. Padahal dah dekat dah.. :(

Selepas naik bot, kami teruskan perjalanan kami dalam menjejaki sejarah Sinai.

Sejarah Nabi Musa A.S.


Seperti yang kita belajar dari al-Quran, Nabi Musa telah menyelamatkan Bani Israel dari kekejaman Firaun dan membawa diorang ke 'Promised Land' di Jerusalem. Dalam perjalanan, diorang telah merentas Laut Merah dan Semenanjung Sinai sebelum sampai ke Jerusalem.

Oleh itu, memang baaanyaaakk lah tempat tinggalan sejarah yang disebut dalam al-Quran di Semenanjung Sinai. Terasa macam tengah buat our own version of Jejak Rasul! :D :D

Merentasi padang pasir dan gunung

Sambil dalam van, guide kami Ustaz Aisam dan Ustaz Din ada bercerita sikit-sikit pasal sejarah. Selain tinggalan Nabi Musa dan Bani Israel, kami juga ada singgah di tempat yang dikatakan adalah makam Nabi Salleh.

Di sana, kami berjumpa dengan seorang makcik yang peramah. Kami bercerita pasal sejarah dan betapa excitednya dapat datang Sinai tengok tinggalan Nabi di sana. Pastu makcik tu bagitahu di Syria pun ada banyak tinggalan Nabi. Dah disitu saya sudah tanam cita-cita untuk melawat tempat-tempat bersejarah di Syria.

Tapi apakan daya, datang lah pulak the so-called Arab Spring. Bermula dari perang saudara untuk menjatuhkan Assad, Syria akhirnya sudah jatuh ke kancah perang dan sekarang telah diporak perandakan oleh ISIS bengong. Habis tinggalan sejarah di Syria telah dimusnahkan, tak kira lah masjid ataupun tinggalan Greek & Rom, semuanya dihancurkan. There goes my dream... T__T

Ukiran lembu Samiri
Nampak tak anak lembu yang diukir di gunung tu? Tempat ni lah yang dikatakan berlakunya kisah lembu Samiri tu. Nabi Musa meninggalkan Bani Israel dan meminta Nabi Harun untuk tolong tengok2kan diorang sekejap.

Lepas Nabi Musa jalan, ada la sorang mamat bernama Samiri yang telah membuat patung lembu yang boleh berkata-kata dan mengajak Bani Israel untuk sembah patung tu. Nabi Harun pun nasihatkan lah Bani Israel supaya jangan membuat perbuatan khufarat itu, tapi diorang degil. Lepas Nabi Musa balik dia pun kenalah berdakwah balik kepada kaun Bani Israel yang sudah tersesat itu...

P/s: bukan ukiran lembu di atas tu ya yang terlibat semasa zaman Nabi Musa dulu. Ini cuma ukiran yang dibuat oleh orang lain.

Selain lembu ni, ada juga mata air Nabi Musa. Bani Israel kepenatan setelah berjalan jauh. So Nabi Musa guna tongkat dia untuk ketuk batu dan keluar lah sebanyak 12 mata air, untuk setiap kabilah supaya diorang ni tak berebut. Sekarang takde air dah keluar dari batu tu.

Ada banyak lagi la kisah-kisah. Kisah Nabi Musa doa kepada Allah supaya kurniakan 'Manna dan Salwa' kepada Bani Israel yang tengah kelaparan. Dan macam-macam lagi. Tapi saya tak ingat sangat dah... Sila baca balik buku sirah nabi ya...

Next, one of the highlights of our trip: naik Gunung Sinai!

Gunung Sinai & St Catherine's Monastery


Gunung Sinai berketinggian 2285 m. Kami mulakan hiking di Gunung Sinai tengah malam. Pukul 1 - 2 pagi. Mak oii mengantuknya mata masa tu. Sudah lah kami pergi masa musim sejuk. Memang sejuk habis lah time tu!

Kami jalan dengan guide bernama Valkon Saina. Sampai sekarang dia masih lagi friend dalam Facebook saya. Rajin juga dia meng'like' dan ucap birthday kadang-kadang.

Our awesome guide with nimble feet!

Saya... tak tahu lah apa nasib dia sekarang, dengan keadaan Mesir yang agak bergolak. Kami jarang bersembang. Tapi dia memang fit habis! Dia cerita kadang-kadang dia akan naik turun Gunung Sinai tu 2 -3 kali sehari untuk bawa pelancong. Mak oiii! Saya naik sekali pun dah nak tercabut lutut...

Gunung Sinai adalah tempat Nabi Musa telah mengasingkan diri dan mendapat wahyu dari Allah. Tempat di mana baginda telah request untuk 'bertemu' dengan Allah. Dikatakan gunung pun hancur dan tumbuhan lari masuk ke dalam batu kerana gerun.

Dalam 5 jam juga lah kami jalan baru sampai ke puncak. Disanalah saya pertama kali 'witness' fajar sadiq. Dalam Islam, waktu untuk solat Subuh masuk selepas munculnya 'fajar sadiq' di kaki langit, dan tamat selepas matahari mula muncul. Kalau kat bandar memang tak pernah dapat nampak, sebab banyak bangunan tinggi.

Fajar sadiq. Time for Subuh prayer!

Kami sembahyang Subuh di atas gunung dan mengambil wudhu menggunakan air yang teramat sejuk. Sampai sakit tangan terpegang air tu! Terus jadi takut air. Rasa macam nak tayammum je. LOL. Selepas solat, kami pun duduk tengok sunrise.

A view from the top of Sinai. High above the clouds!

Kami duduk di atas sana dalam beberapa jam jugalah. Lihat tempat sejarah, tengok pemandangan, dengar kisah nabi dari Ustaz Aisam dan Ustaz Din. Lepas tu baru lah kami turun gunung.

Saya dah naik beberapa gunung di negara & iklim yang berbeza. Snowdon di UK tidak berpokok dan banyak rumput. Gunung Batur di Bali adalah gunung berapi dan boleh nampak batu yang terhasil dari lava. Gunung Kinabalu paling menarik dengan perubahan pokok dari hutan tropika ke puncak gunung yang gondol. Gunung Sinai memang lain sikit. Takde pokok. Takde rumput. Cuma ada batu dan pasir. Nak turun kena hati-hati sebab ada banyak batu-batu kecil dan mudah tergelincir. Kawan saya ada yang dah tergelincir. Kalau tak larat, boleh sewa unta untuk tolong bawak korang turun. Hahaha.

Di kaki Gunung Sinai, ada St Catherine's Monastery, sebuah bangunan yang diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage Site. Ia adalah sebahagian dari gereja Christian Orthodox, dan telah dibina pada tahun 500-an (take note: sebelum kelahiran Nabi Muhammad lagi!). So it's one of the oldest monasteries in the world! Awesome kannn.

St Catherine's Monastery, Sinai

Tempat ni sangat lah tua. Guide kami cakap tempat ni berhantu. Hehe. Tak tau la betul ke tidak, atau dia sengaja nak takutkan kitorang. Yang pastinya, bila kami masuk ke dalam, kami nampak ada tengkorak tergantung jadi perhiasan. Erk. Tengkorak manusia pulak tu. Diorang letak dalam karung macam tengkorak dekat rumah panjang tradisional Iban/Dusun tu.

Kat sana ada banyak budak-budak. Kami masuk je terus dengar suara budak-budak macam tengah belajar dalam kelas. Jalan-jalan di sana rasa macam masuk setting movie zaman dulu-dulu. Huhu. Tapi kami tak duduk sana lama. Sebab kena bergerak balik ke Kaherah. Dalam van sepanjang perjalanan tu memang saya terbongkang tidur je la. Mengantuk dan penat!


OK itu sahaja dari saya untuk Mesir Part 2. Nak pergi sana sekarang mungkin susah sikit la. Semoga satu hari nanti bumi Mesir aman kembali dan kita semua berpeluang ke sana untuk menimba ilmu dan belajar sejarah.

Semoga bermanfaat! :D



4 comments:

  1. Salam. Tersangkut plak kt sini. Isteri sy dpt posting hosp tuaran april ni as pharmacist. Nk minta briefing ckit bole? Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Seriously?? LOL i guess your wife is my replacement. I'm moving back to KL and I heard that my replacement is a lady from Semenanjung. Yeah I'll be more than happy to assist in any way. Just pm me for any info :D

      Delete
  2. oh ye ke? balik kl. tahniah. err cmne nk pm eh. pm saya lah. 0176724728. wasap. tanya ckit2 psl background di hospital tuaran je. thanks..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete