Saturday, 13 February 2016

Paragliding di Bukit Kokol

Assalamualaikum & salam sejahtera

Kali ni nak cerita lagi pasal Bukit Kokol @ bukit belakang rumah! Hihi. Sebenarnya dah lama dah saya nampak orang paragliding dari Bukit Kokol. Kadang-kadang petang-petang bila saya jalan pergi swimming pool, ternampak manusia yang 'terapung-apung' di langit. Teringinnyaaa nak join.


Tandem paragliding, Kokol

Alhamdulillah akhirnya giliran saya sampai!



And it's all thanks to Kokol Paragliding! Saya jumpa pasal diorang ni semasa tengah baca blog orang lain juga. Masa tu tengah cuti Chinese New Year, duduk rumah stress sebab kena buat Fail Meja staff lain. Husband kerja. Takde geng nak jalan.

On impulse, saya pun mesej la Kokol Paragliding, tanya bila dia free untuk bawak saya terbang. Pastu terus dia cakap hari yang sama pun boleh. Hahahaha. Saya pun ON je la! LOL

Harga dia camni:

Tandem paragliding, 1 session: RM250 (includes equipment, pickup from Menggatal town)
Pictures + videos: RM50 (pakai kamera GoPro)

Erm, memang mahal lah. Saya dengar kalau di Lohan, Ranau lagi murah. RM 100 pun dapat. Tapi sana bukit dia rendah, tak dapat terbang lama. Kononnya ada yang dapat terbang 2 minit je. Huhu.

Lagipun kalau nak dibandingkan dengan aktiviti lain macam skydiving ke, bungee jumping ke, paragliding bagi saya lebih worth it sebab lama dan dapat nampak permandangan cantik :p

Paraglider yang bawa saya tu nama dia Richard. Sabahan Chinese yang pernah berpengalaman kerja di Nepal 5 tahun (bawa orang paragliding jugak). Dia ni sangat sporting, so korang tak kan rasa gementar sangat.

Sebelum saya pergi tu, dia suruh saya pakai baju long-sleeve, seluar panjang, sunglasses, dan pakai kasut. Saya pulak dengan semangat CNY terus pakai baju cheongsam saya. Kah kah!


Ready for take-off!


First of all, saya nak nasihatkan, kalau takut tinggi, tak payah lah nak try. Wahahaha. Sebelum kami terbang tu, Richard buat simulation untuk ajar camna nak lari nanti waktu nak take-off. Kita kena lari ke arah cerun bukit (sila lihat gambar cerun di atas).

Sila jangan pandang bawah sebab kalau tak mesti korang gerun nak lari! Huhu. Pandang saja ke arah laut dan lari!

Sila jangan lompat. Lari saja sampai la sedar-sedar korang dan berlari-lari di udara. Richard kata take-off saya tu perfect. Hihi.

Waktu take-off ni sangat penting. Apparently sudah pernah ada kes orang yang cedera patah kaki sebab tak dapat take-off. Dia pergi lompat dan jatuh gedebuk.

Sebelum take-off tu, mungkin korang perlu tunggu sikit baru boleh terbang. Sebab kena tunggu angin yang sesuai. Richard cakap, dia akan tunggu angin dari laut. Kalau datang angin kuat dari Kudat atau dari arah Mt Kinabalu, dia tak kan proceed. Dia akan perhatikan pokok2 di kawasan sekeliling untuk agak kelajuan angin dan tahap kekuatan angin tu. Basically, sangat complicated dan banyak lah benda nak kena fikir. Kalau takde ilmu sila jangan cuba paragliding sendiri OK!

Lepas datang angin yang sesuai, dia akan start suruh korang jalan dan lepas tu lari.


The take-off sequence

Pic 1: Lari! (start kasi payung terjun tu kembang)
Pic 2: Lari! (macam dah terjun cerun bukit)
No 3: Lari! (kaki dah start terangkat)
No 4: Terbang, weeee~!!!


Lepas dah take-off tu, just enjoy the flight! :D

Macam nak buaian pun ada.. hehe


Kalau nak bawa kamera pastikan la ada tali. Kalau jatuh menangis je nanti. Hehe. Kalau jatuh dan terkena kepala orang kat bawah tak ke naya.

Sempat berselfie. Kah kah!

Pemandangan dari Bukit Kokol dah memang awesome. Pemandangan terbang dari Bukit Kokol lagi lah awesome! Nampak rumah saya, nampak 1Borneo, nampak Pulau Sapi. Dengar kata kalau bernasib baik boleh nampak Kota Belud jugak. Kalau weather bagus, Mt Kinabalu pun boleh nampak.



The South Chinese Sea in front of us!

Masa saya tu, saya cuma nampak Kampung Kokol, Kampung Pulutan, kuari, dan west coast of Kota Kinabalu/Tuaran area. Pulau-pulau Tunku Abdul Rahman Park memang saya nampak lah.


The view as I flew. The big island is Pulau Gaya

Tapi masa saya terbang tu cuaca tak berapa bagus, ada sikit awan lah. Angin pun tak berapa nak bagus. So saya punya masa terbang tu tak berapa lama. Orang yang pergi sebelum saya tu dapat terbang lebih 30 minit kot! Bestnyaaaa!

Biasanya Richard akan bawa korang mendarat di Menggatal atau Kampung Pulutan, bergantung pada keadaan angin.

Masa nak mendarat pulak, dia akan suruh korang angkat kaki. The reason is, untuk elakkan kaki cedera. Pernah sudah lah ada pelancong yang patah kaki masa mendarat sebab hentakan kuat sangat kot.

Kalau di Bukit Kokol, pernah ada kes yang retak tulang belakang masa mendarat. Tapi bukan Richard yang bawa. Tak tahu lah siapa, dia tak mahu cerita.

Richard pesan jugak, jangan pandang bawah. Haha. Pastikan mata di aras mendatar saja. Jangan nak jenguk-jenguk tanah takut nanti korang panik dan menyebabkan korang hulur kaki masa yang tak sepatutnya. Just follow instruction dan angkat kaki until told otherwise.

Saya punya landing pun smooth juga, alhamdulillah. Sedar2 je dah ada kat atas tanah.


Safely landed!

OK itu saja entry kali ni. Banyak gambar je. Hehe.

Selamat berparagliding!



2 comments: