Saturday 27 February 2016

Kisah Kembara di Mesir: Part 1

Assalamualaikum & Salam sejahtera!

OK, kali ni nak cerita pengalaman saya di Mesir dulu. Another throwback entry. Hehe.

Mesir Bumi Anbiya'


Bagi saya Mesir memang lah di dalam senarai top 10 negara yang pernah saya lawati. Penuh dengan sejarah, terutamanya kisah Nabi Musa, Bani Israel dan Firaun. Di sana kita boleh lihat kesan tinggalan yang ada disebut di dalam al-Quran. Terasa sangat sayu dan insaf, terutamanya ketika di semenanjung Sinai.


Saya pergi Mesir lama sudah. Tahun 2009. Zaman muda mudi, masih lagi sedang belajar di UK. Kami pergi dalam kumpulan yang besar, kami bertujuh semuanya, dan diiringi 2 orang pelajar dari Universiti al-Azhar, Mesir yang tolong bawa kami jalan-jalan.

Ketika itu kawan saya yang tolong uruskan. Dia hubungi pelajar Malaysia di Mesir tu untuk tolong kami jalan-jalan. Ustaz Aisam dan Ustaz Din.

Kami pergi dalam seminggu lebih. Lama juga lah. Banyak juga tempat yang kami pusing. Kaherah, Alexandria, Dahab, Sinai, Laut Merah. Teringin nak ke Luxor dan Aswan tapi tak sempat :(

Kaherah


Kaherah

Ibu negara Mesir. Sibuk dan penuh dengan pemandu yang tak berhemah. Suka guna hon. Ramai student Malaysia ada lesen kat Malaysia pun tak berani nak bawa kereta kat sana. Saya tak banyak sangat memori indah pasal tempat ni. Cuma, yang saya ingat di sana ada strawberry smoothie yang sangat sedap pada harga 2 ringgit je! (2 Egyptian Pound) Hehe. Makan je ingat.

Takde lah, sebenarnya banyak je tempat menarik kat sini. Antara yang paling saya ingat adalah Muzium Mesir. The Museum of Egyptian Antiquities. Tempat ni ada banyak mumia firaun! Saya rasa semua pun faham sudah kan, sebenarnya firaun @ paharaoh ni ada banyak. Sebab diorang ni kira macam Sultan/Raja la. Mati sorang, lain lagi la yang ganti.

Muzium Mesir ada bayaran yang berbeza untuk orang tempatan dan orang asing. Dan, kalau korang nak tengok section yang ada mumia, korang kena bayar extra lagi. 50 EGP ke kalau tak silap. Tapi, saya dengar masa revolusi di Mesir dulu, ada orang ambil kesempatan serang Muzium Mesir dan curi barang-barang antik di sana. Saya tak tahu lah keadaan muzium tu macam mana sekarang. :(

Selain tu, korang haruslah melawat Universiti Al-Azhar. Terkenal satu dunia kot. Ianya dikatakan antara universiti yang tertua di dunia, ditubuhkan sejak tahun 970-an lagi. Sebelum Kesultanan Melayu Melaka wujud lagi beb. Sebenarnya kan, dulu-dulu Al-Azhar ni pusat pengajian fahaman Syiah, ditubuhkan oleh dinasti Fatimid. Tapi sekarang dah jadi pusat pengajian berteraskan fahaman Sunnah sejak Salahuddin Al Ayubi mengambil alih.

Masjid Sultan Muhammad Ali Pasha

Selain tu, boleh juga pergi ke tinggalan Sultan Muhammad Ali Pasha, termausklah kubu/istana dan masjid. Muhammad Ali Pasha ni dianggap sebagai bapa permodenan Mesir.


Great Pyramids, Giza


OK kalau korang pergi Mesir tapi tak tengok piramid memang pelik lah kan! Hahaha. Piramid terletak di Giza, tak jauh dari bandar Kaherah.

Piramid adalah tempat bersemayam firaun dan kuncu-kuncunya, serta diiringi dengan harta benda yang banyak. Dibina menggunakan kerahan tenaga hamba. Dalam piramid sekarang dah takde mumia, obviously. Semua nya sudah dibawa keluar oleh Ahli Arkeologi bertahun-tahun dulu lagi.


Me and the gang!

Kebanyakan orang pergi sana ambil gambar je, tapi ada jugak yang semangat nak masuk piramid. Saya la antara orang yang semangat nak masuk tu. Tapi, sebenarnya tak best pun masuk. Berhabuk. Rasa macam nak bersin. Lepas tu korang kena tunduk sebab terowong dan tangga semuanya rendah. Sakit belakang weyh!

Katanya, ini adalah kehendak firaun yang ego. Dia mahu orang tunduk untuk masuk 'menghadap' dia. Walaupun dia dah mati. Wallahu'alam.

Piramid di sana ada banyak. Yang paling besar adalah Great Pyramid of Khufu, Pyramid of Khafre dan Pyramid of Menkaure. Kalau korang tak pernah pergi Mesir pun, mesti korang banyak kali dah nampak piramid ni masuk dalam movie. Antaranya movie Transformers. Hehe.

Great Pyramid of Khufu adalah satu-satunya 7 Wonders of the Ancient World yang masih wujud. Hebat kan?


Alexandria


Sebuah bandar yang diasaskan oleh Alexander the Great, seorang hero Greek yang pernah saya gilakan dahulu. Sehinggalah saya baca sejarah penuh dia yang messed up. Haha.

Actually tempat ni banyak betul sejarahnya. Siap ada lighthouse yang dibina oleh Ptolemy lagi. Tapi saya tak berapa ingat sangat kisah sejarahnya. Hehe. Yang paaaaaling saya ingat adalah dia punya perpustakaan.

Bibliotheca Alexandrina. Fewiittt! Sedap betul nama. Basically it's a library and a research center. Cantik OK bangunan dia! Saya ingat pun dah terasa jeles. Sekeliling dia ada kolam tenang dengan pemandangan macam ni:

Bibliotheca Alexandrina, Alexandria

Untuk pengetahuan anda, saya ni suka betul pergi library, dari zaman sekolah lagi. Nerd lah katakan. Dulu di Cardiff pun saya suka pergi Cardiff Library (boleh baca komik) dan sekarang saya suka betul pergi Sabah State Library kalau husband saya kerja hujung minggu (boleh baca travel guide).

Bibliotheca Alexandrina ni sebenarnya dibina berdekatan dengan Library of Alexandria yang dibina sejak zaman Greek lagi. Tapi bangunan lama dah takde lah. Ganti la dengan library moden ni. Dalam dia punya moden OK! Buku pun ada banyak. Saya rasa kalau saya kat sana nak concentrate baca buku pun susah sebab terasa jakun! :p

OK la selain library, ada juga kubu tinggalan zaman dulu-dulu.


Kubu Sultan Qaitbay

Kubu ni... saya tak ingat dah sejarahnya. Yang saya ingat diorang pernah buat penggambaran Ketika Cinta Bertasbih kat sini (filem cinta islamik Indonesia). Wakakaka! Seperti yang korang boleh nampak lah, Alexandria adalah bandar tepi laut. Best betul view dia.

Masjid Imam Abu Abbas Al Mursi

Ni adalah contoh masjid di Mesir. Saya honestly dah tak ingat kisah sejarah di sebalik masjid ni jugak. Cuma, ada satu kejadian di masjid di Kaherah yang saya nak share.

Ada sesetengah orang kat sana... agak 'persistent' sikit. Diorang suka lepak-lepak luar masjid, nak minta derma, tapi sampai tahap memaksa. Selagi korang tak kasi, selagi tu dia ikut. Kalau dah bagi kat sorang, yang lain tu pulak akan mintak kat korang. Ada junior saya sorang sampai menangis sebab trauma kena ikut dengan sekumpulan makcik-makcik berjubah hitam yang memaksa dia menderma. ^^;;


Tasik Qarun & Fayyum Oasis


Korang mesti pernah dengar pasal kisah Qarun yang kedekut kan? Punya lah kedekut nak bayar zakat, akhirnya Allah telah tenggelamkan dia dan harta dia ke dalam bumi. Dan kononnya, tasik yang terletak berhampiran Fayyum ni adalah tasik yang muncul setelah Qarun ditelan bumi.

Wallahua'lam, tak tahulah betul ke tidak.

Kalau mengikut saintifiknya pulak, tasik ni terbentuk dari Sungai Nil yang banjir. Apabila hujan banyak dan paras air naik, terbentuklah tasik ini. Tasik ni saaaangat cantik. Airnya tenang dan jernih. Tapi airnya masin. Sekarang terletak 43 m di bawah paras laut.

Birket Qarun, Fayyum

Kenapa di bawah paras laut? Sebab asalnya zaman dulu-dulu tasik ini lebih besar dan dalam. Lama-kelamaan, disebabkan kadar penyejatan air lebih tinggi daripada kadar kemasukan air ke dalam tasik, isipadu tasik menjadi semakin kurang. Namun, garam galian dalam tasik tak tersejat. So, air makin kurang, kedalam pun berkurang, dan kemasinan air pun bertambah. Disebabkan itu juga lah tasik ni berada di bawah paras laut.

Di Fayyum, korang boleh tengok sistem pengairan yang telah digunapakai oleh penduduk tempatan sejak zaman dulu kala lagi. Katanya, sistem pengairan ini telah dicipta oleh Nabi Yusuf. Wallahu'alam tak tahu lah betul ke tidak.


Fayyum ni tak jauh sangat dari area Giza dan Kaherah. Tapi nak pergi sana korang kena merentasi padang pasir. Kejadian yang saya paling ingat ketika di sana, adalah pengalaman diberhentikan oleh polis.

Polis telah memberhentikan kereta kami dan warning kami supaya berhati-hati sebab kawasan tu ada banyak perompak. Padang pasir luas tiada apa-apa. Senang je kalau ada yang nak mengganas. Menurut diorang, sudah ada kes pelancong yang kena rompak di sana.

Jadi, polis tu decide untuk escort kitorang. Hahaha. Pengalaman menarik betul. Pertama kali la berperasaan macam VIP pulak kena escort dengan polis. Siap ada bos polis yang masuk van kitorang untuk temankan kitorang balik Kaherah. Dan bila kitorang sampai plaza tol, orang kat sana kenal bos polis tu dan kasi kitorang lalu free, tak payah bayar tol. Kui kui.

Singgah untuk solat. Sempat bergambar dengan budak2 kat sana :D
By the way, gambar kat atas ni diambil oleh anggota polis Mesir. Hehehe.


On the not so bright note, sila ingat bahawa Mesir masih lagi dalam keadaan bergolak. Ingat tak sekumpulan pelancong Russia yang kena bom tu? Haa, tu baru je berlaku beberapa bulan lepas. Pastikan korang plan bagus-bagus sebelum pergi sana. Dan, perempuan jangan sekali-kali nak buat travel solo kat sana.


OK habis dah cerita pasal Kaherah dan surrounding cities. InsyaAllah kemudian saya akan sambung pulak tentang tempat di Mesir yang saya paling suka: Semenanjung Sinai.

Till next time!


3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya berminat ke mesir.. blh bantu.. wssp +60175908141

      Delete
  2. Salam. Saya Dan 14 lg rakan2 akan berada di Kaherah pada 2 Feb 2020 hingga 5 Feb 2020.. blh bantu utk lawatan.. wssp +60192126127

    ReplyDelete